Anda di halaman 1dari 55

Page |1

B1 SOALAN DEFINISI [2m]

• Norma masyarakat (F4: Unit 1)

• Integriti individu (F4: Unit 5)
• Perikemanusiaan (F4: Unit 7)
• Perbelanjaan beretika (F4: Unit 10)
• Norma masyarakat global (F5: Unit 1)
• Integriti organisasi (F5: Unit 5)
• Hubungan antarabangsa (F5: Unit 12)
Page |2

Maklumat berikut berkaitan dengan budaya swafoto dalam

kehidupan.

Swafoto adalah menangkap gambar sendiri menggunakan

telefon bimbit atau apa jua alat elektronik yang mempunyai
kamera dan kemudian dimuat naik dalam laman-laman sosial
individu seperti Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya.

Berswafoto kini telah diterima sebagai norma masyarakat.

(a) Jelaskan maksud norma masyarakat. [2 markah]
Page |3

Cadangan Jawapan
(Perilaku atau tindakan yang diterima)
(sebagai amalan)
(dalam sesuatu kelompok , komuniti atau budaya)

3KK – 2 markah
2KK – 1 markah
1KK – 0 markah
Page |4

Maklumat berikut berkaitan dengan integriti organisasi.

Kemajuan sesebuah organisasi amat bergantung kepada

pematuhan integriti organisasi dalam kalangan anggotanya.
(a) Jelaskan maksud integriti organisasi. [2 markah]
Page |5

Cadangan Jawapan
(Pematuhan amalan terbaik)
(berdasarkan pelaksanaan kod etika , piagam
pelanggan , sistem dan proses kerja)

2KK – 2 markah
1KK – 1 markah
Page |6

B2
SOALAN SENARAIKAN NILAI [1m],[2m],[3m]

Gambar berikut berkaitan dengan kejayaan Lee Zii Jia dalam sukan
badminton.

(a) Berdasarkan gambar di atas, nyatakan dua nilai universal yang

diamalkan oleh Lee Zii Jia untuk menempah kejayaan.[2 markah]

i. _____________________________________________________________
ii._____________________________________________________________
Page |7

Cadangan Jawapan

i. Nilai kerajinan.
ii. Nilai patriotisme.
Page |8

B3
SOALAN TERANGKAN NILAI [2m],[3m],[4m]

Gambar berikut berkaitan dengan kejayaan Lee Zii Jia dalam sukan
badminton.

(a) Berdasarkan gambar di atas, terangkan dua nilai universal yang

diamalkan oleh Lee Zii Jia untuk menempah kejayaan.[4 markah]

i. ________________________________________________________________
________________________________________________________________
ii. ________________________________________________________________
________________________________________________________________
Page |9

Cadangan Jawapan
i. Nilai kerajinan.
Lee Zii Jia latih sungguh-sungguh
untuk meraih kejayaan.
ii. Nilai patriotisme.
Lee Zii Jia bangga wakili negara
dan ingin harumkan nama negara.
P a g e | 10

B3
SOALAN TERANGKAN NILAI [2m],[3m],[4m]

Maklumat berikut berkaitan dengan kes penyeludupan haiwan.

Sepang 16 Mei – Cubaan menyeludup 440 ekor kura-kura jenis Ploughshare dan Indian Star
bernilai RM2.6 juta dipercayai dari Madagascar berjaya ditumpaskan oleh Jabatan Kastam
Diraja Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Siasatan awal
menunjukkan kura-kura yang masih hidup itu diisytiharkan dalam surat sebagai batuan oleh
sindiket yang terbabit.

Sumber: Utusan Malaysia, 16 Mei 2017

(a) Selain nilai rasional, huraikan nilai universal yang diamalkan oleh
Jabatan Kastam Diraja Malaysia. [3 markah]
_________________________________________________________
_________________________________________________________
_________________________________________________________
P a g e | 11

Cadangan Jawapan

Nilai bertanggungjawab.
Jabatan Kastam Diraja Malaysia telah laksanakan
tugas menghalang kes penyeludupan haiwan
daripada berlaku.
Pihak Kastam ingin lindungi spesies kura-kura
daripada pupus akibat sikap sindiket yang tidak
berperikemanusiaan.
P a g e | 12

B4
SOALAN SENARAIKAN FAKTA [2m],[3m],[4m]

Gambar berikut menunjukkan tiga pertubuhan yang dianggotai oleh Malaysia

dalam mengekalkan hubungan antarabangsa.

