Anda di halaman 1dari 13

KEMAHIRAN ASAS Kemahiran-kemahiran dalam apa jenis sukan sekalipun merupakan pergerakanpergerakan yang diperlukan untuk bermain dengan

lebih berjaya. Setiap sukan mempunyai kemahiran-kemahiran tersendiri. Begitu juga permainan bola tampar yang mempunyai kemahiran-kemahiran khusus. Kemahiran-kemahiran asas bola tampar termasuk : y y y y Hantaran Servis Merejam Mengadang

i)Hantaran Hantaran baik adalah satu kunci kejayaan dalam permainan bola tampar. Hantaran boleh dilakukan samada melalui atas kepala atau bawah tangan. Posisi pemain, posisi bola dan kelajuannya akan menentukan jenis hantaran yang akan dibuat. Hantaran atas kepala atau volley merupakan suatu kemahiran asas bola tampar yang digunakan dalam permainan umum. Kemahiran ini digunakan untuk menghantar bola, untuk mengumpan, dan untuk menghantar bola yang tinggi dan jauh ke belakang gelanggang lawan. Kadangkala ia juga digunakan untuk menjatuhkan bola secara ringan melintasi jaring. Hantaran atas kepala menggunakan dua belah tangan untuk memastikan bola dalam posisinya supaya dapat mengumpan untuk serangan atau menghantar bola melintasi jaring. Hantaran bawah tangan juga dikenali sebagai hantaran menyangga atau dig. Hantaran ini adalah hantaran bawah tangan yang menggunakan dua belah tangan dan biasanya digunakan dalam permainan bola tampar. Ia digunakan terutamanya untuk menerima servis dan serangan-serangan daripada pihak lawan. Kemahiran menyangga juga digunakan apabila bola adalah terlalu dekat lantai dan pemain tidak sempat mengambil posisi yang baik untuk menggunakan hantaran atas kepala. Kemahiran dig juga digunakan sebagai teknik menahan, terutamanya untuk menyelamatkan hantaran dan juga mengawal semula bola. Misalnya, apabila pihak lawan merejam bola atau bola dimain ke satu posisi yang tidak boleh membolehkan penerima menggunakan hantaran atas kepala, penerima itu kemudian terpaksa menggunakan dig untuk menyelamatkan pukulan itu.

ii)Servis Servis adalah satu tindakan yang dibuat untuk memulakan permainan dengan bola dari kawasan servis oleh seorang pemain, iaitu peservis. Servis merupakan salah satu kemahiran terpenting untuk dikuasai oleh semua pemain. Kepentingan servis ialah : y Mengikut peraturan permainan bola tampar, sesuatu pasukan mesti berada dalam kedudukan membuat servis supaya dapat memperoleh skor. Jadi pasukan yang mempunyai peservis yang baik mempunyai kelebihan untuk mendapat skor dan mengekalkan servis. Semasa seseorang pemain membuat servis dengan darjah yang tertentu, dia boleh memaksa pihak lawan bermain bola mengikut kehendaknya. Satu servis yang kuat boleh memaksa penerima yang lemah membuat kesilapan seperti bola terlepas, membuat faul atau membuat hantaran lemah.

Servis bawah tangan ialah servis yang paling senang untuk dilakukan. Ia adalah tepat, konsisten dan memerlukan hanya sedikit daya upaya fizikal sahaja. Pemain-pemain baru biasanya diajar membuat servis ini kerana dengan tepatnya mereka bolah menghantar bola ke tempat yang dikehendaki. Servis atas kepala amat senang untuk dikuasai. Servis ini lebih kuat dan berat berbanding servis bawah tangan. Servis gelombang adalah lebih kurang sama dengan servis Tenis. Selepas memukul bola di tengahnya dengan tapak tangan yang terbuka, tangan berhenti dengan serta merta tanpa diteruskan lagi. Ini menyebabkan bola terapung atau meluncur tanpa putaran langsung. Gelombang ini bergerak dengan laju melintasi jaring dan tiba-tiba pecah atau mati. Jadi penerima mungkin terganggu sementara imbangannya.

