Anda di halaman 1dari 10

KEJOHANAN FUTSAL ANJURAN PEMUDA UPKO BELURAN 2016

KEJOHANAN FUTSAL MERDEKA 2016


ANJURAN:
PERGERAKAN PEMUDA UPKO BELURAN

SYARAT PERTANDINGAN.
1. PERATURAN DAN PERATURAN AM PERTANDINGAN.

1.1 Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Am Permainan Futsal


yang dikuatkuasakan oleh FIFA.

2. PEMATUHAN PERATURAN PERTANDINGAN.

2.1 Mengikut Undang-Undang dan Kejohanan Futsal Merdeka yang


dikuatkuasakan sepanjang Pertandingan Futsal ini. Mana mana pasukan
yang mengingkari mana-mana perkara dalam peraturan pertandingan boleh
dikenakan tindakan yang akan diputuskan oleh Jawatankuasa Hukuman dan
Tatatertib Pertandingan.

3. NAMA PERTANDINGAN.

3.1 Kejohanan FUTSAL MERDEKA anjuran Pergerakan Pemuda UPKO Beluran.

4. PENDAFTARAN PEMAIN DAN PEGAWAI/ PEMBENTUKAN PASUKAN.

4.1 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar tidak lebih daripada 08 pemain


termasuk penjaga Gol.

4.2 Pasukan dibenarkan mendaftarkan 2 orang pegawai seperti berikut:

4.2.1 Seorang pengurus pasukan.

4.2.2 Seorang Ketua Jurulatih.(WAJIB)

4.3 Borang pendaftaran pemain/senarai pemain yang lengkap hendaklah dihantar


kepada Jawatankuasa Pertandingan sebelum atau pada 20 September 2016
(Selasa)

PERGERAKAN PEMUDA UPKO BELURAN


KEJOHANAN FUTSAL ANJURAN PEMUDA UPKO BELURAN 2016

4.4 Hanya pemain-pemain yang berdaftar dalam borang pendaftaran sahaja


dibenarkan bermain dalam pertandingan ini. Borang pendaftaran perlawanan
hendaklah diserahkan ke meja urusetia 10 minit sebelum perlawanan.

4.5 Pada setiap permainan, setiap pasukan mestilah mempunyai sekurang-


kurannya minimum 5 orang pemain untuk memulakan permainan. Sekiranya
kurang 5 orang maka pasukan tersebut tidak layak meneruskan perlawanan
tersebut dan diistihar kalah dengan jaringan 3 0 kepada pihak lawan.

4.6 Hanya Warganegara Malaysia dan Pemastautin Tetap (Bukti salinan Kad
Pengenalan) sahaja yang boleh didaftarkan sebagai pemain untuk menyertai
kejohanan ini.

Penduduk Sementara/IMM13/Passport /Surat Lahir dan Resit tidak


dibenarkan bermain. Pemain adalah tidak layak bermain jika terkandung
dalam perkara - perkara seperti berikut:

4.7.1 Pemain yang sedang menjalani hukuman tatatertib oleh Persatuan


Bola Sepak Sabah (SAFA) atau ahli ahli gabungan serta Persatuan
Bola Sepak Malaysia (FAM) dan ahli ahli gabungan.

4.7.2 Seorang pemain hanya boleh didaftarkan untuk satu pasukan sahaja
dalam pertandingan ini. Pemain yang berdaftar untuk 2 pasukan yang
berlainan dalam pertandingan ini adalah tidak layak bermain. Pasukan
dan pemain terbabit adalah bertanggungjawab untuk memastikan tiada
pertindihan pendaftaran nama pemain dalam pasukan.

5. MASA PERMAINAN.

Masa permainan 07 + 07 minit (Running time) Tanpa Rehat

6. SISTEM PERTANDINGAN

6.1 Pertandingan akan dijalankan seperti berikut:

6.1.1 Pertandingan akan dijalankan secara Liga Kumpulan Kecil bagi


pusingan awal.

