Anda di halaman 1dari 3

PERATURAN PERTANDINGAN

1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN

Undang-undang Permainan Bola Sepak (B12) MSSM yang terkini akan diguna pakai.

2. KELAYAKAN PEMAIN

2.1 Peserta-peserta yang dilahirkan pada 1 Januari tahun Pertandingan dan ke


bawah sahaja yang boleh didaftarkan untuk kejohanan ini. (Umur 12 tahun dan
ke bawah pada 1 Januari tahun yang berkenaan).
2.2 Semua peserta mestilah murid-murid yang didaftarkan dalam Jadual
Kedatangan Sekolah (bonafide) yang bergabung dengan Majlis sukan
Sekolah-Sekolah Selangor.
2.3 Hanya Salinan Kad Pengenalan atau Surat Beranak yang telah disahkan
diterima pakai sebagai bukti umur. Pengurus Pasukan hendaklah bersedia
menunjukkan kad pengenalan/Surat Beranak jika diminta oleh pihak pengelola
pertandingan pada bila-bila masa. Seseorang peserta yang hilang kad
pengenalan mestilah mempunyai surat pengesahan dengan gambar dari Pihak
Pendaftaran Negara (Borang JPN 1/11).

3. BILANGAN PEMAIN

Setiap pasukan boleh mendaftar 12 (dua belas) orang pemain dan 3 orang pegawai.

4. PENDAFTARAN PEMAIN

Pengurus pasukan hendaklah mendaftarkan senarai pemain lengkap menggunakan


borang R01 dan R02 bersama-sama salinan kad pengenalan atau salinan surat beranak
yang telah disahkan semasa mesyuarat Pengurus Pasukan. Sebarang tambahan atau
pertukaran tidak diterima selepas pendaftaran.

5. SISTEM PERTANDINGAN

Sila rujuk peraturan AM MSSM/MSSM

5.1 Pusingan Pertama mengikut Sistem Liga Dalam Kumpulan.


5.2 Pusingan Kedua mengikut Sistem Kalah Mati.

6. KEDUDUKAN DALAM LIGA

6.1 Untuk pertandingan sistem liga, mata berikut akan diberikan :


Menang - 3 mata
Seri - 1 mata
Kalah - 0 mata

6.2 Jika 2 atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama, maka pemenang
kumpulan akan ditentukan mengikut sistem berikut :
6.2.1. Pasukan yang mendapat lebih perbezaan skor dikira sebagai
pemenang.
6.2.2. Jika masih seri, pasukan yang mendapat jumlah skor yang terbanyak
dikira menang.
6.2.3. Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira
menang.
6.2.4. Jika masih seri, jumlah pungutan gol terbanyak akan diambil kira.
6.2.5. Jika masih seri, pemenang akan ditentukan secara “toss-coin”
sebanyak 3 kali.

6.3 Dalam pertandingan mengikut sistem kalah mati/Perlawanan Akhir, jika


berlaku seri selepas sesuatu perlawanan, langkah-langkah berikut akan
digunakan umtuk menentukan pemenang.
6.3.1. Masa tambahan 5 minit sehala akan diberikan, dan perlawanan
dijalankan mengikut sistem ‘Sudden Death’.
6.3.2. Jika masih seri, pemenang akan ditentukan melalui sepakan penalti
seramai 3 orang.

7. MASA PERLAWANAN

7.1. Masa bagi pertandingan pusingan awal dan kedua ialah 10 minit
sehala.
7.2. Masa bagi perlawanan akhir ialah 7 minit – 1 minit (rehat) – 7 minit.
7.2. Jika sesuatu perlawanan terpaksa diberhentikan kerana sesuatu sebab yang
tertentu dan perlawanan itu telah pun dijalankan 5 (lima) minit, maka
keputusan pada masa perlawanan itu diberhentikan diambil kira.

8. PERTUKARAN PEMAIN

Semaksima 5 (lima) orang pemain boleh digantikan pada bila-bila masa dalam setiap
perlawanan. Pemain yang telah keluar padang dibenarkan bermain semula dalam
permainan yang sama.

9. ARAHAN KELUAR PADANG


.
9.1. Pemain atau pemain-pemain yang dihantar keluar padang oleh pengadil (kad
merah) tidak dibenarkan bermain dalam perlawanan berikutnya. Jawatankuasa
Tatatertib dan Disiplin/ Juri Rayuan akan memutuskan tindakan yang akan
dikenakan seterusnya.

10. MASA MELAPOR

10.1. Semua pasukan mestilah bersedia 5 minit sebelum masa perlawanan.


10.2. Semua Pengurus Pasukan mesti menghantar senarai pemain 10 minit sebelum
masa perlawanan kepada Pegawai Pertandingan.
10.3 Setiap pasukan mestilah mengandungi sekurang-kurangnya 5 pemain untuk
memulakan perlawanan. Jika tidak, kemenangan percuma akan diberikan
kepada lawannya dengan skor 3 – 0.
10.4 Jika satu pasukan tidak melaporkan diri kepada pengadil 5 minit selepas masa
yang ditentukan maka perlawanan tersebut akan dibatalkan/ kemenangan
percuma (walk over) akan diberikan kepada pasukan yang melaporkan diri
dengan mata kemenangan 3 – 0.

11. BANTAHAN
11.1 Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dan dihantar kepada Pengelola
Pertandingan atau wakilnya dalam masa 30 (tiga puluh) minit selepas
tamatnya perlawanan berkenaan.
11.2 Bermain di bawah bantahan adalah dibenarkan. Jika bantahan berjaya,
keputusan kemenangan ialah 15 – 0 diberikan kepada pihak yang membuat
bantahan.
11.3 Setiap bantahan (11.1 dan 11.2) mestilah disertakan dengan wang tunai
sebanyak RM200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Sahaja) dan wang itu tidak
akan dikembalikan jika bantahan tidak berjaya.

12. JURI RAYUAN

Semua bantahan/rayuan akan diputuskan oleh Juri Rayuan yang terdiri daripada
Pengerusi Pengelola atau wakilnya sebagai Pengerusi, Setiausaha Pengelola atau
wakilnya sebagai Setiausaha dan 2 (dua) orang pengurus pasukan yang tidak terlibat.

13. PENALTI

Jawatankuasa pengelola berhak mengenakan penalti kepada pasukan yang melanggar


peraturan-peraturan yang boleh disabitkan (Peraturan 2,3,8,9 dan 10)

14. PENTAFSIRAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN

Jawatankuasa Pengelola mempunyai hak mentafsirkan segala perkara yang tidak


disiarkan di dalam Undang-Undang/Peraturan Pertandingan ini dan keputusannya
muktamad.

Anda mungkin juga menyukai