Anda di halaman 1dari 5

Kejohanan Ragbi MSS SABAK BERNAM

2019
PERATURAN PERTANDINGAN
KEJOHANAN RAGBI 10 SEBELAH BAWAH 15 TAHUN
MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH SABAK BERNAM

1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
Kejohanan ini akan dimainkan menurut Undang-Undang Permainan Ragbi “World Rugby” (Bawah 19
tahun) dan Peraturan-Peraturan Am MSSM terkini dengan menggunakan Variasi 10 (Sepuluh) sebelah
terkini yang diterima pakai oleh Kesatuan Ragbi Malaysia seperti :

1.1. Bilangan pemain di dalam pasukan adalah 10 (Sepuluh) orang.


1.2. Bilangan pemain di dalam “Scrum” adalah 5 (Lima) orang.
1.3. Sekiranya timbul keraguan dari segi pentafsiran, undang-undang dalam Bahasa Inggeris akan
diguna pakai.

1.4. Sepak mula dan penentuan padang :


1.4.1. Pasukan yang disebut dahulu (home) akan melakukan sepak mula.

2. KELAYAKAN PEMAIN
2.1. Peserta-peserta yang dilahirkan pada 1 Januari tahun pertandingan dan ke bawah sahaja
yang
boleh didaftarkan untuk kejohanan ini. (Umur 15 tahun dan ke bawah pada 1 Januari tahun
2004
yang berkenaan).
2.2. Semua peserta mestilah pelajar-pelajar yang didaftarkan dalam Jadual Kedatangan Sekolah
yang
sah (Bonafide) pada tahun tersebut yang bergabung dengan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah
Selangor (MSSS).
2.3. Hanya Kad Pengenalan Asal diterima pakai sebagai bukti umur. Pengurus pasukan hendaklah
bersedia untuk menunjukkan kad pengenalan Asal jika diminta oleh Pihak Pengelola Pertandingan
pada bila-bila masa sahaja. Seseorang peserta yang hilang kad pengenalan mestilah mempunyai
surat pengesahan berserta gambar dari pihak Jabatan Pendaftaran Negara (Borang JPN 1/11).

3. BILANGAN PEMAIN
Setiap pasukan boleh mendaftar semaksima 15 (Lima Belas) orang pemain termasuk pemain
simpanan dan 3 (tiga) orang pegawai.

4. PENDAFTARAN PEMAIN
Pengurus pasukan DIWAJIBKAN mendaftar senarai pemain lengkap menggunakan borang
pendaftaran M02 bersama-sama Kad Pengenalan Asal dan diserahkan kepada Setiausaha
Kejohanan sebelum perlawanan pertama pasukan masing-masing. Sebarang penambahan atau
pertukaran tidak dibenarkan selepas pendaftaran.

5. PASUKAN “HOME” & “AWAY”


Sekiranya terdapat persamaan warna jersi pasukan yang akan bermain pada perlawanan tersebut
maka pasukan yang disebut dahulu (home) mestilah menukar jersi kepada set lain yang mempunyai
warna berlainan.

6. SISTEM PERTANDINGAN
6.1. Pusingan Pertama mengikut Sistem Liga dalam Kumpulan.
6.2. Pusingan Kedua mengikut sistem kalah mati.

1
Kejohanan Ragbi MSS SABAK BERNAM

2019
7. KEDUDUKAN DALAM LIGA

7.1. Untuk pertandingan sistem liga, mata berikut akan diberikan.


Menang - 3 Mata
Seri - 1 Mata
Kalah - 0 Mata

7.2. Jika 2 atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama, maka pemenang kumpulan
akan
ditentukan mengikut sistem :

7.2.1. Pasukan yang mendapat lebih perbezaan skor dikira sebagai pemenang.
7.2.2. Jika masih seri, pasukan yang mendapat jumlah skor yang terbanyak dikira
pemenang.
7.2.3. Jika masih seri, jumlah pungutan (i) try, (ii) Gol Penalti, (iii) Drop Gol akan diambil
kira.
7.2.4. Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira pemenang.
7.2.5. Jika masih seri, pemenang akan ditentukan secara “toss-coin best of three”.

