Anda di halaman 1dari 13

KEBAIKAN KEBURUKAN KAD KREDIT

Kesan baik

1. memudahkan urusan seharian


tidak perlu membawa wang tunai dalam jumlah yang besar/banyak membeli belah urusan pembelian barang-barang dan perkhidmatan menggunakan kad pembayaran bil elektrik, air, telefon banyak premis perniagaan menerima urusan pembelian menggunakan kad kredit. bayar bil pada akhir bulan

2. selamat

pemilik kad kredit tidak bimbang kurang risiko kecurian kehilangan kad dilaporkan kepada institusi pengeluar kad pembatalan serta-merta sebarang bentuk transaksi kad kredit tidak boleh dipindah milik berbanding wang tunai sebarang urusan pembelian memerlukan pengesahan pemilik kad tandatangan

3. kemudahan pinjaman tunai


boleh mengatasi kes-kes kecemasan boleh buat overdraf menyelesaikan masalah kewangan buat sementara waktu

4. tawaran istimewa

perlindungan insurans insurans kemalangan, insurans perjalanan hadiah promosi telefon bimbit, barangan elektrik, baucer pecutian kadar faedah renda atau tiada langsng faedah apabila menggunakan kad kredit dengan syarat-syarat tertentu insurans kemalangan, insurans perjalanan

Kesan buruk 1. Penipuan


urusan menggunakan komputer mudah berlaku penyelewengan maklumat sulit terdedah ketika diproses oleh mesin pemprosesan kad boleh diklonkan digunakan oleh orang lain untuk berbelanja pemilik menanggung akibat buruk proses mahkamah yang menyulitkan

2. beban hutang

boros bebas berbelanja tanpa had boleh digunakan pada bila-bila masa tidak dapat mengawal nafsu untuk membeli terpengaruh membeli barang yang tidak perlu perbelanjaan idak dikawal belanja lebih daripada pendapatan banyak hutang kerana tidak mampu membayar penuh dikenakan faedah lewat bayar 1.5% sebulan atau 18% setahun boleh diisytiharkan muflis- hudup menjadi menderita

3. kemelesetan ekonomi

tabiat berbelanja yangtidak terkawal menyebabkan inflasi harga barang-barang akan meningkat kerana permintaan melebihi penawaran berlaku inflasi dalam negara ekonomi akan melesit

4. kekangan penggunaannya

tidak semua premis perniagaan menerima kaedah pembayaran menggunakan kad kredit terdesak sekiranya menghadapi situasi kecemasa

DEFINISI PENGURUSAN KEWANGAN Pengurusan Kewangan adalah proses yang melibatkan jentera pentadbiran dan kaedah-kaedah di mana dana untuk membiayai perbelanjaan awam diperolehi, dibelanja dan diperakaunkan.Termasuklah proses-proses yang melibatkan perancangan, pembentukan dan pelaksanaan dasar-dasar mengenai pencukaian, belanjawan, perbelanjaan, perolehan, perakaunan dan lain-lain yang berkaitan dengannya.

KEPENTINGAN MERANCANG KEWANGAN:

1. Asas Pengurusan Wang Ia melibatkan pengurusan akaun simpanan dan cek. Dalam menguruskan aset kewangan, ini merupakan langkah pertama terhadap pengurusan aset kewangan yang lebih rumit seperti pelaburan dan akaun bersara. Anda mestilah bijak memilih akaun cek di bank/institusi kewangan yang tepat. Menguruskan akaun simpanan melibatkan pemahaman pentingnya simpanan, menetapkan tujuan simpanan, dan memilih pilihan terbaik simpanan. 2. Pengurusan Kredit Kredit adalah bidang kewangan peribadi yang menyebabkan ramai orang terjebak dalam masalah kewangan. Kredit membolehkan seseorang untuk menerima wang, barang, atau perkhidmatan dalam bentuk pinjaman dengan bersetuju untuk membayar pinjaman pada jangka waktu dan kadar bunga kredit tertentu. Pengurusan kredit yang betul adalah tentang kefahaman tentang pinjaman wang bagi mendapat tawaran yang baik; dan bagaimana untuk mengira beban kewangan dan bayaran bulanan. Ia juga melibatkan bagaimana untuk memperbaiki catatan kredit yang buruk dan tempat untuk mendapatkan bantuan jika anda mendapat kesulitan.

