Anda di halaman 1dari 18

10 Cara Selesaikan Hutang Lapuk

Yang Ramai Tak Tahu


 Sera
 Jun 1, 2022

Cara-Cara Selesaikan Hutang Lapuk


1. Sediakan anggaran bajet
Langkah pertama untuk menjelaskan hutang lapuk adalah dengan menyediakan bajet yang
mudah untuk diikuti. Anda boleh menggunakan Excel atau aplikasi kewangan untuk bantu
mengesan perbelanjaan dan simpanan setiap bulan. Bertindak jujur dengan diri sendiri tentang
pendapatan dan perbelanjaan anda. Dengan cara ini, anda boleh mengasingkan perbelanjaan dan
melihat di mana anda boleh berbelanja dengan lebih atau kurang. Tetapi yang paling penting
anda harus berdisiplin dan komited untuk ikut bajet!
2. Semak baki hutang dan kadar faedah

Sumber
Gambar: AKPK

1. Laman Web/Aplikasi/Hotline
Anda boleh melayari laman web atau aplikasi rasmi mana-mana bank atau institusi kewangan
yang mana anda berurusan mengenai hutang tertentu atau menghubungi talian yang disediakan. 
2. Bantuan profesional
Bantuan profesional seperti Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) yang tersedia di
seluruh negara. 
Di AKPK, anda boleh mendapatkan khidmat kaunseling kewangan dan nasihat, program
pengurusan hutang dan juga program pendidikan ilmu kewangan untuk memulihkan kembali
kewangan secara percuma. 

3. Buat Perbandingan
Sebelum ambil pinjaman, bandingkan dahulu pinjaman daripada bank yang mana membantu
untuk mendapatkan kadar faedah terbaik.

4.  Berbincang dengan pihak bank


Kebanyakan bank terbuka untuk berunding semula terma pinjaman anda. Jalan yang terbaik
adalah mengadakan perbincangan serta merumuskan semula aliran pembayaran balik yang
mampu dan dipersetujui kedua-dua belah pihak.

3. Tetapkan target dan pilih teknik untuk


selesaikan hutang lapuk
Apabila berhutang, penting untuk anda meletakkan target untuk menyelesaikan segala bayaran
atau pinjaman. Sebagai contoh; target untuk selesaikan hutang PTPTN dalam masa setahun.
Penting untuk anda mempunyai target sebagai pembakar semangat untuk anda selesaikan hutang
lapuk. Ada beberapa teknik selesaikan hutang yang boleh anda gunakan untuk membantu anda
selesaikan hutang, terutamanya yang sudah lapuk. 
Teknik 1: Snowball
Teknik ini akan fokus untuk bayar satu akaun hutang pada satu masa, manakala hanya membuat
pembayaran minimum untuk akaun-akaun hutang lapuk yang lain. Ringkasnya, anda akan fokus
settlekan hutang yang sikit jumlahnya dahulu baru bayar hutang yang besar.

