Anda di halaman 1dari 9

PERMAINAN Permainan bola tampar ialah gabungan dua jenis permainan iaitu penggunaan net dari sukan lawn

tennis dan bola daripada bola keranjang. Permainan ini telah diperkenalkan oleh William G. Morgan pada tahun 1895. Pada awalnya, permainan ini dikenali sebagai minonettesebelum digantikan dengan nama volleyball oleh Alfred Halstead pada tahun 1896. 2.1.1 KEMUDAHAN DAN PERALATAN BOLA TAMPAR Bola tampar boleh dimainkan di luar atau di dalam dewan. Semua ukuran peralatan yang digunakan dalam permainan ini adalah mengikut undang-undang yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa (FIVB) A. Gelanggang Permukaan gelanggang bola tampar perlu rata dan diperbuat daripada simen atau sebarang permukaan sintetik yang sesuai dan selamat. Gelanggang bola tampar juga boleh dibuat di atas padang rumput dan permukaan tanah liat.

B. Tiang, Jaring dan Antena Tiang yang digunakan perlu berbentuk silinder. Ketinggian tiang dan jaring adalah mengikut peringkat umur dan jantina. Jaring diikat pada dua batang tiang yang berada di luar gelanggang. Ketinggian jaring diukur pada bahagian tengahnya. Sepasang antena diletakkan di kedua-dua hujung jaring serenjang dengan garisan tepi gelanggang. Antena diwarnakan putih berbelang merah. Kategori Pertandingan Ketinggian Jaring

Lelaki bawah 18 tahun Perempuan bawah 18 tahun Lelaki bawah 15 tahun Perempuan bawah 15 tahun

2.43 m 2.24 m 2.25 m 2.10 m

C. Bola Bola tampar berbentuk sfera dan diperbuat daripada kulit atau bahan sintetik yang ringan dan lembut. Bahan ini penting untuk menyerap hentakan pada tangan ketika bola disentuh. Kesesuaian tekanan angin dapat ditentukan dengan menjatuhkan bola dari ketinggian aras kepala. Bola tersebut akan melantun semula pada ketinggian aras pinggang. Kadar angin dalam bola tampar ialah 0.30-0.325 g/cm 65-67 CM

Dimensi bola tampar

2.1.2 POSISI PEMAIN BOLA TAMPAR Susunan posisi pemain bola tampar dalam gelangang adalah mengikut strategi sesebuah pasukan. Susun atur ini menentukan giliran servis setiap pemain sepanjang permainan. Arah pergerakan giliran melakukan servis antara pemain adalah mengikut arah jam. Ketika servis dilaksanakan, setiap pemain perlu berada pada posisi giliran yang betul.

2.1.3 KEMAHIRAN ASAS BOLA TAMPAR Setiap pemain perlu mempelajari dan menguasai beberapa kemahiran asas dalam permainan bola tampar. Kemahiran-kemahiran asas yang terdapat dalam permainan bola tampar ialah menyangga, servis, mengumpan, merejam dan mengadang. A. Menyangga Menyangga ialah kemahiran menerima dan menghantar bola dengan kedua-dua belah tangan. Kemahiran ini digunakan untuk menahan dan mengawal bola servis atau rejaman pihak lawan. Keupayaan megawal dan menghantar bola tepat kepada rakan dapat menghasilkan tindak balas yang berkesan. Hantaran bawah tangan juga dikenali sebagai hantaran menyangga atau 'dig'. Hantaran ini dilakukan pada aras bawah tangan yang menggunakan dua belah tangan (a two-handed underhand pass) dan merupakan jenis hantaran yang lazim digunakan dalam permainan bola tampar. Kemahiran menyangga juga digunakan apabila bola berada terlalu dekat dengan lantai dan pemain tidak sempat mengambil posisi yang baik untuk menggunakan hantaran atas kepala. Kemahiran dig juga digunakan sebagai teknik menahan, terutamanya untuk menyelamatkan hantaran dan juga mengawal semula bola. Contohnya, apabila pihak lawan merejam bola atau bola dimainkan ke satu posisi yang tidak membolehkan penerima menggunakan hantaran atas kepala maka penerima hantaran akan menggunakan dig untuk menyelamatkan pukulan tersebut.

