Anda di halaman 1dari 9

MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH

MALAYSIA NEGERI SELANGOR DARUL


EHSAN

PERATURAN PERMAINAN HOKI


LELAKI DAN PEREMPUAN
18 DAN 12 TAHUN
(2008)
1. PERATURAN PERMAINAN HOKI

Pertandingan Hoki MSSS akan dijalankan mengikut peraturan yang


ditetapkan oleh RULES OF THE GAME OF HOCKEY sebagaimana
yang ditetapkan oleh THE INTERNATIONAL HOCKEY RULES BOARD
dan Peratuan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia.

2. JENIS PERTANDINGAN

2.1. Pertandingan Hoki MSSS ini terbuka kepada pasukan dari tiap-tiap
Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah dalam peringkat umur berikut.
Sila rujuk Peraturan Am MSSM ( 4 ).

2.1.1. Lelaki 12 tahun dan ke bawah.


2.1.2. Lelaki 18 tahun dan ke bawah.
2.1.3. Perempuan 12 tahun dan ke bawah.
2.1.4. Perempuan 18 tahun dan ke bawah.

3. KELAYAKAN PEMAIN

3.1. Rujuk Peraturan Am MSSM ( 3 ).

3.2. Pemain hendaklah berumur 18 dan 12 tahun ke bawah bagi kategori


masing-masing pada 1 Januari tahun pertandingan tersebut. Selain
daripada itu, ia juga tertakluk kepada Peraturan Am MSSM Bil.3 iaitu
had umur peserta (Rujuk Peraturan Am MSSM Bil 3 - 3.1 hingga 3.7).

3.3. Kelayakan tambahan mengenai status pelajar / peserta adalah seperti


dalam Peraturan Am Pertandingan MSSM 3.1 dan 3.2.

4. PENDAFTARAN

4.1. Setiap MSS daerah dibenarkan menghantar bilangan pegawai dan


peserta seperti Lampiran A yang disediakan oleh MSSM (Sila rujuk
Lampiran A).

5. SISTEM PERTANDINGAN

5.1. Sistem Pertandingan dijalankan mengikut Peraturan Am MSSM – Bil 10.

5.2. PENANGGUHAN

5.2.1. Tiap-tiap perlawanan akan dijalankan mengikut masa yang telah


dijadualkan tetapi sekiranya pada pendapat Pengarah pertandingan
keadaan padang tidak sesuai untuk sesuatu permainan ataupun
ditangguhkan kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan maka
perlawanan itu akan dijalankan di tempat dan pada masa yang akan
2
ditetapkan oleh Pengarah Pertandingan. Keputusan Pengarah
Pertandingan dalam hal ini adalah muktamad.

5.2.2. Jika selepas bermain separuh masa iaitu 25 minit bagi kategori B18
tahun dan ke bawah dan 20 minit bagi kategori B12 tahun dan ke
bawah, permainan diberhentikan atas sebab-sebab yang tidak dapat
dielakkan ( padang yang tidak sesuai ) maka permainan itu di anggap
telah tamat tempoh permainannya dan kedudukan jaringan pada
masa itu akan diambil kira.

5.2.3. Jika permainan diberhentikan sebelum 25 minit bagi kategori B18


tahun dan ke bawah dan 20 minit bagi kategori B12 tahun dan ke
bawah, maka permainan itu akan disambung dari masa ia
diberhentikan dengan kedudukan yang kekal sebelum permainan
ditangguhkan, di suatu tempat dan masa yang akan ditetapkan oleh
Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan.

5.2.4. Tatatertib pemain dan pegawai adalah pada amnya di bawah bidang
kuasa Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan. Tindakan berikut boleh
diambil semasa pertandingan dijalankan.