7.3. Dalam pertandingan mengikut sistem kalah mati, jika berlaku seri selepas sesuatu
perlawanan,
langkah-langkah berikut akan digunakan untuk menentukan pemenang :

7.3.1. Masa tambahan 5 minit satu hala akan diberikan.


7.3.2. Jika masih seri, sepakan penalti secara “best of three” diadakan pada garisan 22
meter.
7.3.3. Jika masih seri, sepakan penalti secara “sudden death” diadakan pada garisan 22
meter.

7.4. Sepakan Penalti

7.4.1. Pasukan-pasukan akan mengambil sepakan penalti secara “drop kick” mengikut
giliran selang-seli di garisan 22 meter.
7.4.2. Hanya pemain-pemain yang bermain dan berada di padang semasa masa tambahan,
dibenarkan mengambil sepakan penalti.

8. PERLAWANAN AKHIR
8.1.1. Masa tambahan 5 minit satu hala akan diberikan.
8.1.2. Jika masih seri, sepakan penalti secara “best of three” diadakan pada garisan 22
meter.
8.1.3. Jika masih seri, sepakan penalti secara “sudden death” diadakan pada garisan 22
meter.

9. MASA PERLAWANAN
9.1. Masa untuk sesuatu perlawanan adalah 10 minit – 2 minit (rehat) – 10 minit.
9.2. Masa untuk perlawanan pusingan kedua dan akhir adalah 10 minit –2 minit (rehat) –
10 minit.
9.3. Jika sesuatu perlawanan itu terpaksa diberhentikan kerana sesuatu sebab yang tertentu dan
perlawanan telah pun dijalankan melebihi 10 minit, maka keputusan pada masa perlawanan itu
diberhentikan diambil kira.

2
Kejohanan Ragbi MSS SABAK BERNAM

2019
9.4. Sekiranya perlawanan tersebut berlangsung kurang dari 10 minit, perlawanan tersebut akan
dimainkan semula.

10. PERTUKARAN PEMAIN


10.1 Semaksima 5 (lima) pemain boleh digantikan pada bila-bila masa dalam setiap perlawanan dan
dijalankan mengikut sistem “rolling substitution” di mana pemain yang telah digantikan boleh
bermain semula di dalam perlawanan tersebut tetapi dihadkan kepada 5 pertukaran sahaja
di dalam setiap perlawanan pasukan tersebut.

10.2. Pemain yang dikenakan “send off” (kad merah) tidak boleh masuk semula bagi gantian “Rolling
Substitution”.

11. ARAHAN KELUAR PADANG


11.1. Pemain atau pemain-pemain yang dihantar keluar padang oleh pengadil atas sebab kad
kuning “Sin Bin” akan berada di luar padang selama 2 minit dan masa akan diambil bermula
dari pemain tersebut duduk di bangku tahanan Jawatankuasa Teknikal.
11.2. Pemain atau pemain-pemain yang dihantar keluar padang oleh pengadil atas sebab kad
merah tidak akan dibenarkan bermain dalam 2 perlawanan berikutnya. Jawatankuasa
Tatatertib dan Disiplin / Juri Rayuan akan memutuskan tindakan yang akan dikenakan
seterusnya.

12. MASA MELAPOR


12.1. Semua pasukan mestilah bersedia 10 minit sebelum masa perlawanan.
12.2. Setiap pasukan mestilah mengandungi sekurang-kurangnya 8 orang pemain untuk
memulakan perlawanan. Jika tidak, kemenangan percuma akan diberikan kepada lawannya
dengan skor 21 – 0.
12.3. Tanggungjawab semua pengurus pasukan untuk menyediakan pasukannya 10 minit sebelum
sesuatu perlawanan pasukan tersebut.

13. BANTAHAN
13.1. Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dan dihantar kepada Pengelola Pertandingan dalam
masa Tiga Puluh (30) minit selepas tamatnya perlawanan yang berkenaan.

