Anda di halaman 1dari 4

OM Materials (Sarawak) Sdn. Bhd.

PERATURAN FUTSAL (5V5) KATEGORI PEREMPUAN - OM SPORTS FESTIVAL 2022


1. NAMA PERTANDINGAN
FUTSAL (5V5) OM SPORTS FESTIVAL 2022 – KATEGORI PEREMPUAN

2. PENGELOLA
OM MATERIALS (SARAWAK) SDN. BHD.

3. TARIKH PERTANDINGAN & TEMPAT


07 NOVEMBER – 11 NOVEMBER 2022
PADANG FUTSAL FOREIGN LODGE SAMALAJU

5. PERATURAN UMUM
Pertandingan akan dijalankan mengikut ‘FIFA’ yang berkuatkuasa serta telah diterima oleh Persatuan
Bola Sepak Malaysia (FAM).

6. KELAYAKAN PESERTA
Semua kakitangan dari OM Materials yang sah adalah layak untuk menyertai pertandingan ini.
Sebarang unsur penipuan akan menyebabkan pasukan tersebut TIDAK dibenarkan untuk bertanding di
dalam pertandingan ini.

7. PENDAFTARAN PEMAIN
7.1 Pasukan yang menyertai pertandingan ini hanya boleh mendaftar seramai 8 orang pemain
termasuk pemain simpanan (5 pemain atas gelangang dan 3 simpanan).
7.2 Setiap pasukan/pemain yang berdaftar hendaklah sanggup dan bersedia untuk bermain lebih
dari satu perlawanan pada satu hari.
7.3 Pendaftaran nama-nama pemain hendaklah dilakukan dengan menggunakan borang yang
disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola, hanya pemain yang berdaftar sahaja dibenarkan
untuk mengambil bahagian
7.4 Untuk memulakan pemainan bilangan minimum pemain untuk satu pasukan ialah lima (5)
orang. Sekiranya dalam perkara di mana pemain di perintah keluar padang dan salah satu
pasukan tinggal kurang dari tiga pemain, maka permainan hendaklah dibatalkan.
7.5 Bilangan gantian dibuat semasa permainan adalah tidak terhad. Seseorang pemain yang telah
diganti boleh masuk semula ke gelanggang sebagai pengganti kepada pemain lain.
7.6 Syarat-syarat berikut hendaklah dipatuhi apabila gantian dibuat semasa bola dalam
permainan:-
a. Pemain yang meninggalkan gelanggang hendaklah keluar melintasi garisan tepi
dikawasan zon penggantian.
b. Pemain yang masuk ke gelanggang juga dikehendaki berbuat demikian dari penggantian,
tetapi hendaklah menunggu sehingga pemain yang hendak keluar telah melintasi garisan
tepi.
c. Seseorang pengganti adalah tertakluk kepada kuasa dan kebijaksanaan pengadil samada
memanggil atau tidak untuk bermain.
d. Penggantian dikira sempurna apabila pengganti masuk ke gelanggan, di mana ketika ia
menjadi pemain dan pemain yang diganti tidak lagi di anggap pemain.
7.7 Penjaga gol boleh bertukar tempat dengan mana-mana pemain lain dengan syarat kebenaran
dari salah seorang pengadil yang bertugas.
OM Materials (Sarawak) Sdn. Bhd.

8 CARA PERTANDINGAN
8.1 Pertandingan akan dijalankan secara liga satu kumpulan.
8.2 Had bilangan pasukan yang mengambil bahagian ialah 5 pasukan.
8.3 Satu pasukan teratas liga akan digelar juara liga.
8.4 Pertandingan juga akan ditentukan tempat kedua, dan ketiga.
8.5 Jangkamasa satu perlawanan ialah 15 minit;
 Separuh masa pertama: 7 minit
 Rehat dan pertukaran gelanggang (change side): 1 minit
 Separuh masa kedua: 7 minit
8.6 Hanya GOL yang disahkan oleh Pegawai Perlawanan (REFEREE) akan diambil kira sebagai
keputusan penuh perlawanan. Keputusan Pegawai Perlawanan (REFEREE) adalah
MUKATAMAD.
8.7 Tiga (3) mata akan diberi kepada pemenang, satu (1) mata bagi seri dan tiada mata bagi
kalah. Sekiranya mana-mana pasukan gagal bermain bagi sesuatu perlawanan, pasukan
lawan hendaklah diberi tiga (3) mata penuh dengan jaringan dua (2) gol kosong.
8.8 Setelah tamat semua perlawanan pada peringkat liga, samada, dua, tiga pasukan atau lebih
didapti memperolehi bilangan mata yang sama, maka perbezaan gol akan menjadi
penentuan iaitu pasukan yang mempunyai perbezaan antara jaringan gol “masuk” dengan
jaringan gol “kena”. Jika perbezaan golnya sama pula, maka pasukan yang telah menjaringkan
gol yang paling banyak hendaklah menduduki tempat yang lebih tinggi. Jika terdapat seri juga
pasukan yang telah menangi perlawanan yang terbanyak dalam pertandingan peringkat liga
akan diistiharkan sebagai berjaya mara ke perlawanan yang seterusnya, jika masih seri, maka
penentuan melalui tendangan penalty dilakukan.

