Anda di halaman 1dari 20

Perlis 2023

Pada 1 Mac 2023, buku perniagaan Lola Loly Trading menunjukkan baki-baki seperti
berikut:

RM
Tunai runcit 115
Tunai 3 120
Bank 27 000
Akaun Belum Terima 4 350
Lengkapan 15 000
Premis 110 000

Maklumat berikut adalah anggaran penerimaan dan pembayaran bagi tiga bulan berakhir 31
Mei 2023
(i) Jualan bulan Mac ialah RM65 000. Jualan setiap bulan dijangka meningkat sebanyak
10% dari bulan sebelumnya. 30% adalah jualan secara tunai. Tempoh kredit adalah
sebulan

(ii) Belian bulan Mac ialah RM45 000. Belian dijangka berkurang sebanyak 20% pada
April dan meningkat semula 15% dari bulan sebelumnya bagi bulan Mei. Semua
belian adalah belian kredit dengan tempoh kredit selama 1 bulan

(iii) Kadar bayaran pada bulan Mac dan April ialah RM250 setiap bulan dan dijangka
meningkat 10% bagi bulan Mei dari bulan sebelumnya

(iv) Lolla Lolly Trading menggajikan 3 orang pekerja. Gaji bulanan untuk setiap pekerja
ialah RM1 000. Pada bulan Mei seorang pekerjanya diberi kenaikan gaji sebanyak
25%

(v) Pada bulan Mac, perniagaan membelia sebuah komputer dengan harga RM4 000.
Pendahuluan sebanyak 15% dibayar pada bulan tersebut manakala bakinya dibayar
secara ansuran sebanyak 4 kali mulai bulan Mei

(vi) Lengkapan disusutnilaikan pada kadar 10% setahun mengikut kaedah garis lurus

Anda dikehendaki menyediakan Penyata Belanjawan Tunai bagi tiga bulan berakhir 31 Mei
2023
Lolla Lolly Trading
Belanjawan tunai bagi tiga bulan berakhir 31 Mei 2023
Butir Mac April Mei
RM RM RM
Baki awal 30 235 50 235 68 935

Penerimaan
Jualan 19 500 21 450 23 595
Akaun Belum Terima 4 350 45 500 50 050

Jumlah penerimaan 23 850 66 950 73 645

Pembayaran
Akaun Belum Bayar 45 000 36 000
Kadar bayaran 250 250 275
Gaji 3 000 3 000 3 250
Alatan pejabat 600 850

Jumlah pembayaran 3 850 48 250 40 375


Lebihan / (Kurangan) 20 000 18 700 33 270
Baki akhir 50 235 68 935 102 205

Perak 2023 (set 1)


Encik Azman baru sahaja menamatkan pengajiannya dan bercadang untuk memulakan
perniagaan minuman atas talian yang dinamakan "Kblizz" pada bulan Ogos 2023 dengan
modal tunai di bank sebanyak RM4 000 dan perabot RM2 500.
Beliau meninta bantuan anda untuk meyediakan belanjawan tunai tersebut.

Anggaran penerimaan dan pembayaran tunai perniagaannya adalah seperti berikut:


(i) Jualan tunai dianggarkan berjumlah RM6 000 sebulan mulai Ogos dan dijangka
meningkat sebanyak 20% daripada jualan sebelumnya pada bulan Oktober
(ii) Belian kredit adalah 60% daripada harga jualan dengan tempoh kredit selama
sebulan
(iii) Perniagaan mempunyai 2 orang pekerja yang akan diberi upah sebanyak RM1 200
seorang setiap bulan
(iv) Pada bulan September, Encik Azman bercadang untuk membeli "food truck" terpakai
bernilai RM4 500 dengan bayaran ansuran sebanyak 4 kali bermula Oktober
(v) Peruntukan hutang ragu berjumlah RM600 dijangkakan untuk suku tahun tersebut
(vi) Perniagaan akan menyertai Festival Usahawan Gempak dan menyewa tapak jualan
dengan bayaran RM550 pada bulan Oktober
(vii) Anggaran perbelanjaan untuk kadar bayaran sebanyak RM150 setiap bulan