Teknik-teknik Menyangga:

Pastikan kedua-dua ibu jari adalah selari. Jari-jari hendaklah dilipat dan dirapatkan antara satu sama yang lain. Kedua-dua siku dikunci dengan lengan dan pergelangan tangan diluruskan ke hadapan. Kaki dijarakkan dengan sebelah kaki diletakkan di hadapan dan lutut dibengkokkan untuk menerima hantaran.

Letakkan kaki luar ke hadapan dan pusing badan untuk menghadap sasaran sebelum bermain bola.

Tolak bola ke atas dengan pergerakan bahu yang minimum. Elakkan daripada menghayun lengan untuk menampar bola. Pastikan tapak pemukul (platform) adalah stabil. Kendurkan bahagian atas tubuh. Hantar bola tinggi agar pukulan bola yang seterusnya dapat disambut dengan baik oleh ahli pasukan yang lain.

B. Servis

Permainan bola tampar dimulakan dengan servis dari kawasan servis yang ditetapkan. Servis ialah kemahiran menghantar bola melepasi jaring melalui dua antena ke gelanggang pihak lawan. Kegagalan melakukan servis yang sempurna akan mengakibatkan pasukan hilang servis dan pihak lawan memperoleh mata. Antara kemahiran asas servis ialah servis bawah tangan dan servis atas kepala atau gaya tenis. Servis merupakan salah satu kemahiran yang terpenting yang perlu dikuasai oleh semua pemain. Kepentingan servis antaranya ialah: (a) Mengikut peraturan permainan bola tampar, sesuatu pasukan mesti berada dalam kedudukan membuat servis untuk mendapatkan skor. Oleh itu pasukan yang memiliki pemain handal membuat servis berpeluang untuk mendapatkan skor dan mengekalkan servis. (b) Semasa seseorang pemain membuat servis dengan darjah lontaran tertentu, pemain tersebut boleh menentukan di mana kedudukan bola yang hendak dihantar olehnya. Satu servis yang kuat dan pantas boleh membuatkan pemain yang lemah daripada pasukan lawan yang menerima hantaran bola tersebut membuat kesilapan seperti terlepas bola, membuat faul atau membuat hantaran lemah (poor pass).

C. Mengumpan Mengumpan ialah kemahiran menghantar dan menyediakan bola untuk memudahkan rakan sepasukan melakukan rejaman. Dalam situasi pertandingan, kebiasaannya, seseorang pemain akan diberi tugas untuk melakukan umpanan. Mengumpan boleh dilakukan sama ada di tepi jarring atau tengah gelanggang mengikut strategi permainan. Kemahiran ini memerlukan persefahaman yang tinggi antara pengumpan dengan pemain yang akan melakukan rejaman.

Mengumpan atau membuat umpanan (setting) adalah pergerakan di mana pemain 'setter' akan menghantar bola mengikut ketinggian dan arah tertentu kepada rakannya bagi membolehkannya pasukan membuat rejaman untuk memperolehi mata. Tanpa umpanan yang baik dan tepat daripada setter, ia akan menyulitkan perejam. Pengumpan dan perejam mestilah memiliki tahap persefahaman yang tinggi. Pengumpan seharusnya tahu akan arah dan corak lambungan bola yang dikehendaki perejam sebelum dia membuat rejaman. Dua perkara asas dalam kemahiran membuat umpanan ialah pergerakan badan dan kaki yang harus selesa dan seimbang. Tangan diletakkan di hadapan muka dengan ibu jari serta jari jari lain mengucup. D. Merejam Merejam ialah kemahiran menyerang dengan memukul bola secara kencang ke dalam gelanggang pihak lawan. Tujuannya adalah untuk mendapatkan mata servis lawan. Merejam adalah kemahiran yang kompleks. Kita perlu mempunyai koordinasi tubuh yang baik bagi melakukan larian, lompatan, pergerakan di udara, memukul bola dan mendarat. Rejaman boleh dilakukan dengan baik apabila bola berada dekat dengan jaring. Pemain barisan belakang hanya boleh melakukan rejaman di belakang garisan serangan.

Kemahiran merejam digunakan oleh pemain serangan untuk mendapatkan skor atau mata dengan membuat pukulan smesyi (smash) ke dalam gelanggang pihak lawan. Anda perlu bersedia berdiri berdekatan jaring dan menghadap ke arah bola yang akan dihantar oleh rakan sepasukan anda. Semasa bola mula menjunam turun, anda perlu melompat tinggi ke udara dan menghayunkan tangan anda ke atas untuk memukul bola masuk ke dalam gelanggang pihak lawan. Pergerakan ini samalah seperti smash dalam permainan badminton. Mata akan diperolehi seandainya bola tidak dapat ditangkis oleh pemain pasukan lawan dan berjaya menjejaki ke lantai dalam gelanggang.

