Anda di halaman 1dari 8

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

Bab 7: Rekod Tidak Lengkap & Catatan Tunggal

BAB 7

REKOD TIDAK LENGKAP


DAN
CATATAN TUNGGAL

OBJEKTIF

Selepas mempelajari bab ini, pelajar akan dapat ;

 Mengenal pasti urusniaga yang mengamalkan sistem catatan rekod


tidak lengkap dan catatan tunggal.

 Menyediakan penyata kewangan dengan menggunakan kaedah


perbandingan modal

 Menyediakan penyata kewangan dengan menggunakan kaedah analisis.

 Menyediakan lembaran imbangan dengan menggunakan maklumat-


maklumat yang terhad (tidak lengkap)

173
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 7: Rekod Tidak Lengkap & Catatan Tunggal

7.1 DEFINISI REKOD TIDAK LENGKAP DAN CATATAN TUNGGAL

Sistem rekod tidak lengkap atau catatan tunggal berlaku apabila urusniaga perniagaan tidak
direkod menggunakan catatan bergu atau pun apabila maklumat yang sedia ada hilang atau
musnah. Peniaga terbabit tidak mempunyai pengetahuan mengenai cara meyimpan rekod
perniagaan yang sempurna dan sistematik. Biasanya maklumat yang dianggap penting sahaja
yang direkod seperti rekod hutang piutang, harta (aset) perniagaan dan buku tunai (wang
masuk/keluar).

Oleh kerana itu, berbagai masalah dan kelemahan dihadapi apabila menyediakan penyata
kewangan. Berikut disenaraikan beberapa kelemahan dan masalah yang timbul akibat
mengamalkan rekod tidak lengkap dan catatan tunggal:

i. Imbangan duga tidak dapat disediakan


ii. Kesukaran mengesan kesilapan
iii. Mudah berlaku penyelewengan / penipuan.
iv. Perbandingan prestasi tidak dapat dilakukan kerana tiada maklumat sebenar/lengkap.
v. Penyediaan penyata kewangan yang terdiri daripada penyata pendapatan dan lembaran
imbangan menjadi sukar disedikan.

Rekod tidak lengkap atau sistem catatan tunggal kerap kali merujuk kepada perniagaan bersaiz
kecil dan dari jenis entiti perniagaan tunggal.

7.2 KAEDAH PENENTUAN UNTUNG RUGI

7.2.1 Kaedah Perbandingan Modal

Keuntungan/kerugian dikira dengan membandingkan modal akhir dengan modal awal di samping
mengambilkira tambahan modal dan ambilan yang dibuat oleh pemilik sepanjang tempoh
perakaunan. Perbandingan modal yang ditunjukkan dalam bentuk penyata disebut “Penyata
Untung Rugi”

Penyata Untung Rugi


Bagi Tempoh Berakhir…
Modal Akhir* xxx
Campur: Ambilan xxx
xxx
Tolak : Modal Tambahan xxx
Modal Awal* xxx
(xxx)
Untung bersih xxx

*Mengira modal

Modal Awal = Aset Awal - Liabiliti Awal


Modal Akhir = Aset Akhir - Liabiliti Akhir

174
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 7: Rekod Tidak Lengkap & Catatan Tunggal

Contoh soalan (Kaedah perbandingan modal)

Amir menjalankan sebuah perniagaan kedai runcit tetapi tidak menyimpan rekod yang tidak
lengkap dan telah meminta bantuan anda untuk memastikan untung perniagaan bagi tahun
berakhir 31 Disember 2005. Maklumat-maklumat berikut telah diperolehi daripada rekod-rekod
perniagaan selepas kajian dibuat:

i. Aset dan liabiliti adalah seperti berikut:

31 Dis 2004 31 Dis 2005


Premis kedai 30,000 30,000
Stok barangniaga 5,900 7,200
Kelengkapan kedai 2,500 2,500
Akaun belum terima 3,860 4,950
Akaun belum bayar 2,750 3,160
Tunai di bank 3,160 4,180
Tunai di tangan 110 130
Belanja am terakru 80 120

ii. Jumlah ambilan yang dibuat pada tahun 2005 adalah terdiri daripada tunai RM 7,350
dan ambilan barangniaga bernilai RM 340.
iii. Pada 1 Januari 2005 sebuah perabot berharga RM 2,400 telah dipindahkan oleh Amir
daripada rumahnya untuk digunakan dalam perniagaan. Pindahan ini tidak dicatat
dalam buku Amir. Peruntukan susutnilai 10% dibuat ke atas perabot.
iv. Insuran sebanyak RM 260 yang dibayar pada tahun 2005 untuk tahun 2006 belum
diselaraskan dalam buku.
v. Hutang lapok sebanyak RM 450 yang telah berlaku pada akhir tahun 2005 belum
dihapuskira.
vi. Kelengkapan hendaklah disusutnilaikan pada kadar 20% setahun.