iii)Merejam Kemahiran merejam digunakan oleh pasukan serangan untuk mendapat skor. Merejam adalah bola yang dihantar dengan membuat smesy ke bawah ke dalam gelanggang pihak lawan. Perejam berdiri dekat jaring, menghadap arah dari mana bola akan datang. Semasa bola mula menurun, perejam melompat tinggi ke udara dan mengayun tangan kanan atau kiri ke atas untuyk memikul bola ke bawah ke dalam gelanggang pihak lawan. Kemahiran merejam bukan ciptaan Amerika Syarikat walaupun permainan bola tampar berasal dari negara tersebut. Kemunculannya boleh dikesan pada suatu pertandingan bola tampar yang diadakan di Manila. Satu pasukan orang asli menarik perhatian orang rami dengan menaikkan bola tinggi ke udara, dekat dengan jaring sementara seorang pemain orang asli dari tengah gelanggang menghentam bola ke
7

bawah. Pada masa itu tidak sesiapapun boleh menahan serangna itu, begitu juga tidak terdapat dalam sebarang peraturan yang menghalang penggunaan kaedah ini untuk membuat jaringan. Justeru itu, kemahiran merejam dilahirkan dan ia digunakan dalam variasi kemahiran serangan. y y Rejam berdiri Rejam sambil berlari

iv)Mengadang Mengadang (blockimng) ialah kemahiran yang digunakan untuk menghalang serangan yang menggunakan kemahiran merejam. Seorang pemain atau dua pemain akan cuba mengadang lintasan bola untuk dibalikkan semula ke gelanggang pihak lawan atau untuk mengurangkan kelajuannya dan memesong bola kepada pemain pasukan sendiri. Satu pengadangan boleh dilakukan oleh seorang atau lebih daripada seorang. Mengadang merupakan satu cara menahan bola dekat jaring. Pemain-pemain akan cuba menyekat bola sebaik sahaja pada posisi dalam mana bola itu melintasi jaring. Pengadangan hanya merupakan salah satu daripada keseluruhan sistem menahan. Fasa-fasa lain termasuk menerima servis, memberi perlindungan di belakang perejam dan melakukan beberapa cara menyelamatkan bola. Pengadangan digunakan untuk mengatasi rejam. Satu pengadangan yang berkesan boleh membawa kemenangan dalam perlawanan. Pengadangan yang menggunakan kdua-dua belah tangan adalah pertahanan terbaik untuyk menahan bola ynag direjamkan.

PERATURAN PERATURAN ASAS BOLA TAMPAR a)Bola dalam Bola adalah dalam apabila ia menyentuh lantai gelanggang bemain, termasuk garisan sempadannya. b)Bola keluar Sebahagian bola yang menyentuh lantai adalah di luar garisan gelanngang dan ia menyentuh sesuatu bahan di luar gelanggang, siling, atau orang di luar gelanggang bermain. Bola menyentuh antena, tali, tiang, atau bahagian jaring yang berada di luar antena atau penjalur tepi. Bola berjaya melintasi satah tegak jring dengan keseluruhan atau sebahagian bola berada di luar ruang lintasan.

i)Kesalahan aksi bermain y Bermainkan bola Setiap pasukan berhak melakukan tiga pukulan maksimum untuk mengembalikan bola melintasi jaring. Pukulan-pukulan pasukan termasuk pukulan sengaja oleh pemain dan sentuhan bola secara tidak sengaja. Seorang pemain tidak boleh memukul bola dua kali berturut-turut, kecuali semasa mengadang. Sentuhan adang tidak diambil kira sebagai suatu pukulan pasukan. Selepas sesuatu pukulan adang, pasukan itu berhak melakukan tiga pukulan untuk mengembalikan bola kepada pihak lawan. Sentuhan serentak Dua atau tiga pemain boleh menyentuh bola pada masa yang sama. Apabila dua teman daripada pasukan yang sama menyentuh bola dengan serentak, ia akan diambil kira sebagai dua pukulan kecuali semasa mengadang. Jikalau tiga teman daripada pasukan yang sama menyentuh bola dengan serentak, ia juga akan diambil kira sebagai tiga pukulan. Jikalau dua atau tiga teman dari pasukan yang sama menghulur untuk memukul bola tetapi hanya seorang sahaja menyentuhnya, maka ia hanya dkira sebagai satu pukulan. Untuk sentuhan serentak oleh kedua-dua pihak lawan di atas jaring dan bola masih kekal dalam gelanggang bermain, pasukan yang menerima bola berhak membuat tig pukulan lagi. Jikalau sentuhan serentak oleh kedua-dua pihak lawan mengakibatkan bola pegang, maka ia dikenali sebagai kesalahan serentak dan tali itu diaminkan semula.