PERGERAKAN PEMUDA UPKO BELURAN


KEJOHANAN FUTSAL ANJURAN PEMUDA UPKO BELURAN 2016

6.1.2 Johan dan Naib Johan kumpulan akan layak ke pusingan suku akhir,
separuh akhir dan pusingan akhir.

6.1.3 Pasukan yang kalah di peringkat Separuh Akhir akan bermain untuk
penentuan 3/4 dan pemenang separuh akhir akan bermain di Final.

7. PENENTUAN KUMPULAN

8.1 Kedudukan kumpulan pasukan akan ditentukan melalui undian.

8. KECEDERAAN

9.1 Pihak penganjur tidak bertanggungjawab jika berlaku sebarang kemalangan


sebelum / semasa / selepas pertandingan ini berlangsung keatas pemain. Ini
merupakan tanggungjawab setiap pasukan. Setiap pasukan digalakkan
mengambil insuran pasukan serta menyediakan fisioterapi masing masing.

9. PENGGANTIAN PEMAIN./

10.1 Mengikut Peraturan Futsal Antarabangsa FIFA. (Flying Substitution)

10.2 Akan dikuatkuasakan sepanjang perlawanan.

10. CARA MENENTUKAN KEPUTUSAN LIGA/PERLAWANAN.

10.1 Cara memberi mata :-

11.1.1 Menang 3 mata / Seri 1 mata / Kalah 0 mata.

10.2 Peringkat Liga: Jika dua (2) atau lebih pasukan memperolehi mata yang
sama,maka pemenang akan ditentukan seperti berikut:

11.2.1 Pasukan yang telah mengalahkan pasukan lawannya dalam


perlawanan awal dikira menang (Sejarah pertemuan)

11.2.2 Jika masi seri, pasukan yang memenangi kelebihan perbezaan gol
akan dikira menang.

PERGERAKAN PEMUDA UPKO BELURAN


KEJOHANAN FUTSAL ANJURAN PEMUDA UPKO BELURAN 2016

10.2.3 Jika masih seri, pasukan yang menjaringkan lebih banyak jumlah gol
dikira menang (jaringan).

10.2.4 Jika Masih Seri, Pasukan yang mempunyai bolos yang rendah akan
dikira menang.

10.2.4 Jika masih seri juga, Lambungan syiling akan dilaksanakan.

10.3 Peringkat Kalah Mati. (Knock Out).

10.3.1 Bagi peringkat Pusingan Separuh Akhir dan Akhir, perlawanan


dijalankan secara Kalah Mati. Jika masa penuh diakhir perlawanan
keputusan adalah seri, maka pemenang akan ditentukan dengan cara
berikut:

10.3.1 SISTEM SEPAKAN PENALTI akan dijalankan untuk


menentukan pemenang bermula dengan 3 penendang pertama.

10.3.2 Setelah 3 sepakan penalti dilaksanakan dan sekiranya masih


seri maka tendangan penalty 1 vs 1.

10.3.3 Jika masih seri, maka lambungan syiling akan menjadi penentu
pemenang perlawanan terbabit.

11. KELEWATAN.

12.1 Tiada masa menunggu diberikan. Pasukan diminta bersedia 10 minit sebelum
perlawanan melibatkan pasukan. Sekiranya gagal menyediakan pasukan
maka pihak lawan akan diberi kemenangan percuma dengan jaringan 3 0.

12. PAKAIAN/JERSI

12.1 Setiap Pasukan adalah WAJIB mempunyai sekurang kurangnya 2 set


jersi bernombor . Baju tanpa lengan adalah tidak dibenarkan.

12.2 Pemain WAJIB memakai Shin Pad dan berstokin panjang menutupi
keseluruhan Shin Pad.

12.3 Warna Seluar Thigh setiap pemain haruslah sama dengan seluar jersi
pasukan.

PERGERAKAN PEMUDA UPKO BELURAN


KEJOHANAN FUTSAL ANJURAN PEMUDA UPKO BELURAN 2016

12.4 Sekiranya terdapat 2 pasukan yang mempunyai jersi yang sama pada setiap
perlawanan. Maka pasukan yang AWAY akan menukar jersi pasukan.