5.3. TATATERTIB PEMAIN

5.3.1. Sistem mata ‘demerit’ yang berikut akan dikuatkuasakan untuk


tindakan tatatertib yang diambil sepanjang pertandingan ini
dijalankan:-

KAD HIJAU - 2 MATA


KAD KUNING - 4 MATA
KAD MERAH - 8 MATA

5.3.2. Tindakan-tindakan tatatertib yang berikut adalah dijalankan mengikut


sistem mata ‘demerit’

08 mata demerit: PENGGANTUNGAN 1 PERLAWANAN


12 mata demerit: PENGGANTUNGAN 2 PERLAWANAN
16 mata demerit: PENGGANTUNGAN 3 PERLAWANAN
20 mata demerit: PENGGANTUNGAN UNTUK BAKI PERTANDINGAN.

Interpretasi:

Jika seseorang pemain, setelah mengumpul 8 mata demerit, menerima


satu kad Kuning dalam satu perlawanan, pemain itu akan digantung
untuk 1 perlawanan. Walaupun jadual di atas menentukan
penggantungan 2 perlawanan untuk 12 mata demerit, sebab pemain
itu digantung 1 perlawanan sahaja adalah kerana pemain itu sudahpun
menjalani penggantungan 1 perlawanan setelah mengumpul 8 mata
demerit.

5.4. PEGAWAI
3
5.4.1. Mana-mana wakil yang bertanggunjawab mengenai pasukannya yang
mempersoalkan keputusan Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan dan
didapati mengganggu perjalanan pertandingan, akan diberi amaran
dan jika perlu dilaporkan kepada Lembaga Tatatertib.

6. CARA-CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN KUMPULAN

6.1. Pemberian mata bagi setiap perlawanan adalah seperti berikut:

6.1.1. Menang - 3 mata


6.1.2. Seri - 1 mata
6.1.3. Kalah - 0 mata

6.2. Kedudukan pasukan akan ditentukan berpandukan jumlah mata yang


dikumpulkan oleh setiap pasukan.
6.3. Jika di akhir pertandingan dalam kumpulan, lebih dari satu pasukan
mempunyai mata yang sama, maka kedudukan pasukan akan
ditentukan berpandukan BILANGAN KEMENANGAN.

6.4. Jika kedudukan masih sama maka kedudukan akan ditentukan


berpandukan PERBEZAAN GOL (GOAL DIFFERENCE) bilangan gol
yang dijaringkan tolak bilangan gol diterima.

6.5. Jika kedudukan masih sama, pasukan yang telah menjaringkan Gol
Terbanyak akan dikira menang.

6.6. Jika kedudukan masih sama, maka pasukan yang telah


MENGALAHKAN LAWANNYA di peringkat kumpulan akan dikira
pemenang.

6.7. Jika masih sama, kedudukan akan diputuskan menerusi pertandingan


pukulan penalti strok.

6.8. Jika lebih dari 2 pasukan terlibat, maka pertandingan pukulan penalti
strok melibatkan pasukan-pasukan yang berkenaan dijalankan secara
liga.

6.9. Kedudukan akan diputuskan berpandukan pemberian mata seperti


berikut:

6.9.1 Menang - 3 mata


6.9.2. Seri - 1 mata
6.9.3. Kalah - 0 mata

6.10. Jika kedudukan masih sama, keputusan akan dibuat berpandukan


peraturan 6.3, 6.4, 6.5 dan 6.6.

7. SISTEM PUKULAN PENALTI STROK


4
7.1. Pengadil akan menentukan pintu gol mana pukulan penalti hendak
dijalankan.

7.2. Pengadil akan membuat undian. Pasukan yang menang akan


membuat pilihan sama ada memulakan pukulan penalti atau bertahan
dahulu.

7.3. Lima (5) pemain dari kedua-dua pasukan akan mengambil pukulan
penalti berselang-seli terhadap Penjaga Gol pasukan lawan.

7.4. Jika jaringan penalti strok masih sama, permainan akan dilanjutkan
degan cara tamat serta-merta (Sudden Death).

7.5. Pemain-pemain yang telah didaftarkan boleh mengambil bahagian


dalam pertandingan pukulan penalti strok kecuali pemain-pemain yang
telah digantung (Players on Permanent or Temporary Suspension).

7.6. Pengurus Pasukan akan menentukan susunan pemain yang akan


mengambil pukulan penalti strok bagi pasukan masing-masing.

