Anda di halaman 1dari 4

CARA PERMAINAN DALAM SUKAN SEPAK TAKRAW

Pemain dan kemahiran asas bermain.

Pemainan sepak takraw yang dipertandingkan adalah terdiri daripada dua regu yang mewakili
tiga orang pemain bagi setiap regu. Pada kebiasaanya, setiap pasukan akan memiliki tiga pasukan regu.
Dalam setiap regu setiap pemain memainkan peranannya ketika bermain dalam gelanggang,
antaranya ialah tekong yang berada dekat bulatan sepak takraw, 2 pemain yang bertugas sebagai apit
kiri dan apit kanan yang berada pada bahagian kiri dan kanan dalam gelanggang. Dalam permainan
sukan sepak takraw, pertukaran pemain hanya dibenarkan sekali sahaja dan pemain yang telah
ditukarkan tidak dibenarkan untuk bermain lagi atau menggantikan pemain lain. Pertukaran pemain
dalam gelanggang ini hendaklah dimaklumkan kepada pengadil yang bertugas dalam permainan
tersebut. Disamping itu, dalam permainan sukan sepak takraw terdapat beberapa skil dan teknik asas
yang perlu dikuasai oleh setiap pemain. Dengan menggunakan teknik asas ini maka pemain akan dapat
bermain dengan baik ketika bermain dalam gelanggang. Berikut ialah antara teknik dan skil yang
digunakan oleh para pemain berserta fungsi-fungsinya:

BIL: NAMA TEKNIK/SKIL: FUNGSI:


1. SEPAKAN
a Sepakan sila  Mengawal dan menimang bola.
 Membuat hantaran atau umpanan.
 Menyelamat serangan lawan.
b Sepak kuda  Untuk menyelamatkan bola yang jatuh dan rendah.
 Sebagai bentuk variasi dalam melakukan servis atau sepak
mula.
c Sepak cungkil  Mengawal bola dalam keadaaan laju dan rendah.
d Sepak badik  Untuk menyelamatkan bola yang berada di sisi kanan dan
kiri atau belakang.
 Untuk menyelamatkan keadaan bola semasa mati langkah
(off-position).
2. Tandukan
a Tandukan dahi  Untuk mengawal, mengumpan dan merejam.
b Tandukan sisi  Mengawal bola yang datang di sisi.
 Merejam bola ke gelanggang pihak lawan.
c Tandukan belakang  Digunkan untuk merejam.
 Untuk mengelirukan pihak lawan.
 Untuk memulakan permainan.
3. SERVIS  Memudahkan tekong membuat servis.
 Memastikan ketepatan tekong membuat servis
a Servis sepak sila  Mendapatkan ketepatan serta kelajuan kea rah sasaran.
b Servis sepak kuda  Mendapatkan ketajaman bola servis dan ketepatan menuju
sasaran.
c Servis tapak kaki  Mengelirukan pihak lawan semasa servis.
4. KAWALAN
a Kawalan kaki  Untuk mengawal dan menyelamatkan serangan lawan
(sepak sila)
b Kawalan kepala  Untuk mengawal dan menyelamatkan bola daripada
serangan lawan.
C Kawalan peha  Mengawal bola dalam keadaan yang terdesak terhadap
bola yang datag tepat ke paras di antara lutut dan pinggang.
5 HANTARAN ATAU
UMPANAN
a Kaki (sepak sila)  Untuk menghantar bola tepat ke arah sasaran mengikut
keperluan perejam.
b Kepala  Menghantar, mengawal, dan mengumpan apabila bola
berada di atas kepala.
6 REJAMAN
a Rejaman kaki  Mematikan bola ke gelanggang pihak lawan
b kepala  Mematikan bola yang berhampiran dengan jaring ke
gelanggang pihak lawan.
7 HADANGAN
a Hadangan badan  Menghalang dan mematahkan rejaman pihak lawan
daripada masuk ke gelanggang sendiri apabila keadaan
memaksa.
b Hadangan kepak  Menghadang bagi mematahkan rejaman pihak lawan
daripada masuk ke gelanggang sendiri secara terdesak.
c Hadangan kaki  Menghalang dan mematahkan rejaman pihak lawan
daripada masuk ke gelanggang sendiri.

8 REJAMAN
a statik  Melompat sambil melakukan rejaman tanpa bola.
 Melambung dan merejam bola secara individu dengan
lompatan.
 Dilakukan secara berulang kali.
b dinamik  Melambung bola, melompat sambil merejam bola tersebut
melintasi jarring.
 Merejam bola yang dihantar oleh rakan.
 Meningkatkan daya rejaman.

Anda mungkin juga menyukai