Anda di halaman 1dari 18

Undang-undang bola sepak

HUKUM 1 - The Field of Play


Padang. Bergantung kpd usia pemain. Pemain berumur 12 tahun kebwh menggunakan pdg yg lebih
kecil berbanding pemain berumur 17 tahun.
HUKUM 2 - The Ball
Bola yg digunakan size 5. Bg kanak2 size bola lebih kecil mengikut kesesuaian.
HUKUM 3 - Jumlah Pemain
Setiap pasukan harus mempunyai minimum 8 pemain dan maksimum 11 dlm padang termasuk
penjaga gol.
HUKUM 4 - Alatan Pemain
Pasukan mesti mempunyai jersey, warna yg berbeza bg mengelakkan kekeliruan. Pemain perlu
memakai shinpad, kasut bola, stokin baju dan seluar. Kasut bola stud besi dilarang pd peringkat
HUKUM 5 - Pengadil
Pengadil setiap perlawanan adalah sebyk 5 org. Referee, dua lines man. Dua pengadil simpanan.
Jika referee mengalami kecederaan, pengadil simpanan akan mengambil alih.
HUKUM 6 - Linesman
Linesman bertanggungjwb mmbantu pengadil dlm membuat keputusan. Linesman akan memberi
isyarat bg bola keluar, sepakan gol, kekasaran , throw in dan juga offside.
HUKUM 7 Masa permainan
Masa mengikut tahap pertandingan. Liga Super Malaysia 45 minit utk separuh masa. Bg
pertandingan biasa 10 minit utk separuh masa. Utk liga2 biasa 30 minit separuh masa. Masa
memainkan peranan penting kerana tahap pemain yg berbeza memerlukan masa yg bersesuaian.
HUKUM 8 - Sepak Mula
Perlawanan dimulakan dgn tiupan pengadil. Pengadil akan memberi isyarat bersedia kpd penjaga
gol sebelum meniup wisel. Pemain yg memulakan perlawanan harus menyepak bola kedepan
sesudah wisel ditiup. Jika terdapat kekasaran pengadil akan menghentikan permainan dan memberi
sepakan percuma kpd pemain yg dijatuhkan atau dikasari.

HAKCIPTA TERPELIHARA

KELAB BOLA SEPAK SMK MENGLEMBU

HUKUM 9 - Ball In dan Out of play


Apabila bola keluar, balingan masuk akan dilakukan, balingan perlu dilepaskan sebelum melepasi
kepala pemain yg membuat balingan. Jika melepasi kepala, balingan bertukar tangan ke pemain
lawan. Balingan kedalam tidak mempunyai offside.
HUKUM 10 - Jaringan Gol
Pemain boleh menjaringkan gol dgn cara sepakan bebas, sepakan percuma, tandukan, sepakan
oleh penjaga gol dan dari sepakan sudut. Situasi gol terbatal adalah offside, balingan terus kedlm
gawang dan sepakan gol kick terus tanpa sentuhan.
HUKUM 11 - Offside
Offside berlaku apabila pemain lawan melebihi pemain terakhir pasukan (selain penjaga gol)
sebelum bola smpi kpd beliau. Offside tidak dikira jika semua pemain pertahanan naik atas melepasi
garisan tengah dan pemain lawan berada dibelakang mereka (pemain lwn juga dibelakang garisan
tgah padang)
HUKUM 12 - Kekasaran Pemain
Pengadil akan memberi sepakan percuma jika berlaku kekasaran. Kekasaran mempunyai beberap
jenis. Antaranya adalah pelanggaran antara badan dgn niat menjatuhkan pemain dan bukan
mendapatkn bola, menyepak kaki pemain lain dan bukan mendptkn bola, menanduk pemain lawan
dgn sengaja, menarik pemain lawan bg menghalang mendapatkan bola, menyiku pemain lawan,
menumbuk pemain lawan dan mengangkat kaki dgn tinggi melebihi paras dada. Kesalahan yg berat
dan berulang akan menyebabkan pemain dilayangkan kad kuning atau merah.
HUKUM 13 - Sepakan Percuma
Sepakan diberikan pengadil jika berlaku kekasaran, kecederaan pemain atau gangguan dlm
perlawanan. Sepakan percuma terus diberikan jika diluar kotak penalti dan boleh terus menjaringkan
gol. Sepakan tidak terus adalah apabila berlaku kecederaan, pemain perlu kembalikan bola dgn
menendang bola ke arah padang pasukan lawan.
HUKUM 14 - Sepakan penalti
Sepakan penalti diberikan jika kekasaran berlaku didlm kotak penalti. Kekasaran spt menarik
pemain, menyepak pemain atau menolak pemain dlm kotak penalti akan menyebabkan sepakan
penalti. Gol dikira jika melepasi garisan gawang gol.

