Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KONSEP KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 18 MSSD KOTA TINGGI 2023

SYARAT PERTANDINGAN KEJOHANAN BOLA SEPAK B18


MSSD KOTA TINGGI 2023

1. NAMA PERTANDINGAN
KEJOHANAN BOLA SEPAK B18 MSSD KOTA TINGGI 2023

2. PENGANJURAN
Semua pengelolaan pertandingan akan dikelolakan oleh SM AGAMA KOTA TINGGI KOTA
TINGGI.

3. TARIKH / TEMPAT DAN MASA


3.1 TARIKH KEJOHANAN : 18 – 20 September 2023

3.2 TEMPAT :
(i) STADIUM MINI KOTA JAYA
(ii) PADANG JALAN JOHOR
(iii) PADANG KERAJAAN (ALTERNATIF)

3.3 MASA :
8.00 Pagi hingga 6.30 Petang
3.4 Kejadian yang tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti
berikut :
3.4.1 Keputusan berasaskan lepada Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah Johor.
3.4.2 Sebarang persoalan teknikal diputuskan berasaskan Undang-Undang bolasepak
Persatuan Bolasepak Antarabangsa ( FIFA ), FAM, MSSM, MSSJ dan MSSD.
3.5 Sebarang keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan
adalah muktamad.

4. UNDANG-UNDANG
4.1 Selain dari peraturan yang terkandung, maka pertandingan dijalankan mengikut
Undang-Undang permainan bolasepak sebagaimana yang telah ditetapkan oleh MSSM
- Malaysia,Persatuan Bolasepak Malaysia ( FAM ) dan Persatuan Bolasepak
Antarabangsa ( FIFA )
4.2 Kejadian yang tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti
berikut :
4.2.1 Keputusan berasaskan lepada Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah Johor.
4.2.2 Sebarang persoalan teknikal diputuskan berasaskan Undang-Undang bolasepak
Persatuan Bolasepak Antarabangsa ( FIFA ), FAM, MSSM, MSSJ dan MSSD.
4.3 Sebarang keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan
adalah muktamad.

5. PENYERTAAN
5.1 Setiap Sekolah hanya dibenarkan mendaftar satu (1) pasukan sahaja bagi setiap
kategori. Tarikh Akhir pendaftaran sebelum atau pada
5.2 Setiap penyertaan dikenakan bayaran pendaftaran sebanyak RM 250.00 bagi setiap
kategori

1
KERTAS KONSEP KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 18 MSSD KOTA TINGGI 2023

5.3 Bayaran hendaklah dibuat menggunakan CEK sebelum atau pada 14 September 2023
kepada PENGETUA SM AGAMA KOTA TINGGI atau TUNAI pada hari pendaftaran

6. KELAYAKAN PEMAIN
6.1 Pemain mestilah terdiri dari murid sekolah di dalam MSSD Kota Tinggi dan berdaftar
dengan sekolah masing-masing.
6.2 Setiap pemain perlu menunjukkan bukti dokumen kepada Jawatankuasa Pertandingan
seperti berikut :
6.2.1 Pemain perlu mengemukakan Kad Pengenalan Asal dan Borang M01 yang
lengkap dan Borang M02 Pemain yang disahkan oleh Pengetua Sekolah dan
diserahkan kepada pengelola kejohanan pada hari pendaftaran.
6.2.3 Semua pemain perlu ada borang Kebenaran Penjaga yang telah dipenuhi dari
sekolah masing-masing yang ditandatangani oleh penjaga mereka.
6.3 Kelayakan umur pemain mengikut kiraan tahun semasa seperti ketetapan berikut:
6.3.1 Pemain yang lahir pada 1 Januari 2006 sehingga 31 Disember 2007.
6.3.2 Hanya 2 Pemain yang lahir pada 1 Januari 2005 sehingg 31 Disember 2005
Dibenar untuk didaftarkan dengan syarat Pemain ini berdaftar dengan sekolah
yang berkaitan.
6.4 Maksimum 3 Pemain Import dibenarkan dari sekolah yang tidak menyertai Kejohanan
dengan melibatkan pemain dari sekolah yang sama.

7. PENDAFTARAN PEMAIN DAN PEGAWAI


7.1 Pendaftaran Pemain
7.1.1 Setiap pemain perlu memenuhi surat pelepasan penjaga dari sekolah masing-
masing yang disahkan oleh pentadbir sekolah berkenaan untuk simpanan
pengurus pasukan.
7.2 Pendaftaran Pegawai
7.2.1 Setiap pegawai pasukan hendaklah terdiri daripada pegawai perkhidmatan
pendidikan yang sedang berkhidmat di sekolah-sekolah Kementerian
Pendidikan Malaysia.
7.2.2 Jika pasukan menggunakan khidmat pegawai bukan pegawai perkhidmatan
pendidikan khasnya jurulatih, mereka boleh mengikuti pasukan itu tetapi tidak
boleh didaftarkan dalam borang pendaftaran pasukan. Pegawai itu setaraf
dengan penonton. Segala tunjuk ajar hendaklah dibuat diluar permainan.
7.3 Pendaftaran Pasukan
7.3.1 Starting List Pasukan juga hendaklah diserahkan kepada Pengerusi Teknik dalam
bentuk “softcopy” sebelum 19 September 2023 beserta nombor Jersi Pemain yang
tidak diubah.

