Anda di halaman 1dari 8

ASAS KEWANGAN PERIBADI - UFP 1113 SEMESTER 1/2021

NAMA

ANIQ ZAHIN BIN AMIRUDIN SHUKRI

PROGRAM

1 DBE

NO K/P

030912100889

TAJUK

ASAS PINJAMAN(FOLIO)

NAMA PENSYARAH

EN. AMIR HAMZAH B. SOFHI @ SOBHI

1
PERKARA MUKA SURAT

DEFINISI DAN TUJUAN 1


PINJAMAN

JENIS-JENIS PINJAMAN 1

JENIS-JENIS KAD KREDIT 2

PERANGKAP KREDIT DENGAN 3


BAYARAN MINIMUM BULANAN

KESAN TIDAK MENJELASKAN 3


PINJAMAN DAN KREDIT

KEBAIKAN MENGURUSKAN 3
HUTANG

FAKTOR PENYEBAB MASALAH 4


KEBERHUTANGAN

LANGKAH MENANGANI 4
HUTANG TIDAK TERKAWAL

KESIMPULAN 4

RUJUKAN 5

2
1
DEFINISI DAN TUJUAN PINJAMAN
Pinjaman adalah suatu jenis hutang yang disediakan oleh individu atau lembaga kewangan,
dimana disediakan sejumlah wang untuk dipinjamkan kepada penghutang, biasanya dengan
bunga. Berdasarkan kesepakatan pinjaman, penghutang diwajibkan untuk melunaskan hutang
pinjaman bersama dengan bunga yang ditentukan secara bertahap dalam jangka waktu
tertentu. Terdapat pelbagai bentuk pinjaman antaranya, ada yang menggunakan cagaran, dan
tidak menggunakan cagaran. Jika pinjaman dengan cagaran biasanya memerlukankan jaminan
yang diberikan kepada pemiutang.
JENIS-JENIS PINJAMAN
1. PINJAMAN PELAJARAN
- Lazimnya ditawarkan oleh pihak kerajaan, agensi kerajaan dan organisasi swasta
kepada pelajar kolej atau universiti untuk membantu membiayai pelajaran tinggi
mereka. Pinjaman ini ditawarkan pada caj faedah yang rendah dan perlu dibayar
apabila pelajar tersebut beroleh pekerjaan. Kebanyakan pinjaman yang ditawarkan
oleh kerajaan dan agensinya, seperti dana PTPTN, berasaskan konsep pusingan.

2. PINJAMAN PERIBADI
 pembiayaan untuk tujuan penggunaan wang pinjaman tidak perlu didedahkan
kepada pihak peminjam semasa permohonan. Dana daripada pinjaman peribadi
boleh diguna untuk pelbagai tujuan seperti melancong, membayar perbelanjaan isi-
rumah, membayar balik hutang, perbelanjaan semasa perayaan, bil perubatan,
tujuan kecemasan seperti memperbaiki kenderaan atau rumah, kos pinjah rumah,
bayar yuran pendidikan dan sebagainya. Kebanyakan pakej pinjaman peribadi yang
di tawarkan di Malaysia biasanya tanpa cagaran dan tidak perlu penjamin.

3. PINJAMAN KERETA
 Kebanyakan orang mahukan kenderaan sendiri sebaik-baik saja mula bekerja.
Lazimnya, mereka membeli kereta melalui pinjaman yang dikenali sebagai pinjaman
sewa beli (Hire Purchase – HP). Anda akan dikenali sebagai penyewa dan institusi
kewangan pula sebagai tuan punya kenderaan itu. Sebagai penyewa, anda perlu
membuat bayaran ansuran berdasarkan terma dan syarat yang telah dipersetujui di
bawah perjanjian sewa beli. Anda menjadi tuan punya kenderaan tersebut hanya
setelah semua bayaran ansuran dijelaskan.

4. PINJAMAN PERUMAHAN
 Pasaran untuk pinjaman perumahan adalah amat kompetitif dan institusi kewangan
kini menawarkan pelbagai jenis pinjaman untuk menarik pelanggan. Terdapat juga
pinjaman yang menawarkan hadiah-hadiah percuma untuk dipakejkan bersama
pinjaman perumahan tersebut. Buatlah perbandingan dan dapatkan sebanyak
mungkin maklumat seperti kadar faedah yang ditawarkan sebelum menentukan
pinjaman yang sesuai bagi anda. Seperti produk pinjaman lain, anda boleh memilih
antara pinjaman perumahan konvensional atau perbankan Islam.

1
JENIS-JENIS KAD KREDIT
1. KAD KREDIT PULANGAN TUNAI
 Konsep kad kredit bayaran semula mudah – untuk setiap ringgit yang dibelanjakan
dengan kad kredit, anda akan dapat peratusan berbentuk tunai pada setiap hujung
bulan atau suku tahun. Peratusan bayaran semula (atau rebat) berbeza dari satu
kad ke kad yang lain, dan biasanya di antara 0.5% dan 3% (walaupun terdapat
sesetengah kad yang menawarkan kadar rebat setinggi 20%).

2. KAD KREDIT GANJARAN


 Kad kredit ganjaran membolehkan anda memperolehi mata ganjaran apabila anda
berbelanja. Ganjaran ini boleh digunakan untuk menebus pelbagai jenis barangan
serta perkhidmatan. Kebiasaannya, anda akan memperolehi 1 mata ganjaran untuk
setiap ringgit yang dibelanjakan dengan kad anda itu.

3. KAD KREDIT PETROL


 Kad kredit petrol direka khas buat mereka yang menghabiskan banyak masa di jalan
raya. Kad ini biasanya datang berserta dengan faedah-faedah petrol termasuk rebat
atau pulangan wang untuk minyak dan juga diskaun di stesen servis.