(a) Senaraikan tiga cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam usaha
mengekalkan hubungan antarabangsa. [3 markah]
i. ___________________________________________________________________
ii. ___________________________________________________________________
iii.___________________________________________________________________
P a g e | 13

Cadangan Jawapan
i. Perbezaan agama.
ii. Kepelbagaian budaya dan bahasa.
iii. Perbezaan ideologi.
P a g e | 14

B4
SOALAN SENARAIKAN FAKTA [2m],[3m],[4m]

Gambar berikut menunjukkan perubahan norma masyarakat dalam aktiviti

permainan dahulu dan sekarang.

PERMAINAN DAHULU PERMAINAN SEKARANG

(b) Nyatakan dua contoh permainan dahulu lain yang dimainkan oleh
kanak-kanak. [2 markah]
i. ____________________________________________________________________
ii. ____________________________________________________________________
P a g e | 15

Cadangan Jawapan
i. Congkak
ii. Wau
P a g e | 16

SOALAN TERANGKAN FAKTA [4m]

B5
Gambar di bawah menunjukkan suasana sambutan hari lahir keluarga Trisha.

(a) Jelaskan dua ciri integriti keluarga yang dipupuk oleh anggota keluarga
Trisha. [4 markah]
i. ____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
ii. ____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
P a g e | 17

Cadangan Jawapan
i. Penyayang.
Anggota keluarga Trisha
tunjukkan rasa kasih sayang
menerusi sambutan hari lahir.
ii. Bertanggungjawab.
Mereka laksanakan kewajipan
raikan hari istimewa setiap ahli
keluarga secara bersama.
P a g e | 18

B5 SOALAN TERANGKAN FAKTA [2m]

(Tanpa huruf Roman)

Norma masyarakat amat penting bagi menjamin kesejahteraan hidup dan

memberikan kebaikan kepada semua anggota dalam sesebuah masyarakat.

(a) Bincangkan kepentingan amalan norma masyarakat dalam kehidupan

harian kita. [2 markah]

______________________________________________________________________

P a g e | 19

Cadangan Jawapan
Sebagai panduan bertingkah laku.
Norma masyarakat dapat bantu kawal
anggota masyarakat untuk fahami dan
amalkan tingkah laku yang diterima
dalam kalangan masyarakat.
P a g e | 20

B5 SOALAN TERANGKAN FAKTA [2m]

(Dengan huruf Roman)

Norma masyarakat amat penting bagi menjamin kesejahteraan hidup dan

memberikan kebaikan kepada semua anggota dalam sesebuah masyarakat.

(a) Bincangkan kepentingan amalan norma masyarakat dalam kehidupan

harian kita. [2 markah]

i. ___________________________________________________________________
ii. ___________________________________________________________________
P a g e | 21

Cadangan Jawapan
i. Sebagai panduan bertingkah laku.
ii. Membentuk masyarakat yang
teratur.
P a g e | 22

B6 SOALAN PERASAAN
Gambar berikut menunjukkan salah satu perayaan yang disambut oleh
masyarakat keturunan India di negara kita.

(a) Apakah perasaan anda apabila mengamalkan tradisi kekeluargaan

sendiri? Jelaskan. [3 markah]
P a g e | 23

Cadangan Jawapan
Gembira.
Saya dapat memelihara identiti
keluarga saya.
Saya dapat mengeratkan hubungan
kekeluargaan saya.
P a g e | 24

B6 SOALAN PERASAAN
Gambar berikut menunjukkan kejadian banjir yang melanda negara India.

(a) Nyatakan perasaan anda apabila kejadian tersebut melanda Malaysia.

Beri alasan. [3 markah]
P a g e | 25

Cadangan Jawapan
Sedih. Alasan.
Banyak harta benda musnah.
Menjejaskan aktiviti harian rakyat.

Atau

Gembira. Alasan.
Dapat cuti sekolah.
Berpeluang bermain air dengan
kawan-kawan.
P a g e | 26

SOALAN PENDIRIAN (Tanpa Nilai)

B7
Gambar berikut menunjukkan situasi di sebuah rumah orang-orang tua.

Ayah! Saya rasa inilah

tempat yang paling
sesuai untuk ayah
tinggal. Nanti saya
melawat bila ada
masa lapang.

(a) Wajarkah tindakan anak tersebut terhadap ayahnya?

Kemukakan hujah anda dengan terperinci. [4 markah]
P a g e | 27

Cadangan Jawapan
Tidak wajar. Hujah saya.
Anak patut jaga bapa apabila tua.
Anak patut balas jasa bapanya.
Imej anak akan terjejas.

Atau

Wajar. Hujah saya.