13.2. Bermain di bawah bantahan dibenarkan. Jika bantahan itu berjaya, keputusan kemenangan
ialah 21 – 0 diberikan kepada pihak yang membuat bantahan.

13.3. Setiap bantahan (13.1 dan 13.2) mestilah disertakan dengan wang tunai RM300.00 (Ringgit
Malaysia Tiga Ratus Sahaja). Wang tidak akan dikembalikan jika bantahan itu tidak berjaya.

13.4. Hanya bantahan yang melibatkan aspek teknikal yang akan dilayan. Bantahan yang melibatkan
keputusan pengadil tidak akan diterima. Keputusan Pengadil adalah muktamad.

14. JAWATANKUASA TATATERTIB DAN DISIPLIN


14.1. Pengerusi Pengelola atau Wakil.
14.2. Setiasusaha Kejohanan atau Wakil.
14.3. Pengerusi Teknik Kejohanan.
14.4. Pengadil Perlawanan (Jika Perlu).
14.5. 2 Pengurus Pasukan yang berkecuali.

3
Kejohanan Ragbi MSS SABAK BERNAM

2019
15. JAWATANKUASA RAYUAN
15.1. Pengerusi Pengelola Kejohanan.
15.2. Setiausaha Kejohanan.
15.3. Pengerusi Teknik Kejohanan.
15.4. 2 Pengurus Pasukan yang berkecuali.

16. PENGADIL-PENGADIL
16.1. Pengadil-pengadil dan Pembantu Pengadil akan dilantik oleh Jawatankuasa Pengelola
dengan kerjasama Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Selangor.
16.2. Hanya pengadil bertauliah atau berpengalaman yang terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan akan dilantik bertugas sebagai pengadil. Sekiranya pengadil bukan Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan masih juga diperlukan, maka kebenaran bertulis daripada urusetia
MSSS hendaklah diperolehi.
16.3. Keputusan pengadil perlawanan adalah muktamad dan sebarang bantahan terhadap
keputusan pengadil tidak akan dilayan sama sekali.

17. PENALTI
Jawatankuasa Pengelola berhak mengenakan penalti kepada pasukan yang melanggar peraturan 2, 3,
10, 11 dan 12.

18. INSURAN
18.1. Insuran setiap pasukan adalah ditanggung oleh pasukan masing-masing.
18.2. Pihak Penganjur Kejohanan akan mengambil langkah-langkah keselamatan namun sebarang
kehilangan harta benda, kemalangan, kecacatan anggota dan kecederaan lain tidak boleh
dipertanggungjawabkan kepada Pengelola Pertandingan dan ia adalah tanggungjawab
pasukan yang bertanding.
18.3. Walaubagaimanapun, pihak Pengelola Pertandingan akan menyediakan pasukan perubatan
bagi memberi rawatan awal kecederaan dan kecemasan atau pertolongan perubatan kepada
pasukan yang bertanding sekiranya didapati ianya perlu.

19. TANGGUNGJAWAB PASUKAN


19.1. Membawa 2 (dua) set jersi yang berlainan warna.
19.2. Pengurus pasukan bertanggungjawab sepenuhnya tentang tatasusila kelakuan pegawai,
pemain serta penyokong pasukannya sepanjang perlawanan.
19.3. Sekiranya terdapat perlanggaran peraturan (19.2) ini, pihak Pengelola Pertandingan tidak
akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap mana-mana pihak yang
melakukan perlanggaran peraturan (19.2) ini.

20. PENTAFSIRAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN


Jawatankuasa Pengelola mempunyai hak mentafsirkan segala perkara yang tidak disiarkan di dalam
Undang-Undang / Peraturan Pertandingan ini dan segala keputusan adalah muktamad.

4
Kejohanan Ragbi MSS SABAK BERNAM

2019
JAWATANKUASA TEKNIKAL & PERTANDINGAN
KEJOHANAN RAGBI MSS SELANGOR

Anda mungkin juga menyukai