ii)Kesalahan semasa bemain bola Pemain tidak dibenarkan bermain bola seperti berikut : y y y y y Empat sentuhan : sesuatu pasukan memukul bola empat kali sebelum mengembalikan bola kepada pihak lawan Pukulan larang : bola menyentuh bahagian di bawah lutut seseorang pemain Pukulan terbantu : pemain yang menerima bantuan daripada rakannya atau sebarang objek supaya dapat mencapai bola dalam kawasan bermain Bola pegang : pemain tidak memukul bola dengan betul iaitu bola dipegang, diangkat, ditolak, dibawa atau dilontar. Dua sentuhan : pemain memukul bola dua kali berturut-turut atao bola menyentuh bahagian badannya secara berturutan.

iii)Kesalahan pemain di jaring Pemain tidak dibenarkan bermain di jaring seperti berikut : y y y y Pemain menyentuh bola atau pihak lawannya dalam ruang lawan sebelum atau semasa pukulan-serangan daripada pihk lawannya. Pemain masuk ruang lawan di bawah dan mengganggu pihsk lawan bermain. Pemain masuk gelanggang lawan. Pemain menyentuh jaring

Servis pertama bagi sesuatu set Servis pertama untuk set satu dan lima dilakukan oleh pasukan yang ditentukan oleh lambungan duit. Set-set lain akan dimulakan dengan servis oleh pasukan yang tidak melakukan servis dahulu dalam set yang sebelumnya. Melakukan servis Peservis mesti memukul bola dalam masa lima saat selepas pengadil bola tampar meniupkan wisel pertama untuk servis dibuat. Servis yang dilakukan sebelum tiupan wisel pengadil akan dibatalkan dan diulangi. Bola akan dipukul dengan sebelah tangan atau sebarang bahagian lengan selepas bola dilambungkan atau dilepaskan dan sebelum bola itu menyentuh permukaan bermain. Jikalau bola selepas dilambungkan oleh peservis dan mendarat tanpa disentuh, ia dianggap sebagai satu percubaan servis. Selepas sesuatu percubaan servis, pengadil harus membenarkan servis dibuat semula dan peservis mesri melakukannya dalam masa tiga saat yang berikutnya. Hanya satu percubaan servis dibenarkan bagi setiap servis dibenarkan bagi setiap servis. Semasa melakukan pukulan servis atau melonjak bagi servis lompat, peservis tidak boleh menyentuh gelanggang. Kesalahan servis : 1)Melanggar susunan servis. 2)Tidak melakukan servis dengan betul. 3)Melanggar peraturan percubaan servis. Selepas bola dipukul dengan betul, servis itu akan menjadi satu kesalahan(kecuali jika ada pemain berada dalam posisi salah)jikalau bola itu : 1)Menyentuh pemain daripada pasukan yang membuat servis atau gagal melintasi satah tegak jaring 2)Menyentuh jaring 3)Keluar
10

4)Melalui atas satu perlindungan individu atau berkumpulan.