Dikehendaki:

i. Kirakan modal pada 1 Januari 2005.


ii. Kirakan modal pada 31 Disember 2005.
iii. Sediakan penyata untuk mengira untung bersih bagi tahun berakhir 31 Disember
2005.
iv. Sediakan Kunci kira-kira pada 31 Disember 2005.

Panduan penyelesaian

i) Modal pada 1 Jan 2005 (modal awal)

Aset Awal
Premis kedai 30,000
Stok Barangniaga 5,900
Kelengkapan Kedai 2,500
ABT 3,860
Tunai Di Bank 3,160
Tunai Di Tangan 110 45,530

Tolak: Liabiliti Awal


ABB 2,750
Belanja Am Terakru 80 2,830
Modal awal 42,700

175
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 7: Rekod Tidak Lengkap & Catatan Tunggal

ii) Modal pada 31 Dis 2005 (modal akhir)


Aset Akhir
Premis Kedai 30,000
Stok Barangniaga 7,200
Kelengkapan Kedai 2,500
SNT Kelengkapan Kedai (20% x 2,500) (500)
ABT (4,950– 450) 4,500
Tunai Di Bank 4,180
Tunai Di Tangan 130
Perabot 2,400
SNT Perabot (10% x 2,400) (240)
Insuran Prabayar 260 50,430

Tolak: Liabiliti Akhir


ABB 3,160
Belanja Am Terakru 120 (3,280)
Modal akhir 47,150

iii)
Penyata Untuk Untung Rugi
Bagi tahun berakhir 31 Disember 2005.
Modal Akhir 47,150
Campur: Ambilan:
Tunai 7,350
Stok brgniaga 340 7,690
54,840

Tolak: Modal Tambahan 2,400


Modal Awal 42,700 (45,100)
UTG BERSIH 9,740

iv) Lembaran Imbangan


Aset Semasa
Tunai di tangan 4,180
Tunai di bank 130
Stok barangniaga 7,200
Akaun Belum Terima 4,500
Insuran Prabayar 260 16,270

Aset Tetap
Premis Kedai 30,000
Kelengkapan Kedai 2,500
SNT Kelengkapan Kedai (500) 2,000

Perabut 2,400
SNT Perabut (240) 2,160 34,160
Jumlah Aset 50,430

Liabiliti
Akaun Belum Bayar 3,160
Belanja Am Terakru 120 3,280

Ekuiti Pemilik
Modal Akhir 47,150
Jumlah Liabiliti & Ekuiti Pemilik 50,430

176
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 7: Rekod Tidak Lengkap & Catatan Tunggal

7.2.2 Kaedah Analisis

Kaedah analisis memerlukan beberapa pengiraan / pelarasan ke atas item-item di bawah bagi
membolehkan penyata pendapatan yang lengkap disediakan.
a. Jualan – Akaun Belum terima (ABT)
b. Belian – Akaun Belum Bayar (ABB)
c. Hasil Terakru – Hasil
d. Belanja Terakru – Belanja
e. Belanja Prabayar – Belanja

Kaedah analisis hanya boleh digunakan jika maklumat mengenai buku tunai diberikan.

7.2.2.1 Mengira Jumlah Jualan

Jumlah Jualan = Jualan Tunai + Jualan Kredit

Cara Mengira Jualan Kredit

Menggunakan Akaun T

Akaun Belum Terima


Baki b/b xxx Tunai xxx
Jualan kredit xxx Pulangan & Elaun Jualan xxx
Diskaun jualan xxx
Hutang lapuk xxx
Baki h/b xxx
xxx xxx

7.2.2.2 Mengira Jumlah Belian

Jumlah Belian = Belian Tunai + Belian Kredit

Cara Mengira Belian Kredit

Menggunakan Akaun T

Akaun Belum Bayar

Tunai (Bayaran) xxx Baki b/b xxx


Diskaun belian xxx Belian Kredit xxx
Pulangan & Elaun belian xxx
Baki h/b xxx
xxx xxx

7.2.2.3 Pengiraan Hasil daripada Hasil Terakru / Belum Terima & Hasil Belum Terperoleh

Kaedah Akaun T
Hasil

Hasil Terakru b/b xxx Hasil Belum Terperoleh b/b xxx


Hasil Tahun Semasa xxx Tunai (terimaan) xxx
Hasil Belum Terperoleh h/b xxx Hasil Terakru h/b xxx
xxx xxx

177
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 7: Rekod Tidak Lengkap & Catatan Tunggal

