Anda di halaman 1dari 6

PERATURAN PERTANDINGAN KEJOHANAN 201 RAGBI, B-18 TAHUN MSSM 2

1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN Kejohanan ini akan dimainkan menurut Undang-undang permainan ragbi Lembaga Ragbi Antarabangsa (Variasi bawah umur 19 tahun) terkini yang diterima pakai oleh Kesatuan Ragbi Malaysia. 2. KELAYAKAN PEMAIN 2.1 Peserta-peserta yang dilahirkan pada 1 Januari 1994 dan selepasnya sahaja yang boleh didaftarkan untuk kejohanan ini. 2.2 Semua peserta mestilah pelajar yang didaftarkan dalam jadual kedatangan sekolah yang bergabung dengan Majlis Sukan SekolahSekolah Malaysia.

2.3 Hanya kad pengenalan diterima sebagai bukti umur. Peserta hendaklah bersedia menunjukkan kad pengenalan jika diminta oleh pihak pengelola pertandingan. Seseorang peserta yang hilang kad pengenalan mestilah mempunyai surat pengesahan pejabat Pendaftaran Negara (borang JPN 1/11). 2.4 Semua peserta hendaklah melengkapkan Borang M01 dan M02 beserta gambar berukuran pasport yang ditandatangani oleh Pengetua/Penolong Kanan Sekolah peserta berkenaan dengan pengesahan terakhir oleh Setiausaha Agung MSS negeri masing-masing. 3. BILANGAN PEMAIN 3.1 Setiap pasukan boleh mendaftar 25 (dua puluh lima) pemain. 3.2 Setiap pasukan hendaklah mempunyai sekuirang-kurangnya 2 pemain loose head prop, 2 pemain hooker, 2 pemain tight head prop dan 3 pemain lock forward. 4. PENDAFTARAN PEMAIN Pengurus pasukan hendaklah mendaftarkan pemain bersama-sama kad pengenalan mereka. Pendaftaran hendaklah dibuat sebelum pertandingan bermula. Borang pendaftaran Individu (M01) dan Borang Pendaftaran Pasukan (M02) hendaklah diserahkan semasa pendaftaran di Mesyuarat Pengurus Pasukan. Sebarang tambahan atau penukaran pemain selepas itu tidak diterima.

___________________________________________________________________________________________________________ Peraturan Kejohanan Ragbi Bawah 18 Tahun MSSM 2012 1

PERATURAN PERTANDINGAN KEJOHANAN 201 RAGBI, B-18 TAHUN MSSM 2


5. SISTEM PERTANDINGAN 5.1 Pusingan Pertama 5.1.1 Sila rujuk Peraturan (10), Peraturan AM MSSM. 5.1.2 Sekiranya pasukan diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian, maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya. 5.2 Pusingan Kedua 5.2.1 Pemenang 1 dan Pemenang 2 dalam setiap kumpulan akan bertanding di pusingan suku akhir. Pertandingan dijalankan secara kalah mati. 5.2.2 Pasukan lain akan bertanding dalam kumpulan kalah. Pertandingan dijalanakan secara kalah mati. 5.2.3 Pasukan bagi Kumpulan Menang ditetapkan seperti berikut: a. Undian bagi 4 (empat) Pemenang Pertama Kumpulan didahulukan untuk ditempatkan di kedudukan 1, 3, 5, dan 7. b. Undian bagi 2 (dua) Pemenang Kedua Kumpulan untuk ditempatkan di kedudukan 2 dan 4 daripada kumpulan pasukan yang telah diundi di kedudukan 5 dan 7, manakala 2 (dua) pasukan Pemenang Kedua yang lain diundi untuk ditempatkan di kedudukan 6 dan 8. c. Pasukan yang menang perlawanan separuh akhir akan memasuki perlawanan akhir bagi menentukan JOHAN dan NAIB JOHAN, sementara pasukan yang kalah akan bermain untuk menentukan tempat KETIGA dan KEEMPAT. 6. CARA MENENTUKAN KEPUTUSAN 6.1 Untuk pertandingan secara liga, mata berikut akan diberikan: 6.1.1 Menang 6.1.2 Seri 6.1.3 Kalah : : : 3 mata 1 mata 0 mata