9. TANGGUNJAWAB/KEWAJIBAN PENGURUS/KAPTEN PASUKAN DAN PEMAIN


9.1 Semua pemain yang telah didaftarkan dalam pertandingan ini adalah dianggap telah
bersetuju untuk mematuhi segala syarat serta disiplin sebagai pemain bolasepak serta
mematuhi segala keputusan yang dibuat oleh Pegawai Perlawanan (REFEREE).
9.2 Pengurus/Kapten Pasukan adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua pemain
serta penyokong pasukannya dan sabarang perkara/tindakan yang melanggar salah satu
syarat – peraturan yang tercatat maka pengurus/kapten adalah disifatkan bersetuju jika
sebarang tindakan tatatertib diambil ke atas pasukan.
9.3 Sekurang-kurangnya tiga puluh (30) minit sebelum bermulanya perlawanan, tiap – tiap Pasukan
hendaklah mengemukakan nama lima (5) pemain dan tiga (3) pemain simpanan serta nombor
jersi mereka di dalam borang yang diberikan oleh Penyelaras Pertandingan.
9.4 Jika jumlah pemain kurang dari lima (5) orang pemain dari mana-mana dua pasukan yang
bermain maka pasukan yang mengandungi lima (5) orang pemain atau lebih pemain yang
berada di dalam gelanggang pada masa yang ditetapkan akan dikira sebagai pemenang
dengan jaringan dua (2) gol kosong.
9.5 “Waiting time“ bagi mulakan sesuatu perlawanan ialah tiga (3) minit sahaja sebelum kuputusan
“Walkover“ diistiharkan oleh pengadil perlawanan.
9.6 Hanya komunikasi diantara Jawatankuasa Pengelola dengan Pengurus/Kapten Pasukan
sahaja akan dilayan.

10. PENANGGUHAN DAN PEMBERHENTIAN PERLAWANAN


10.1 Jika Pegawai Perlawanan (REFEREE) berpendapat padang tidak sesuai untuk perlawanan
disebabkan keadaan cuaca atau tidak dapat dikawal atau perlawanan diberhentikan atas
sebab-sebab keselamatan yang tidak dapat dikawalkan oleh kedua-kedua pasukan,
penangguhan perlawanan sedemikian itu akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola
Pertandingan Futsal (5V5) OM SPORTS FESTIVAL 2022.
10.2 Jika pemberhentian perlawanan tersebut disebabkan oleh rusuhan maka keputusan
perlawanan sehingga ke semasa pemberhentian tadi diambilkira, dan kedua–dua pasukan
akan dikehendaki menyambung perlawanan tersebut pada tarikh dan masa yang ditetapkan
oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Futsal (5V5) OM SPORTS FESTIVAL 2022.
OM Materials (Sarawak) Sdn. Bhd.

11. TARIK DIRI ATAU GAGAL BERMAIN


11.1 Sekiranya sesebuah pasukan tidak melaporkan diri untuk sesuatu perlawanan, kecuali dalam
hal bencana alam dan sebab-sebabnya kemudian diterima oleh Jawatankuasa Pertandingan
Futsal (5V5) OM SPORTS FESTIVAL 2022 atau jika pasukan tersebut enggan meneruskan
permainan atau meninggalkan gelanggang sebelum tamat perlawanan, maka kemenangan
akan diberi kepada pasukan lawannya dengan jaringan dua (2) kosong atau lebih sekiranya
itulah jaringan golnya pada saat meninggalkan gelanggan pemainan.
11.2 Sekiranya seseorang pegawai perlawanan (REFEREE) telah membuat kesilapan dalam taksiran
Undang-undang permainan sebagaimana yang diperutuskan oleh Lembaga Persekutuan
Bolasepak Antarabangsa (FIFA) pasukan tersebut hendaklah bermain sehingga tamat
perlawanan dan boleh membuat rayuan kepada Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Futsal
(5V5) OM SPORTS FESTIVAL 2022 yang mana keputusan adalah MUKTAMAD.