HAKCIPTA TERPELIHARA

KELAB BOLA SEPAK SMK MENGLEMBU

HUKUM 15 - Lontaran kedalam dan sepakan sudut


Lontaran kedalam tiada offside. Pemain lawan boleh berada dibelakang pemain terakhir bg
mendapatkan bola. Tetapi lontaran kedalam yg terus ke gawang tidak dikira melainkan ada
sentuhan dari pemain lain. Sepakan sudut diberikan jika bola melepasi garisan gol lawan dan
disebabkan pemain lawan. Sepakan sudut boleh terus ditanduk atau disepak utk menjaringkan gol.

BOLA SEPAK

HAKCIPTA TERPELIHARA

KELAB BOLA SEPAK SMK MENGLEMBU

Bola sepak ialah salah satu permainan yang tertua di dunia dan merupakan
permainan yang paling popular hingga ke hari ini. Di Malaysia, permainan ini
telah diperkenalkan oleh tentera inggeris pada tahun 1825. Permainan ini
mula diketegahkan pada tahun 1905, apabila tertubauhnya Liga Bola Sepak
Amatur Selangor. Pertandingan bola sepak yang pertama telah diadakan
pada tahun 1921 untuk merebut Piala HMS Malaya (kini Piala Malaysia).
Permainan ini terus berkembang dengan tertubuhnya Persatuan Bola
Sepak Malaya (kini Persatuan Bola Sepak Malaysia) pada tahun 1926, yang
bergabung dengan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada tahun
1956. Malaysia terus menganjurkan beberapa siri pertandingan termasuklah
pertandingan yang melibatkan pasukan Negara luar, seperti Pesta Bola
Sepak Merdeka, Piala FA, Piala FAM, Piala Sumbangsih da Liga Perdana.
Melalui pertandingan ini, lahirlah beberapa orang pemain yang
terkenal di peringkat antarabangsa, seperti Allahyarham Moktar Dahari dan
mendiang R. Arumugam.

KEMAHIRAN ASAS DALAM PERMAINAN BOLA SEPAK


Kemahiran
yang
perlu
sepak termasuklah :

dikuasai

dalam

permainan

bola

1) Menendang
Tendangan leret
Tendangan lambung
Tendangan voli

2) Menyerkap
Menyerkap bola leret
Menyerkap bola tinggi
3) Menggelecek
4) Melakukan hantaran
Hantaran ke hadapan
Hantaran ke sisi

HAKCIPTA TERPELIHARA

KELAB BOLA SEPAK SMK MENGLEMBU

Hantaran silang
5) Menanduk
Menanduk ke hadapan
Menanduk ke sisi
6) Menjaga gol
Menangkap bola leret
Menangkap bola tinggi
Menumbuk bola
Tendangan bola

MENENDANG
Tendangan yang baik dapat dihasilkan dengan menggunakan teknik yang
betul. Seseorang pemain juga dapat menendang dengan baik sekiranya
mempunyai kekuatan otot dan kuasa yang baik di bahagian kaki. Menendang
bertujuan untuk melakukan hantaran kepada rakan sepasukan, melakukan
tendangan sudut atau tendangan bebas, mengeluarkan bola dari kawasan
gol, menjaringkan gol dan melakukan sepakan penalti.
Pada asasnya, terdapat tiga jenis tendangan iaitu
tendangan lambung dan tendangan voli.

tendangan leret,

Tendangan leret

Tendangan leret dilakukan apabila membuat hantaran dekat dan


menjaringkan gol.
Teknik melakukan tendangan leret :
Kedudukan bersedia. Letakkan kaki sokongan di sisi bola. Badan hampir
lurus. Mata memandang bola.
Ayunkan kaki menendang ke belakang. Badan dibongkokkan sedikit ke
hadapan. Kaki sokongan dibongkokkan sikit.