7.7. Penjaga Gol tidak boleh ditukarkan kecuali jika ianya cedera.

7.8. Penjaga gol simpanan boleh menggantikan Penjaga Gol yang cedera
itu semasa pukulan penalti strok dijalankan.

8. PAKAIAN

8.1. Tiap-tiap pasukan dikehendaki mendaftarkan 2 pasang “Jersi” yang


berlainan warna dan bernombor 1 hingga 18 tiap-tiap satu set. Jersi
semua pemain hendaklah bernombor di hadapan dan belakang.

8.2. Pemain-pemain hendaklah didaftarkan mengikut nombor baju yang


dipakainya di sepanjang pertandingan ini tanpa mengira apa jua
kedudukan pemain tersebut akan bermain. Nombor baju hendaklah
dinyatakan di sebelah nama pemain di dalam senarai pendaftaran.

8.3. Jika kedua-dua pasukan memakai jersi berwarna yang sama, maka
satu pasukan mestilah menukar jersinya. Pasukan yang namanya
tercatat dahulu dalam Jadual Pertandingan dikehendaki menukar
jersinya.

8.4. Pemain-pemain bagi semua peringkat umur (lelaki dan perempuan)


diwajibkan memakai ‘shin –guard’.

8.5. Senarai nama pemain hendaklah diserahkan kepada Pegawai Teknik 15


minit sebelum sesuatu perlawanan dimulakan.

8.6. Jika ada pemain yang memakai / menggunakan ‘leotards’ warnanya


mestilah sama dengan seluar atau stokin yang dipakai.

5
8.7. Jika ada pemain perempuan memakai skaf, ia mestilah sama dengan
warna jersi atau berwarna hitam tanpa mempunyai ‘corak’ iaitu ‘plain
colour ‘ sahaja.

8.8. Pemakaian topi, pengikat kepala (headband) dan skaf tidak dibenarkan
untuk pemain lelaki.

9. GELANGGANG PERMAINAN

9.1. Gelanggang permainan pertandingan hoki MSSS akan mengikuti


peraturan yang ditetapkan oleh RULES OF THE GAME OF
HOCKEY sebagaimana yang ditetapkan oleh THE
INTERNATIONAL HOCKEY RULES BOARD.

9.2. Pertandingan hoki bawah 18 tahun lelaki dan perempuan serta


pertandingan hoki bawah 12 tahun lelaki dan perempuan akan
diadakan di padang ‘turf’.

9.3. Tempoh masa bagi satu perlawanan adalah seperti berikut:

Peringkat Umur Jumlah Masa Perlawanan Pecahan


Perlawanan

B 18 tkb Lelaki & 25 min. setiap separuh 25 : 5:


25
Perempuan masa dan rehat 5 min.

B 12 tkb Lelaki & 20 minit setiap separuh 20 : 5


: 20
Perempuan masa dan rehat 5 minit

9.4. Dalam perlawanan klasifikasi, penentuan pemenang dalam perlawanan


akhir akan dibuat dengan menambah tempoh masa perlawanan
sebagaimana di bawah setelah berehat lima (5) minit. Pengadil
perlawanan akan mengadakan undian bersama kedua-dua ketua
pasukan untuk menentukan pasukan mana yang akan memulakan
perlawanan:-
Peringkat Umur Masa Tambahan Pecahan

B 18 tkb Lelaki & 15 minit (7-1- 7)


Perempuan

B 12 tkb Lelaki & 10 minit (5 – 5)


Perempuan

9.5. Walau bagaimanapun, dalam tempoh masa tambahan, perlawanan


akan tamat apabila salah satu pasukan menjaringkan gol. Pasukan
yang menjaringkan gol itu akan digelar pemenang dalam perlawanan
tersebut (Golden Goal Rule).

6
9.6. Sekiranya keputusan masih seri selepas tempoh masa tambahan, satu
pertandingan pukulan penalti strok akan diadakan (Lihat Peraturan
5.11) bagi mendapatkan pemenang perlawanan tersebut.