3. Pengurusan Cukai Membayar cukai adalah aspek yang penting dalam perancangan kewangan diri. Tujuan pengurusan cukai adalah untuk menimbang pendapatan semasa dan akan datang seseorang serta membangunkan langkah yang berlainan dan/atau mengurangkan pembayaran cukai. Terdapat salah anggapan yang biasa dibuat iaitu hanya yang berpendapatan tinggi sahaja yang perlu terlibat dengan perancangan cukai. Semua pengguna harus merancang cukai mereka. 4. Perbelanjaan Berkesan Dalam lingkungan had belanjawan diri sendiri, setiap individu melatih diri atau hak sebagai pengguna untuk memilih atau menolak pelbagai kebanjiran produk dan perkhidmatan yang sedia ada. Seperti anda membeli tanah dan kereta, wang anda dapat digandakan atau diboroskan. Jangan mensia-siakan pendapatan anda dan simpan lah untuk tujuan kesihatan diri. 5. Insurans Walaupun betapa berhati-hatinya anda dalam menjalani kehidupan, anda tidak boleh mengelak daripada berdepan dengan kemalangan. Insurans telah direncanakan untuk melindungi harta anda daripada kemalangan, kesakitan, kecacatan, dan kematian. Matlamat anda adalah untuk mendapatkan insurans yang sesuai bagi setiap perkara insurans utama (hidup, kesihatan, kecacatan, kekayaan dan tanggungan). 6. Pengurusan Pelaburan Pelaburan adalah proses yang membolehkan wang diperoleh melalui kerja, warisan/peninggalan, atau sumber yang lain. Pengurusan pelaburan yang baik adalah komponen penting bagi perancangan kewangan dan boleh membuatkan ia mudah untuk mencapai matlamat utama lain seperti membeli rumah, menghantar anak ke universiti, memulakan perniagaan, atau bersara dengan selesa. Amat sukar pada masa sekarang ini untuk menggandakan kekayaan tanpa melabur.

7. Perancangan Kewangan Untuk Masa Depan Merancang untuk pembelajaran anak, tahun persaraan, dan mengenal pasti cara yang terbaik mewariskan harta kepada bakal pewaris anda. Terdapat dua pelan gaji persaraan iaitu persaraan ditaja majikan dan pelan persaraan individu. Selain itu, perancangan kewangan untuk masa depan ialah perancangan tanah (real estate). Untuk semua perancangan diri, perancangan tanah adalah relevan untuk anda.

LIMA JENIS PELABURAN ASAS

Akaun Simpanan, Simpanan Tetap Dan Pelaburan Jangka Pendek Yang Lain. Pelaburan jangka pendek bermakna anda menyimpan wang ke dalam akaun simpanan atau simpanan tetap dalam bank. Satu kelebihannya ia mudah tunai, di mana anda boleh mendapat balik wang anda dalam jangka masa yang singkat berserta faedah tanpa risiko kehilangan nilai pelaburan. Kebanyakan akaun simpanan dan pelaburan jangka pendek yang lain membayar kadar faedah yang rendah. Walaupun menyimpan wang anda di dalam bank adalah selamat tetapi ia tidak dapat bertindak melawan inflasi dan cukai. Ya, menyimpan dalam akaun simpanan adalah langkah yang bijak untuk mengumpul wang, sebelum anda mempunyai jumlah wang yang cukup untuk melabur di tempat lain seperti di pasaran saham.

Kolektibel Ramai di antara kita mengumpul barang-barang, kadang-kadang ganjil dan pelik tetapi mempunyai nilai-nilai komersil tertentu. Kadangkala, pengumpul mengumpul barangan yang bernilai seperti kereta antik, setem dan ada juga yang mengumpul duit lama yang mempunyai nilai sejarah. Kadang-kadang koleksi ini mempunyai nilai apabila usia sesuatu barang itu meningkat dan ada pembeli yang mempunyai minat yang sama berhasrat untuk memilikinya.