Sumber Gambar: Freepik

Langkah-langkah untuk selesaikan hutang lapuk dengan teknik


Snowball
 

1. Senaraikan semua hutang dengan urutan hutang yang berbaki sikit sehingga kepada
hutang yang ada baki banyak. 
2. Senaraikan juga kadar faedah (interest rate) dan bayaran bulanan untuk setiap hutang
tersebut. Anda boleh menghubungi pihak bank atau pihak insitusi kewangan untuk semak
baki pinjaman anda. 
3. Setiap hutang tersebut juga mempunyai tarikh akhir pembayaran untuk setiap bulan.
Untuk pastikan anda tidak dikenakan denda atas kelewatan bayaran balik, catat semua
tarikh akhir pembayaran untuk mengelakkan anda membayar faedah lewat bayar. Ini
secara tak langsung buat hutang anda semakin bertambah.
4. Dalam senarai hutang tersebut, pilih hutang yang paling kecil nilainya. Sebagai contoh,
hutang yang mempunyai bayaran ansuran bulanan paling kecil.  Sekarang anda fokus
untuk langsaikan hutang yang paling kecil dahulu. Jika ansuran bulanan hutang yang
paling kecil ialah hutang kad kredit sebanyak RM100 sebulan. Cuba tambah sedikit
nilai kepada RM150 untuk membayar hutang tersebut.
5. Dalam masa yang sama, jangan lupa untuk membayaran ansuran bulanan sekurang-
kurangnya jumlah mininum untuk hutang-hutang lain. 
6. Setelah anda berjaya langsaikan hutang yang paling kecil (dalam kes ni hutang kad
kredit) pilih hutang kedua di dalam senarai anda. Kita ambil contoh hutang pinjaman
peribadi berjumlah RM300 sebulan.
7. Letak tepi nilai RM150 yang anda gunakan setiap bulan untuk membayar hutang kad
kredit sebelum ni, dan tambah nilai tersebut untuk membayar hutang personal loan.
Jadi setiap bulan anda akan membayar RM450 (RM300 + RM150) untuk hutang
personal loan.
8. Ulang strategi ni untuk setiap hutang di dalam senarai anda.
Kebaikan & kelemahan teknik Snowball
Teknik ini dapat memberi motivasi kenapa anda untuk terus membayar semua hutang. Anda
juga akan lebih bijak dalam menguruskan hutang lapuk dan dapat elak daripada menggunakan
kad kredit secara berlebihan.
Walau bagaimanapun, teknik ini akan mengambil masa yang lebih lama untuk langsaikan
semua hutang. Ini sebabkan pembayaran minimum untuk hutang lain menyebabkan
pengumpulan faedah yang memanjangkan tempoh pembayaran semula akaun-akaun hutang yang
lain.
Teknik 2: Avalanche

Sumber Gambar:
Undebt.it
Teknik Avalanche ini lebih kurang sama dengan teknik Snowball. Perbezaan utama adalah
urutan hutang yang dibayar. Susun hutang anda daripada kadar faedah yang paling tinggi kepada
yang rendah atau yang paling penting kepada kurang penting. Ini adalah kerana jika anda dapat
membayar hutang yang mempunyai kadar faedah paling tinggi, anda dapat berjimat ke atas
jumlah  faedah dalam jangka masa panjang.

Perkara yang paling utama adalah anda perlu menyusun untuk membayar semula keperluan yang
penting seperti sewa atau pinjaman rumah, ansuran kereta, utiliti, pinjaman peribadi, barang-
barang runcit, dan pelbagai perbelanjaan tunai langsung. Maka anda boleh fokus membayar
pelbagai perbelanjaan yang lain atau berbelanja dari poket sendiri seperti pembayaran untuk
keahlian gym, makanan haiwan peliharaan, ‘online streaming’, dan sebagainya.

Ringkasnya, berbanding dengan teknik Snowball, yang fokus kepada baki atau jumlah hutang
yang kecil, Avalanche memfokuskan kepada hutang mempunyai kadar faedah yang
besar dahulu.
Langkah-langkah untuk selesaikan hutang lapuk dengan teknik
Avalanche
 