12.5 Pasukan yang disebut dahulu dalam jadual perlawanan adalah dianggap
sebagai HOME.

13. PENGGANTUNGAN SEMENTARA DAN TINDAKAN DISIPLIN.

13.1 Peraturan dan undang-undang tatatertib dan disiplin FAM dan ahli ahli
gabungannya adalah digunapakai kecuali peraturan pertandingan yang
ditentukan oleh Jawatankuasa Pertandingan sekiranya perlu.

13.2 Pemain yang telah menerima dan mengumpul 2 kad kuning secara otomatik
digantung satu perlawanan. kesalahan kad amaran akan dibawa ke
pusingan kalah mati.

13.3 Pemain yang menerima kad merah secara otomatik digantung 2 perlawanan
kecuali Pihak Jawatankuasa Penganjur melalui Jawatankuasa Tatatertib
berpendapat pemain tersebut boleh dihukum lebih berat iaitu gantung
sepanjang kejohanan seperti perkara berikut:

13.3.1 Menimbulkan kekecohan atau rusuhan.

13.3.2 Berkelakuan amat ganas atau berkelakuan luar biasa yang


mengikut tafsiran Jawatankuasa Tatatertib perlu hukuman lebih
berat.

13.4 Bagi pemain yang menerima menerima kad merah akibat menerima kad
kuning kedua dalam satu perlawanan maka pemain tersebut dikira digantung
1 perlawanan yang berikutnya. Kecuali pemain tersebut yang diperintah
keluar padang akibat menerima kad merah tersebut bertindak melakukan
perkara 11.3.1 hingga perkara 11.3.2 di atas maka J/K disiplin akan
bermesyuarat untuk menentukan hukuman yang sepatutnya.

13.5 Sebarang keputusan penggantungan sementara dan tindakan disiplin yang


diputuskan dalam pertandingan ini adalah muktamad dan dipanjangkan
kepada Jawatankuasa Pertandingan melalui untuk tindakan hukuman
selanjutnya sekiranya perlu.

13.6 Pengadil yang dilantik adalah bertaulliah dan dibawah Jawatankuasa


pembangunan pengadil Futsal Sabah F. A

PERGERAKAN PEMUDA UPKO BELURAN


KEJOHANAN FUTSAL ANJURAN PEMUDA UPKO BELURAN 2016

14. BANTAHAN.

14.1 Sebarang bantahan rasmi wajib dilakukan secara bertulis berserta wang tunai
RM 300.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Ratus Sahaja) dalam tempoh masa 30
minit selepas perlawanan yang melibatkan pasukan terbabit. Wang bantahan
tidak akan dikembalikan tidak kira bantahan diterima atau ditolak.

14.2 Jawatankuasa Disiplin dan Bantahan akan bermesyuarat dan akan


memberikan keputusan 1 jam daripada masa menerima bantahan rasmi
pasukan terbabit dan keputusan adalah muktamat. Sebarang rayuan tidak
akan dilayan.

15. BILANGAN MINIMA/MAKSIMA PEMAIN.

15.1 Jumlah bilangan pemain termasuk pemain simpanan yang WAJIB berada di
bangku simpanan sebelum memulakan perlawanan adalah 7 orang pemain.

15.2 Bilangan maksima adalah 8 pemain dan 2 Pegawai.

16. PAKAIAN PASUKAN / BIBS.

16.1 Setiap Pasukan diwajibkan mempunyai sekurang-kurangnya 2 set jersi yang


berlainan warna. Dan hendaklah dibawa pada setiap perlawanan. Warna jersi
hendaklah dinyatakan semasa menyerahkan senarai pendaftaran
pertandingan.

17. Setiap pasukan dikehendaki menyediakan sekurang-kurangnya 3 helai bip untuk


pemain-pemain yang duduk di bangku simpanan. Warna bip hendaklah berbeza
daripada pasukan sendiri dan pasukan lawan.

17.3 Semua Jersi pasukan hendaklah bernombor. Penjaga Gol utama hendaklah
menggunakan nombor 1.

17.4 Pemain-pemain hendaklah menggunakan nombor yang tetap bagi setiap


perlawanan.