Pada amnya, pengumpulan barang-barang berharga di Malaysia kurang popular dan kurang menarik sebagai satu instrumen pelaburan, tidak seperti di negara-negara lain di mana harga barangan tersebut boleh mencecah berjuta-juta ringgit.Apabila anda melaburkan wang anda ke atas barangan seperti ini, anda berharap akan mengaut keuntungan bila barangan tersebut dijual. Masalahnya kos untuk menyimpan barangan ini adalah tinggi. Tanpa kawalan keselamatan dan penjagaan yang sempurna barangan tersebut boleh dicuri atau rosak disebabkan faktor kelembapan, suhu tinggi, serangga dan lain-lain perkara yang boleh mengurangkan nilai koleksi anda. Pengumpulan kolektibel adalah satu usaha yang memerlukan kepakaran serta komitmen yang tinggi dan jika anda ingin jadikan koleksi anda sebagai satu pelaburan, anda bukan hanya perlu menjadi pakar dalam barangan yang anda kumpul tetapi juga perlu mengkaji prospek pasaran serta harganya

Harta Tanah Pelaburan harta tanah adalah satu jenis pelaburan jangka panjang. Nilai harta tanah selalunya akan meningkat berdasarkan beberapa faktor antara lain seperti lokasi, kemudahan asas dan kepadatan penduduk. Contoh pelaburan dalam harta tanah ialah rumah kediaman, rumah kedai, pejabat, tanah perindustrian dan lain-lain. Nilai harta tanah selalunya naik pada kadar yang sama dengan inflasi dan oleh itu, harta tanah boleh dikategorikan sebagai intrumen pelaburan yang boleh melindungi anda dari kesan inflasi. Satu lagi perkara yang baik berkenaan dengan harta tanah ialah apabila anda membeli harta tanah, anda hanya perlu membayar wang pendahuluan dan mendapatkan pinjaman gadai janji melalui bank bagi pembayaran baki harga belian. Dengan cara ini, anda tidak perlu membayar sekali gus kesemua nilai aset tersebut. Ini berbeza dengan instrumen pelaburan yang lain seperti saham atau bon di mana anda perlu membayar keseluruhan harga sekuriti tersebut. Katakan anda membeli apartmen di Damansara berharga RM 100 000 dan anda membayar RM 10 000 sebagai wang pendahuluan. Setelah apartmen tersebut siap dan harga semasanya meningkat menjadi RM 130 000, anda mungkin ingin menjualnya pada harga tersebut dan mendapat keuntungan. Sebagai alternatif lain, anda juga boleh menyewakan apartmen tersebut dan mendapat pendapatan bulanan yang tetap. Bukankah itu satu pelaburan yang baik?

Pada keseluruhannya, pelaburan dalam harta tanah adalah berbaloi. Apabila pinjaman gadai janji habis dibayar, anda akan mempunyai sebuah aset yang bernilai sekiranya anda masih mempunyai hakmilik ke atas harta tanah tersebut. Ini ditambah pula oleh faktor-faktor pendorong seperti lokasi yang strategik, kemudahan asas yang banyak dan lain-lain yang membolehkan nilai aset tersebut meningkat dari semasa ke semasa.

Bon Secara ringkas, bon ialah instrumen hutang jangka panjang. Apabila membeli bon, seorang pelabur sebenarnya memberi pinjaman kepada penerbit bon sama ada penerbit itu kerajaan atau syarikat. Sebagai pulangan, pelabur akan menerima bayaran faedah tetap dan juga jumlah pokok apabila bon tersebut matang mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan. Bon kerap dirujuk sebagai sekuriti faedah tetap atau sekuriti pendapatan tetap. Pada kebiasaannya, penjual dan pembeli bon adalah kerajaan, agensiagensi kerajaan, syarikat-syarikat korporat dan perbadanan kerana bon didagangkan dalam jumlah yang besar hingga mencecah berjuta ringgit satu lot. Apabila kerajaan memerlukan dana untuk membiayai perbelanjaan pembangunan sektor awam atau projek infrastruktur jangka panjang, ia akan menerbitkan bon. Jenis-jenis utama bon kerajaan yang diperdagangkan ialah Bil Perbendaharaan Malaysia (MTB), Bil Bank Negara (BNB), Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) dan Sijil Pelaburan Kerajaan (GIC). Lazimnya, kadar faedah ke atas bon adalah lebih tinggi daripada apa yang dibayar bagi pelaburan jangka pendek yang lain. Ini kerana lebih lama tempoh matang bon tersebut, lebih besar risiko bon tersebut tidak dibayar oleh pihak yang menerbitkan bon. Oleh itu pulangan yang akan anda terima adalah tinggi sejajar dengan risiko yang anda ambil. Bagaimanapun, risiko kadar faedah dan risiko harga juga dikaitkan dengan pembelian bon memandangkan harga bon sentiasa turun naik mengikut pasaran. Secara amnya apabila kadar faedah naik harga bon akan turun dan sebaliknya apabila kadar faedah turun harga bon akan meningkat.

