Anda di halaman 1dari 4

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PERATURAN BOLA JARING

1.0 NAMA

Kejohanan ini dinamakan UPM Netball Championship: Battle of The Best.

2.0 PERATURAN PERMAINAN

Mengikut Undang-undang dan Peraturan Am UPM Netball Championship:


Battle of The Best yang dikuatkuasakan sepanjang kejohanan ini.

3.0 UNDANG-UNDANG PERMAINAN

3.1 Selain dari peraturan yang terkandung, maka sukan ini akan dijalankan
mengikut Undang-undang Gabungan Persekutuan Bola Jaring Antarabangsa
(IFNA) dan Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM) yang berkuatkuasa pada
ketika ini. Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirannya,
maka undang- undang dalam Bahasa Inggeris yang terkini akan dipatuhi.

3.2 Yuran pendaftaran yang perlu dibayar untuk setiap pasukan bagi menyertai
kejohanan ini adalah sebanyak RM100 (Ringgit Malaysia Satu Ratus).

4.0 KELAYAKAN

4.1 Semua warga UPM adalah LAYAK untuk bermain.

4.2 Semua peserta dikehendaki memberikan nombor kad pelajar dan staf semasa
pendaftaran.

4.3 Peserta hendaklah berjantina perempuan.


4.4 Sekiranya terdapat pemain negeri atau kebangsaan yang ingin menyertai
kejohanan, hendaklah tidak lebih dari 1 orang dalam satu pasukan.

1
5.0 PENDAFTARAN PASUKAN/ PEMBENTUKAN PASUKAN

BILANGAN
PEMAIN PEGAWAI
PEMAIN
MAKSIMUM 10 2

5.1 Borang Pendaftaran yang telah disahkan hendaklah dihantar selewat-


lewatnya 3 hari sebelum kejohanan bermula kepada AJK pendaftaran
yang bertugas.

6.0 REFERI/ PENGADIL/ PEGAWAI TEKNIKAL KEJOHANAN

6.1 Pengadil/ referi akan disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola bagi setiap
permainan yang dipertandingkan kecuali ditetapkan dalam peraturan
permainan atau dipersetujui semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan Permainan
tersebut.

7.0 PAKAIAN DAN PERALATAN

7.1 Pakaian dan Bib

7.1.1 Setiap pasukan hendaklah memakai pakaian seragam


sepanjang perlawanan berlangsung.

7.1.2 Setiap pasukan WAJIB menyediakan 2 set bib berlainan


warna.

7.1.3 Huruf-huruf bib dibawah hendaklah tertera dengan jelas di


bahagian hadapan dan belakang pemain ketika permainan
berlangsung iaitu:

GS - Goal Shooter
GA - Goal Attack
WA - Wing Attack
C - Centre
WD - Wing Defence
GD - Goal Defence
GK - Goal Keeper

7.2 Pemain tidak dibenarkan untuk memakai sebarang perhiasan atau barang
kemas sepanjang pertandingan berlangsung.

7.3 Pemain juga perlulah memakai kasut yang sesuai.

7.4 Pemain haruslah memastikan kuku berada dalam keadaan pendek.

2
8.0 SISTEM PERTANDINGAN

8.1 Sistem pertandingan yang digunakan adalah "Sistem Liga" bagi pusingan
pertama. Penyertaan akan dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu A, B dan C.
Kemenangan akan ditentukan berdasarkan jumlah mata terbanyak di dalam
kumpulan bagi menentukan Johan dan Naib Johan Kumpulan.

8.2 Pusingan kedua pula adalah "Sistem Kalah Mati" dan undian semula akan
dilakukan untuk menentukan perlawanan seterusnya.

9.0 CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN

9.1 Pusingan Pertama (Liga Kumpulan)

9.1.1 Pemberian mata;-

Menang - 3 Mata
Seri - 1 Mata
Kalah - 0 Mata

9.2 Kemenangan akan ditentukan berdasarkan jumlah mata yang terdahulu di


antara dua kumpulan untuk menentukan Johan dan Naib Johan kumpulan.

9.3 Sistem pertandingan yang digunakan pada pusingan kedua yang merangkumi
peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir ialah “Kalah Mati”.

9.4 Masa tambahan hanya akan diberikan pada pusingan kedua jika keputusan
perlawanan adalah seri. Jika pasukan berakhir dengan seri, maka keputusan
pemenang akan ditentukan melalui:

9.4.1 Apabila tamat masa permainan, pasukan akan bertukar kawasan


bermain serta merta dan akan meneruskan permainan dengan masa
tambahan selama 3 minit tanpa rehat. Hantaran pertama akan di undi
semula.

9.4.2 Sekiranya masih berlaku seri pada masa tambahan, permainan akan
diteruskan dengan membuat tiga (3) hantaran tengah (tiada had masa
permainan). Hantaran pertama akan di undi semula.

10.0 MASA BERMAIN

10.1 7 minit x 1 minit x 7 minit

10.2 Pasukan hendaklah bertukar kawasan bermain selepas separuh masa


permainan tamat.

3
11.0 KELEWATAN

11.1 Hanya 5 minit sahaja akan diberikan kepada pasukan yang lewat dan selepas
masa itu pihak lawan akan diberikan kemenangan percuma dengan kiraan 3
mata dan jaringan 10-0.

11.2 Sebarang kelewatan yang disebabkan oleh bencana alam atau perkara-
perkara di luar jangkaan seperti kerosakan bas atau sebagainya, maka
pasukan terlibat hendaklah MELAPORKAN KEPADA
JAWATANKUASA TEKNIKAL DENGAN SEGERA dan keputusan
mengenai perlawanan yang melibatkan kedua-dua pasukan akan dibuat oleh
Jawatankuasa Teknikal.

12.0 MENARIK DIRI

12.1 Sekiranya sesuatu pasukan menarik diri atau memberi kemenangan percuma
dengan sengaja, semua keputusan yang telah dilangsung oleh pasukan
tersebut akan dibatalkan dan pasukan berkenaan tidak dibenarkan bertanding
seterusnya.

12.2 Setiap pasukan mestilah menghabiskan setiap perlawanan dan tidak boleh
dengan sengaja memberikan kemenangan percuma kepada pihak lawan
untuk perlawanan yang akan datang atau sedang berlangsung. Setiap pasukan
dikehendaki meneruskan perlawanan walaupun telah layak ke peringkat
seterusnya.

13.0 HADIAH

13.1 Hadiah hanya akan diberikan kepada pemenang Johan sehingga tempat
ke-3 sahaja.

14.0 PERATURAN LAIN YANG TIDAK DINYATAKAN

14.1 Semua perkara yang tidak termaktub di dalam peraturan di atas akan
ditentukan oleh Jawatankuasa Teknikal. Jika timbul sebarang kekeliruan
dalam syarat-syarat pertandingan, keputusan Jawatankuasa Teknikal
adalah muktamad.

14.2 Sebarang bantahan hanya boleh dibuat oleh Pengurus Pasukan sahaja dan
hendaklah dibuat secara lisan kepada pegawai teknikal yang bertugas ketika
itu. Kemudian, bantahan tersebut hendaklah dikemukakan tidak lewat 10
minit selepas tamat pertandingan tersebut disertakan bersama deposit tunai
sebanyak RM 200 (Ringgit Malaysia Dua Ratus).

14.3 Jika bantahan tersebut berjaya, deposit tersebut akan dipulangkan. Sekiranya
bantahan di tolak, deposit tersebut dikira hangus.

14.4 Keputusan Jawatankuasa Bantahan dan Rayuan adalah muktamad.

Anda mungkin juga menyukai