Tendang di bahagian tengah bola.

Ikut lajak selepas melakukan tendangan.

HAKCIPTA TERPELIHARA

KELAB BOLA SEPAK SMK MENGLEMBU

Tendangan Lambung
Tendangan lambung dilakukan ketika membuat hantaran jauh, tendangan
bebas, tendangan sudut, mengeluarkan bola dari kawasan gol dan semasa
menjaringkan gol
Teknik melakukan tendangan lambung :

Kedudukan bersedia. Letakkan kaki sokongan di belakang bola. Badan


hampir lurus. Mata memandang bola.
Ayunkan kaki menendang ke belakang. Lutut kaki sokongan dibengkokkan
sedikit.

Tendang di bahagian bawah bola. Badan condong ke belakang.

Ikut lajak selepas melakukan tendangan.

Tendangan Voli

Tendangan voli dilakukan untuk mengeluarkan bola dari kawasan gol dan
untuk menjaringkan gol. Tendangan voli dilakukan menggunakan bahagian
kekura kaki semasa bola di udara
Teknik melakukan tendangan voli :
Kedudukan bersedia. Berdiri menghadap bola.
Ayunkan kaki menendang ke belakang. Lutut kaki sokongan dibengkokkan
sedikit. Mata memandang bola.

Tendang di bahagian bawah bola menggunakan kekura kaki. Badan


condong ke belakang.

Ikut lajak selepas melekukan tendangan.

HAKCIPTA TERPELIHARA

KELAB BOLA SEPAK SMK MENGLEMBU

1.2 MENYERKAP
Kebolehan menyerkap bola yang datang memudahkan seseorang pemain itu
melakukan tindakan yang seterusnya dalam bola sepak. Pelbagai bahagian
anggota badan , kecuali tangan boleh digunakan untuk menyerkap bola.
Penggunaan bahagian anggota badan bergantung kepada keadaan bola
yang datang, sama ada meleret atau tinggi.
Menyerkap Bola Heret

Menyerkap bola leret boleh dilakukan dengan menggunakan bahagian


dalam kaki, bahagian luar kaki, kekura kaki dan tapak kaki.
Teknik menyerkap bola leret :

Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. Mata


memandang bola.
Apabila bola hampir, gerakkan kaki yang hendak menyerkap ke hadapan.

Sebaik sahaja bola menyentuh kaki, bawa kaki ke belakang.

Kaki menyentuh bahagian tengah bola. Kaki menyerkap dan badan


condong ke arah bola datang

HAKCIPTA TERPELIHARA

KELAB BOLA SEPAK SMK MENGLEMBU

Menyerkap Bola Tinggi

Menyerkap bola tinggi boleh dilakukan dengan menggunakan bahagian


dalam kaki, paha dan dada.
Teknik menyerkap bola tinggi menggunakan bahagian dalam kaki :

Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. Mata


memandang bola.
Apabila bola hampir ke kaki, sesuaikan kedudukan supaya badan sentiasa
menghadap bola.

Sebaik sahaja bola hampir mencecah tanah, ayunkan kaki menyerkap ke


sisi.

Serkap bola sebaik sahaja bola mencecah tanah. Badan condong ke arah
bola datang.

Teknik menyerkap bola tinggi menggunakan bahagian paha :

Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. Mata


memandang bola.
Apabila bola hampir, gerakkan paha menyerkap ke hadapan dan ke atas
dengan lutut bengkok. Badan dicondongkan ke belakang.
Sebaik sahaja bola menyentuh paha, bawa paha ke bawah. Paha
menyentuh bahagian bawah bola.

HAKCIPTA TERPELIHARA

KELAB BOLA SEPAK SMK MENGLEMBU

Teknik menyerkap bola tinggi menggunakan dada :


Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. Mata
memandang bola.
Apabila bola hampir ke dada, bawa dada ke hadapan dan ke atas sambil
tangan dibuka di sisi badan. Berdiri di atas bebola kaki.
Sebaik sahaja bola menyentuh dada, lentikkan badan ke belakang
kemudian bawa badan ke hadapan.