Belanjawan Tunai bagi tiga bulan berakhir 31 Oktober 2023


Butir Ogos September Oktober
RM RM RM
Baki awal 7 450 7 300

Penerimaan
Modal 4 000
Jualan 6 000 6 000 7 200

Jumlah penerimaan 10 000 6 000 7 200

Pembayaran
Akaun Belum Bayar 3 600 3 600
Upah 2 400 2 400 2 400
Kenderaan 1 125
Sewa tapak 550
Kadar bayaran 150 150 150

Jumlah pembayaran 2 550 6 150 7 825


Lebihan / (Kurangan) 7 450 (150) (625)
Baki akhir 7 450 7 300 6 675
Kelantan 2023
Cik Ain bercadang untuk membuka Kedai Pakaian Ain pada 1 Januari 2023 dengan modal
permulaan RM12 050 yang terdiri daripada :

RM
Tunai di bank 8 000
Tunai di tangan 550
Alatan pejabat 3 500

Anggaran penerimaan dan pembayaran bagi perniagaannya adalah seperti berikut:


(i) Hasil daripada jualan pakaian bagi bulan Januari ialah RM 6 600. Hasil jualan ini
dijangka meningkat 10% setiap bulan daripada bulan sebelumnya.

(ii) Jumlah belian mengikut bulan adalah seperti berikut :

RM
Januari 950
Februari 1 050
Mac 1 250

40% daripada belian akan dibayar secara tunai dan bakinya akan dijelaskan pada
bulan berikutnya

(iii) Sewa bulanan RM900


(iv) Anggaran belanja utiliti

RM
Januari 330
Februari 380
Mac 430

Anda dikehendaki menyediakan Belanjawan Tunai bagi Cik Ain untuk tiga bulan berakhir 31
Mac 2023
Kedai Pakaian Ain
Belanjawan Tunai bagi tiga bulan berakhir 31 Mac 2023
Butir Januari Februari Mac
RM RM RM
Baki awal 13 540 18 530

Penerimaan
Modal 8 550
Jualan 6 600 7 260 7 986

Jumlah penerimaan 15 150 7 260 7 986

Pembayaran
Belian 380 420 500
Akaun Belum Bayar 570 630
Sewa 900 900 900
Belanja utiliti 330 380 430

Jumlah pembayaran 1 610 2 270 2 460


Lebihan / (Kurangan) 13 540 4 990 5 526
Baki akhir 13 540 18 530 24 056

SMKA SABK 2023


Puan Jenny ialah pemilik Butik Idamanku yang membekalkan peralatan perkahwinan di
bandar Marang, Terengganu. Beliau dibantu oleh dua orang pekerja yang dibayar gaji
bulanan RM1 500 seorang.
Belian bercadang membuat pinjaman bank RM120 000 pada bulan Oktober 2023 untuk
membesarkan perniagaanya.
Sebagai syarat untuk kelulusan pinjaman, beliau diminta untuk membuat perancangan
berkenaan penerimaan dan pembayaran untuk tiga bulan berakhir 31 Disember 2023.

Maklumat berikut diambil daripada buku perakaunan pada 1 Oktober 2023

RM
Tunai di tangan 1 000
Tunai di bank 30 000
Akaun Belum Terima 10 400
Kenderaan 60 000

Anggaran penerimaan dan pembayaran adalah seperti berikut:


(i) Belian alatan perkahwinan pada bulan Oktober adalah RM15 000 dan dijangka
meningkat 8% sebulan daripada bulan sebelumnya
(ii) Anggaran jualan:

Oktober November Disember


RM RM RM
30 000 35 000 45 000

70% daripada jualan adalah secara tunai dan bakinya dijelaskan dengan tempoh
kredit selama 1 bulan
(iii) Kelulusan pinjaman bank diperoleh dalam bulan Oktober dengan kadar faedah 4%
setahun. Tempoh bayaran balik pinjaman selama 5 tahun dan bermula pada bulan
berikutnya.
(iv) Satu lot kedai RM150 000 dijangka akan dibeli dalam bulan November dengan
bayaran pendahuluan sebanyak RM30 000 dan bakinya dibayar secara ansuran
selama 8 tahun.
(v) Sebahagian kedai disewakan kepada Suasana Kafe sebanyak RM1 500 sebulan
bermula bulan November.
(vi) Pada bulan November berlaku permintaan yang tinggi terhadap gubahan hantaran
perkahwinan. Seorang lagi pekerja diambil dengan bayaran gaji RM1 200 sebulan.
(vii) Utiliti bagi bulan Oktober dianggarkan sebanyak RM1 000 dan dijangka malar untuk
dua bulan berikutnya.

Maklumat tambahan:
Penerimaan dan pembayaran sebenar bagi bulan Disember 2023 adalah seperti berikut:

RM
Penerimaan
Jualan 45 000

Pembayaran
Gaji 5 000
Utiliti 800

Anda dikehendaki:
(a) Menyediakan Belanjawan Tunai bagi tiga bulan berakhir 31 Disember 2023
(b) Membuat perbandingan dan menetukan prestasi perniagaan bagi bulan Disember
2023

(a)
Butik Idamanku
Belanjawan Tunai bagi tiga bulan berakhir 31 Disember 2023
Butir Oktober November Disember
RM RM RM
Baki awal 31 000 163 400 144 600
Penerimaan
Jualan 21 000 24 500 31 500
Akaun Belum Terima 10 400 9 000 10 500
Pinjaman 120 000
Sewa 1 500 1 500
Jumlah penerimaan 151 400 35 000 43 500
Pembayaran
Belian 15 000 16 200 17 496
Pinjaman 2 000 2 000
Faedah atas pinjaman 400 400
Premis 30 000 1 250
Gaji 3 000 4 200 4 200
Utiliti 1 000 1 000 1 000
Jumlah pembayaran 19 000 53 800 26 346
Lebihan / (Kurangan) 132 400 (18 800) 17 154
Baki akhir 163 400 144 600 161 754

(b)
Sebenar Belanjawan Prestasi
Penerimaan RM RM
Jualan 45 000 31 500 Memuaskan
Pembayaran
Gaji 5 000 4 200 Tidak memuaskan
Utiliti 800 1 000 Memuaskan
Kedah 2023
Puan Ainaa, pemilik Ainaa Bakery menjalankan perniagaan menjual roti dan kek di Pokok
Sena, Kedah. Beliau dibantu oleh dua orang pekerja yang dibayar gaji bulanan RM1 500
seorang. Beliau bercadang untuk memohon pinjaman bank sebanyak RM36 000 pada bulan
Julai untuk memperbesarkan perniagaannya.

Maklumat berikut diperoleh daripada buku perniagaannya pada 1 Julai 2023

RM
Tunai di tangan 2 200
Tunai di bank 20 000
Inventori 12 500
Akaun Belum Bayar 9 600

Anggaran penerimaan dan pembayaran Ainaa Bakery untuk tiga bulan adalah seperti
berikut:

(i) Belian bahan mentah untuk bulan Julai dianggarkan bernilai RM25 000. Belian bulan
Ogos dan September dijangka meningkat sebanyak 10% daripada bulan
sebelumnya.
40% daripada belian adalah secara kredit dengan tempoh kredit selama sebulan
(ii) Anggaran jualan roti dan kek adalah seperti berikut:

Julai Ogos September


RM RM RM
40 000 43 200 46 665

(iii) Kelulusan pinjaman bank telah diperoleh pada bulan Ogos dengan kadar faedah 3%
setahun. Tempoh bayaran balik adalah selama 5 tahun bermula bulan September
2023
(iv) Pada bulan September, seorang lagi pekerja diambil untuk menampung kerja-kerja
menghias kek dengan bayaran gaji RM1 200 sebulan
(v) Anggaran perbelanjaan bulanan adalah seperti berikut:

RM
Utiliti 1 200
Promosi 100

Anda dikehendaki menyediakan Belanjawan Tunai bagi tiga bulan berakhir 30 September
2023
Aina Bakery
Belanjawan Tunai bagi tiga bulan berakhir 31 September 2023
Butir Julai Ogos September
RM RM RM
Baki awal 22 200 33 300 81 700

Penerimaan
Jualan 40 000 43 200 46 665
Pinjaman 36 000

Jumlah penerimaan 40 000 79 200 46 665

Pembayaran
Belian 15 000 16 500 18 150
Akaun Belum Bayar 9 600 10 000 11 000
Pinjaman 690
Gaji 3 000 3 000 4 200
Utiliti 1 200 1 200 1 200
Promosi 100 100 100

Jumlah pembayaran 28 900 30 800 35 340


Lebihan / (Kurangan) 11 100 48 400 11 325
Baki akhir 33 300 81 700 93 025

Negeri Sembilan 2023


Puan Junaidah, pemilik perniagaan Butik Mesra telah memulakan perniagaan menjual
pakaian muslimah di Rembau.

(i) Berikut ialah baki anggaran pada 1 Januari 2024

RM
Tunai di bank 21 600
Tunai di tangan 1 560
Perabot 8 000

(ii) Jualan bagi bulan Disember 2023 ialah RM11 000


Anggaran jualan bagi bulan-bulan berikut

RM
Januari 12 000
Februari 14 000
Mac 17 000

(iii) 70% daripada jualan ialah secara tunai dan bakinya diberi sebulan kredit
(iv) Belian adalah 60% daripada anggaran jualan bulanan. Semua belian dibuat secara
tunai
(v) Pinjaman RM67 200 dijangka diterima pada 1 Februari 2024 berkadar faedah 4%
setahun dengan tempoh bayaran balik selama 7 tahun. Bayaran balik pinjaman akan
dibuat mulai Mac 2024
(vi) Sebuah mesin berharga RM18 000 dibeli pada bulan Mac. Deposit RM4 000 akan
dibayar dan bakinya dibayar secara ansuran sebanyak 5 kali
(vii) Kadar susut nilai mesin ialah 10% setahun atas kos
(viii) Anggaran perbelanjaan bulanan

RM
Gaji 4 800
Sewa 1 200
Kadar bayaran 500
Belanja suust nilai perabot 800

Anda dikehendaki menyediakan Belanjawan Tunai bagi tiga bulan berakhir 31 Mac 2024

Butik Mesra
Belanjawan Tunai bagi tiga bulan berakhir 31 Mac 2024
Butir Januari Februari Mac
RM RM RM
Baki awal 23 160 21 160 86 860

Penerimaan
Jualan 8 400 9 800 11 900
Akaun Belum Terima 3 300 3 600 4 200
Pinjaman 67 200

Jumlah penerimaan 11 700 80 600 16 100

Pembayaran
Pinjaman 800
Faedah atas pinjaman 224
Belian 7 200 8 400 10 200
Mesin 4 000
Gaji 4 800 4 800 4 800
Sewa 1 200 1 200 1 200
Kadar bayaran 500 500 500

Jumlah pembayaran 13 700 14 900 21 724


Lebihan / (Kurangan) (2 000) 65 700 (5 624)
Baki akhir 21 160 86 860 81 236

Selangor 2023 (Set 1)


Pada 1 Jun 2023, buku perniagaan Farisha Enterprise menunjukkan baki-baki seperti
berikut:
RM
Tunai 3 200
Bank 30 000
Lengkapan 15 500
Premis 80 000

