Anda di halaman 1dari 6

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA JARING KEJOHANAN ANTARA TEKNIK (KAT) KALI KE-13 PERINGKAT KEBANGSAAN

1.0.

UNDANG-UNDANG PERMAINAN Undang-undang Gabungan Persekutuan Bola Jaring Wanita Antarabangsa (IFNA) dan Undang-undang Majlis Sukan SekolahSekolah Malaysia (MSSM) yang berkuatkuasa semasa akan menjadi undang-undang rasmi pertandingan kecuali ada undang-undang khas yang dinyatakan berlainan dalam pertandingan ini. TARIKH PERTANDINGAN 2.1. Tarikh: 03 hingga 06 Jun 2010 TEMPAT PERTANDINGAN 3.1. Tempat: SM Teknik BATU PAHAT KELAYAKAN PEMAIN 4.1. Penyertaan adalah terbuka kepada semua Sekolah Menengah Teknik di Malaysia. 4.2. Pemain yang hendak didaftar bermain mewakili pasukannya hendaklah dari kalangan pelajar-pelajar yang sedang belajar dan didaftar sebagai pelajar di sekolah berkenaan sahaja seperti: 4.2.1. Pelajar yang sedang mengikuti Kursus Sepenuh Masa Aliran Teknik dan Vokasional. 4.2.2. Pelajar yang sedang mengikuti Aliran Kemahiran Kursus Dua Tahun. 4.3. Pemain-pemain berikut adalah TIDAK LAYAK dan TIDAK BOLEH didaftarkan sebagai pemain untuk sekolah berkenaan , jika: 4.3.1. Pelajar tersebut sedang mengikuti Kursus Kemahiran Jnagka Pendek tiga (3) bulan, enam (6) bulanatau satu (1) tahun. 4.3.2. Pelajar tersebut sedang mengikuti program khas seperti projek link (kerjasama dengan pihak swasta atau agensi luar). 4.3.3. Pelajar yang sedang mengikuti kursus program pelajar sekolah menengah akademik yang mengambil satu (1) atau dua (2) matapelajaran di SMT. 4.3.4. Pelajar yang sedang mengikuti kursus program pelajar sekolah menengah akademik yang mengambil satu (1) atau dua (2) matapelajaran di SMT.

2.0.

3.0.

4.0.

16
Peraturan Pertandingan Bola Jaring Kejohanan Antara Teknik (KAT) Kali Ke-13

4.4.

Pihak Pengelola berhak membuat semakan kelayakan peserta pada bila-bila masa dan mana-mana pasukan yang gagal mematuhi peraturan ini akan menyebabkan pasukan itu tersingkir daripada pertandingan ini.

5.0.

PENDAFTARAN PESERTA 5.1. Setiap pasukan yang bertanding hanya dibenarkan mendaftar seramai 12 orang pemain sahaja. 5.2. Salinan Kad Pengenalan pemain yang telah disahkan oleh Pengetua Sekolah masing-masing akan digunakan sebagai bukti daftar penyertaan pemain tersebut. 5.3. Jawatankuasa Pengelola Pertandingan perlu mengadakan Mesyuarat Pengurus Pasukan untuk penyelarasan pertandingan dan pengesahan status pemain yang mewakili pasukan sekolah mereka. Pengurus Pasukan dimestikan membawa bersama Kad Pengenalan Asal dan Salinan Kad Pengenalan (per.4.7.) untuk pengesahan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan. 5.4. Pendaftaran pegawai pasukan dan pemain hendaklah menggunkan Borang Pendaftaran Rasmi dan disampaikan kepada pihak Jawatankuasa Pengelola Pertandingan sekurangkurangnya satu (1) bulan. 5.5. Sebarang pindaan kepada Borang Pendaftaran Pemain atau pendaftaran pemain baru hendaklah dilakukan semasa mesyuarat pengurus-pengurus pasukan. Selepas mesyuarat tersebut sebarang pindaan adalah TIDAK DIBENARKAN. 5.6. Seorang pemain TIDAK LAYAK BERMAIN jika namanya tidak didaftar di dalam Borang Pendaftaran Pemain. 5.7. Setiap pasukan perlu mengemukakan nama tujuh (7) pemain serta (5) pemain simpanan lengkap dengan posisi masingmasing di dalam boring khas dan diserahkan kepada pegawai pertandingan 15 minit sebelum perlawanan dimulakan. SISTEM PERTANDINGAN 6.1. Sistem pertandingan adalah secara liga dua kumpulan pasukan yang menjuarai kumpulan akan bertanding untuk perlawanan akhir, manakalan pasukan yang menduduki tempat kedua dalam kumpulan akan bermain untuk menentukan tempat ke 3 dan ke 4. MASA BERMAIN 7.1. Masa permainan mengikut system Four Quarters melibatkan dua separuh masa (15-3/15-5/15-3/15). 7.2. Separuh Akhir dan Akhir

6.0.