1.3 MENGGELECEK
Kemahiran ini melibatkan kebolehan berlari sambil mengawal bola ke kiri, ke
kanan, ke hadapan atau berpusing ke belakang. Kebolehan melakukan
kemahiran ini dengan baik sangat penting untuk mengatasi pemain lawan.
Menggelecek boleh dilakukan dengan sebelah kaki. Biasanya, bahagian
dalam dan bahagian luar kaki digunakn untuk menggelecek.
Teknik menggelecek menggunakan sebelah kaki :
Kedudukan bersedia. Berdiri di belakang bola. Mata memandang bola.

HAKCIPTA TERPELIHARA

KELAB BOLA SEPAK SMK MENGLEMBU

Dengan menggunakan bahagian dalam kaki kanan, gerakkan bola ke kiri.

Badan condong ke kiri dan tangan dibuka di sisi dengan lutut kiri
dibengkokkan sedikit.

Tolak bola ke kanan menggunakan bahagian luar kaki yang sama dan
badan condong ke kanan.

1.4 MELAKUKAN HANTARAN


Kemahiran melakukan hantaran adalah penting untuk memastikan bola
sampai kepada rakan sepasukan dengan tepat. Hantaran biasanya dilakukan
dengan menggunakan kemahiran menendang. Tendangan leret digunakan
untuk membuat hantaran dekat, manakala tendangan lambung digunakan
untuk membuat hantaran jauh.
Seseorang pemain boleh menggunakan hantaran dekat dan
hantaran jauh semasa melakukan hantaran ke pelbagai arah, seperti
ke hadapan, ke sisi dan menyilang, bergantung kepada situasi ketika
bermain.

Hantaran ke hadapan
Hantaran ini dilakukan dengan menendang bola menggunakan bahagian
dalam kaki atau kekura kaki.

HAKCIPTA TERPELIHARA

KELAB BOLA SEPAK SMK MENGLEMBU

Teknik melakukan hantaran ke hadapan :


Kedudukan bersedia. Berdiri di belakang bola.
Mata memandang bola.

Ayunkan kaki menendang ke belakang.

Tendang di bahagian belakang bola.

Ikut lajak selepas melakukan tendangan.

Hantaran ke sisi
Hantaran ke sisi dilakukan dengan menendang bola menggunakan bahagian
luar kekura sama ada kaki kiri atau kaki kanan, bergantung kepada kaki
yang sedang digunakan untuk mengawal bola.
Teknik melakukan hantaran sisi :
Kedudukan bersedia. Berdiri di belakang bola. Mata memandang bola.
Ayunkan kaki menendang ke belakang. Badan condong ke hadapan.
Tendang di bahagian sisi bola.

Ikut lajak selepas melakukan tendangan.

HAKCIPTA TERPELIHARA

KELAB BOLA SEPAK SMK MENGLEMBU

Hantaran Silang
Hantaran ini dilakukan dengan menendang bola menggunakan bahagian
dalam kekura kaki. Jika bola hendak dihantar menyilang dari kiri ke kanan,
kaki kiri digunakan untuk menendang bola. Sebaliknya, jika bola hendak
dihantar menyilang dari kanan ke kiri, kaki kanan digunakan untuk
menendang bola.
Teknik melakukan hantaran silang :

Kedudukan bersedia. Berdiri di belakang bola. Mata memandang bola.


Ayunkan kaki menendang ke sisi.

Badan condong ke arah bola hendak dihantar.

Tendang di bahagian sisi bola.

Ikut lajak selepas melakukan tendangan.

HAKCIPTA TERPELIHARA

KELAB BOLA SEPAK SMK MENGLEMBU

MENANDUK
Kemahiran menanduk boleh digunakan untuk menjaringkan gol dan
melakukan hantaran. Menanduk dilakukan dengan menggunakan bahagian
dahi. Jenis tandukan yang biasa dilakukan semasa bermain ialah tandukan ke
hadapan, tandukan ke belakang dan tandukan ke sisi.
Teknik menanduk ke hadapan :

Kedudukan bersedia. Berdiri dengan kaki dibuka seluas bahu menghala ke


arah bola datang. Mata memandang bola.
Apabila bola hampir, lentikkan badan ke belakang dengan lutut
dibengkokkan sedikit. Kedua-dua tangan dibuka di sisi.