7.2.2.4 Pengiraan Belanja daripada Belanja Terakru/belum bayar & Belanja Prabayar

Kaedah Akaun T

Belanja

Belanja Prabayar b/b xxx Belanja Terakru b/b xxx


Tunai (bayaran) xxx Belanja Tahun Semasa xxx
Belanja Terakru h/b xxx Belanja Prabayar h/b xxx
xxx xxx

* Hasil tahun semasa dan Belanja tahun semasa akan dipindahkan ke penyata pendapatan

Contoh soalan (kaedah analisis)

Maklumat berikut adalah berkaitan dengan Kedai Impian:


a)
Aset dan liabiliti pada 1 April 2004 30 Mac 2005

Kedai 36,000 36,000


Peralatan (nilai buku) 3,800 ?
Stok 6,580 5,600
Pemiutang 6,340 7,400
Penghutang 8,125 6,100
Insuran prabayar 150 500
Belanja am belum bayar 62 300
Kadar bayaran terakru 226 500
Tunai 5,235 ?

b) Wang masuk dan keluar pada bagi tempoh 1 April 2004 hingga 30 Mac 2005

Wang masuk Wang keluar


Jualan 24,165 Belian 14,890
Penghutang 54,130 Pemiutang 29,360
Gaji 4,800
Kadar bayaran 3,250
Insuran 1,970
Ambilan 9,930
Belanja am 1,200
Peralatan 3,000

c) Susutnilai peralatan ialah pada kadar 10% setahun

Dikehendaki:

i. Modal Kedai Impian pada 1 April 2004.


ii. Penyata pendapatan bagi tahun berakhir 31 Mac 2005.
iii. Kunci kira-kira pada 31 Mac 2005.

178
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 7: Rekod Tidak Lengkap & Catatan Tunggal

Panduan Penyelesaian

a. Modal pada 1/4/2004 (modal awal)

Aset Awal
Premis perniagaan 36,000
Peralatan 3,800
Stok 6,580
Penghutang 8,125
Insuran Prabayar 150
Tunai 5,235 59,890

Tolak: Liabiliti Awal


Pemiutang 6,340
Belanja am belum bayar 62
Kadar bayaran terakru 226 6,628
Modal awal 53,262

Pengiraan Jualan Pengiraan Belian

Penghutang akhir 6,100 Pemiutang akhir 7,400


+ Terimaan Penghutang 54,130 + Bayaran Pemiutang 29,360
- Penghutang awal (8,125) - Pemiutang awal (6,340)
Jualan kredit 52,105 Belian kredit 30,420

Jumlah Jualan = 24,165 + 52,105 Jumlah Belian = 14,890 + 30,420


= 76,270 = 45,310

Pengiraan Belanja am Pengiraan Kadar bayaran


Belanja Am Belum Bayar akhir 300 Kadar bayaran terakru akhir 500
+ Bayaran 1,200 + Bayaran 3,250
- Belanja Am Belum Bayar awal (62) - Kadar bayaran terakru awal (226)
Belanja Am tahun semasa 1,438 Kadar Bayaran tahun semasa 3,524

Pengiraan Belanja Insuran Pengiraan Belanja Susutnilai


Insuran Prabayar Awal 150 Peralatan lama 3,800
+ Bayaran 1,970 Peralatan baru 3,000
- Insuran Prabayar Akhir (500) 6,800
Belanja Insuran tahun semasa 1,620 Belanja Susutnilai = 10%x6,800 = 680

179
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 7: Rekod Tidak Lengkap & Catatan Tunggal

7.3 PENYEDIAAN PENYATA KEWANGAN

Kedai Impian
Penyata Pendapatan
Bagi Tempoh Berakhir 30 Mac 2005

Jualan 76,270

Tolak : Kos Barang Dijual


Inventori awal 6,580
Belian 45,310
Inventori akhir (5,600) 46,290
UNTUNG KASAR 29,980

Tolak : Belanja Operasi


Belanja gaji 4,800
Kadar Bayaran 3,524
Belanja Insuran 1,620
Belanja Am 1,438
Belanja Susutnilai 680 (12,062)
UNTUNG BERSIH 17,918

Kedai Impian
Lembaran Imbangan
Pada 30 Mac 2005

Aset Semasa
Tunai 15,130
Inventori 5,600
ABT 6,100
Insuran Prabayar 500 27,330

Aset Tetap
Premis 36,000
Peralatan 6,800
SNT Peralatan (680) 6,120 42,120
Aset 69,450

Liabiliti
ABB 7,400
Belanja Am Belum Bayar 300
Kadar Bayaran Terakru 500 8,200

Ekuiti Pemilik
Modal Awal 53,262
+ Untung Bersih 17,918
- Ambilan (9,930)
Modal Akhir 61,250
Liabiliti dan Ekuiti Pemilik 69,450

180

Anda mungkin juga menyukai