___________________________________________________________________________________________________________ Peraturan Kejohanan Ragbi Bawah 18 Tahun MSSM 2012 2

PERATURAN PERTANDINGAN KEJOHANAN 201 RAGBI, B-18 TAHUN MSSM 2


6.2 . Jika 2 atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama, pemenang kumpulan akan ditentukan mengikut sistem berikut: 6.2.1 Pasukan yang mendapat lebih perbezaan skor dikira menang; 6.2.2 Jika masih seri, pasukan yang mendapat jumlah skor yang terbanyak dikira menang; 6.2.3 Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira menang dan; 6.2.4 Jika masih seri, jumlah pungutan (i) Try, (ii) Gol Penalti dan (iii) Drop Goal akan diambil kira. 6.3 Dalam pertandingan mengikut sistem kalah mati, jika berlaku seri selepas sesuatu perlawanan, langkah-langkah berikut akan digunakan untuk menentukan pemenang. 6.3.1 Masa tambahan 10 minit diberikan dan perlawanan dijalankan mengikiut sistem Sudden Death. 6.3.2 Jika masih seri, sepakan penalti secara Sudden Death akan diadakan. 6.4 Sepakan penalti; 6.4.1 Pemain akan mengambil sepakan penalti mengikut giliran selang seli di garisan 22 meter. 6.4.2 Hanya pemain yang bermain dan berada dalam padang semasa masa tambahan dibenarkan mengambil sepakan penalti. 7. MASA PERLAWANAN 7.1 Masa untuk sesuatu perlawanan dijalankan selama 30 minit 5 minit (rehat) 30 minit. 7.2 Jika sesuatu perlawanan terpaksa diberhentikan kerana sesuatu sebab yang tertentu dan jika perlawanan itu telah dijalankan melebihi 50 minit, skor pada masa perlawanan itu diberhentikan diambil kira. 7.3 Sekiranya perlawanan tersebut berlangsung kurang 50 minit, perlawanan tersebut akan dimainkan semula.

___________________________________________________________________________________________________________ Peraturan Kejohanan Ragbi Bawah 18 Tahun MSSM 2012 3

PERATURAN PERTANDINGAN KEJOHANAN 201 RAGBI, B-18 TAHUN MSSM 2


7.4 Perlawanan Akhir; Jika berlaku seri selepas tamat perlawanan, masa tambahan 10 minit sehala akan dijalankan. 8. PAKAIAN Peraturan Pakaian ialah Peraturan Pakaian yang ditetapkan dalam buku peraturan International Rugby Board (IRB) 9. GELANGGANG PERMAINAN Gelanggang permainan kejohanan ini mengguna pakai spesifikasi dan ukuran yang telah ditetapkan dalam Buku Peraturan International Rugby Board (IRB) 10. ALATAN 10.1 Bola pertandingan saiz 5 digunakan. (Kejohanan melibatkan pemain dalam kalangan pelajar sekolah menengah). 10.2 Spesifikasi bola menurut peraturan yang ditetapkan dalam buku peraturan yang ditetapkan dalam buku peraturan International Rugby Board (IRB) 11. PERTUKARAN PEMAIN 11.1 Semaksimum sepuluh (10) pemain boleh digantikan pada bila-bila masa dalam setiap perlawanan. 11.2 Pemain yang digantikan tidak boleh bermain semula dalam perlawanan tersebut, kecuali untuk peraturan Blood Bin 12. HANTAR KELUAR PADANG 12.1 Kad Merah : Pemain yang dihantar keluar padang oleh pengadil tidak dibenarkan bermain dalam perlawanan berikutnya. Jawatankuasa Tatatertib dan Disiplin akan memutuskan tindakan yang dikenakan seterusnya. 12.2 Kad Kuning: Pemain yang menerima hukuman Kad Kuning dikenakan hukuman ttempuh tahanan selama 8 minit.