8. SISTEM PERTANDINGAN
8.1 Sistem pertandingan dijalankan mengikut Peraturan Am MSS JOHOR Peraturan 11
melainkan akan perkara yang dipersetujui dalam mesyuarat.
8.2 Perlawanan pusingan pertama secara liga dan Perlawanan Peringkat Kalah Mati ialah
Suku Akhir, Separuh Akhir, Tempat Ke – 3 / 4 dan Perlawanan Akhir.
8.3 Pemberian mata dalam pertandingan liga pusingan awal adalah seperti ketetapan
berikut :
8.3.1 Pemberian mata – Menang : 3 mata, Seri : 1 mata dan Kalah : 0 mata

2
KERTAS KONSEP KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 18 MSSD KOTA TINGGI 2023

8.3.2 Sekiranya mana-mana pasukan gagal bermain setelah diberikan tempoh


menunggu 10 minit dari masa bermain sebenar maka pasukan yang hadir akan
diberikan kemenangan percuma dengan memperolehi 3 mata dan jaringan
3-0.

8.3.3 Jika terdapat dua atau lebih pasukan yang mempunyai mata
yang sama, maka akan diambil kira ketetapan seperti berikut :
a. Perbezaan jaringan, atau
b. Jumlah jaringan yang paling banyak, atau
c. Pemenang Perlawanan terdahulu, atau
d. Kiraan Mata FairPlay, atau
e. Ditentukan oleh Pengurus Pertandingan dengan sepakan penalti 5 pemain
Sekiranya keputusan masih juga seri, maka undian akan dibuat untuk
memilih pasukan yang akan mengambil sepakan atau menjaga gol.
Sekiranya pasukan yang memilih untuk menendang tidak berjaya
menjaringkan gol, maka pasukan yang memilih untuk menjaga gol akan
dikira sebagai pemenang. Begitu juga sebaliknya.
8.4 Perlawanan pertama yang melibatkan 3 pasukan dalam kumpulan yang berkesudahan
dengan keputusan seri akan ditentukan melalui balingan syiling sebanyak 3 kali untuk
menentukan pasukan yang akan bermain pada perlawanan seterusnya. Pasukan yang
tewas penentuan tersebut akan bermain pada perlawanan seterusnya.

9. JANGKA MASA PERLAWANAN


9.1 Masa Permainan Sebenar mengikut kategori adalah seperti ketetapan berikut :
9.1.1 Kategori Bawah 18 Tahun : Masa permainan ialah 35 minit bagi setiap separuh
masa, dengan tiada masa rehat ( 35 – 7 – 35 ).
9.1.2 Masa Permainan Peringkat Kalah Keluar : Masa permainan ialah 35 minit bagi
setiap separuh masa, dengan tiada masa rehat (35 – 7 – 35).
9.1.3 Sekiranya dalam perlawanan secara kalah keluar, terdapat keputusan seri
setelah tempoh masa bermain sebenar tamat, tambahan masa 7 minit setiap
separuh masa diberikan ( 7-1-7 ). Keputusan perlawanan akan ditentukan
menerusi tendangan penalti 5 pemain dari tanda penalti. Sekiranya keputusan
masih juga seri, penentuan pemenang akan ditentukan secara “sudden-death”.

10. PENGGANTIAN PEMAIN


Penggantian pemain tidak lebih dari 9 pemain setiap perlawanan dan pemain yang
digantikan tidak boleh bermain semula. Setiap penggantian pemain perlu dimaklumkan
kepada pengadil.

11. MINIMA PEMAIN


Setiap pasukan mestilah mempunyai minima pemain 9 orang sebelum memulakan sesuatu
perlawanan. Jika didapati kurang daripada 9 orang pemain berada dalam perlawanan
peraturan 8.3.2 akan diguna pakai.

