Anda di halaman 1dari 2

Apa itu Hutang

Sera, Jun 1, 2022

Hidup tanpa bebanan hutang menjadi impian banyak orang di dunia ini. Namun,
menjadi persoalan adalah bagaimana untuk menyelesaikan hutang-hutang tersebut
tepat pada masanya dan paling membimbangkan jika ia menjadi hutang lapuk.

Hutang lapuk adalah hutang yang tertunggak dan menjadi  komitmen bulanan dalam
jangka masa panjang, ia juga dikategorikan sebagai jenis hutang yang tiada tambah
nilai kewangan dalam kehidupan anda dan boleh juga melibatkan kos wang yang
lebih untuk masa panjang. Dalam artikel ini kami kongsikan cara selesaikan hutang
lapuk, teknik untuk selesaikan hutang seperti teknik snowball,  overlap pinjaman
peribadi dan lain-lain. Sebelum itu, fahami dulu apa itu hutang baik dan hutang
buruk.

Apa itu Hutang Baik dan Hutang Buruk?


Hutang Baik
Hutang yang baik ialah hutang yang akan  membuahkan hasil dalam jangka masa
yang panjang seperti pinjaman perumahan, pinjaman peniagaan dan pinjaman
pelajaran.
Pinjaman perumahan membolehkan anda memiliki rumah sendiri manakala pinjaman
perniagaan membuka peluang untuk mengembangkan perniagaan anda dan menjana
pendapatan yang lebih tinggi. Dengan adanya pinjaman pelajaran, anda boleh
memperoleh pelbagai faedah kerana ia merupakan pelaburan masa depan dengan
ilmu yang diperolehi.  Sebagai contoh pinjaman PTPTN , merupakan pinjaman yang
membolehkan pelajar membiayai sepenuh atau sebahagian yuran pengajian dan juga
kos sara hidup sepanjang tempoh pengajian dan kadar  bayaran balik PTPTN  juga
mampu milik bagi semua peminjam.
Hutang yang baik adalah hutang yang membawa pulangan yang  tinggi dan
motivasi untuk membuat bayaran balik wujud setiap masa. Sementara itu, membuat
pinjaman untuk memiliki kereta adalah wajar kerana ia mempunyai tujuan yang
baik, iaitu memudahkan pergerakan harian. Namun, membuat pinjaman untuk
memiliki kenderaan mewah diluar kemampuan merupakan pinjaman yang buruk
kerana membuatkan kewangan anda tersepit.
Selain itu, pinjaman yang baik ialah  pinjaman peribadi dengan kadar faedah
rendah. Ia boleh memenuhi tujuan yang telah dinyatakan sebelum ini, iaitu selagi
pinjaman peribadi ini digunakan untuk tujuan yang sama, pastikan anda
mendapatkan pemberi pinjaman dengan kadar yang paling rendah seperti  pinjaman
bank dan koperasi . 

Hutang Buruk
Hutang yang buruk ialah hutang yang tidak mendatangkan hasil dan membuat
hidup anda merana. Ianya juga lebih dikenali sebagai hutang lapuk.
Peningkatan penggunaan barangan elektronik, telefon pintar, gajet, pakaian
berjenama, kosmetik dan pelbagai barangan lain menyumbang kepada perbelanjaan
tidak praktikal. Ditambah pula dengan perkara seperti spa, klinik kecantikan,
pembedahan kosmetik dan barangan kecantikan yang lain adalah punca kebanyakan
individu melakukan pinjaman peribadi atau memohon kad kredit.

Perlu diingatkan bahawa anda tidak seharusnya menggunakan  kad kredit  anda
sehingga mencapai tahap maksimum untuk tujuan di atas kerana ia menjurus kepada
kadar bayaran yang sangat tinggi. Oleh itu, jika anda hanya memerlukan bantuan
kewangan kecemasan, anda boleh mencari pinjaman kredit komuniti atau  pinjaman
wang berlesen dengan tempoh pinjaman kurang daripada 2 tahun. Jika anda tidak
culas dalam bayaran balik, anda boleh nikmati kadar yang mampu milik dan tidak
dikenakan caj bayaran lewat. Pastikan anda mencari pinjaman kredit komuniti yang
sah dan selamat. 
Pastikan anda membuat keputusan yang bijak dengan membezakan kehendak dan
keperluan. Ini akan menyelamatkan anda daripada membuat perbelanjaan melulu
yang akan menyebabkan anda terjerumus ke dalam kancah hutang lapuk yang tinggi.
Apabila anda berada di posisi tidak mampu membayar hutang, ia bermaksud anda
mempunyai hutang lapuk. Lebih teruk lagi jika hutang anda tertunggak sehingga 6
bulan, anda boleh disytiharkan  muflis  tanpa sedar.

Anda mungkin juga menyukai