7.0.

iaitu

17
Peraturan Pertandingan Bola Jaring Kejohanan Antara Teknik (KAT) Kali Ke-13

7.2.1. Masa permainan sama seperti 7.1. 7.2.2. Jika berlaku keputusan seri selepas masa permainan tamat, masa tambahan akan diberi. Masa tambahan itu hendaklah mengandungi 5 minit setiap bahagian tanpa masa rehat. Pemain tidak boleh meninggalkan padang permainan. 8.0. PERTUKARAN PEMAIN 8.1. Seberapa ramai penggantian dibenarkan. 8.2. Pertukaran hanya boleh dibuat semasa rehat dan juga semasa berlaku kecederaan pada pemain. 8.3. Masa untuk pertukaran pemain yang cedera ialah 2 minit.

9.0.

CARA PEMBERIAN MATA 9.1. Cara pemberian mata adalah seperti berikut: 9.1.1. Menang - 3 mata 9.1.2. Seri - 1 mata 9.1.3. Kalah - 0 mata 9.2. Jika terdapat dua (2) atau lebih pasukan yang mendapat jumlah mata yang sama, maka pemenang akan ditentukan dengan cara berikut: 9.2.1. Pasukan yang mendapat perbezaan gol yang terbanyak akan dikira menang. 9.2.2. Jika masih seri, pasukan yang menjaringkan gol yang terbanyak akan dikira menang. 9.2.3. Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira menang. 9.2.4. Jika kedudukan masih seri, cabutan undi akan dijalankan untuk menentukan pasukan yang menang. 9.3. Johan dan Naib Johan setiap kumpulan layak ke pertandingan Separuh Akhir.

10.0. PAKAIAN/BOLA/GELANGGANG 10.1. Setiap pasukan diwajibkan memakai bib mengikut Peraturan Gabungan Persekutuan Bola Jaring Wanita Antarabangsa (IFNA). 10.2. Setiap pasukan dikehendaki membawa 2 set bib. 10.3. Sekiranya terdapat persamaan warna, maka pasukan tuan rumah (pasukan yang disebut dahulu) hendaklah menukar warna bibnya. 10.4. Pemain-pemain hanya dibenarkan memakai skirt atau seluar trek secara berpasukan sahaja. 10.5. Bola-bola pertandingan akan disediakan sendiri oleh pasukan yang bertanding.

18
Peraturan Pertandingan Bola Jaring Kejohanan Antara Teknik (KAT) Kali Ke-13

10.6.

Saiz bola untuk bermain ialah saiz 5.(HARDCOURT BALL) 10.7. Tinggi tiang ialah 3.50 meter atau 10 kaki. 10.8. Pertandingan akan dijalankan di gelanggang hardcourt 11.0. BILANGAN MINIMUM PEMAIN 11.1. Tidak kurang dari 5 orang pemain hendaklah diturunkan oleh sesuatu pasukan bagi memulakan sesuatu perlawanan. 12.0. SENTUHAN 12.1. Sentuhan pemain dan sentuhan dengan bola. 12.1.1. Tiada seorang pemain pun boleh menyentuh pemain lawan dengan apa cara jua sehingga mengganggu pemain lawan. 12.1.2. Dalam usaha untuk menyerang atau mengadang atau memainkan bola seorang pemain tidak boleh: 12.1.2.1. Bergerak ke laluan pemain lawan yang sedang berusaha mendarat di tempat itu. 12.1.2.2. Menolak, menyandung, memegang dan bersandar kepada pemain lawan atau mengemukakan mana-mana sentuhan. 12.1.2.3. Meletakkan sebelah atau kedua-dua tangan ke atas bola yang dikawal pihak lawan kecuali jika pemain meletakkan tangan ke atas bola selepas bola diterima oleh pemain lawan. Pengadil boleh menggunkan undang-undang Advantage untuk membenarkan pemain yang menguasai bola itu meneruskan permainan. 12.1.3. Melanggar dan merampas bola dan penguasan pihak lawan. 12.1.4. Semasa memegang bola menolak pemain lawan dengan bola tersebut. 12.1.5. Berada terlalu dekat dengan pemain lawan menyebabkan pengadil menganggap pemain tidak dapat bergerak tanpa melakukan sentuhan dengan bola tersebut. 13.0. HALANGAN 13.1. Percubaan memintas atau mengadang bola boleh dilakukan oleh pemain pertahanan jika jarak di atas tanah tidak kurang daripada 0.9 meter (3 kaki) daripada pemain yang memegang bola. Apabila bola diterima oleh seorang pemain, jarak ini diukur seperti berikut: 13.1. Jika kaki mendarat mencecah tanah atau berputar, jarak tersebut diukur dari kaki itu ke kaki terdekat pemain lawan. 13.2. Jika kaki mendarat mencecah tanah atau berputar di angkat, jarak di ukur dari tempat asal kaki itu berada dengan kaki terdekat pihak lawan. 13.3. Jika pemain berdiri atau mendarat dengan kedua belah kaki serentak dan masih berdiri jarak itu di ukur kaki