___________________________________________________________________________________________________________ Peraturan Kejohanan Ragbi Bawah 18 Tahun MSSM 2012 4

PERATURAN PERTANDINGAN KEJOHANAN 201 RAGBI, B-18 TAHUN MSSM 2


13. MASA MELAPOR 10.1 Semua pasukan mestilah bersedia 15 minit sebelum masa perlawanan. 10.2 Semua pengurus pasukan mestilah menghantar senarai nama pemain 10 minit sebelum masa perlawanan kepada pegawai pertandingan. 10.3 Setiap pasukan mestilah mengandungi sekurang-kurangnya 12 pemain untuk memulakan perlawanan. Jika tidak, kemenangan percuma akan diberikan kepada lawannya dengan skor 21 0. 10.4 Jika satu pasukan tidak melaporkan diri kepada pengadil 15 minit selepas masa yang ditentutkan, perlawanan tersebut akan dibatalkan. 14. BANTAHAN 14.1 Sila rujuk Peraturan 12, Peraturan AM MSSM.

14.2 Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dan dihantar kepada Pengelola Pertandingan dalam masa satu (1) jam selepas tamatnya perlawanan yang berkenaan. 14.3 Bermain di bawah bantahan dibenarkan. Jika bantahan itu berjaya, keputusan kemenangan ialah 21 0 diberikan kepada pihak yang membuat bantahan. tunai

14.4 Setiap bantahan mestilah disertakan dengan wang RM300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Sahaja). 14.4 Wang itu tidak akan dikembalikan jika bantahan itu tidak berjaya. 15. JURI RAYUAN 15.1 Sila rujuk Peraturan 13, Peraturan AM MSSM

15.2 Semua bantahan / rayuan akan diputuskan oleh Lembaga Rayuan yang terdiri daripada; a. Pengerusi Pengelola atau wakilnya sebagai Pengerusi, b. Penyelaras Permainan Ragbi MSSM

___________________________________________________________________________________________________________ Peraturan Kejohanan Ragbi Bawah 18 Tahun MSSM 2012 5

PERATURAN PERTANDINGAN KEJOHANAN 201 RAGBI, B-18 TAHUN MSSM 2


c. Setiausaha Pengelola atau wakilnya sebagai Setiausaha, d. Pengerusi Teknik Ragbi MSSM atau wakilnya, dan e. Lima (5) orang Pengurus Pasukan yang berkecuali. 16. PENGADIL 16.1 Hanya pengadil bertauliah atau berpengalaman yang terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Pelajaran dilantik untuk bertugas sebagai pengadil. Sekiranya pengadil bukan Pegawai Perkhidmatan Pelajaran diperlukan, kebenaran bertulis daripada Urus Setia MSSM hendak diperoleh. 16.2 Calon pengadil diperoleh daripada pencalonan pengadil yang dibuat oleh PTPS negeri dan disahkan oleh Setiausaha Agung MSSM negeri. 16.3 Setiap pasukan dimestikan menghantar pengadil sebagaimana yang ditetapkan. 17. PENALTI Jawatankuasa Pengelola berhak menentukan penalti kepada pasukan yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan. 18. PENTAFSIRAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN-PERATURAN PERTANDINGAN Jawatankuasa Pengelola mempunyai hak mentafsir segala perkara yang tidak disiarkan dalam Undang-Undang Pertandingan ini dan keputusannya MUKTAMAD.

___________________________________________________________________________________________________________ Peraturan Kejohanan Ragbi Bawah 18 Tahun MSSM 2012 6

Anda mungkin juga menyukai