Anda di halaman 1dari 9

 

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA JARING


1.0       PERATURAN AM
Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung,pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-undang
Persekutuan Persatuan Bola Jaring Antarabangsa (IFNA) yang terkini.

Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi  pentafsirannya, Undang-undang dalam Bahasa Inggeris

yang terkini akan dipatuhi.

Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pertandingan dan Teknik Bola Jaring adalah muktamad.

2.0       NAMA PERTANDINGAN


Pertandingan Bola Jaring SK Kionsom Inanam Sabah

3.0       BILANGAN PEGAWAI/PESERTA


Bilangan Pegawai dan Atlet bagi Pertandingan  Bola Jaring ialah seperti berikut:-

Pengurus Pasukan             1 orang

Jurulatih Pasukan               1 orang

Atlet                                     10 orang

12 orang
4.0 PENYERTAAN
Penyertaan adalah terbuka kepada semua pasukan politeknik-politeknik Kementerian Pengajian Tinggi.

Penyertaan hendaklah dibuat melalui Unit Sukan dan Kokurikulum dan disahkan oleh pengarah (atau wakilnya) p
masing-masing.

Setiap kontinjen hanya boleh mendaftarkan satu (1) pasukan sahaja.

Hanya peserta yang didaftarkan sahaja layak menyertai pertandingan ini.

Pertukaran peserta yang didaftarkan selepas Mesyuarat pengurus pasukan adalah tidak dibenarkan.

5.0 TEMPOH PERLAWANAN
Jangkamasa perlawanan adalah seperti berikut:
Bahagian pertama           15 minit

Rehat                                    5 minit

Bahagian kedua                15 minit

6.0       SISTEM PERTANDINGAN


6.1       Liga Kumpulan
6.1.1   Pusingan Permulaan
Sekiranya dua belas atau lebih pasukan mengambil bahagian, mereka hendaklah dibahagikan kepada 4 kumpulan A
pertandingan dijalankan secara liga.
6.1.2   Pusingan Suku Akhir
i.          Pusingan kedua dijalankan secara kalah mati
ii.          Johan A lawan Naib Johan C dan Johan C lawan Naib Johan  A.  Pemenang  sebagai kumpulan X1 dan X2
iii.         Johan B lawan Naib Johan D dan Johan D lawan Naib Johan  B.  Pemenang  sebagai Kumpulan Y1 dan Y2
6.1.3       Pusingan Separuh Akhir
i.          Pusingan separuh akhir secara kalah mati.
ii.          Separuh akhir pertama X1 lawanY2 dan pemenang sebagai Z1
iii.         Separuh akhir  kedua Y1 lawan X2 dan pemenana sebagai Z2.
6.1.4       Pertandingan akhir
1. Menentukan Johan dan Naib Johan,Z1 lawan Z2.

ii.          Tempat ketiga dan keempat, kalah X1 lawan Y2 dan kalah Y1 lawan X2.
6.2             Tiga kumpulan
6.2.1   Pusingan Permulaan
i.          Sekiranya sembilan hingga sebelas pasukan yang mengambil bahagian,mereka hendaklahdibahagikan kepada tig
A,B dan C dan pertandingan dijalankan secara liga.

6.2.2       Pusingan Kedua


1. Pusingan kedua dijalankan secara liga

ii.          Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan dimasukkan ke dalam   kumpulan X dan Y dengan cara undian
selepas sahaja tamat pusingan pertama.
iii.         Daripada tiga Johan, dua johan akan ditempatkan dalam kumpulan yang sama samada X atau Y dan satu lagi a
ke dalam kumpulan Y atau X dengan cara undian.
iv.        Naib Johan Kumpulan akan ditempatkan dalam kumpulan lain dari Johan kumpulannya dalam pusingan pertama.

7.0       MENENTUKAN KEMENANGAN BAGI SESUATU PERLAWANAN

7.1 Sistem pemberian mata bagi pertandingan bola jaring secara Liga adalah seperti berikut :-
Menang       -           3 Mata
Seri                  -           1 Mata
Kalah             -           0 Mata
7.2       Keputusan Seri
Jika dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama pemenang akan  ditentukan seperti berikut:
7.2.1   Jika kedua-dua pasukan seri atau jika lebih daripada dua pasukan    mempunyai jumlah mata yang sama di akhir p
7.2.2.  Jika purata gol masih seri, maka perbezaan gol yang terbanyak dikira pemenang
7.2.3. Jika kedudukan masih seri, maka pasukan yang menjaring gol terbanyak   akan diistiharkan sebagai pemenang.
7.3       Sekiranya berlaku seri semasa perlawanan di peringkat suku akhir, separuh akhir dan  akhir
7.3.1   Pasukan hendaklah diberi masa rehat dua (2) minit di akhir masa sepenuh  perlawanan.
7.3.2.  Masa tambahan selama dua (2) x tujuh (7) minit setiap bahagian akan dimainkan.
7.3.3   Pasukan bertukar Kawasan Gol dan perlawanan dimulakan semula oleh pasukan yang berhak kepada Hantaran Te
7.3.4   Pasukan bertukar Kawasan Gol di separuh masa tanpa  rehat.
7.3.5   Hantaran Tengah diambil oleh pasukan yang berhak kepada Hantaran Tengah  berikutnya.
7.3.6   Sekiranya berlaku seri di akhir masa  tambahan,permainan akan diteruskan sehingga satu pasukan mendapat dua (
8.0       PERTUKARAN PEMAIN
8.1       Penggantian dan Pertukaran posisi