Anak sibuk bekerja dan tiada masa jaga bapanya.
Anak risau keselamatan bapa tinggal seorang
di rumah.
Bapa dapat rakan untuk berbual.
P a g e | 28

SOALAN PENDIRIAN (Dengan Nilai)

B7
Gambar berikut menunjukkan situasi di sebuah rumah orang-orang tua.

Ayah! Saya rasa inilah

tempat yang paling
sesuai untuk ayah
tinggal. Nanti saya
melawat bila ada
masa lapang.

(a) Wajarkah tindakan anak tersebut terhadap ayahnya?

Kemukakan hujah anda dengan terperinci berdasarkan nilai-nilai
universal yang anda pelajari. [4 markah]
P a g e | 29

Cadangan Jawapan
Tidak wajar. Hujah saya.
Nilai kasih sayang.
Anak patut jaga bapa apabila tua.
Anak patut balas jasa bapanya.

Atau

Wajar. Hujah saya.

Nilai rasional.
Anak sibuk bekerja dan tiada masa jaga bapanya.
Anak risau keselamatan bapa tinggal seorang
di rumah.
P a g e | 30

SOALAN TINDAKAN (Dengan huruf Roman)

B8
Dialog berikut adalah rungutan anak terhadap ibu tunggalnya.
Jikki : Aku bosan dengan mamaku, Jack. Dia sangat kongkong kebebasanku. Tengok TV tak boleh,
pergi pawagam tak boleh, keluar dengan kawan-kawan pun tak boleh , lepas sekolah mesti cepat
balik rumah. Dia asyik suruh aku belajar! Belajar! Belajar! Stres aku dibuatnya.
Rasa macam nak lari dari rumah.

Jack : Teruknya nasib kamu. Tengok aku, bebas! Apa aku buat tak ada yang kisah. Aku boleh bantu you lari
dari rumah. Nanti hari Ahad ini, jam 2 pagi aku tunggu kau di belakang rumah! Okay!

Anda terdengar perbualan antara Jikki dan Jack.

Sebagai rakan sekelas Jikki, bagaimanakah anda membantu Jikki
menyelesaikan masalahnya daripada berlarutan?
(i) ____________________________________________________________________
(ii) ____________________________________________________________________
(iii) ____________________________________________________________________
[3 markah]
P a g e | 31

Cadangan Jawapan
(i) Menasihati Jikki
(ii) Berjumpa dan beritahu ibu Jikki
(iii)Melaporkan kepada kaunselor
sekolah
P a g e | 32

SOALAN TINDAKAN (Tanpa huruf Roman)

B8
Dialog berikut adalah rungutan anak terhadap ibu tunggalnya.
Jikki : Aku bosan dengan mamaku, Jack. Dia sangat kongkong kebebasanku. Tengok TV tak boleh,
pergi pawagam tak boleh, keluar dengan kawan-kawan pun tak boleh , lepas sekolah mesti cepat
balik rumah. Dia asyik suruh aku belajar! Belajar! Belajar! Stres aku dibuatnya.
Rasa macam nak lari dari rumah.

Jack : Teruknya nasib kamu. Tengok aku, bebas! Apa aku buat tak ada yang kisah. Aku boleh bantu you lari
dari rumah. Nanti hari Ahad ini, jam 2 pagi aku tunggu kau di belakang rumah! Okay!

Anda terdengar perbualan antara Jikki dan Jack.

Sebagai rakan sekelas Jikki, bagaimanakah anda membantu Jikki
menyelesaikan masalahnya daripada berlarutan?
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
[3 markah]
P a g e | 33

Cadangan Jawapan
Menasihati Jikki.
Saya akan berpesan kepada Jikki
untuk menjauhi Jack.
Saya akan terangkan kesan negatif jika
Jikki lari dari rumah.
P a g e | 34

SOALAN TINDAKAN (Tanpa huruf Roman)

B8
KRISIS BEKALAN AIR
Baru-baru ini negara dilanda satu lagi musibah iaitu krisis bekalan air yang
agak kritikal. Bagi mengatasi masalah ini pihak pembekal air seperti syarikat
SYABAS telah menghantar tangki air bergerak untuk mengurangkan beban
yang dihadapi oleh masyarakat. Pada masa yang sama kerajaan Negeri
Selangor telah memperkenalkan Program Catuan Air.

Ibu meminta pertolongan anda untuk mengangkut air tetapi anda perlu
ke sekolah untuk hadiri kelas bimbingan tambahan.

Apakah tindakan anda? Kemukakan alasan anda berdasarkan satu nilai

universal yang diamalkan. [3 markah]
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
P a g e | 35

Cadangan Jawapan
Tolong ibu.
Nilai kasih sayang.
Saya fahami situasi ibu saya yang tua hadapi
kesukaran untuk angkut air secara bersendirian.