Apabila ingin melabur dalam bon pastikan keputusan yang anda ambil tentang tempoh matang bon tersebut berbaloi dengan risiko yang anda ambil. Ini kerana bon bagi jangka masa yang berbeza mempunyai risiko yang berbeza. Contohnya, bon tiga puluh tahun memberi faedah yang lebih tinggi daripada bon sepuluh tahun, tetapi adakah anda bersedia mengambil risiko di mana wang anda terikat untuk tempoh yang sebegitu lama. Kebanyakan perancang kewangan dan pengurus dana berpendapat bahawa bon kurang berisiko berbanding saham, dan kadar hasil pulangannya lebih jika dibanding simpanan tetap. Risikonya kurang daripada saham kerana ia memberikan pendapatan tetap daripada kupon dan pulangan jumlah pokok stabil mengikut kekuatan dan kekukuhan penerbit bon. Bon terbitan kerajaan yang stabil dari negara yang berekonomi kukuh, dianggap kurang berisiko. Pada amnya, untuk menjaga kepentingan negara, adalah penting bon terbitan kerajaan membayar kupon dan jumlah pokok apabila tiba tempohnya supaya kewibawaan kerajaan terus kukuh dan boleh menjana modal secara berterusan melalui terbitan bon pada masa hadapan. Apabila pasaran saham merosot (pasaran bear), bon menjadi instrumen alternatif kepada syarikat untuk menjana modal. Pasaran bon yang matang memainkan peranan penting dalam menstabilkan keseluruhan sistem kewangan sesebuah negara. Bila anda membeli bon, tidaklah bermakna anda "pemilik" syarikat tersebut. Apabila melabur dalam bon anda tidak berhak ke atas dividen atau keuntungan dari kenaikan harga saham. Pada amnya, pelabur bon hanya menerima pendapatan faedah (kupon) setiap enam bulan atau setahun sekali sehingga tarikh matang bon tersebut. Walau bagaimanapun bon kupon sifar tidak membayar faedah (kupon) kerana biasanya ia dijual pada harga diskaun iaitu lebih rendah berbanding nilai muka. Ini kerana pelabur boleh memperoleh keuntungan daripada perbezaan antara harga diskaun dan nilai muka apabila bon matang. Ia juga boleh diterbitkan pada nilai muka dengan faedah tertangguh (terakru) yang dipersetujui untuk dibayar apabila matang. Pemegang bon diberi hak keutamaan berbanding pemegang saham biasa dalam pengagihan perolehan dan tuntutan jika syarikat terpaksa menutup operasinya (bankrap).Pelabur-pelabur runcit boleh membuat pelaburan bon melalui dana bon dan dalam saham pinjaman yang disenaraikan di bursa saham seperti Redeemable Convertible Unsecured Loan Stock - CULS dan Irredeemable Convertible Unsecured Loan Stock - ICULS.

Dana bon umumnya dilaburkan dalam instrumen pendapatan tetap jangka pendek dan jangka panjang sementara dana bon Islam hanya berurusan dengan bon diterbitkan oleh syarikat yang diluluskan bawah prinsip Syariah. Dana-dana ini diuruskan oleh sekumpulan pengurus dana professional dan pendapatan yang diperoleh daripada pelaburan diagihkan dalam bentuk dividen kepada pemegang unit mengikut bahagian pemilikan mereka. Risiko terbesar bon bukanlah inflasi tetapi kemungkiran syarikat membayar balik pinjaman pada tarikh matang. Kemungkiran syarikat boleh memusnahkan rancangan pelaburan anda, jadi anda harus berhati-hati apabila melabur dalam bon. Oleh itu anda dinasihatkan membuat analisis terperinci tentang penarafan bon-bon tersebut. Terdapat agensi bebas yang tidak terikat pada mana-mana syarikat penerbit bon, yang menganalisis dan memperuntukan skala penarafan atas bon yang diterbitkan di pasaran. Di Malaysia terdapat dua agensi penarafan iaitu Rating Agency Malaysia Berhad (RAM) dan Malaysian Rating Corporation Berhad (MARC). Selain daripada itu disebabkan pendapatan (kupon) adalah tetap, pelabur tidak mendapat bayaran lebih walau pun perniagaan syarikat meningkat, tidak seperti pemegang saham biasa yang mungkin diberi dividen yang tinggi. Pemegang bon juga tidak mempunyai sebarang hak untuk mengundi pada mesyuarat agung tahunan syarikat tersebut.