8.1.1       Penggantian berlaku apabila pemain keluar gelanggang dan di ganti oleh pemain yang lain.
8.1.2       Setiap pemain hanya dibenarkan melakukan penggantian maksimum sebanyak tiga kali di setiap
satu –satu perlawanan. Setiap pemain yang telah digantikan dibenarkan untuk bermain semula tetap pertukarannya telah d
8.1.3       Pertukaran posisi dalam pasukan adalah apabila pemian di gelanggang bertukar posisi.
8.1.4       Kedua-dua pasukan berhak membuat penggantian dan / atau pertukaran posisi sama ada:
8.1.4.1            Masa rehat
8.1.4.2            Apabila permainan di berhentikan untuk kecederaan atau sakit. Walaubagaimanapun dalam kes pemain
sakit yang menyebabkan permainan di berhentikan mestilah terlibat dalam penggantian dan / atau pertukaran posisi.
8.1.5       Penggantian bagi sesebuah pasukan tidak boleh melebihi 10 pemain  yang telah di daftarkan
8.2       Kecederaan dan kesakitan
Jika seseorang pemain tercedera atau sakit dan tidak dapat meneruskan permainannya, permainan boleh dihentikan
selama 2 minit untuk merawat. Seterusnya penentuan sama ada pemain itu boleh meneruskan permainannya atau digant
simpanan akan dibuat oleh pegawai pasukan yang terlibat. Hanya dua (2) orang pegawai sahaja yang dibenarkan masu
semasa sesi rawatan berlangsung.
8.3       Pemain yang sakit atau cedera boleh diganti dan boleh bermain semula selepas waktu rehat separuh masa.
8.4       Pemain hanya boleh diganti selepas permainan diberhentikan kerana kecederaan atau kesakitan  dan pertukar
dibuat selepas waktu rehat separuh masa.

9.0       PAKAIAN


9.1       Setiap pasukan hendaklah memakai jersi seragam iaitu
corak, bentuk dan warna yang sama.
9.2       Setiap pasukan dikehendaki membawa dua (2) set bib
berlainan warna yang ketinggian hurufnya adalah di antara 4 hingga 6 inci.
9.3       Jika berlaku pertembungan warna bib, pasukan pertama
namanya dalam jadual dikehendaki menukar bib.
9.4             Setiap pemain tidak dibenarkan memakai barang perhiasan dan mesti berkuku pendek.
9.5             Setiap pemain tidak dibenarkan memakai kasut yang mempunyai tapak berpaku.

10.0 GELANGGANG DAN PERALATAN


10.1         Gelanggang merujuk kepada peraturan IFNA
10.1.1    Tiang gol terletak di tengah bulatan gol berukuran 3.05 m (10 kaki) tinggi.
10.1.2    Bulatan tiang gol mempunyai diameter 380 mm (15 inci)
10.1.3    Panjang net jaring secara horizontal dari tiang gol berukuran 150mm atau 6 inci panjang.
10.1.4    Tebal garisan gelanggang mempunyai 50 mm (2 inci) lebar

10.2       Peralatan
Jika permainan di jalankan di atas padang, dua biji bola perlu di sediakan oleh penganjur mengikut spesifikasi berikut:

10.2.1  Permainan di jalankan di atas gelanggang padang:


Jenis bola jaring     : rubber
Ukuran bola             : 690 – 710 mms (27 – 28 inci)
Berat                          : 400 – 450 gm ( 14 – 16 auns)

10.2.2  Permainan di jalankan di atas gelanggang bersimen


Jenis bola jaring     : synthetic leather
Ukuran bola             : 690 – 710 mms (27 – 28 inci)
Berat                          : 400 – 450 gm ( 14 – 16 auns)