Atau

Hadiri kelas tambahan.

Nilai bertanggungjawab.
Saya takut dimarahi guru dan saya tidak mahu
ketinggalan dalam pelajaran saya.
P a g e | 36

SOALAN TINDAKAN (Tanpa huruf Roman)

B8
Anda terlewat bangun pagi menyebabkan anda tergesa-gesa pergi ke
sekolah. Waktu sudah menunjukkan jam 8.15 pagi. Anda perlu menduduki
peperiksaan akhir tahun bagi kertas Bahasa Melayu pada jam 8.30 pagi.
Dalam perjalanan tiba-tiba berlaku satu kemalangan jalan raya betul-betul di
hadapan anda. Sebuah motosikal telah melanggar seorang tua yang sedang
melintas jalan raya. Pada ketika itu tiada sesiapa yang berada di situ kecuali
anda , penunggang motosikal dan orang tua tersebut.

Apakah yang perlu anda lakukan ?

Jelaskan.
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
[3 markah]
P a g e | 37

Cadangan Jawapan
Tolong orang tua.
Saya perlu utamakan nyawa orang tua.
Keputusan peperiksaan akhir tahun tidak diambil
kira untuk masuk universiti.

Atau

Hadir untuk peperiksaan.

Peperiksaan penting untuk pencapaian dalam
kelas.
Saya takut dimarahi oleh guru dan ibu bapa.
P a g e | 38

SOALAN TINDAKAN (Tanpa huruf Roman)

B8
Anda dipilih untuk menyertai aktiviti sukan lasak yang dianjurkan oleh
persatuan penduduk tetapi dilarang oleh ibu bapa anda atas faktor
keselamatan.

Apakah tindakan anda?

Beri alasan.

____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
[3 markah]
P a g e | 39

Cadangan Jawapan
Sertai aktiviti sukan lasak.
Saya yakin saya dapat pujuk ibu bapa untuk beri
kebenaran.
Minat saya mendalam dan saya ingin
mengembangkan bakat saya dalam bidang sukan
lasak.

Atau

Ikut kehendak ibu bapa.

Saya korbankan impian saya demi menjaga perasaan
ibu bapa.
Saya tidak mahu ibu bapa saya bimbang.
P a g e | 40

SOALAN TINDAKAN (Tanpa huruf Roman)

B8
Hasrat anda untuk menderma organ dihalang oleh
keluarga. Jelaskan tindakan yang perlu anda lakukan
supaya hasrat anda dapat dilaksanakan.

____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
[4 markah]

Anda terdengar perbualan antara Jikki dan Jack.

Sebagai rakan sekelas Jikki, bagaimanakah anda membantu Jikki
P a g e | 41

Cadangan Jawapan
Saya akan berbincang dengan
keluarga dan akan pujuk mereka.
Saya akan jelaskan kebaikan derma
organ.
Saya dapat selamatkan nyawa orang
lain.
Saya akan dapat balasan baik
daripada Tuhan.
P a g e | 42

SOALAN TINDAKAN (Tanpa huruf Roman)

B8
Rahman yang memperoleh keputusan 10A+ dalam peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia merupakan seorang pemain bola sepak negara.
Dia telah menerima tawaran biasiswa dalam bidang perubatan dan
bidang sukan daripada universiti terkemuka di luar negara. Ibu
bapanya meminta Rahman menerima tawaran biasiswa perubatan
tetapi Rahman membuat keputusan untuk memilih bidang sukan.

Patutkah Rahman membuat keputusan tersebut?

Beri alasan anda.

____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
[3 markah]
P a g e | 43

Cadangan Jawapan
Patut.
Rahman miliki minat mendalam dalam bidang sukan.
Rahman boleh mendapat pendapatan tinggi apabila
ceburi bidang sukan.

Atau

Tidak patut.
Rahman perlu akur kepada ibu bapanya.
Rahman boleh mendapat pendapatan tinggi dan miliki
pekerjaan tetap.
P a g e | 44

SOALAN DIMENSI MORAL

B9
Teliti monolog di bawah ini dan jawab soalan yang diberikan.
Oh, ramai yang berkongsi tentang mesej ini ! Lebih baik
saya kongsikannya dengan rakan-rakan. Saya berharap
menjadi orang pertama berkongsi mesej ini dalam
kumpulan media sosial saya.