1. Senaraikan semua hutang yang ada mengikut urutuan kadar faedah paling tinggi.
Contoh anda mempunyai hutang dibawah:

Pinjaman Peribadi
Kad Kredit *jangka 2 tahun

Baki Hutang RM3,000 RM5,000

Kadar Faedah (setahun) 18% 8%

Bayaran Bulanan RM150 (1st month) RM241

2. Hutang yang mempunyai kadar faedah yang tertinggi adalah hutang kad kredit iaitu sebanyak
18%. Jadi, dalam teknik Avalanche ini anda akan langsaikan hutang kad kredit dulu. 
3. Sebagai contoh, jadual di atas menunjukkan hutang yang berjumlah RM1,493.96. Untuk
melangsaikan hutang kad kredit dengan lebih cepat, anda harus menggunakan semua wang
lebihan untuk membayar baki hutang.
4. Anda boleh menggunakan cara pengiraan yang sama dengan teknik Snowball. Contoh, anda
memperuntukkan bayaran RM1,600 untuk bayar hutang setiap bulan. Anda akan menggunakan
lebihan sebanyak RM106.04 (RM1,600.00 – RM1,493.96) untuk membayar hutang yang
mempunyai kadar faedah tertinggi. Pada masa yang sama, anda perlu membuat
pembayaran minimum bagi akaun-akaun hutang yang lain.
5. Selepas anda melangsaikan baki hutang tersebut, anda perlulah membuat pembayaran untuk
hutang dengan kadar faedah kedua tertinggi pula dengan lebihan sebanyak RM256.04
(RM150.00 + RM106.04) dan ulang cara bayaran yang sama untuk hutang-hutang yang lain.  

Kebaikan & kelemahan teknik Avalanche


Kelebihan teknik Avalanche ini adalah anda dapat berjimat dengan mengelakkan bayaran
faedah berganda kerana melangsaikan hutang lapuk dengan kadar faedah yang tertinggi
dahulu.  
Tetapi, ada hutang yang mempunyai kadar interest tertinggi dan juga masih berbaki paling
tinggi. Tempoh masa untuk langsaikan hutang tesebut mengambil masa 2-3 tahun. Di sinilah
cabaran psikologi akan berlaku. Adakah anda mampu untuk terus berdisiplin dengan teknik
Avalanche ini? Oleh itu, teknik ini memerlukan disiplin diri dan komitmen yang tinggi.
Teknik 3: Snowflake

Sumber Gambar: My
Modern Met
Kebaikan & kelemahan teknik Snowflake
Anda tidak akan rasa terbeban dengan komitmen kewangan yang tinggi disebabkan, disebabkan
anda hanya perlu membayar sikit demi sedikit sahaja dengan jumlah wang yang kecil. 

Anda akan dapat melangsaikan hutang ini tanpa sedar jika anda mempunyai kerja sambilan
atau freelance. 
Walau bagaimanapun, teknik ini mengambil masa yang lama dan tidak dapat memastikan masa
yang tepat bila hutang tersebut dapat dilangsaikan. Oleh itu, kaedah ini memerlukan perancangan
yang teliti.

Anda perlulah mengemas kini baki hutang lapuk untuk mengelakkan caj tersembunyi atau faedah
terkumpul. Hal ini juga bagi memastikan yang anda dapat meramalkan jangka masa yang anda
perlukan untuk melangsaikan semua hutang tersebut.

3 teknik di atas mempunyai kebaikan dan kelemahan masing-masing. Namun, target utama
hanya satu: SELESAIKAN HUTANG
Oleh itu, berikut adalah 2 teknik tambahan untuk anda yang  mahu langsaikan hutang dengan
cepat dan sekaligus dapat menjimatkan komitmen bulanan dengan bayaran ansuran lebih
rendah. 

Teknik 4: Penyatuan Hutang


Penyatuan hutang adalah satu cara untuk menghimpunkan pelbagai hutang yang anda ada ke
dalam satu pinjaman peribadi baru. Pemberi pinjaman akan menyatukan kesemua hutang
anda ke dalam satu akaun (pinjaman peribadi baru) dengan kadar faedah mestilah lebih
rendah daripada kadar purata pinjaman yang anda ada. Sebagai contoh, jika anda terbeban
dengan hutang kereta, teknik ini salah satu cara selesaikan hutang kereta dengan cepat.
Ringkasnya, anda menggunakan wang dari pinjaman peribadi baru anda bagi menyelesaikan
hutang sedia ada. Debt Consolidation (Penyatuan Hutang), ianya boleh dilakukan di mana-mana
institusi kewangan yang menyediakan pinjaman tersebut.