12. PAKAIAN PEMAIN

3
KERTAS KONSEP KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 18 MSSD KOTA TINGGI 2023

12.1 Setiap pemain hendaklah memakai alas kaki, stokin dan alas betis ( Shin pad ) mengikut
spefikasi yang dibenarkan.
12.2 Setiap pemain hendaklah memakai jersi dengan nombor yang sama seperti dalam
pendaftaran Borang M02. Sebarang pengiklanan jenama rokok, minuman keras tidak
boleh dipamerkan.
12.3 Setiap pasukan hendaklah menyediakan 2 set jersi dan mewartakan warna jersi sebagai
tuan rumah dalam borang pendaftaran. Jika terdapat persamaan warna jersi, maka
pasukan pelawat perlu menukar jersi . (Pasukan yang disebut kemudian dalam jadual
perlawanan).
12.4 Ketua pasukan hendaklah memakai lilitan di lengan dan sekiranya pemain tersebut
keluar, maka hendaklah diberikan kepada pemain yang mengambil alih tugas tersebut.
12.5 Pemakaian thermal atau tight bagi menutup aurat :-
a. pastikan ianya berwarna sama seluarnya pada kaki atau jersi pada lengan.
b. atau berwarna hitam sahaja
12.6 Pemakaian seluar track bottom tidak dibenarkan.

13. JADUAL PERLAWANAN


13.1 Jawatankuasa Teknikal Bola Sepak MSSD KOTA TINGGI akan menyediakan jadual
pertandingan dengan masa memulakan perlawanan mengikut kesesuaian dan
persetujuan pengelola.
13.2 Sekiranya pengadil berpendapat bahawa padang tidak sesuai disebabkan oleh cuaca
atau hal-hal yang tidak dijangka atau perlawanan dihentikan akibat hal-hal luar
kawalan kedua-dua pasukan, maka perlawanan tersebut akan diputuskan oleh
Pengurus Pertandingan Jawatankuasa Pengelola.

14. PEGAWAI PERLAWANAN


Jawatankuasa Pengelola akan melantik pegawai-pegawai pertandingan bagi menguruskan
perkara-perkara teknikal setiap perlawanan. Ketua pegawai perlawanan hendaklah
menyiapkan laporan untuk dikemukakan kepada urusetia setelah tamat kejohanan.

15. TINDAKAN TATATERTIB


15.1 Jawatankuasa Tatatertib Pertandingan akan membincangkan perkara perkara yang
berlaku setelah menerima aduan bertulis daripada pengadil bertugas dan pasukan
yang terlibat. Pengadil dan pasukan berkenaan tidak akan mengambil bahagian dalam
perbincangan atau undian sedang dibincangkan.
15.2 Hukuman secara automatik, maka Jawatankuasa Tatatertib tidak akan bersidang untuk
kesalahan seperti ketetapan berikut :
15.2.1 Mana-mana pemain yang menerima 2 amaran (KAD KUNING) dalam masa
pertandingan hendaklah dengan sendirinya digantung daripada bermain bagi
satu perlawanan selepas perlawanan yang ianya terima amaran kedua. Apabila
seorang pemain menerima 2 lagi amaran selepas penggantungan, akan selagi
lagi digantung daripada bermain untuk satu perlawanan selepas perlawanan
yang diterima amaran kedua. Apabila seorang pemain menerima amaran
keenam beliau hendaklah tampil ke Jawatankuasa Tatatertib untuk tindakan
yang sewajarnya.

4
KERTAS KONSEP KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 18 MSSD KOTA TINGGI 2023

15.2.2 Seorang pemain yang diperintah keluar padang selepas menerima dua kali
amaran bertulis (2 KAD KUNING) di dalam perlawanan yang sama akan
digantung daripada bermain ( 1 ) satu perlawanan berikutnya.
15.2.3 Seorang pemain yang diperintah keluar padang selepas menerima terus kad
merah di dalam perlawanan yang sama akan digantung daripada bermain ( 2 )
dua perlawanan berikutnya.

15.2.4 Seorang pemain yang diperintah keluar padang kerana mengeluarkan kata-
kata kesat atau menunjukkan isyarat lucah walaupun pemain tersebut telah
menerima amaran bertulis sebelumnya, maka akan digantung daripada bermain
( 2 ) dua perlawanan berikutnya.
15.2.5 Seorang pemain yang diperintah keluar padang kerana berkelakuan biadap
atau bermain terlampau merbahaya walaupun pemain tersebut telah menerima
amaran bertulis sebelumnya, maka akan digantung daripada bermain ( 3 ) tiga
perlawanan berikutnya.
15.2.6 Pemain yang mengutip kad pada peringkat liga akan dikira ‘bersih’ pada
peringkat kalah keluar KECUALI kesalahan-kesalahan seperti perkara 15.2.4 dan
15.2.5.
15.3 Jawatankuasa Tatatertib hanya boleh menggantung seseorang pemain dari terus
mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Jika tindakan yang lebih keras dianggap
perlu, maka perkara ini perlulah dipanjangkan kepada Jawatankuasa MSSD KOTA
TINGGI untuk tindakan seterusnya.
15.4 Semua keputusan Jawatankuasa Tatatertib adalah muktamad dan tidak tertakluk
kepada sebarang rayuan.
16. BANTAHAN
16.1 Bantahan terhadap keputusan atau kelayakan pemain mestilah dibuat secara bertulis
kepada Setiausaha Pengelola atau wakilnya hendaklah diterima dalam tempoh masa
satu jam selepas berakhirnya perlawanan tersebut beserta bayaran RM 200.00 (Ringgit
Malaysia : Dua Ratus Sahaja). Wang tersebut tidak akan dikembalikan jika bantahan
tersebut tidak Berjaya.
16.2 Bantahan tidak boleh dibuat terhadap keputusan, perkara-perkara dan fakta yang
dibuat oleh pengadil semasa mengadili sesuatu perlawanan.