Kesalahan Pukulan Serangan 1)Pemain memukul bola dari ruang dalam bermain pihak lawan. 2)Pemain memukul bola keluar. 3)Pemain barisan belakang melengkapkan pukulan serangan dari zon depan dan keseluruhan bola itu berada di atas paras atas jaring semasa pukulan dibuat. 4)Pemain melengkapkan sesuatu pukulan serangan ke atas servis lawan apabila keseluruhan bola itu berada di zon depan dan di atas paras jaring. Kesalahan Mengadang 1)Pengadang menyentuh bola dalam ruang lawan samaada sebelum atau serentak dengan pukulan serangan lawan. 2)Bola menyentuh pengadang pada bawah lututnya. 3)Sebagai pemain barisan belakang, dia melengkapkan satu adangan atau menyertai sesuatu adangan yang lengkap. 4)Dia mengadang bola dalam ruang lawan dari luar antena. 5)Dia mengadang bola servis pihak lawan. 6)Bola dihantar keluar melalui adangan. Gangguan Biasa Dalam Permainan Gangguan dalam permainan merujuk kepada masa hentian. Tempoh masa bagi sesuatu masa hentian ialah 30 saat. Setiap pasukan berhak meminta maksimum dua masa hentian untuk setiap set. Pada masa hentian, pemain-pemian yang sedang bermain mesti pergi ke zon bebas yang berhampiran dengn bangku mereka. Setiap pasukan berhak menggantikan enam pemain untuk setiap set. Pada ketika permintaan dibuat, pemain-pemain mesti bersedia untuk masuk atau berdiri dekat dengan jurulatih. Jikalau tidak, penggantian itu tidak akan dibenarkan dan pasuka itu dikenakan denda kerana lewat. Jarak Waktu

11

Semua jarak waktu antara set termasuk antara set keempat dan kelima adalah selama tiga minit. Dalam tempoh masa ini, pertukaran gelanggang dan pendaftaran berbaris pasukan-pasukan di borang skor dilakukan.

GELANGGANG DAN ALATAN 1)Gelanggang bola tampar Gelanggan bola tampar berbentuk segi empat tepat berukuran 18 meter panjang dan luasnya 9 meter. Ia juga dikelilingi oleh ruang berukuran sekurang-kurangnya 3 meter lebarnya. Ruang ini dipanggil zon bebas. Ruang di atas gelanggang bola tampar mesti bebas dari sebarang gangguan, sekurang-kurangnya 7 meter atas prmukaan gelanggang bola tampar. a)Permukaan gelanggang Permukaan gelanggang bola tampar mesti selamat untuk bermain. Ini bermakna permukaan licin atau kasar tidak dibenarkan. Warna muda harus digunakan untuk gelanggang bola tampar di dewan. b)Garisan gelanggang Semua garisan di atas gelanggang bola tampar adalah selebar 5cm. Warna garisan mesti warna muda dan tidak serupa warna dengan permukaan gelanggang bola tampar. Garisan panjang gelanggang bola tampar dikenali garisan tepi dan garisan pendek dikenali garisan belakang. Kedua-dua garisan tepi dan belakang dilukis di sebelah dalam gelanggang bola tampar. c)Zon gelanggang Gelanggang bola tampar dibahagikan kepada dua bahagian oleh satu garisan yang dikenali garisan tengah yang memanjang dari garisan tepi ke garisan tepi. Setiap bahagian gelanggang pula dibahagikan lagi kepada dua kawasan yang dikenali sebagai zon depan dan zon belakang oleh satu garisan yang disebut garisan serangan. d)Zon servis Zon servis merupakan kawasan selebar 3 meter di belakang sebelah kanan garisan belakang. Zon servis memanjang dari garisan belakang sehingga ke hujung zon bebas.

