Anda di halaman 1dari 1

Pengurusan kewangan dalam berhadapan dengan kos sara hidup yang

semakin tinggi ini merupakan salah satu kemahiran hidup yang sangat penting
untuk memastikan kesejahteraan kewangan. Cabaran yang dihadapi oleh
individu dalam memastikan kesejahteraan kewangan:

a) Pendapatan sentiasa tidak mencukupi untuk menanggung perbelanjaan.


Contoh perbelanjaan seperti ansuran kereta, ansuran perumahan, kos bayaran
penjaga anak, insurans dan perbelanjaan harian yang bermutu tinggi. Amalkan
satu perancangan untuk menguruskan kewangan.

b) Pembelian impulsif. Membeli barang yang perlu sahaja. Kita harus merancang
dahulu sebelum membeli. Utamakan pembelian keperluan asas.

c)Berbelanja menggunakan kad kredit. Amalkan pembelian dengan wang tunai


dan hanya membeli barang yang berkemampuan sahaja. Sekiranya kurang duit
dalam akaun simpanan, kita tidak dapat meneruskan pembelian.

d) Pengaruh daripada rakan sebaya yang kuat berbelanja. Kita harus


mendisiplinkan diri sendiri sebelum berbelanja.

Anda mungkin juga menyukai