Bawa badan dan kepala ke hadapan dan tanduk bola menggunakan


bahagian dahi. Dahi menyentuh bahagian bawah bola.

Ikut lajak selepas melakukan tandukan

HAKCIPTA TERPELIHARA

KELAB BOLA SEPAK SMK MENGLEMBU

Teknik menanduk ke sisi :

Kedudukan bersedia. Berdiri dengan kaki dibuka seluas bahu menghala ke


arah bola datang. Mata memandang bola.
Apabila bola hamper tiba, kilaskan badan ke arah bertentangan dengan
sasaran tandukan. Kedua-dua tangan dibuka di sisi.

Kilaskan badan ke arah sasaran tandukan dan tanduk bola menggunakan


dahi.

Ikut lajak selepas melakukan tandukan

Teknik menanduk ke belakang :


Kedudukan bersedia.

HAKCIPTA TERPELIHARA

KELAB BOLA SEPAK SMK MENGLEMBU

Berdiri dengan kaki dibuka seluas bahu menghala ke arah bola datang.
Mata memandang bola.

Apabila bola hampir, lentikkan badan ke belakang sambil mendongakkan


kepala ke atas, dan tanduk bola menggunakan bahagian dahi.

Dahi menyentuh bahagian bawah bola.

MENJAGA GOL
Penjaga gol boleh menggunakan keseluruhan anggota badannya untuk
menghalang cubaan jaringan yang dibuat oleh pasukan lawan. Penjaga gol
yang baik mestilah menguasai kemahiran menangkap, menumbuk dan
menendang. Selain menguasai kemahiran tendangan leret dan tendangan
lambung, penjaga gol juga perlu menguasai kemahiran tendangan bola di
udara dan tendangan lantun. Kedua-dua jenis tendangan ini dilakukan
dengan menggunakan bahagian kekura kaki

Teknik menangkap bola leret :


Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang.
Sebelah kaki di hadapan dan sebelah lagi di belakang. Mata memandang
bola.
Apabila bola hampir ke kaki, rendahkan badan dengan lutut kanan di atas
tanah di belakng tumit kiri.

HAKCIPTA TERPELIHARA

KELAB BOLA SEPAK SMK MENGLEMBU

Tangkap bola di hadapan badan dan bawa ke dada.

Teknik menangkap bola tinggi :


Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. Mata
memandang bola.
Apabila bola hampir, sebelah kaki melangkah ke hadapan sambil
melompat.

Luruskan tangan ke atas di hadapan kepala dengan ibu jari kedua-dua


belah tangan hampir rapat.

Tangkap bola setinggi yang boleh dicapai. Bawa bola ke dada.

Teknik menumbuk bola :


Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. Mata
memandang bola.

HAKCIPTA TERPELIHARA

KELAB BOLA SEPAK SMK MENGLEMBU

Apabila bola hampir, lompat dengan kedua-dua belah kaki sambil


menumbuk bola.

Tangan menyentuh bahagian bawah bola.

Teknik tendangan bola di udara :

Kedudukan bersedia. Berdiri dengan memegang bola menggunakan


kedua-dua belah tangan.
Kaki sokongan melangkah ke hadapan dan kaki menendang diayunkan ke
belakang. Badan condong ke hadapan.

Jatuhkan bola di hadapan badan dan tendang bola sebelum bola


mencecah tanah.

Ikut lajak selepas menendang.

Mata memandang bola.

HAKCIPTA TERPELIHARA

KELAB BOLA SEPAK SMK MENGLEMBU

Teknik tendangan lantun :

Kedudukan bersedia. Berdiri memegang bola menggunakan kedua-dua


belah tangan. Mata memandang bola.
Kaki sokongan melangkah ke hadapan dan kaki menendang diayunkan ke
belakang. Badan condong ke hadapan.
Jatuhkan bola di hadapan badan dan tending bola sebaik sahaja bola
melantun dari tanah. Ikut lajak selepas menendang

HAKCIPTA TERPELIHARA

KELAB BOLA SEPAK SMK MENGLEMBU

Anda mungkin juga menyukai