Anda di halaman 1dari 11

Karangan

Biografi

Panduan menulis karangan


biograf
Karangan jenis
biografi mengisahkan perihal riwayat
hidup orang lain dari awal hingga ke akhir antaranya
ialah tokoh-tokoh sejarah, pemimpin tanahair, tokoh
sukan, tokoh guru dan lain-lain.
Dalam menulis karangan jenis ini, aspek latar belakang,
riwayat hidup, pendidikan, sumbangan, kejayaan dan
jasa-jasa seseorang itu diambilkira sebagai isi karangan.

Anda harus tahu benar tentang watak yang

hendak ditulis itu dari awal hingga ke akhir.


Jangan menulis perkara-perkara yang

sensitif sehingga boleh menimbulkan keaiban


atau menjatuhkan maruah orang yang ditulis.

Beberapa perkara penting yang


perlu ada dalam penulisan Biografi:
Tarikh lahir dan tempat lahir tokoh.
Latar belakang, pendidikan dan sebagainya.
Pencapaian, kejayaan-kejayaannya, atau
keistimewaannya.
Jasa, bakti, dan sumbangan tokoh tersebut.

Rangka karangan
Pendahuluan
karangan lazimnya menceritakan latar belakang tokoh seperti tarikh lahir, tempat
tinggal, bilangan keluarga ,taraf pendidikan dan hobi.
Isi
menyentuh tentang pengalaman tokoh, kejayaan tokoh, sumbangan dan peristiwa
pahit dan manis.
Penutup
menyentuh tentang kebaikan, matlamat, cita-cita atau wawasan tokoh.

Contoh Karangan
Biograf :
Tokoh Negarawan

Tunku Abdul Rahman Putra A1-Iiaj


Tunku Abdul Rahman Putra A1-Haj
dilahirkan pada 8 Februari 1903 di Alor Setar,
Kedah. Bapanya bernama Sultan Abdul Hamid
Shah, manakala ibunya bernama Mak Cik
Manjalera yang berketurunanSiam.

Tunku Abdul Rahman menerima pendidikan pertama di


Maktab Sultan Abdul Halim di Penang Free School
ketika berumur lapan tahun. Pada tahun 1920, beliau
telahmelanjutkanpelajaran dalamjurusanundangundang di UniversitiCambridge,England. Beliau pernah
bekerja sebagai Penolong Pegawai Daerah dan Pegawai
Daerah Sungai Petani. Tunku Abdul Rahman juga pernah
dilantik sebagai Pengarah Pelajaran Negeri Kedah.

Pada tahun 1951, Tunkudilantikmemegang


jawatan Presiden UMNO. Tunku juga berjaya
menggabungkan MCA dan MIC dengan UMNO
sehingga wujud Parti Perikatan. Parti inilah yang
menyatupadukan seluruh rakyat Tanah Melayu.

Tunku telah berjaya meminta kerajaan


Inggeris memberi kemerdekaan kepada Tanah
Melayu pada tahun 1957. Beliau diberi gelaran
Bapa Kemerdekaan. Beliau dilantik menjadi
Perdana Menteri yang pertama untuk
memerintah negara ini selepas merdeka.

Tulis karangan biografi seorang


tokoh sukan yang kamu kagumi.
Pendahuluan :

Nama tokoh yang dikagumi tarikh lahir tempat lahir

Isi isi :

pengalaman tokoh - kejayaan tokoh sumbangan - peristiwa pahit dan manis

Penutup :

Kejayaan beliau yang telah mengharumkan nama negara.

Anda mungkin juga menyukai