Saham Pada keseluruhannya, saham mungkin merupakan pelaburan terbaik yang boleh anda lakukan selain harta tanah. Anda tidak perlu menginsuranskan pelaburan saham dari bahaya kebakaran, kecurian atau bencana alam seperti yang anda perlu lakukan ke atas kolektibel dan rumah anda, dan anda juga tidak perlu melindungi nilai pelaburan daripada tekanan inflasi seperti mana anda perlu lakukan jika melabur dalam pasaran bon. Dan ingat, apabila anda melabur dalam pasaran saham, anda sebenarnya memiliki sebahagian daripada syarikat tersebut. Anda tidak perlu kaya untuk mula melabur dalam pasaran saham. Tetapi anda mungkin mempunyai pandangan negatif terhadap pasaran saham kerana terpengaruh dengan pandangan rakan-rakan dan saudara mara. Mereka mungkin memberitahu anda bahawa melabur dalam pasaran saham mempunyai risiko yang tinggi dan boleh menyebabkan anda menanggung kerugian yang besar.

Mereka mungkin benar. Walau bagaimanapun anda perlu membuat penilaian sendiri sama ada ingin melabur atau tidak.Anda perlu belajar tentang pasaran saham, memahami arah aliran pasaran dan yang penting sekali, mempunyai rancangan pelaburan jangka pendek dan jangka panjang. Anda perlu melakukan analisis dan perancangan yang teliti serta sentiasa memantau pelaburan anda apabila membuat keputusan untuk melabur dalam pasaran saham. Anda perlu ingat bahawa pembelian saham sentiasa mempunyai risiko. Contohnya, apabila prestasi syarikat merosot, nilai saham syarikat mungkin akan jatuh dan anda mungkin tidak akan menerima sebarang dividen pada tahun tersebut. Terdapat beberapa faktor luaran dan dalaman yang boleh mempengaruhi turun naik harga sesuatu saham umpamanya prestasi pasaran saham secara keseluruhan serta keadaan ekonomi negara yang kurang baik. Faktor dalaman pula mungkin disebabkan pengurusan perniagaan yang kurang cekap, strategi perniagaan yang tidak betul atau pun produk yang dihasilkan oleh syarikat sudah tidak mendapat sambutan lagi. Anda juga akan kehilangan semua wang pelaburan jika syarikat menutup perniagaannya. Terdapat juga saham yang sukar dijual kerana kekurangan permintaan. Oleh itu, amat penting anda membaca dan memahami prospektus, laporan kewangan dan pengumuman korporat yang wajib diedarkan oleh syarikat-syarikat tersenarai kepada pemegang saham dan orang awam yang membuat pelaburan.

MELABUR UNTUK JANGKA MASA PANJANG

Saham Amanah Ramai yang menyedari kebaikan melabur untuk jangka masa yang panjang. Tetapi, ramai yang tidak endah untuk belajar mengenai pelaburan atau mereka dapati mereka tidak mempunyai masa untuk mengurus saham mereka. Ramai di kalangan mereka tidak peka tentang apa yang berlaku di pasaran setiap hari. Jika anda termasuk dalam kategori ini, anda mungkin ingin mempertimbangkan melabur dalam saham amanah.

Dana saham amanah adalah satu skim pelaburan yang mengumpul wang daripada ramai pelabur yang mempunyai objektif kewangan yang sama. Dana ini diuruskan oleh sekumpulan pengurus professional yang melaburkan wang terkumpul itu dalam portfolio sekuriti seperti saham, bon dan instrumen pasaran wang atau lain-lain sekuriti yang dibenarkan, semata-mata untuk mencapai objektif dana. Keuntungan daripada dana tersebut kemudianya diagihkan sebagai dividen kepada semua pemegang unit, mengikut pegangan unit masing-masing. Saham amanah adalah satu kaedah pelaburan sekuriti yang mudah, selesa serta menjimatkan masa. Ia membolehkan pelabur runcit melabur dalam aset yang biasanya hanya terbuka kepada pelabur besar /syarikat, serta dapat menyertai pasaran sekuriti yang lebih luas berbanding jika berurus niaga secara individu.