12. KAWALAN PADANG DAN KELAKUAN

12.1 Pengurus/Kapten Pasukan adalah bertanggungjawab untuk menentukan para pegawai dan
pemain serta penyokong-penyokong mereka berkelakuan baik sebelum, semasa dan selepas
perlawanan seperti yang dimaklumkan pada perenggan 9.1 dan 9.2.

12.2 Jika terdapat kelakuan kurang sopan maka perkara tersebut akan dirujuk kepada
Jawatankuasa Pengelola untuk menentukan jenis tindakan dan hukuman yang bakal diambil.
Pasukan bertanding akan dilucutkan/ditarik kelayakan untuk bertanding di dalam Pertandingan
FUTSAL (5V5) OM SPORTS FESTIVAL 2022 dengan serta merta sekiranya;
 Terdapat pemain dari pasukan tersebut bermain dalam keadaan mabuk atau di
bawah pengaruh alkohol (tertahluk atas keputusan pengadil dan Jawatankuasa
Pengelola Pertandingan FUTSAL (5V5) OM SPORTS FESTIVAL 2022).
 Pemain pasukan tersebut membuat provokasi terhadap pemain lain seterusnya
mencetuskan pergaduhan fizikal antara pemain pemain yang terlibat di atas
gelanggang. (tertahluk atas keputusan pengadil dan Jawatankuasa Pengelola
Pertandingan FUTSAL (5V5) OM SPORTS FESTIVAL 2022).
 Penyokong pasukan tersebut membuat provokasi terhadap pemain lain seterusnya
mencetuskan pergaduhan fizikal antara pemain dan penyokong yang terlibat di atas
gelanggang mahupun luar gelangang. (tertahluk atas keputusan pengadil dan
Jawatankuasa Pengelola Pertandingan FUTSAL (5V5) OM SPORTS FESTIVAL 2022).
Keputusan Jawatankuasa ini adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan tidak akan dilayani.

13 LANGKAH TATATERTIB
13.1 Pemain yang dikena amaran dua (2) Kad Kuning secara automatic tidak dibenar bermain satu
(1) perlawanan berikutnya.
13.2 Pemain yang diperintah keluar padang (KAD MERAH) secara automatic tidak dibenarkan
bermain dalam dua (2) perlawanan berikutnya atau tertakluk kepada keputusan
Jawatankuasa Pengelola.
OM Materials (Sarawak) Sdn. Bhd.

14. BANTAHAN
14.1 Bantahan tidak boleh dibuat terhadap keputusan mengenai perkara-perkara fakta yang dibuat
oleh Pegawai Perlawanan (REFEREE) di gelanggang permainan.
14.2 Sebarang bantahan terhadap kelayakan pemain dalam pertandingan ini hanya boleh
dilakukan sebelum perlawanan dimulakan. Permainan masih boleh diteruskan sementara
penyemakan keatas bantahan ini dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola.

15. PERLANGGARAN PERATURAN/SYARAT


15.1 Jika mana-mana Pasukan yang menyalahi/melanggar mana-mana Peraturan/syarat
pertandingan, pasukan yang didapati bersalah dikira kalah dengan memberi kemenangan
kepada Pasukan lawan dengan kiraan tiga (3) mata dan jaringan dua (2) gol kosong.

16. PERKARA YANG TIDAK DIPERUNTUKKAN DALAM PERATURAN/SYARAT


16.1 Semua perkara diperuntukkan dalam peraturan ini atau kes-kes yang melibatkan perbezaan
interpresi akan diselesaikan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan FUTSAL (5V5) OM
SPORTS FESTIVAL 2022 yang mana keputusannya adalah MUKTAMAD.

17 PERKARA AM.
17.1 Jawatankuasa Pengelola Pertandingan FUTSAL (5V5) OM SPORTS FESTIVAL 2022 tidak akan
melayani sebarang bantahan dari mana-mana Ketua Jabatan yang telah memberi kebenaran
kepada pekerja mereka untuk menyertai pertandingan ini terhadap apa–apa
tindakan/keputusan yang diambil Pegawai/Pemain mereka oleh Jawatankuasa Pengelola
mengenai perlanggaran peraturan pertandingan ini.

Anda mungkin juga menyukai