12

2)Bola Kulit bola harus dibuat daripada lapisan kulit yang fleksibel denagn satu pundi getah atau bahan yang serupanya di dalam bola. Berat bola adalah antara 260 280 gram. Lilitannya dari 65cm 67cm. Warna bola hendaklah muda dan sejenis warna sahaja. 3)Jaring Jaring bola tampar adalah 9.50 meter panjang dan luasnya semeter. Ia dibuat daripada jala hitam dengan lubang berbentuk segi empat sama berukuran 10 cm persegi. Sehelai kain kanvas putih, luasnya 5 cm dilipat dan dijahit di bahagian atas jaring. Bahagian atas jaring diregangkan dengan satu dawai kasar untuk mengikat jaring kepada tiang. Bahagian bawah jaring juga dicelah dengan tali untuk mengikat jaring kepada tiang dan ,menjadikan bahagian bawah jaring tegang. Dua jalur putih selebar 5cm dan sepanjang semeter dilekatkan tegak pada jaring dan diletakkan di ats keduadua garisan tepi. Kedua-dua penanda tepi ini adalah sebahagian daripada jaring. 4)Antena Dua batang kaca gentian atau bahan yang serupanya yang mudah lentur, berukuran 1.80 meter panjang dan 10 mm garis pusat dilekat di luar tepi setiap penanda tepi dan diletak di sebelah jaring yang bertentangan. 80cm dari setiap antena akan menganjur ke atas jaring dan ditandakan dengan jalur selebar 10cm yang berwarna kontras antara merah dan putih. Antena dikira sebagai sebahagian daripada jaring yang menandakan had tepi jaring dan ruang lintasan. i)Tinggi Jaring Tinggi jaring adalah 2.43 m bagi lelaki dan 2.24 m bagi perempuan. Ia diukur dari pertengahan gelanggang. ii)Tiang bola tampar Tiang bola tanpar mesti licin dan bulat, tingginya 2.55 m dan ketinggiannya harus boleh diubahsuaikan mengikut keperluan. Tiang ini harus dipasangkan berjarak antara 0.501.00 m daris etiap garisan tepi di lantai. 5)Pakaian Pakaian pemain mengandungi jersi, seluar pendek dan kasut sukan. Pakaian jersi, seluar pendek, dan sarung kaki mesti seragam dan sama warna untuk satu pasukan. Jenis pemain mesti bernombor dari satu hingga 18. Nombor mesti diletakkan di bahagian tengah depan dan belakang jersi. Warna nombor mesti berkontras daripada warna jersi. Ketinggian nombor pada depan jersi ialah minimumnya 10 cm dan di
13

belakang jersi ialah 15cm. Kelebaran jalur yang membentukkan nombor adalah minimumnya 2 cm. i)Kasut Kasut mestilah ringan dan mudah lentur dengan tapak getah atau tapak kulit, tetapi tanpa tumit.

STRATEGI ASAS 1)Pembentukan pasukan Kedudukan pasukan : y Satu pasukan bola tampar terdiri daripada enam pemain, tiga pemain di barisan depan dan tiga pemain di barisan belakang. Gelanggang bola tampar dibahagikan kepada enam kawasan atau zon bermain. Kenem-enam pemain bergerak mengikut satu urutan secar bergilir-gilir apabila pasukannya memenangi servis. Pemain-pemain di hadapan dikenali sebagai pemain-pemain fawad dan yang di belakang sebagai pemain-pemain bek. Pada masa permulaan permainnan, apabila pemain membuat dan menerima servis, pemain-pemain dikehendaki mengekalkan urutan putaran mereka. Tetapi mereka tidak mesti mengekalkan dalam garisan tegar.

2)Jenis pemain a)Pengumpan dan perejam y Dalam pertandinagn bola tampar, setiap pemain sama ada seorang perejam atau pengumpan, harus juga menguasai semua kemahiran lain. Ini adalah mengapa bola tampar hari ini dikenali sebagai satu permainan kuasa dan ketepatan iaitu kuasa perejam dan ketepatan pengumpan. Pengumpan memiliki kecergasan fizikal yang tinggi. Dia juga memiliki sifat tahan lasak mental, kewaspadaan dan ketenangan untuk membuat keputusan supaya dapat memilih strategi yang baik untuk menyerang, memilih perejam dan sebagainya. Pengumpan mempunyai kemahiran-kemahiran teknikal yang boleh digunakan secara kenalurian. Pengumpan hendaklah bergerak ke setiap bola, tanpa mengira seberapa jauh dia harus mencapainya dan bagaimana cepat bola itu bergerak. Selain itu, pengumpan hendaklah berkebolehan taktik yang tinggi untuk memilih perejam yang betul dan pengumpan yang betul, kebolehan mengawal rentak dan ritma.