11.0    KELEWATAN
11.1     Setiap pasukan hendaklah berada di gelanggang tiga puluh (30) minit sebelum perlawanan dimulakan.
11.2    Pasukan yang lewat lima belas (15) minit dari masa yang telah dijadualkan tanpa alasan yang munasabah di
kemenangan percuma kepada pihak lawan dengan jaringan 5-0.
11.3    Pemain yang lewat hadir selepas permainan bermula tidak di
benarkan mengambil tempat pemain yang telah mengisi posisinya, tetapi boleh di jadikan sebagai pemain gantian sepe
peruntukkan dalam Undang-Undang Penggantian dan Pertukaran Posisi.
11.4         Jika posisi pemain yang lewat itu tidak di isi oleh pemain lain, pemain berkenaan tidak boleh masuk
permainan sedang berlangsung, tetapi selepas memberitahu pengadil, pemain itu boleh masuk ke gelanggang apabila:-
11.4.1  Sebaik sahaja gol di jaringkan. Dalam keadaan ini, pemain mestilah bermain di posisi yang di biarkan kosong dal
11.4.2  Semasa pemberhentian untuk kecederaan atau sakit.
11.4.3  Sebaik sahaja selepas rehat
12.0    BANTAHAN DAN RAYUAN
12.1    Bantahan atau rayuan bertulis yang ditandatangani oleh pengurus pasukan hendaklah diserahkan kepada Setiausah
wakilnya tidak lewat dari satu (1) jam selepas tamat perlawanan.
12.2    Setiap bantahan hendaklah disertakan dengan Wang Pertaruhan sebanyak RM200.00 (Ringgit Malaysia dua ratus
12.3    Wang pertaruhan akan luput jika bantahan atau rayuan yang dikemukakan itu didapati tidak wajar.

13.0    JURI RAYUAN


13.1 Ahli juri rayuan hendaklah terdiri daripada 5 orang (minimum) atau 7 orang (maksimum) dengan sekurang-ku
daripada politeknik berkecuali.
13.2    Ahli juri rayuan terdiri daripada:
i.           Pengerusi Jawatankuasa Pengelola MSP atau wakilnya   sebagai Pengerusi.
ii.          Pengerusi Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan MSP atau wakilnya.
iii.         Pengerusi Teknik Permainan berkenaan.
iv.        Dua hingga empat orang wakil daripada Politeknik yang berkecuali.
13.3    Keputusan yang dibuat oleh Juri Rayuan MSP adalah muktamad.

14.0    KEHILANGAN DAN KESELAMATAN

Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab di atas kehilangan barang-barang atau harta benda kepunyaan pegaw
dalam kawasan kejohanan dan tempat penginapan  sebarang kemalangan, kecederaan dan kematian semasa pertandi
Setiap politeknik adalah digalakkan untuk mengambil insurans tambahan bagi peserta dan pegawai yang meny
karnival.Walau bagaimanapun, beberapa persediaan dan langkah keselamatan akan diadakan bagi mengelakkan
kemalangan semasa kejohanan berlangsung.
15.0    PENANGGUHAN PERLAWANAN
15.1    Sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan untuk perlawanan diteruskan seperti hujan lebat, petir dan kilat, kead
becak dan licin, cuaca gelap dan sebagainya, maka Pengadil dengan persetujuan Jawatankuasa Pertandingan dan Teknika
menangguhkan perlawanan.
15.2    Perlawanan yang ditangguhkan itu akan ditentukan seperti berikut :-
15.2.1. Sekiranya perlawanan ditangguhkan pada hari yang  sama, maka perlawanan akan disambung mengikut baki mas
15.2.2. Sekiranya perlawanan ditangguhkan ke hari yang lain, maka perlawanan hendaklah dimainkan semula.
15.2.3. Jawatankuasa Pengelola mempunyai kuasa untuk menangguh atau mengubah sesuatu jadual atau tempat pert
terlebih dahulu
memberitahu atau diputuskan secara serta merta.
15.2.4. Jawatankuasa Pertandingan dan Teknik Bola Jaring
akan menetapkan semula perlawanan yang   tertangguh itu.
16.0    PENGADIL-PENGADIL/PENGERUSI TEKNIK

MSP akan melantik Pengerusi Teknik Permainan Bola Jaring manakala pengadil-pengadil dan pegawai teknikal akan
politeknik yang menganjurkan karnival sukan tersebut untuk menyediakan borang pendaftaran pemain dan borang-bo
penyediaan gelanggang, jaring, kerusi rehat pemain, pemungut bola dan minuman.

17.0 MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH


Sekiranya sesebuah pasukan menarik diri atau menyerah kalah                      dengan sengaja daripada pertanding
keputusan pertandingan yang dijalankan oleh pasukan itu                               akan dibatalkan dan pasukan itu tidak diben
sebarang pertandingan seterusnya. Mata yang diperolehi                               pasukan lain yang terlibat dalam perlawana
dengan dengannya tidak diambil kira untuk menentukan                                     keputusan kumpulan.

18.0    MESYUARAT PENGURUS PASUKAN


18.1    Taklimat Pengurus Pasukan akan diadakan satu (1) hari
sebelum pertandingan pertama dijalankan.
18.2    Senarai peserta yang disahkan semasa Taklimat Pengurus
Pasukan adalah muktamad.
19.0    PERKARA- PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am dan Peraturan Permainan Bola Jaring akan diputuskan ol
Pengelola Karnival  berkenaan di mana keputusan adalah muktamad.

Anda mungkin juga menyukai