17. ETIKA PEGAWAI DAN PEMAIN


17.1 Pengurus pasukan hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan setiap
pegawai dan pemain termasuk penyokong mematuhi kepada etika dan tingkahlaku
yang dihormati berdasarkan kepada semangat sukan yang tulen.
17.2 Pegawai pasukan yang dibenarkan sahaja mengikut borang pegawai yang disahkan
boleh duduk dibangku pemain simpanan. Pastikan tatacara berpakaian dipatuhi.
Pegawai pastikan berkasut, tidak mengenakan seluar jeans dan pemakaian track
bottom 3 – quarter. Kawasan padang adalah kawasan dilarang merokok.
17.3 Tertakluk kepada pengesahan MSSD KOTA TINGGI, Jawatankuasa Pengelola boleh
mengambil sebarang tindakan yang bersesuaian terhadap mana-mana pegawai,
pemain dan penyokong yang bertindak tidak mengikut peraturan atau objektif
pertandingan keseluruhannya dan tindakan ini mungkin meliputi hal-hal seperti
penggantungan mana-mana pasukan, pegawai atau pemain dari penglibatan bagi
sebarang jangkamasa yang sesuai.
17.4 Sebarang penipuan dalam perkara kelayakan pemain atau sama ada sengaja atau
tidak sengaja adalah bertentangan dengan etika permainan. Penipuan dari segi

5
KERTAS KONSEP KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 18 MSSD KOTA TINGGI 2023

mengisi borang pendaftaran mahupun MO1 dan MO2 boleh menyebabkan


penyingkiran awal sesebuah pasukan daripada menyertai pertandingan ini. Tindakan
memprotes sebarang keputusan dengan keluar padang permainan adalah perbuatan
biadab yang harus dielakkan dan tidak sepatutnya diamalkan.

1. HAL-HAL YANG TIDAK DIPERUNTUKKAN


21.1 Peraturan AM MSS Johor adalah dirujuk.
21.2 Berkaitan Hal Cuaca yang tidak mengizinkan, jawatankuasa mesyuarat menetapkan
sekiranya berlaku hujan yang melbatkan petir dan kilat dan Cuaca Panas Melebihi
suhu 35’C :
(i) Tendangan Penalti 5 Sepakan akan diambilkira sebagai penentu keputusan.
(ii)Lambungan Syiling 4 kali untuk penentuan keputusan
*Pemenang akan diberikan kemenangan 1-0 dan jika seri akan diberi keputusan 1-1.

20. UNDIAN KUMPULAN


21.1 Undian kumpulan akan diputuskan dalam mesyuarat pengurus.
21.2 Hanya JOHAN dan NAIB JOHAN kumpulan sahaja layak ke peringkat suku akhir.

KUMPULAN A KUMPULAN B

A1. DTC-JDT SMK TUN HABAB B1. DTC-JDT SMK B.PENAWAR

A2. SMK TAN SRI JAAFAR ALBAR B2. SMK TAMAN SERI SAUJANA

A3. SMK LOKMAN HAKIM B3.SMK SEMENCHU

KUMPULAN C

C1. SMK PENGERANG UTAMA

C2. KOLEJ VOKASIONAL KT

C3. SMK AGAMA B.PENAWAR

C4. SMK BANDAR

6
KERTAS KONSEP KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 18 MSSD KOTA TINGGI 2023

21.3 Undian peringkat kalah singkir (suku akhir).

Bil Pasukan Lwn Pasukan


1 JOHAN A NAIB JOHAN C
2 JOHAN B KETIGA A/KETIGA C
3 JOHAN C NAIB JOHAN B
4 NAIB JOHAN A KETIGA B/KETIGA C

21.4 Undian peringkat kalah singkir (separuh akhir).

Bil Pasukan Lwn Pasukan

5 Menang ( 1 ) Menang ( 2 )

6 Menang ( 3 ) Menang ( 4 )

21.5 Undian peringkat kalah singkir (akhir / (3/4)).

Bil Pasukan Lwn Pasukan

7 Kalah ( 5 ) Kalah ( 6 )

8 Menang ( 5 ) Menang ( 6 )

Anda mungkin juga menyukai