14

b)Perejam y Perejam mempunyai fizikal yang tinggi, berkoordinat, dan tangkas. Kakinya mesti boleh membawanya ke atas jaring untuk merejamkan bola dengan cukup kuasa supaya pihak lawannya tidak boleh mengahadang. Dia hendaklah cukup cergas untuk membuat lompatan, kuasa untuk merejam atau mengatur masa. Perejam hendaklah berwaspada untuk memahami tujuan pengumpan dan memberi keputusan berkenaan rejam tinggi, rejam pantas. Dia juga mestilah menggunakan kemahiran menyerang dalam cara yang berkesan.

Prinsip-prinsip am untuk serangan : a)Semua pemain harus berkomunikasi untuk mengetahui pergerakan rakan. b)Memupuk kerja secara berpasukan, melalui pengetahuan tentang kekuatan dan kelemahan rakan-rakan. c)Jangan menggunakan strategi serangan yang rumit, menambahkan kesilapan berlaku. d)Pengumpan harus boleh mengawal semua penyerang. e)Semua pemain harus cergas, mahir, konsisten,dan tahan lasak. f)Pembentukan sesuatu sistem mesti sesuai untuk pemain dan bukan sebaliknya. Prinsip-prinsip pertahanan : a)Posisi di gelanggang mesti ditetapkan untuk setiap penahan. Setiap pemain harus mengetahui dalam mana dia harus bergerak dan kawasan tanggungjawabnya. Semasa menunggu bola, mereka harus diposisikan supaya dapat bemain bola di hadapan mereka. b)Penahan-penahan harus menjangka rejaman dan harus bergerak cepat untuk menghalangnya. Apabila bola sedang direjamkan, penahan-penahan harus berdiri diam dan tidak harus tertangkap semasa bergerak. c)Pengadang-pengadang yang sesuai harus digunakan dengan bijak. Pemilihan pengadang yang sesuai dan berkemahiran adalah amat penting. d)Pengelolaan dalam pertahanan dan latihan tubi adalah penting supaya salah faham di kalangan pemain-pemain dapat dikurangkan. e)Pertahanan bermula secepat mungkin apabila bola masuk ke gelangang pihak lawan dan ditamatkan apabila pasukan penahan telah mendapati bola dengan menyediakan serangan yang berkesan.
15

JENIS-JENIS SISTEM MENGADANG a)Sistem Dua Pengadang dengan bek tengah dalam y Dalam variasi ini, dua pemain fawad bergerak ke depan untuk mengadang dan pemin-pemain yang tidak terlibat akan kekal di barisan depan. Mereka bertanggungjawab untuk mencuit tips dan membuat pukulan lembut dari tempat di mana dia diposisikan di garisan rejam sehingga ke jaring atau sehingga ke pengadang-pengadang. Dia akan disokong oleh pemain belakang yang berdiri di belkang pengadang-pengadang. Dengan lain perkataan, jikalau pengadang di kanan, pemain bek kanan menolong fawad kiri dengan tip-tip dan pukulan lembut dan jikalau serangan ialah di sebelah kiri, pemain belakang kiri akan menolong. Dua pemain yang lain akan melindungi seluruh kawasan belakang gelanggang. Jikalau serangan adalah pada kiri pihak lawan, penahan belakang kanan akan melindungi kawasan terdekat dari kanannya sehingga ke sudut belakang gelanggang. Pemain bek tengah bermain bola di depan, menyekat pukulan sudut dalam di kirinya dan melindungi sudut kanannya. Ini adalah satu sistem menahan yang baik. Ia mengandungi tiga garisan pertahanan. Sistem ini merupakan sistem yang baik untuk menentang pasukan kuat memukul atau jikalau anda mempunyai pengadang-pengadang baik dengan pemain-pemain belakang yang bergerak. Walaubagaimanapun, sistem ini tidak sesuai untuk menentang pukulan-pukulan tip dan pukulan-pukulan lembut. Pengadangpengadang mesti melompat dengan berkoordinasi, agresif dan berdisiplin.Jikalau mereka boleh berbuat demikian, garisan belakang boleh dibina di keliling adang. Jikalau pengadang-pengadang ini mencapai ini, kawasan di belakang pengadang-pengadang sehingga ke barisan belakang tidak dapat ditembusi oleh perejam.