Selain itu, pelaburan saham amanah hanya memerlukan modal yang rendah, serendah RM10 dan ia boleh ditambah dari semasa ke semasa. Ia juga mudah tunai kerana para pelabur boleh menjual sebahagian atau kesemua pelaburan mereka pada bila-bila masa.

Terdapat tiga pihak yang terlibat dalam skim unit amanah iaitu: 1. Syarikat pengurusanMengendalikan aktiviti pemasaran dan pentadbiran dana serta pengurusan pelaburan. Pengurus pelaburan luaran (syarikat pengurusan aset) boleh juga dilantik untuk mengurus hal ehwal pelaburan. 2. Pemegang amanahBertindak sebagai penjaga aset dan bertanggungjawab melindungi kepentingan para pemegang unit. Syarikat pengurusan tidak dibenarkan menyimpan aset atau dana yang terkumpul tersebut. 3. Pemegang unitPara pelabur / pembeli unit amanah. Sebagai pelabur anda dinasihatkan untuk mengenalpasti yuran dan caj yang dikenakan apabila melabur dalam saham amanah. Amat penting anda meneliti pelbagai yuran yang dikenakan kepada anda oleh pengurus dana. Syarikat pengurusan dibenarkan mengenakan tiga jenis yuran:

- Bayaran perkhidmatan awal - biasanya bayaran ini dimasukkan dalam harga jualan unit amanah. - Yuran pembelian semula - bayaran ini boleh dimasukkan dalam harga pembelian unit amanah - Yuran pengurusan - mewakili yuran syarikat pengurusan kerana mentadbir dana dan yuran tersebut diambil terus daripada dana.

Selain daripada yuran yang dinyatakan di atas terdapat beberapa perbelanjaan lain seperti yuran pemegang amanah dan perbelanjaan brokeraj yang terpaksa ditanggung oleh dana. INGAT! Pengurusan dana yang tidak cekap boleh membawa kepada kos pentadbiran yang tinggi justeru adalah penting anda meneliti pelbagai yuran yang dikenakan ketika memilih dana.

Setiap pelaburan sering dikaitkan dengan risiko. Lebih tinggi risiko, lebih besar pulangannya, sebaliknya lebih rendah risiko lebih rendah pulangannya. Amnya, terdapat tiga jenis risiko bila melabur dalam saham amanah: Risiko pasaran am - risiko ini banyak bergantung kepada keadaan ekonomi dan pasaran antarabangsa dan ia sukar dikawal. Risiko sektor pasaran - risiko yang berkaitan dengan sektor pasaran tertentu pada masa tertentu. Sebagai contoh prestasi sektor kewangan lebih baik berbanding sektor perladangan. Risiko seperti ini boleh diatasi dengan cara mengawasi keadaan ekonomi secara teliti untuk mengenalpasti arah aliran pasaran saham Risiko khusus - berkaitan dengan prestasi sekuriti atau syarikat tertentu dalam portfolio pelaburan. Misalnya prestasi saham syarikat tertentu dipengaruhi oleh faktor dalaman syarikat tersebut seperti strategi pemasaran, permintaan produk dan pengurusan kewangan.

Saham amanah juga terdedah kepada pergerakan pasaran. Harga unit amanah akan turun naik mengikut arah aliran pasaran. Dividen juga mungkin dibayar dan mungkin tidak. Anda mungkin mendapat keuntungan atau menanggung kerugian apabila menjual semula unit amanah anda.

Melabur dalam saham amanah mungkin memberi pulangan yang tinggi berbanding menyimpan di bank tetapi risikonya juga tinggi. Tiada jaminan atas pulangan atau pelaburan pokok. Anda mungkin memperoleh kurang dari jumlah yang dilaburkan. Cara terbaik menangani risiko-risiko di atas adalah dengan memastikan semua aset dan pelaburan anda dipelbagaikan sebaik mungkin. Anda juga boleh membuat analisis tentang prestasi dana melalui prospektus yang dikeluarkan dan ini boleh dijadikan panduan untuk menjangkakan prestasi pada masa akan datang, tetapi ia tidak menjamin prestasi akan datang terus cemerlang.

INGAT! Dana yang pernah menunjukkan prestasi cemerlang pada masa lalu mungkin tidak dapat mencapai kejayaan yang sama pada masa akan datang, begitu juga sebaliknya.

Anda mungkin juga menyukai