Anda di halaman 1dari 3

PERATURAN-PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

BOLA SEPAK 9 SEBELAH B12 MSSD LEDANG 2011

1. Nama Pertandingan
Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah B12 MSSD Ledang

2. Undang-undang Permainan
Peraturan-peraturan dan undang-undang Bola Sepak Antarabangsa (FIFA)
hendaklah diikuti (kecuali tiada undang-undang offside) dan dinyatakan dalam peraturan ini.

3. Syarat-Syarat Kelayakan Pemain


3.1 Pemain yang didaftarkan hendaklah dari sekolah-sekolah dalam MSSD Ledang
3.2 Lahir pada atau sebelum 1 Januari 1999. .

4. Pendaftaran Pemain
4.1 Setiap pemain mesti mendaftar dalam borang R01 dan pendaftaran pemain R02 Hanya
pemain yang didaftarkan dalam borang R01 sahaja dibenarkan bermain.
4.2 Tiap-tiap pasukan hendaklah mendaftar nama senarai pemain tidak melebihi 14 orang.
4.3 Borang pendaftaran R01 DAN R02 yang lengkap hendaklah diserahkan kepada pihak
penganjur selewatnya-lewatnya jam 8 pagi pada hari pertandingan..
4.4 Bayaran penyertaan bagi setiap pasukan ialah RM50 (RINGGIT MALAYSIA LIMA
PULUH SAHAJA).

5. Format Pertandingan
5.1 Pertandingan ini akan dijalankan secara liga satu pusingan dalam setiap kumpulan
masing-masing.
5.2 Semua pasukan akan diundi dalam kumpulan yang ditetapkan.
5.3 Pasukan yang menjadi JOHAN DAN NAIB JOHAN dalam setiap kumpulan layak ke
pusingan suku akhir ( undian)
5.4 Tiap-tiap pasukan yang menang pada liga, mendapat 3 mata, 1 mata untuk
seri dan 0 mata untuk kalah.
5.5 Jika terdapat dua pasukan atau lebih memperolehi mata yang sama maka :
a) Jumlah perbezaan gol akan menjadi penentuan iaitu pasukan yang memperolehi
perbezaan yang terbesar antara jaringan gol masuk dengan jaringan gol kena
hendaklah memduduki tempat yang lebih tinggi.(jaring tolak kena)
b) Jika perbezaan golnya sama, pasukan yang telah menjaringkan gol yang paling banyak
hendaklah menduduki tempat yang lebih tinggi.
c) Jika masih seri juga, pasukan yang pernah menewaskan lawannya adalah
menduduki tempat yang lebih tinggi.
d) Jika masih juga seri, lambungan syiling akan dijalankan sebanyak tiga kali
e) Sekiranya terdapat tiga (3) pasukan yang sama kedudukan dalam satu kumpulan, cabutan
undi akan dijalankan.

6. Masa Perlawanan
6.1 Kedua-dua Pusingan
6.1.1 Pusingan Pertama 7 / 1 / 7
6.1.2 Pusingan Kalah Mati 7 / 1 / 7
6.1.3 Perlawanan Akhir 10 / 1 / 10
6.2 Tiada masa tambahan diberi sekiranya keputusan berkesudahan seri dalam pusingan
awal
6.3 Pada peringkat suku akhir dan separuh akhir, sekiranya keputusan berkesudahan
dengan seri, tendangan penalti 3 kali akan dijalankan. Jikalau masih juga seri , tendangan
penaliti secara Sudden Death akan dijalankan.
6.4 Pada perlawanan akhir tambahan masa 5 minit bagi setiap separuh masa(silver goal).
Jikalau masih juga seri , tendangan penaliti 3 kali dan secara Sudden Death akan
dijalankan
7. Kelewatan/ Kekurangan Pemain
7.1 Tiap-tiap pasukan mestilah berada di padang permainan 5 minit sebelum
masa yang ditetapkan bagi perlawanan.
7.2 Masa selama tidak lebih daripada 5 minit adalah diberikan kepada pasukan
yang lewat. Selepas masa 5 minit, pasukan yang lewat itu dikira walk
over dan keputusan perlawanan yang melibatkan pasukan tersebut
dikekalkan keseluruhannya.
7.3 Sekurang-kurangnya 7 orang pemain mestilah berada di padang sebelum
perlawanan dimulakan. Sekiranya kurang dari jumlah tersebut, pasukan itu
dikira menerima kekalahan.
7.4 Pasukan yang mendapat kemenangan melalui walk over mendapat tiga
(3) mata dan 3 jaringan gol berbalas kosong (0)