Maklumat yang berikut adalah anggaran penerimaan dan pembayaran bagi tiga bulan
berakhir 31 Ogos 2023
(i) Jualan pada bulan Jun ialah RM78 000. Jualan dijangka meningkat sebanyak 10%
daripada bulan sebelumnya
(ii) Belian pada bulan Mei ialah RM32 000. Belian dijangka meningkat 5% daripada
bulan sebelumnya.
Barang niaga daripada pembekal dibeli secara kredit. Tempoh kredit ialah 30 hari.
(iii) Perbelanjaan setiap bulan adalah seperti berikut:
(a) Gaji bulanan RM1 800 seorang bagi dua orang pekerja
(b) Kadar bayaran dianggarkan sebanyak RM450 sebulan
(c) Belanja am RM200 sebulan dan dijangka meningkat sebanyak 10% pada
bulan Ogos

Anda dikehendaki menyediakan Penyata Belanjawan Tunai bagi tiga bulan berakhir 31 Ogos
2023

Farisha Enterprise
Belanjawan Tunai bagi tiga bulan berakhir 31 Ogos 2023
Butir Jun Julai Ogos
RM RM RM
Baki awal 33 200 74 950 122 900

Penerimaan
Jualan 78 000 85 800 94 380

Jumlah penerimaan 78 000 85 800 94 380

Pembayaran
Akaun Belum Bayar 32 000 33 600 35 280
Gaji 3 600 3 600 3 600
Kadar bayaran 450 450 450
Belanja am 200 200 220

Jumlah pembayaran 36 250 37 850 39 550


Lebihan / (Kurangan) 41 750 47 950 54 830
Baki akhir 74 950 122 900 177 730

SBP 2023
Mirza Adani, pemilik Butik Mirza telah menjalankan perniagaan pada tahun 2022 dengan
menjual pelbagai jenis jubah di Aeon Mall, Seremban.
Berikut adalah maklumat perniagaan yang diperoleh pada 1 November 2023

RM
Bank 8 000
Tunai 700
Lengkapan 15 000
Inventori 20 000

Anggaran penerimaan dan pembayaran bagi tempoh tiga bulan berakhir 31 Januari 2024
seperti berikut:

(i) Belian pada bulan November RM16 000 dan akan meningkat 5% setiap bulan
daripada bulan sebelumnya.
60% daripada jumlah belian adalah secara tunai dan bakinya secara kredit. Tempoh
kredit selama 60 hari.
(ii) Anggaran jualan tunai:
RM
November 2023 23 000
Disember 2023 25 300
Januari 2024 27 830

(iii) Rak pameran RM10 000 dijangka akan dibeli pada bulan Januari 2024 dengan
pendahuluan RM4 000. Bakinya akan dibayar sebanyak tiga kali bermula bulan
berikutnya
(iv) Sebahagian premis perniagaan telah disewakan dengan kadar RM1 000 sebulan
(v) Anggaran belanja bulanan :
RM
Gaji 1 200
Belanja am 300

(vi) Lengkapan disusutnilaikan 10% setahun mengikut kaedah garis lurus

Anda dikehendaki menyediakan Belanjawan Tunai bagi tiga bulan berakhir 31 Januari 2024.

Butik Mirza
Belanjawan Tunai bagi tiga bulan berakhir 31 Januari 2024
Butir November Disember Januari
RM RM RM
Baki awal 8 700 21 600 36 320

Penerimaan
Jualan 23 000 25 300 27 830
Sewa 1 000 1 000 1 000

Jumlah penerimaan 24 000 26 300 28 830

Pembayaran
Belian 9 600 10 080 10 584
Akaun Belum Bayar 6 400
Lengkapan 4 000
Gaji 1 200 1 200 1 200
Belanja am 300 300 300

Jumlah pembayaran 11 100 11 580 22 484


Lebihan / (Kurangan) 12 900 14 720 6 346
Baki akhir 21 600 36 320 42 666

Johor 2023
Marisa menjalankan Perniagaan Kasut Hyper telah memulakam perniagaan menjual
pelbagai jenis kasut pada 1 Oktober 2023 dengan modal tunai di tangan RM500, tunai di
bank RM1 000 dan kenderaan bernilai RM75 000.
Beliau menjangkakan penerimaan dan pembayaran dalam perniagaannya bagi tiga bulan
berakhir 31 Disember 2023 adalah seperti berikut:

(i) Anggaran belian kasut bagi tiga bulan adalah seperti berikut:

RM
Oktober 25 000
November 40 000
Disember 23 500

20% daripada belian adalah secara tunai dan bakinya adalah secara kredit.
Tempoh kredit adalah satu bulan
(ii) Jualan yang dijangka bagi bulan Oktober berjumlah RM50 000 akan meningkat
sebanyak 10% daripada jualan bulan sebelumnya
(iii) Pada bulan Oktober, Puan Marisa telah mengambil seorang pekerja dan ditambah
seorang lagi pada bulan Disember. Gaji bulanan pekerja RM2 000
(iv) Sewa kedai adalah RM3 000 sebulan
(v) Perniagaan bercadang untuk memohon pinjaman sebanyak RM60 000 pada bulan
November berkadar faedah 8% setahun. Pinjaman akan dibayar balik secara
ansuran bulanan selama 5 tahun bermula bulan berikutnya

Anda dikehendaki menyediakan Belanjawan Tunai bagi tiga bulan berakhir 31 Disember
2023

Perniagaan Kasut Hyper


Belanjawan Tunai bagi tiga bulan berakhir 31 Disember 2023
Butir Oktober November Disember
RM RM RM
Baki awal 41 500 123 500

Penerimaan
Modal 1 500
Jualan 50 000 55 000 60 500
Pinjaman 60 000

Jumlah penerimaan 51 500 115 000 60 500

Pembayaran
Belian 5 000 8 000 4 700
Akaun Belum Bayar 20 000 32 000
Gaji 2 000 2 000 4 000
Sewa 3 000 3 000 3 000
Pinjaman 1 000
Faedah atas pinjaman 400

Jumlah pembayaran 10 000 33 000 45 100


Lebihan / (Kurangan) 41 500 82 000 15 400
Baki akhir 41 500 123 500 138 900

MRSM 2022

Puan Noor merupakan pemilik Simba Pet Enterprise. Berikut adalah baki-baki perniagaan
pada 1 Mei 2023
RM
Tunai 750
Bank 15 000
Akaun Belum Terima 7 980
Akaun Belum Bayar 6 730
Kenderaan 21 000

Anggaran penerimaan dan pembayaran adalah seperti berikut:


(i) Jualan bulan Mei adalah RM38 000 dan dijangka meningkat 10% pada bulan
berikutnya. 30% daripada jualan diberi tempoh kredit selama sebulan

(ii) Jumlah belian adalah seperti berikut:

RM
Mei 28 040
Jun 31 200
Julai 32 580

60% daripada belian mendapat kemudahan kredit selama sebulan

(iii) Perniagaan dibantu oleh dua orang pekerja dengan bayaran gaji bulanan RM1 200
seorang dan pada bulan Jun seorang pekerja akan dinaikkan gaji sebanyak 20%

(iv) Anggaran belanja bulanan

RM
Kadar bayaran 2160
Belanja am 1110
Promosi 480

(v) Pada bulan Jun, perniagaan bercadang untuk membuat pinjaman sebanyak RM54
000 dengan kadar faedah 4% setahun selama 4 tahun. Bayaran ansuran akan
bermula pada bulan berikutnya.

