Anda di halaman 1dari 4

Teknik Latihan Mengawal Bola Latihan 1 1. Pegang bet seperti pegang pen. 2.

Masih dalam keadaan berdiri static timang bola pingpong sederhana tinggi (kira-kira 1 meter tinggi) dengan menggunakan bahagian depan (forehand) dalam kiraan 10. 3. Lakukan aktiviti ini sehingga berkeyakinan dan tanpa jatuh dalam jangka masa 2 minit.

Latihan 2 1. Pegang bet seperti pegang pen. 2. Dalam kedudukan berdiri static dan timang bola pingpong dengan bahagian depan bet (pukulan forehand) setinggi yang boleh dan dalam kawalan pelaku. 3. Lakukan berulang-ulang kali dalam kiraan 10 tanpa jatuh dan kenyakinan dalam jangka masa 1 minit.

Latihan 3 1. Pegang bet dengan cara seperti berjabat tangan. 2. Dalam lakuan berjalan ke hadapan dan patah semula ke garisan permulaan pada jarak 5 meter sambil timang bola pingpong rendah (kira-kira 1 kaki tinggi) dengan menggunakan bahagian depan bet (pukulan forehand) dalam kiraan 10 tanpa jatuh. 3. Ulang aktiviti sehinggga berkeyakinan untuk melalukan imbangan bola pingpong selama 1 minit.

Latihan 4 1. Pegang bet dengan cara seperti berjabat tangan. 2. Secara berlari ke hadapan dan patah semula ke garisan permulaan pada jarak 5 meter sambil timang bola pingpong rendah (kira-kira 1 kaki tinggi) dengan menggunakan bahagian depan bet (pukulan forehand) dalam kiraan 10 tanpa jatuh. 3. Ulang aktiviti sehinggga berkeyakinan untuk melalukan imbangan bola pingpong selama 1 minit.

Latihan 5 1. Pegang bet seperti berjabat tangan. 2. Dalam lakuan berjalan ke hadapan dan patah semula ke tempat permulaan sambil timang bola pingpong dengan bahagian depan bet (pukulan forehand) setinggi yang boleh dan dalam kawalan pelaku. 3. Lakukan berulang-ulang kali tanpa jatuh dan berkeyakinan dalam masa 1 minit.

Latihan 6 1. Pegang bet seperti berjabat tangan. 2. Secara berlari ke hadapan dan patah semula ke tempat permulaan sambil timang bola pingpong dengan bahagian depan bet (pukulan forehand) setinggi yang boleh dan dalam kawalan pelaku. 3. Lakukan berulang-ulang kali tanpa jatuh dan berkeyakinan dalam masa 1 minit.

Latihan 7 1. Pegang bet seperti berjabat tangan. 2. Dalam keadaan static timang bola pingpong dengan menggunakan kedua-dua belah permukaan bet pingpong (forehand dan backhand) secara berselang-seli. 3. Timang bola rendah kira-kira 1 kaki dan dalam rasa berkeyakinan dan tanpa bola jatuh. 4. Aktiviti dilakukan dalam masa 1 minit.

Latihan 8 1. Pegang bet seperti berjabat tangan. 2. Timang bola pingpong dengan menggunakan kedua-dua belah permukaan bet pingpong (forehand dan backhand) secara berselang-seli dalam keadaan static. 3. Timang bola setinggi yang boleh dan yakin dapat balas semula tanpa jatuh. 4. Aktiviti dilakukan dalam masa 1 minit.

Latihan 9 1. Pegang bet secara berjabat tangan. 2. Timang bola pingpong dengan menggunakan kedua-dua permukaan bet pingpong (forehand dan backhand) dalam keadaan berjalan sejauh 5 meter ulang-alik. 3. Timang bola rendah tanpa jatuh. 4. Aktiviti dilakukan dalam masa 1 minit.

Latihan 10 1. Pegang bet secara berjabat tangan. 2. Timang bola pingpong dengan menggunakan kedua-dua permukaan bet pingpong (forehand dan backhand) dalam keadaan berlari sejauh 10 meter ulang-alik. 3. Timang bola rendah dengan rasa berkeyakinan dan tanpa bola jatuh. 4. Aktiviti dilakukan dalam masa 1 minit.

Latihan 11 1. Pegang bet dengan cara berjabat tangan. 2. Timang bola pingpong dengan menggunakan kedua-dua permukaan bet pingpong (forehand dan backhand) dalam keadaan berlari secara ulang-alik pada jarak 10 meter. 3. Timang bola tinggi dengan rasa yakin dan bola tidak jatuh. 4. Aktiviti dilakukan dalam masa 1 minit.

Anda mungkin juga menyukai