19
Peraturan Pertandingan Bola Jaring Kejohanan Antara Teknik (KAT) Kali Ke-13

terdekat pemain berkenaan dengan kaki terdekat pemain lawan. 13.4. Jika pemain itu berdiri atau mendarat dengan kedua-dua belah kaki serentak dan sebelah kaki di angkat, kaki yang sebelah lagi dianggap kaki mendarat dari mana jarak 0.0 meter (3 kaki) di ukur. 14.0. KELEWATAN 14.1. Pemain yang lewat hadir, tidak dibenarkan mengambil tempat pemain yang telah mengisi posisinya, tetapi boleh menjadi pengganti seperti mana yang diperuntukkan dalam undangundang 6 Penggantian dan Pertukaran Posisi. 14.2. Jika posisi pemain yang lewat itu tidak diisi oleh pemain lain, pemain berkenaan tidak boleh masuk bermain semasa permainan sedang berlangsung, tetapi setelah memberitahu pengadil, pemain itu boleh masuk ke dalam gelanggang : 14.2.1. Selepas satu gol dijaringkan. Dalam keadaan ini, pemain mestilah bermain di posisi yang dibiarkan kosong dalam pasukan itu; 14.2.2. Semasa pemberhentian untuk kecederaan. 14.2.3. Sebaik sahaja selepas rehat. 14.3. Hanya 10 minit diberikan kepada pasukan yang lewat. Jika selepas itu, suatu pasukan tidak hadir dengan sekurangkurangnya lima (5) pemain, pasukan itu dikira menyerah kalah dengan sengaja, maka pihak lawan akan diberikan kemenagan percuma dengan mendapat dua (2) mata dengan jaringan 20-0. 15.0. MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH 15.1. Pasukan yang telah bersetuju mengambil bahagian tidak dibenarkan menarik diri semasa pertandingan sedang berlangsung. 15.2. Sekiranya sesuatu pasukan menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja daripada pertandingan, semua keputusan pertandingan yang dimainkan oleh pasukan itu dibatalkan. Pasukan tersebut tidak dibenarkan menyertai perlawanan seterusnya.

16.0. BANTAHAN

20
Peraturan Pertandingan Bola Jaring Kejohanan Antara Teknik (KAT) Kali Ke-13

16.1.

Bantahan bertulis yang ditandatangani oleh seorang seorang pegawai pasukan hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Pengelola atau wakilnya tidak lewat daripada 2 jam selepas tamat perlawanan dengan bayaran RM 200.00 (Ringgit Malaysia:Dua Ratus sahaja). Wang tersebut tidak akan dikembalikan jika didapati bantahan itu tidak berjaya. 16.2. Jika sesuatu pasukan membuat bantahan, perlawanan mereka selepas itu hendaklah dijalankan dengan bermain dalam bantahan. 17.0. JURI RAYUAN 17.1. Juri Rayuan terdiri daripada : 17.1.1. Pengerusi Jawatankuasa Pengelola/wakilnya: 17.1.2. Setiausaha Jawatankuasa Pengelola Pertandingan 17.1.3. Pengerusi Jawatankuasa Teknik Pertandingan 17.1.4. Tiga (3) Pengetua atau wakilnya yang tidak terlibat dengan perkara yang akan dibincangkan. 18.0. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN 18.1. Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan am MSSM akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola.Keputusan adalah muktamad.

Disediakan oleh: Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan PERTANDINGAN ANTARA TEKNIK KALI KE-13 PERINGKAT KEBANGSAAN

21
Peraturan Pertandingan Bola Jaring Kejohanan Antara Teknik (KAT) Kali Ke-13

Anda mungkin juga menyukai