Anda di halaman 1dari 9

1086 PENJAWAT AWAM DIISTIHAR BANKRUP

Punca:
1. Menurut Agensi Kaunseling dan
Pengurusan Kredit (AKPK), golongan muda
khususnya yang berusia lingkungan 20-an
dicatatkan sebagai paling ramai diisytihar
muflis.

Kebanyakan mereka adalah daripada


lepasan kolej atau universiti dan baru
menempuhi alam pekerjaan.

Berikut kami senaraikan antara punca


masalah ini berlaku kepada golongan belia:
1. Beli Kereta Melebihi Kemampuan

Kereta atau motorsikal merupakan keperluan


asas bagi mereka yang bekerja terutama jika
tinggal di kawasan yang jauh dari pejabat.
Kebanyakan mereka khususnya yang baru
bekerja sering membuat pilihan yang salah
semasa membeli kenderaan.
2. Ghairah Menggunakan Kad Kredit

Kad kredit merupakan salah satu jalan


mudah untuk muflis. Amat bahaya bagi
mereka yang tidak pandai menggunakannya,
terutama golongan belia.
3. Berbelanja Mewah di luar kemampuan

Kebiasaannya golongan muda yang baru


bekerja akan teruja sebaik menerima gaji
bulanan mereka. Ada di antaranya yang
sanggup berbelanja besar seperti membeli
pakaian berjenama dan telefon bimbit
dengan harga di luar kemampuan. Ini adalah
antara faktor utama mengapa mereka sering
mengalami masalah kewangan.
4. Berhutang Majlis Kahwin

Sering kali kita lihat pasangan muda yang


berkahwin tetapi majlis perkahwinan
diadakan secara besar-besaran. Hutang yang
dipikul gara-gara majlis tersebut pasti
memberi beban yang besar semasa alam
perkahwinan. Ini juga antara punca
berlakunya perceraian dan risiko untuk
diistihar muflis adalah amat tinggi.
PENYELESAIAN

1. Belanja secara berhemah

Elakkan berhutang dan belanja secara


berhemah. Berhutang hanya akan
menyebabkan kita hidup dalam kesusahan.
Berwaspada dan berpada-padalah ketika
berbelanja. Gaya hidup di luar kemampuan
sering menjadi punca utama masalah
kewangan yang kian meruncing ini. Jadi,
usah ghairah berbelanja dan pepatah ukur
baju di badan sendiri amat sesuai
untuk dipraktikkan. Pengurusan kewangan
yang berhemah pasti akan menjamin
kedudukan kewangan di tahap yang terbaik.
2. Elakkan berbelanja menggunakan kad kredit

Setiap bank menawarkan perkhidmatan kad kredit. Kad kredit


adalah satu kaedah mudah pembayaran yang membenarkan anda
membeli atau mendapatkan barangan dengan pembelian bukan
secara tunai. Penggunaan kad kredit ini ada baik dan buruknya.
Oleh yang demikian, anda mesti sentiasa berhati-hati. Penggunaan
kad kredit yang tidak terkawal adalah salah satu punca kepada
peningkatan kadar individu yang berstatus muflis di dalam negara
ini. Seboleh-bolehnya, elakkan pembayaran dengan menggunakan
kad kredit kerana caj seperti yuran penyertaan, yuran tahunan, caj
bayar lewat, caj pendahuluan kewangan boleh dikenakan.
Berbelanjalah secara tunai untuk kemudahan dan kesenangan di
kemudian hari.
3. Membuat catatan dan merancang pembelian atau perbelanjaan

Anda mestilah bijak dalam berbelanja. Setiap pengaliran tunai yang keluar
mesti direkodkan untuk memudahkan anda menjejaki kembali kemanakah
wang yang anda belanjakan. Berbelanja semasa tawaran murah atau
diskaun akan memberikan penjimatan dalam perbelanjaan harian anda.
Rebutlah tawaran murah tersebut untuk menjimatkan wang anda. Semak
dahulu senarai harga di beberapa kedai dan bandingkan harga. Anda boleh
melakukannya dari rumah dengan melayari internet dan seterusnya
membandingkan promosi diatas talian yang ditawarkan. Ia juga sangat
pantas dan menjimatkan masa dan tenaga.
4. Menjaga harta dengan baik

Harta yang ada mestilah diselenggara dengan baik. Contoh paling relevan
mungkin bagaimana kita mengguna dan menjaga kereta kita sendiri.
Penjagaan kereta yang betul akan turut menjimatkan kewangan kita. Jika kita
menggunakan kereta dengan cara yang kasar, kereta tersebut mungkin akan
mengalami kerosakan pada tayar, enjin mahupun brek. Oleh yang demikian
pemeriksaan atau servis secara berkala perlu dilakukan untuk memastikan
kereta kita dalam kondisi yang baik.

Dengan penjagaan kereta yang baik, kita dapat menjimatkan wang dan
mengurangkan perbelanjaan kepada perkara-perkara yang tidak diperlukan.
Akhir kata, sentiasalah berhemah dalam berbelanja. Jangan jadikan isu muflis
atau bankrup melingkari hidup kita. Jadilah insan yang bebas hutang dengan
mengamalkan hidup secara sihat dan sederhana. Sesungguhnya membazir itu
adalah saudara kepada syaitan.

Anda mungkin juga menyukai