4. KAD KREDIT PERJALANAN


 Kad kredit perjalanan merupakan kad yang bercirikan konsep “pengutipan ganjaran”
di mana ia membolehkan anda mengumpul mata ganjaran ataupun air miles apabila
digunakan untuk pembelian. Sesetengah kad kredit perjalanan turut menawarkan
diskaun untuk pakej perjalanan atau tiket kapal terbang.

5. KAD KREDIT PREMIUM


 Kad kredit premium menawarkan kepada pemegangnya keistimewaan-keistimewaan
premium seperti khidmat pekerja rencam, makan, golf, akses ke bilik istirehat dan
banyak lagi. Kad jenis ini biasanya mengsyaratkan pendapatan minimum yang lebih
tinggi (malahan sesetengahnya hanya bersifat “dengan jemputan” saja), namun kad
jenis juga mempunyai had kredit yang lebih tinggi.

6. KAD KREDIT KHUSUS


 Kad kredit khusus (specialty credit card) dikategorikan sebagai kad “yang
merangkumi semua” . Kad ini biasanya direka untuk segmen spesifik atau sasaran
yang khusus. Sebagai contoh, sesetengah kad kredit khusus menawarkan diskaun
eksklusif untuk tiket wayang, sementara yang lainnya menyediakan keistimewaan
kesihatan perubatan yang amat bermutu.

2
PERANGKAP KREDIT DENGAN BAYARAN MINIMUM BULANAN
Anda mungkin berpuas hati dengan cuma membuat bayaran minimum bulanan bagi penyata
kad kredit anda, lebih-lebih lagi jika ini membantu dalam aliran tunai anda. Namun, ada
buruknya sekiranya anda berbuat demikian kerana anda akan dikenakan caj faedah dan masa
yang lebih lama akan diambil untuk menyelesaikan hutang tertunggak ini. Akibatnya bebanan
hutang anda semakin banyak dalam jangka masa yang singkat. Buat masa ini, kebanyakan
pengeluar kad mengenakan caj kewangan sebanyak 1.5% sebulan, pada kadar harian dan
dikompaun secara bulanan. Adalah penting untuk menyedari bahawa dengan hanya membayar
jumlah minimum, anda akan mengambil tempoh yang lebih lama untuk menyelesaikan hutang
kad kredit anda, maka lebih banyak hutang akan terkumpul. Dengan kadar faedah yang tinggi,
anda membayar lebih lagi kepada institusi kewangan jika dibandingkan dengan harga asal yang
dibayar bagi barangan atau perkhidmatan yang anda beli dulu. Pastikan anda sentiasa
membuat bayaran penuh untuk mengelak daripada kemelut kewangan.

KESAN TIDAK MENJELASKAN PINJAMAN DAN KREDIT


1. Mengambil tindakan undang-undang dan mengheret peminjam yang ingkar ke
mahkamah untuk menyelesaikan masalah secepat mungkin.

2. Disenarai hitam di pengkalan data CCRIS (Central Credit Reference Information


Systems)untuk mengelakkan perkara atau peminjam yang sama berulang.

3. Dihalang dan disekat daripada meninggalkan negara.

KEBAIKAN MENGURUSKAN HUTANG


1. Dapat mengurangkan kos pinjamnan pada masa hadapan.

2. Dapat mengelakkan bayaran lewat dan caj penalti.

3. Dapat meningkatkan kedudukan kredit.

3
FAKTOR PENYEBAB MASALAH KEBERHUTANGAN

 Seseorang itu kehilangan pekerjaannya.


 Perniagaan yang dijalankan itu gagal.
 Tidak menyediakan rencana anggaran.
 Ditimpa nasib yang kurang baik.

LANGKAH MENANGANI HUTANG TIDAK TERKAWAL


1. Bayar balik hutang mengikut keutamaan.

2. Menyediakan bajet dengan betul sebelum berhutang.

3. Dapatkan bantuan Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK)

4. Jangan menambahkan lagi hutang ketika berhutang

KESIMPULAN
Kesimpulannya, Semasa membuat permohonan pinjaman, tanyakan dulu
kepada diri anda, tujuan pinjaman tersebut dan tentukan sama ada anda mampu
membuat bayaran ansuran. Selain itu, Jangan sesekali membuat pinjaman daripada
peminjam wang yang tidak berlesen dan berwaspada terhadap syarat dan terma
pinjaman yang diambil. Seterusnya, biasakan diri bertanya tentang kadar faedah efektif
yang dikenakan bagi pinjaman sewa beli dan kadar tetap pinjaman berjangka. Jumlah
bayaran bulanan juga bagi semua pinjaman dan hutang kad kredit tidak boleh melebihi
satu pertiga daripada gaji kasar anda. Anda juga perlulah jangan terpedaya dengan
penggunaan kad kredit dan kad caj sebagai wang ‘percuma’. Di samping itu, Membayar
hanya bayaran minimum bil kad kredit menyebabkan hutang bertambah besar kerana
kesan kompaun. Akhir sekali, berusahalah untuk menjadi pembayar balik pinjaman yang
baik agar mendapat laporan kredit yang positif.

4
RUJUKAN
1. https://kamus.tokopedia.com/p/pinjaman/
2. https://www.akpk.org.my/content/482-jenis-jenis-pinjaman
3. https://ms.wikipedia.org/wiki/Pinjaman_peribadi
4. https://www.imoney.my/articles/jenis-jenis-kad-kredit-di-malaysia-bm
5. https://www.akpk.org.my/content/475-perangkap-kredit-bayaran-minimum
6. Buku celik wang

Anda mungkin juga menyukai