Bagaimanakah anda menggunakan penaakulan moral apabila menerima

mesej seperti yang di atas ? [2 markah]

____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
P a g e | 45

Cadangan Jawapan
Saya akan fikir secara rasional dan tidak
terburu-buru kongsi mesej yang baharu diterima.
Saya akan fikir kesan buruk sebarkan mesej yang
belum pasti kesahihannya.
P a g e | 46

SOALAN DIMENSI MORAL

B9
Berikut adalah tindakan Samantha sebagai bendahari kelas.
Samantha merupakan bendahari kelas yang diberi
tanggungjawab untuk mengutip wang daripada rakan sekelas
yang akan digunakan untuk membeli peralatan bagi kegunaan
dalam kelas. Samantha telah menggunakan wang kelas untuk
membeli kasut berjenama yang diidamkan. Tindakan Samantha
telah diketahui oleh guru kelas setelah Samantha tidak
menggantikan pemadam papan putih yang rosak dan pen marker
yang kehabisan dakwat.
Pihak sekolah menekankan pembentukan insan bermoral dalam kalangan
murid. Jelaskan bagaimana Samantha dapat membentuk insan bermoral
dengan menggunakan aspek domain moral berikut :-
i. Penaakulan moral [2 markah]
_________________________________________________________________________
ii. Emosi moral [2 markah]
_________________________________________________________________________
P a g e | 47

Cadangan Jawapan
i. Penaakulan moral [2 markah]
Samantha boleh berfikir dan tidak boleh gunakan
wang kelas untuk kepentingan diri.
Dia perlu bersikap amanah dengan simpan wang
kelas secara berasingan dengan selamat dan
hanya gunakan wang tersebut untuk tujuan
perbelanjaan kelas sahaja.

ii.Emosi moral [2 markah]

Samantha akan berasa malu atas kesalahan yang
dilakukan olehnya.
Guru dan rakan sekelasnya akan hilang
kepercayaan terhadap Samantha.
P a g e | 48

SOALAN DIMENSI MORAL

B9
Gambar di bawah menunjukkan sekumpulan pelajar UPM gotong-royong buat
rumah baharu buat Pak Cik Rosli.

Jelaskan emosi moral anda sekiranya setiap anggota masyarakat

mengamalkan norma masyarakat tersebut dalam kehidupan harian.
[3 markah]
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
P a g e | 49

Cadangan Jawapan
Gembira / Bangga.
Anak-anak muda dapat melibatkan diri dalam
aktiviti kemasyarakatan.
Penglibatan anak-anak muda tanpa mengira kaum
dapat memupuk semangat perpaduan dalam
kalangan masyarakat.
P a g e | 50

SOALAN DIMENSI MORAL

B9
Gambar di bawah menunjukkan kes ragut.

Sekiranya anda melihat situasi di atas , apakah perlakuan moral anda ?

[3 markah]
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
P a g e | 51

Cadangan Jawapan
Saya akan rakam insiden tersebut dengan
menggunakan telefon pintar saya.
Setelah itu , saya akan buat laporan polis dan
serahkan bukti rakaman saya.
Seterusnya , saya akan cuba sedaya upaya untuk
menenangkan mangsa ragut.
P a g e | 52

SOALAN DIMENSI MORAL

B9
Perbualan di bawah berkaitan dengan netizen dan penyebaran berita palsu.
Netizen K : Oh, kita kena cepat tukar gambar profil ! Nanti , ada pihak
yang cuba godam. Jom, tukar profil kawan-kawan !
Kita sebarkannya kepada kawan-kawan lain.

Netizen N : Bawa bertenang. Kita tidak pasti sama maklumat ini

sahih atau tidak. Kita patut selidik dahulu
kesahihan maklumat ini. Jangan tergesa-gesa
menyebarkannya.

Netizen R : Saya ikut sahaja.

Berdasarkan perbualan di atas, terangkan kesan penyebaran berita palsu dari

segi penaakulan moral dan perlakuan moral. [4 markah]
____________________________________________________________________________
P a g e | 53

Cadangan Jawapan
Penaakulan moral.
Netizen boleh berfikir kesan sebarkan berita yang
tidak tepat.
Ia boleh mengelirukan orang lain dan mengaibkan
si mangsa.

Perlakuan moral.
Tindakan netizen adalah salah di sisi undang-
undang siber.
Netizen yang didapati bersalah boleh dipenjara
dan dikenakan denda.
P a g e | 54

SOALAN UMUM
B10 (NAMAKAN)

• NAMA INDIVIDU / TOKOH

• NAMA PIHAK
- BADAN @ AGENSI KERAJAAN
- PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NGO)
- PERTUBUHAN ANTARABANGSA

• NAMA KEMPEN / DASAR KERAJAAN

• AKTA
P a g e | 55

Anda mungkin juga menyukai