10. PERALATAN (BOLA)

10.1. Bola seperti yang ditetapkan dalam RULES OF THE GAME OF


HOCKEY sebagaimana yang ditetapkan oleh THE
INTERNATIONAL HOCKEY RULES BOARD akan digunakan
dalam pertandingan hoki MSSM. Walau bagaimanapun
dicadangkan menggunakan bola ‘dimple’ jenis ‘kookaburra’.

11. KELEWATAN

11.1. Setiap pasukan mestilah berada di padang permainan 15 minit


sebelum masa yang telah ditetapkan bagi sesuatu perlawanan.

11.2. Pasukan yang terlewat diberi tempoh 10 minit selepas masa yang
ditetapkan untuk turun ke padang. Jika pasukan itu masih tidak hadir,
kemenangan percuma akan diberi kepada pasukan yang hadir.

11.3. Kelewatan ini hanya dilayan sekali sepanjang pertandingan.

12. MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH

12.1. Rujuk Peraturan Am MSSM ( 11 ).

12.2. Sekiranya sesebuah pasukan menarik diri atau menyerah kalah


dengan sengaja daripada pertandingan, semua keputusan perlawanan
yang dimainkan oleh pasukan itu akan dibatalkan dan pasukan itu
tidak akan dibenarkan memasuki sebarang pertandingan seterusnya.

13. BANTAHAN

13.1. Rujuk Peraturan Am MSSM (12 ) .

14. LEMBAGA JURI RAYUAN

14.1. Rujuk Peraturan Am MSSM ( 13 )

15. LEMBAGA TATATERTIB

15.1. Rujuk Peraturan Am MSSM ( 14 ).

7
16. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

16.1. Perkara-perkara yang tidak dinyatakan di dalam peraturan


pertandingan ini akan diuruskan oleh Jawatankuasa Pengelola yang
mana keputusannya adalah muktamad.

STATUS PELAJAR-PELAJAR DI SEKOLAH SUKAN MALAYSIA

1. Pelajar-pelajar sekolah sukan dibenarkan mewakili daerah semasa


Kejohanan MSSS dengan syarat daerah memohon dengan sendiri
secara rasmi dari sekolah sukan.
2. Pelajar-pelajar tersebut dibenarkan menghadiri pemilihan dan latihan
pusat peringkat MSSM tidak melebihi 10 hari.
3. Surat permohonan pelepasan jabatan untuk pelajar-pelajar tersebut
perlu disediakan.

STATUS PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN ENAM

 Hanya dua pemain lelaki dan dua pemain perempuan dibenarkan


bermain dalam Kejohanan MSSS dan MSSM.

DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISERAH BERSAMA BORANG R 01


DAN M 01

Pelajar Sekolah Rendah ( Pemain berumur 12 tahun dan ke bawah )

 Salinan sijil kelahiran yang telah di sahkan oleh Guru Besar atau
Penolong Kanan sekolah berkenaan.

Pelajar Sekolah Menengah ( Pemain berumur 18 tahun dan ke bawah )

 Kad pengenalan asal, atau


 Dokumen JPN KP09/KPPK 09 asal dari Jabatan Pendaftaran Negara (bagi
pelajar yang kehilangan kad pengenalan asal).
DAN
 Salinan Surat Tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam Bawah yang
telah disahkan oleh Pengetua/Penolong Kanan sekolah berkenaan
(untuk pelajar yang terbabit sahaja)

Pelajar Sekolah Menengah ( Pemain berumur lebih daripada 18 tahun dan


tidak melebihi 21 tahun – Pemain jemputan )

8
 Kad pengenalan asal, atau
 Dokumen JPN KP09/KPPK 09 asal dari Jabatan Pendaftaran Negara (bagi
pelajar yang kehilangan kad pengenalan asal).
DAN
 Sekiranya pelajar Tingkatan Enam : Salinan Surat Tawaran
kemasukan ke Tingkatan Enam Bawah serta Salinan keputusan
peperiksaan akhir tahun Tingkatan Enam Bawah (untuk pelajar
Tingkatan Enam Atas sahaja) yang telah disahkan oleh Pengetua/
Penolong Kanan sekolah berkenaan.

Disediakan Oleh,

PENGERUSI TEKNIK HOKI MSSS

Anda mungkin juga menyukai