Anda dikehendaki menyediakan Belanjawan Tunai bagi tiga bulan berakhir 31 Julai 2023

Simba Pet Enterprise


Belanjawan Tunai bagi tiga bulan berakhir 31 Julai 2023
Butir Mei Jun Julai
RM RM RM
Baki awal 15 750 26 234 85 200

Penerimaan
Jualan 26 600 29 260 32 186
Akaun Belum Terima 7 980 11 400 12 540
Pinjaman 54 000

Jumlah penerimaan 34 580 94 660 44 726

Pembayaran
Belian 11 216 12 480 13 032
Akaun Belum Bayar 6 730 16 824 18 720
Gaji 2 400 2 640 2 640
Kadar bayaran 2 160 2 160 2 160
Belanja am 1 110 1 110 1 110
Promosi 480 480 480
Pinjaman 1 125
180

Jumlah pembayaran 24 096 35 694 39 447


Lebihan / (Kurangan) 10 484 58 966 5 279
Baki akhir 26 234 85 200 90 479

Kedah 2022
Cik Amani, pemilik Kedai Hantaran Pengantin ZNF telah memulakan perniagaan dua tahun
lepas dengan menjual pelbagai barangan keperluan hantaran. Beliau ingin membuat
pinjamn bagi mengembangkan perniagaannya. Pihak bank meminta belaiu menyediakan
belanjawan tunai bagi tempoh tiga bulan yang berakhir 31 Disember 2023 bagi tujuan
tersebut Cik Amani meminta anda membantunya menyediakan belanjawan tunai tersebut
dengan memberi maklumat awal berikut:
RM
Bank 58 000
Tunai 4 500
Perabot 32 000
Inventori 21 000
Akaun Belum Bayar 49 400

Anggaran penerimaan dan pembayaran bagi tiga bulan berakhir 31 Disember 2023 adalah
seperti berikut:
(i) Anggaran jualan pada bulan Oktober dan November 2023 adalah RM205 000 dan
RM250 000 masing-masing. Pada bulan Disember 2023, jualan dijangka meningkat
20% daripada bulan sebelumnya
(ii) 60% daripada belian bulanan adalah belian tunai dan bakinya diberi tempoh sebulan
kredit. Anggaran belian bagi tiga bulan adalah seperti berikut:
RM
Oktober 2023 167 000
November 2023 195 000
Disember 2023 157 000
(iii) Pada hujung bulan November pinjaman bank RM90 000 diperoleh. Pinjaman perlu
dijelaskan dalam tempoh masa lima tahun. Faedah atas pinjaman dikenakan
sebanyak 4% setahun. Ansuran balik pinjaman bermula pada bulan berikutnya
(iv) Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) berharga RM88 000 akan dibeli dengan
wang pendahuluan sebanyak RM50 000 dibayar pada bulan Disember dan bakinya
akan dijelaskan apabila kenderaan diterima
(v) Anggaran perbelanjaan bulanan
RM
Gaji pekerja 42 000
Sewa kedai 4 200
Susut nilai perabot 3 100
Kadar bayaran 3 500

(vi) Komisen 2% dijangka diterima pada bulan November bagi jualan bulan Oktober dan
November
(viii) Promosi dijalankan untuk dua bulan sekali. Perbelanjaan promosi bagi bulan Oktober
2023 adalah RM6 500 dan akan berkurang sebanyak 5% bagi promosi seterusnya

Anda dikehendaki menyediakan Belanjawan Tunai Kedai Hantaran Pengantin ZNF bagi tiga
bulan berakhir 31 Disember 2023
Kedai Hantaran Pengantin ZNF
Belanjawan Tunai bagi tiga bulan berakhir 31 Ogos 2023
Butir Oktober November Disember
RM RM RM
Baki awal 62 500 61 700 177 300

Penerimaan
Jualan 205 000 250 000 300 000
Pinjaman 90 000
Komisen 9 100

Jumlah penerimaan 205 000 349 100 300 000

Pembayaran
Belian 100 200 117 000 94 200
Akaun Belum Bayar 49 400 66 800 78 000
Pinjaman 1 500
Faedah atas pinjaman 300
Kenderaan 50 000
Gaji pekerja 42 000 42 000 42 000
Sewa kedai 4 200 4 200 4 200
Kadar bayaran 3 500 3 500 3 500
Promosi 6 500 6 175

Jumlah pembayaran 205 800 233 500 279 875


Lebihan / (Kurangan) (800) 115 600 20 125
Baki akhir 61 700 177 300 197 425

Anda mungkin juga menyukai