8. Pakaian Pemain
8.1 Semua pemain diwajibkan memakai kasut bola (boots) dan stoking tinggi
serta Shin Guard.
8.2 Tiap-tiap pemain hendaklah memakai jersi yang bernombor mengikut
nombor yang didaftarkan dalam borang pendaftaran.
8.3 Sekiranya terdapat persamaan warna pakaian dengan syarat tuan rumah memakai
warna sebagaimana yang mereka isytiharkan,maka pasukan pelawat hendaklah menukar
warna pakaian mereka. Begitu juga sekiranya pasukan tuan rumah memakai warna
pakaian lain dari apa yang mereka isytiharkan, maka pasukan tuan rumahlah yang perlu
menukar warna pakaian mereka.
8.4 Ketua pasukan diwajibkan memakai lilitan lengan(arm band)

9. Pertukaran Pemain
9.1 Setiap pasukan dibenarkan membuat 3 pertukaran dalam satu perlawanan.
9.2 Mana-mana pemain yang telah digantikan tidak dibenarkan bermain semula dalam
perlawanan tersebut termasuk mengambil tendangan penalti.

10. Rayuan dan Bantahan


10.1 Setiap rayuan hendaklah dikemukakan secara bertulis dalam tempoh 10 minit selepas
perlawanan dilangsungkan.
10.2 Setiap bantahan yang ingin dibuat akan dikenakan bayaran sebanyak RM 300.00
(Ringgit Malaysia Tiga Ratus Sahaja)
10.3 Bayaran wang bantahan hendaklah disertakan bersama-sama dengan
bantahan yang dibuat.
10.4 Sekiranya bantahan diterima, bayaran wang bantahan berjumlah RM
300.00 akan dikembalikan semula.
10.5 Panel juri rayuan terdiri daripada 3 orang pegawai teknikal kejohanan dan
dua orang pengurus pasukan. Segala keputusan Juri Rayuan adalah
muktamad.

11. Tindakan Tatatertib


11.1 Seseorang pemain yang telah mendapat 2 kad kuning dalam perlawanan
yang berasingan akan digantung 1 perlawanan berikutnya.
11.2 Seseorang pemain yang diperintahkan keluar padang selepas menerima
dua kali amaran bertulis di dalam perlawanan yang sama akan digantung 1
perlawanan berikutnya.
11.3 Seseorang pemain yang diperintahkan keluar padang kerana mendapat
kad merah akan digantung 1 perlawanan berikutnya.
12. PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIHENTIKAN

12.1 Sekiranya Pengadil berpendapat bahawa padang tidak sesuai untuk permainan disebabkan oleh
keadaan cuaca atau kerana hal-hal yang tidak dijangkakan dan perlawanan itu tidak dapat dimainkan
atau sekiranya sesuatu perlawanan dihentikan akibat hal-hal luar kawalan kedua-dua pasukan, maka
perlawanan yang ditunda atau dihentikan itu hendaklah dimainkan semula (Keputusan perlawanan
semasa terbatal)

12.2 Sekiranya Pengadil menghentikan perlawanan kerana tingkahlaku penonton, pegawai atau
pemain satu pasukan yang tidak memuaskan, keputusan-keputusan seperti berikut:-

Keputusan perlawanan akan dimaklumkan setelah Jawatan kuasa bermesyuarat

Kemenangan diberi kepada pasukan yang lain dengan tiga (3) mata dan jaringan gol 3-0
atau jaringan semasa perlawanan dihentikan, jika ianya lebih. (Setelah keputusan
mesyuarat dicapai)

Penggantungan pasukan untuk beberapa perlawanan atau musim / musim-musim berikut.


(Atas arahan PPD)

13.Tafsiran Undang-undang/ Peraturan

13.1 Segala peraturan yang termaktub di sini adalah muktamad.


13.2 Segala hal yang tidak diperuntukkan di bawah peraturan ini atau soal perbezaan tafsiran
akan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknik Bola Sepak MSSD LEDANG dan keputusan itu
adalah muktamad.

Anda mungkin juga menyukai