b)Sistem Dua Pengadang dengan sokongan bek tengah y Mengikut sistem ini, dua pengadang masih berfungsi seperti biasa, tetapi pemain-pemain lain yang tinggal bergerak denagn cara lain. Penegasan tertumpu kepada peranan bek tengah. Dia bergerak ke atas di belakang pengadang tengah untuk melindungi atau menahan tip-tip pukulan lemah. Tiga pemain lagi akan melindungi baki gelanggang. Kebaikan menggunakan sistem ini ialah dari segi perlindungan yang diberi oleh bek tengah di belakang pengadang tengah. Bek tengah dalam sistem ini adalah dalam posisi baik untuk menerima semua pukulan tip dan pukulan lembut yang melepasi pengadang. Jikalau bek tengah juga secara kebetulan ialah pengumpan, jadi perlihan dari pertahanan ke serangan adalah mudah. Pasukan-pasukan mempunyai masa untuk bergerak dari formasi serangan ke formasi pertahanan dan sebaliknya. Walaubagaimanapun, sistem ini, kawasan dalam ialah kawasan mudah
16

diserang. Pengadang-pengadang harus memastikan bahawa mereka tidak membenarkan rejaman melepasi di antara mereka. c)Sistem Tiga Pengadang Blok y Ia memerlukan syarat-syarat seperti wujudnya ramai pengadang baik dalam suatu pasukan, koordinasi baik dan kerjasama secara berpasukan di antara pemain-pemain di hadapan. Ia sangat bergantung kepada kecekapan pengadang-pengadang kerana hanya terdapat tiga pemain yang lain di belakang, jikalau perejam memecahkan pertahanan mereka.

KOMUNIKASI y Apa saja sistem yang digunakan untuk pertahanan, koordinasi dan kerjasama pasukan adalah penting dan ini boleh dipupuk melalui komunikasi antara pemain-pemain. Semua pemain harus belajar bagaimanakah menunjukkan maksud mereka. Adalah penting untuk jurulatih bukan sahaja menggalakkan pemain-pemain untuk berkomunikasi tetapi juga menolong mereka berkomunikasi dengan cara yang betul Pemain-pemain harus diajar perkataan kiu yang mempunyai satu suku kata untuk menjelaskn mereka pada sebarang situais. Perkataan seperti saya, anda, set, tinggi, dalam, keluar, adalah jelas dari segi pengertiannya. Tidak perlu lagi untuk menambahkan apa-apa perkataan untuk mengelirukan situasi.

KEGUNAAN KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS BERSTRATEGIK a)Servis y Melindungi servis terutama pemain-pemain baru menimbulakan masalah kerana mereka melihat bola dengan lewat dan tidak boleh menjangka kelajuan dan arah bola dengan cepat. Mengarahkan bola ke ruang kosong dan di antara penerima-penerima. Membuat servis bola kepada kedua-dua sudut belakang.

y y

b)Hantaran y Menghantar bola tinggi ke posisi kesukaan pengumpan. Hantaran ini membolehkan pengumpan membuat satu rejaman yang akan mengejutkan pihak lawan. Hantaran-hantaran tinggi dan rendah boleh juga digunakan untuk menentukan rentak bermain. Jikalau bola yang bergerak di atas jaring adalah sukar untuk bermain, perhatian harus diberi untuk membawa bola tinggi ke atas supaya teman sepasukan
17

y y

mempunyai peluang untuk menolong. Janganlah cuba untuk bermain secara keperisan dan ketepatan di bawah keadaan-keadaan seperti ini, c)Set y Pergerakan-pergerakan yang digunakan untuk set tinggi, set rendah, dan set belakang semuanya harus nampak lebih kurang sama gerakannya supaya dapat menyembunyikan tujuan-tujuan anda. Perbezaan jarak set daripada jaring bergantung kepada kebolehan pengadangpengadang pihak lawan. 12-18 inci digunakan untuk menentang pengadang yang kurang mahir dan 18-30 inci digunakan apabila pemain menentang pengadang-pengadang yang mahir. Bersedia untuk merejam hantaran yang dihantarkan kepada pengumpan.

18

Anda mungkin juga menyukai