Langkah-langkah untuk selesaikan hutang lapuk dengan teknik


Penyatuan Hutang
1. Lakukan usaha wajar ke atas diri sendiri (senaraikan hutang anda)
2. Cari kadar faedah yang lebih baik
3. Kenal pasti kos pemprosesan, yuran & caj tersembunyi
Kebaikan teknik Penyatuan Hutang
1. Fokus membayar hanya satu ansuran sahaja
2. Bantu mengurangkan komitmen bulanan anda
Kelemahan teknik Penyatuan Hutang
1. Tempoh bayaran panjang dengan kadar faedah rendah
2. Kemungkinan permohonan ditolak
3. Tidak akan menghapuskan hutang
Teknik 5: Overlap Hutang
Overlap mengumpulkan pelbagai hutang yang ada ke satu akaun (pinjaman peribadi) yang baru
dengan institusi kewangan yang sama. Overlap pinjaman peribadi menawarkan pembiayaan baru
dengan faedah yang lebih rendah atau tempoh pembiayaan yang lebih lama berbanding
pinjaman yang sedia ada. Guna kalkulator pinjaman peribadi overlap kami untuk anggarkan
penjimatan ansuran bulanan jika anda membuat overlap.
Overlap (Pinjaman Bertindih) hanya ditawarkan oleh institusi kewangan yang sama. Sebagai
contoh, anda mempunyai pinjaman peribadi dan kad kredit (pinjaman yang aktif) di Bank X.
Anda boleh mohon Overlapping Facilities hanya di bank tersebut.
Sumber Gambar: Freepik

Langkah-langkah untuk selesaikan hutang lapuk dengan teknik


Overlap
1. Overlap dengan Pinjaman Kadar Lebih Rendah
2. Overlap dengan Pinjaman Tempoh Lebih Lama
3. Overlap Sekiranya Potongan Slip Gaji Melebihi 60% (untuk penjawat awam)
Kebaikan & kelemahan teknik Overlap Hutang
And dapat mengurangkan komitmen bulanan dan terima ‘cash in hand’ tanpa menambah jumlah
hutang yang sedia ada. Namun, beban hutang tak kurang. Overlap pinjaman peribadi adalah
salah satu teknik untuk kurangkan komitmen tapi hutang masih ada dan mungkin akan
meningkat jika peminjam tidak berdisiplin dalam membayar hutang tersebut. 
Teknik yang mana satukah sesuai untuk anda?
Orang yang lebih kenal diri anda, adalah diri anda sendiri. Jadi pilih teknik yang bersesuaian
dengan sifat juga kemampuan anda. Kelima-lima teknik di atas mempunyai kebaikan dan
kelemahan masing-masing. Ada teknik yang dapat melangsaikan hutang lapuk dengan cepat tapi
memerlukan disiplin dan komitmen yang tinggi, ada pula yang sangat fleksibel. Setiap individu
mempunyai komitmen kewangan yang berbeza. Oleh itu, anda perlu tepuk dada, tanya selera
dan pilih teknik yang berkesan untuk anda.
4. Manfaatkan faedah kad kredit
Sumber Gambar: Today
Online

Jika anda mempunyai satu (atau lebih) ‘duit plastik’ ini, anda akan dapat melakukan banyak
perkara dengannya selain daripada membeli barang-barang dengan kredit. Bergantung kepada
jenis kad yang anda miliki, sesetengah kad akan membenarkan anda memindahkan dana pada
kadar faedah 0% dan ini dipanggil pindahan baki atau ‘balance transfer’. Ambil kesempatan
melakukan  pemindahan baki kerana ini akan membantu anda menjimatkan sejumlah wang.

Sebagai contoh, andaikan anda mempunyai hutang kad kredit sebanyak RM15,000 pada kadar
faedah 18% setahun. Dalam masa setahun anda akan dapat berjimat sehingga RM2,700 dengan
melakukan pemindahan baki. Maka, jika anda mempunyai jumlah hutang yang anda yakin akan
dapat diselesaikan dalam tempoh beberapa bulan, semak dengan bank anda untuk membuat
pindahan baki untuk fi rendah (jika tidak percuma) bagi mempercepatkan penyelesaian hutang
anda.