E. Mengadang Mengadang ialah kemahiran menghalang rejaman pihak lawan yang dilakukan dekat dengan jaring pada aras atas jaring. Pengadang adalah lapisan pertahanan yang pertama menghalang serangan pihak lawan. Kemahiran ini memerlukan ketepatan mengagak rejaman lawan dan kuasa otot kaki ketika melompat. Mengadang hanya boleh dilaksanakan oleh pemain barisan hadapanLazimnya tindakan menghadang diamalkan untuk menentang rejaman oleh pihak lawan. Hadangan yang berkesan akan menyebabkan bola mati dalam gelanggang pihak yang membuat rejaman.

Cara-cara Menghadang a) Menolak kedua-dua belah kaki, tangan diluruskan ke atas b) Bahagian lengan dan tapak tangan condong ke sebelah pihak lawan

2.1.4 Otot-otot utama yang terlibat dalam kemahiran bola tampar Kemahiran Menyangga Servis Mengumpan Mengadang Merejam Otot-otot utama Deltoid Deltoid, Pectoralis major Deltoid Gastrocnemius, Quadriceps, Deltoid Gastrocnemius, Erector spinae,Quadriceps, Deltoid

2.1.5 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN Pertandingan bola tampar dilaksanakan mengikut Undang-undang Persatuan Bola Tampar Amatur Malaysia (MAVA) dan peraturan-peraturan am Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM). Antara undang-undang asas permainan bola tampar adalah seperti berikut: 1. Pertandingan bola tampar diadili oleh dua orang pengadil, iaitu pengadil pertama dan pengadil kedua. 2. Setiap pasukan perlu terdiri daripada sekurang-kurangnya enam orang pemain dan tidak melebihi 12 orang pemain yang berdaftar. 3. Servis hanya boleh dilaksanakan selepas pengadil pertama meniup wisel. 4. Servis perlu dilakukan oleh setiap pemain mengikut giliran yang sah. 5. Pemain yang melakukan servis tidak dibenarkan memijak garisan belakang. 6. Setiap pemain boleh menyentuh bola sekali sahaja. Pemain boleh menyentuh bola dengan mana-mana bahagian badan.

7. Setiap pasukan hanya boleh menyentuh atau memainkan bola dengan tiga sentuhan sebelum menghantar ke gelanggang pihak lawan. Pengiraan ini tidak termasuk sentuhan bagi mengadang. 8. Mengadang hanya boleh dilakukan oleh pemain barisan hadapan. 9. Pemain barisan belakang boleh melakukan rejaman tetapi dari luar kawasan serangan. 10. Pemain dilarang menyentuh mana-mana bahagian jarring atau memasuki kawasan pihak lawan. 11. Setiap pasukan boleh meminta dua kali time out dalam satu set permainan dengan kebenaran pengadil. 12. Setiap pasukan boleh melakukan enam pertukaran dalam setiap set permainan bila-bila masa dengan kebenaran pengadil. Pemain yang ditukar perlu diganti dengan pemain yang sama apabila pertukaran dibuat semula. 13. Mata kemenangan ialah 25 mata yang dikira secara pengiraan pingpong. Apabila kedudukan mata 24-24, lebihan dua mata diperlukan untuk menentukan kemenangan. 14. Set penentuan, hanya 15 mata sahaja digunakan dengan lebihan dua mata diperlukan untuk menentukan kemenangan 15. Antena berfungsi untuk memastikan bola masih berada dalam kawasan permainan semasa bola masuk ke kawasan pihak lawan. Kita perlu menguasai semua kemahiran asas permainan bola tampar untuk menjadi pemain yang baik. Sebagai sebuah pasukan, setiap pemain perlu bekerjasama, cepat dan bijak membuat keputusan ketika beraksi menentang pihak lawan. Pengetahuan berkaitan permainan bola tampar akan melahirkan pemain yang berkemahiran tinggi, membentuk sikap pemain yang berdisiplin dan beretika.

Anda mungkin juga menyukai