PERGERAKAN PEMUDA UPKO BELURAN


KEJOHANAN FUTSAL ANJURAN PEMUDA UPKO BELURAN 2016

18. HADIAH KEJOHANAN

18.1 Jawatankuasa Pertandingan akan menyediakan Piala dan medal bagi Johan,
Naib Johan, Ketiga dan keempat seperti berikut

Johan : Wang Tunai RM 500.00

Piala Iringan
10 Medal
Naib Johan : Wang Tunai RM 300.00
Piala Iringan
10 Medal
Ketiga : Wang Tunai RM 200.00
10 Medal

21. MESYUARAT PENGURUS PASUKAN.

Mesyuarat Pengurus pasukan

Tarikh : 26 September 2016 (Selasa)

Tempat : Bilik Mesyuarat Queen Alice Inn Hotel, Telupid

Masa : 10.00 Pagi

*Semua pasukan WAJIB hadir dengan menghantar pengurus atau jurulatih


kerana informasi dan taklimat yang penting untuk pertandingan. Jawatankuasa
tidak bertanggungjawab atas kesilapan informasi jika ketidakhadiran ke
mesyuarat ini.

22. YURAN PENYERTAAN

Kategori Lelaki : RM 60.00 (Ringgit Malaysia: Enam Puluh Ringgit Sahaja)

*Yuran WAJIB dijelaskan pada atau sebelum 26 September 2016

23. TARIKH /TEMPAT KEJOHANAN.

Tarikh : 30/September 02 Oktober 2016

Tempat : Gelanggang Futsal Kampung Telupid, Telupid

PERGERAKAN PEMUDA UPKO BELURAN


KEJOHANAN FUTSAL ANJURAN PEMUDA UPKO BELURAN 2016

24. TARIKH TUTUP PENGESAHAN PENYERTAAN/ URUSETIA.

23.1 26 September 2016 (Isnin).

23.2 Borang pengesahan wajib disampaikan kepada Urusetia sebelum/pada tarikh


tutup seperti tarikh diatas kepada :

En. Tommy Amir


HP : 0192384460
Pejabat Pendidikan Daerah Telupid
En. Melton Martin
HP : 0148521888
Abx Ekspress Telupid
En. Josue Joseph
HP : 013896413
Klinik Kesihatan Telupid

*Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan urusetia/Setiausaha


Pertandingan seperti diatas.

PERGERAKAN PEMUDA UPKO BELURAN


KEJOHANAN FUTSAL ANJURAN PEMUDA UPKO BELURAN 2016

BORANG PENYERTAAN
KEJOHANAN FUTSAL MERDEKA
ANJURAN PEMUDA UPKO BELURAN 2016

Nama Pasukan :MYF FT................. Warna Jersi 1.:...HIJAU........2 ....BIRU.....

Nama Pengurus Pasukan : BOBY RICARDO.No. Tel : 0195352004......

BIL NAMA PEMAIN NO. K/P NO JERSI CATATAN


1. BOBY RICARDO 881026125171 37
2. IAN FREEDY 011129121481 29
3. REFZLEY BIN GIMBANG 030625120529 7
4. MOHD SHAZWAN FITRI 010107120993 99
NAZRY
5. MUHD ASRI ASYRAF 020108120599 11
SULAIMAN
6. MOHD HASRUL SYAFIQ 020718120297
HASRAN
7. MOHD IZZAT BIN HARNI 011207121293
8. MOHD FITRI ZAKWAN BIN 030802120897
JAILANI

BIL NAMA PEGAWAI NO. K/P JAWATAN


1.
2.

Saya telah memahami segala peraturan dan syarat- syarat pertandingan dan bersetuju
mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur dan sekiranya
terdapat penipuan dalam borang penyertaan maka pihak penganjur berhak
membatalkan penyertaan pasukan. Sebarang kemalangan yang berlaku kepada pemain
adalah tanggungjawab pasukan dan bukanlah tanggungjawab Jawatankuasa
Penganjur.

Tandatangan Pengurus Pasukan

................................................

PERGERAKAN PEMUDA UPKO BELURAN


KEJOHANAN FUTSAL ANJURAN PEMUDA UPKO BELURAN 2016

PERGERAKAN PEMUDA UPKO BELURAN

Anda mungkin juga menyukai