5. Elakkan perbelanjaan yang kurang penting


Sumber Gambar:
Freepik (@Odua)

Cara terbaik untuk berhenti menambahkan hutang lapuk anda adalah dengan berhenti berbelanja!
Sudah pasti bukannya kita berhenti berbelanja sepenuhnya. Mula dengan mengurangkan
perbelanjaan yang kecil dan tidak penting. Sebagai contoh, selain daripada menggunakan
aplikasi muzik ‘streaming’ berbayar, apa kata cuba bertukar kepada versi percuma.

Tanya diri anda jika ianya berbaloi untuk anda membeli lalu menggunakannya atau anda hanya
akan menggunakannya 6 bulan dari sekarang? Lebih baik jika anda amalkan tabiat untuk berfikir
sebelum berbelanja di mana amalan sebegini dapat mengawal kewangan anda.
6. Gunakan wang dari bonus untuk membayar
hutang
Sumber Gambar: Malay
Mail

Pasti anda rasa hebat memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas anda menerima bonus. Tetapi
sebelum anda mula untuk menghadiahkan diri dengan membeli barang-barang mewah, befikir
terlebih dahulu untuk melihat sama ada pembelian adalah benar-benar mengikut keperluan atau
ia hanya sekadar melayan keinginan diri sahaja. Mungkin cukup setakat berbelanja ke atas
perkara biasa sahaja seperti percutian bajet atau makan bersama keluarga. Adalah lebih praktikal
jika wang yang diterima itu diperuntukkan bagi menyelesaikan hutang anda terlebih dahulu!
Lakukan pengorbanan itu kerana ia adalah lebih penting bagi meletakkan kewangan anda dengan
betul terlebih dahulu.

7. Bekerja sambilan untuk menjana pendapatan


tambahan
Sumber Gambar: Freepik

Mendapatkan pekerjaan kedua adalah salah satu cara pantas untuk membayar hutang anda.
Gunakan masa di luar waktu bekerja biasa anda dengan bijak. Selain daripada berbaring di sofa
sambil menonton siri kesukaan anda, gunakan masa ini untuk menjalankan kerja-kerja
‘freelancing’ yang sesuai  dengan kebolehan anda seperti menulis atau mereka bentuk grafik dan
sebagainya yang anda dapat melakukannya dari rumah. Jadi, mula untuk menambahkan portfolio
anda dengan mencari tawaran yang ada di Upwork, Fiverr, Freelancer, dan sebagainya. Selain
itu, anda juga dapat menukar hobi yang anda ada menjadi pendapatan kedua anda. Jika anda
gemar memasak, anda boleh cuba menjual kueh, contohnya secara atas talian. Peluang yang ada
di luar sana  tiada kesudahan!
8. Jual hadiah dan barangan rumah yang tidak
perlu
Sumber
Gambar: Time Out

Lihat di sekeliling rumah anda jika terdapat apa-apa barang yang anda tidak memerlukannya
lagi. Jika anda mempunyai sebarang hadiah yang lama, hiasan atau perabot yang sudah tidak
diperlukan lagi dan masih dalam keadaan yang baik, bersihkannya dan jual di atas talian untuk
mendapatkan wang tunai segera. Paparkan iklan dalam platform pasaran
seperti Carousell, Mudah.my or Lelong pada harga yang berpatutan supaya ia boleh dijual
dengan cepat! Keuntungan daripada penjualan barang-barang ini boleh digunakan sebagai
tambahan kepada jumlah wang yang anda ada untuk melangsaikan hutang anda.
9. Beri ganjaran kepada diri sendiri apabila telah
mencapai kejayaan!

Sumber Gambar: Freepik


Membayar balik hutang akan menjadi satu perjalanan yang panjang jika anda melihatnya sebagai
suatu hukuman untuk gaya hidup anda. Tetapkan pencapaian atau matlamat dan berikan ganjaran
kepada diri anda jika dapat mencapai matlamat tersebut. Ini adalah untuk memotivasikan diri kita
sendiri. Kami tidak bermaksud supaya anda harus pergi berbelanja secara berlebihan. Sebagai
contoh, anda boleh berkhemah di kawasan berdekatan tanpa perlu ke luar negeri pada hujung
minggu.

10. Jangan tangguh untuk bayar hutang

Sumber Gambar: Experian

Sebagai seorang manusia, kita tidak boleh lari daripada terlupa. Ia termasuklah terlupa untuk
membayar hutang tepat pada waktunya.  Oleh itu, kami sediakan 5 tips untuk memudahkan anda
membayar hutang on-time dan tidak akan terlepas lagi pembayaran penting termasuk hutang
lapuk. 

1. Peringatan E-mel 
Anda boleh menggunakan laman seperti Boomerang for Gmail atau FollowUpThen.com untuk
menghantar e-mel peringatan setiap bulan beberapa hari sebelum tarikh akhir hutang-hutang
tersebut perlu dibayar.

2. Penggera Telefon
Gunakan kelebihan ini sebaik mungkin dengan menetapkan peringatan pembayaran hutang
ansuran bulanan di telefon anda, ia bergantung kepada tarikh due date masing-masing.
3. Aplikasi di Telefon Pintar
Selain memuat turun game, muat turun juga aplikasi yang akan memberitahu anda tentang tarikh
penting seperti Remember The Milk (Android & iPhone) atau Google Allo (Android).

4. Bayar Terus
Sejurus menerima gaji, boleh asingkan pendapatan untuk membuat pembayar ansuran hutang
anda. Bayar dulu hutang yang wajib, barulah menyimpan sedikit dan selebihnya dibuat
perbelanjaan harian atau pun untuk reward diri sendiri.

5. Membuat dan Menampal Nota 


Senaraikan semua hutang yang ada beserta tarikh dan jumlahnya. Kemudian, tampalkan di
tempat yang kerap anda pergi. Contohnya, pada cermin bilik tidur atau di komputer peribadi
anda.

Kalau dah hari-hari ternampak nota tersebut, maka peluang untuk anda lupa amatlah tipis.
Sedikit sebanyak dapat juga membantu anda untuk membuat pembayaran tepat pada masanya.

Video: Cara Terbaik Settle Hutang Awal


Kami sediakan video ini untuk penjelesan lanjut cara selesaikan hutang lapuk.

Kesimpulan
Hutang anda tidak akan terbayar dengan sendiri. Sama seperti yang diungkap oleh Dave Ramsey,
“Tiada jalan pintas ketika keluar dari hutang”. Di peringkat awal ia akan menjadi sangat
mencabar, walau bagaimanapun jika anda tidak mula untuk membuat perubahan, tiada apa pun
yang akan berubah. Setakat mana susah sekali pun, jangan mengambil jalan mudah seperti
mendapatkan pinjaman daripada peminjam haram atau “Ah Long”.

Anda pasti akan menyesal dengan keputusan yang anda buat ini. Walau bagaimanapun jika anda
telah mencuba sepuluh cara seperti yang disebutkan tadi dan masih dibelenggu dengan masalah
hutang, cuba mendapatkan nasihat daripada AKPK. Badan tersebut menawarkan rundingan
percuma dan boleh membantu anda melalui program pengurusan hutang mereka.
Artikel ini disediakan oleh Direct Lending. Platform digital yang membantu anda untuk cari,
membuat perbandingan dan memohon pinjaman peribadi yang paling murah dan sesuai untuk
anda. Sistem semakan kelayakan pintar kami boleh mencadangan pinjaman peribadi selamat dan
patuh syariah daripada bank dan koperasi yang terbaik untuk anda.
 

Semak Kelayakan Percuma

(Artikel ini pada asalnya diterbitkan pada 9 August 2017 dan dikemas kini pada Jun 2022)

SHARE ARTIKEL INI


Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email
Share on twitter

Subscribe Newsletter

Anda mungkin juga menyukai