Anda di halaman 1dari 4

Pada era langit terbuka ini, Malaysia semakin gah menempa nama di persada dunia dan kini boleh

berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara maju yang lain. Kejayaan ini dapat dicapai
dengan adanya pelbagai penambahbaikan yang giat dilakukan oleh kerajaan dalam usaha
memajukan ekonomi negara. Antara usaha kerajaan yang memberi impak yang besar kepada negara
ialah kerajaan telah mewujudkan kempen belilah barangan buatan Malaysia sejak zaman Tun
Dr.Mahathir Mohamad lagi. Usaha kerajaan dalam mengadakan potongan harga dan ekspo
barangan buatan Malaysia telah berjaya meningkatkan pendapatan negara serta merancakkan lagi
pembangunan negara. Malangnya, di sebalik kejayaan yang dicapai, terselit kemelut muflis dan
gelandangan yang makin membimbangkan di negara kita. Hal ini adalah disebabkan kerana
kurangnya ilmu pengetahuan, ketidakstabilan ekonomi dan ditambah buruk lagi dengan berlakunya
perang dagangan antara Amerika Syarikat dengan China yang memberi bebanan kepada ekonomi
negara kecil ini. Lantaran itu, rakyat Malaysia seharusnya mempunyai ciri-ciri pengguna yang bijak
bagi mengelakkan masalah ini daripada terus berlaku.

Pada pendapat saya, sebagai pengguna yang bijak, pengguna seharusnya menyenaraikan
barangan yang perlu dibeli terlebih dahulu sebelum mula bergerak ke kedai. Dalam dunia tanpa
sempadan ini, proses pembelian menjadi mudah dengan wujudnya aplikasi-aplikasi atas talian yang
membolehkan kita membandingkan harga tanpa perlu meninggalkan tempat duduk kita. Misalnya,
aplikasi 'Trivago' merupakan contoh yang relevan kerana aplikasi tersebut sudah pun
membandingkan harga hotel untuk pengguna aplikasi tersebut dan disertakan juga ulasan-ulasan
daripada pengguna lain tentang sesebuah hotel. Maka, pengguna boleh membuat pilihan yang bijak
bagi mendapatkan hotel yang ideal dengan harga yang terendah. Di samping membuat pembelian
barang atas talian, masyarakat juga dinasihatkan supaya kembali ke cara lama dengan membeli
barang secara terus di kedai. Oleh itu, pengguna bukan sahaja dapat membandingkan harga malah
kualiti suatu barangan juga dapat dijamin. Adalah lebih baik untuk membeli sesuatu barangan yang
mahal tetapi dapat digunakan untuk tempoh masa yang lama sekali gus menjimatkan kos dan masa
berulang-alik membeli barangan baharu. Maka, dengan ini, pengguna dapat membelanjakan harta
mereka dengan bijak kerana alah membeli, menang memakai.
Selain itu, pengguna wajarlah mengamalkan sikap berjimat cermat dalam urusan
pembelian. Pengguna perlu bijak membezakan barangan keperluan dengan kemahuan dengan cara
merancang aktiviti pembelian terlebih dahulu. Tindakan menyenaraikan barangan keperluan dapat
mengelakkan pembaziran dan amalan memboros. Masyarakat umum haruslah membeli sekadar
yang mampu sesuai dengan peribahasa mengukur baju di badan sendiri. Kita juga tidak boleh
mengikut hawa nafsu semata-mata seperti yang sering berlaku dalam kalangan golongan atasan
yang memboros dalam membelanjakan wang mereka semata-mata ingin dilihat gah berpakaian dan
berkereta mahal di masyarakat umum. Amalan berjimat cermat ini tidak terhad kepada aktiviti
pembelian sahaja malah kita juga perlu berjimat cermat dalam menggunakan barangan dan sumber
di rumah. Misalnya, amalan menutup suis perkakasan elektrik apabila tidak digunakan perlu
diamalkan. Seterusnya, air hujan boleh ditadah dan diguna semula untuk menyiram pokok, mencuci
kereta serta membersihkan kawasan rumah. Tindakan yang dilihat kecil dan remeh ini akan memberi
impak yang besar sekiranya diamalkan oleh seluruh rakyat Malaysia lantaran amalan ini boleh
menyelesaikan masalah bekalan air bersih yang semakin berkurangan. Dengan ini, sudah terang lagi
bersuluh bahawa amalan mengurang, mengguna semula dan mengitar semula atau seangkatannya
3R dapat memperbaiki kehidupan harian kita.

Seterusnya, ciri-ciri pengguna yang bijak ialah mengamalkan amalan menabung. Sejak di
bangku sekolah lagi kita sering diajar oleh guru untuk menyimpan lebihan wang saku di dalam
tabung. Menginjak ke alam dewasa, kita seharusnya mengamalkan secara konsisten amalan
menabung ini dengan cara menyimpan wang di dalam bank. Oleh itu, wang simpanan kita akan
dilaburkan oleh pihak bank yang akan memberikan sedikit wang kepada kita. Selain itu, kita juga
boleh melaburkan sebahagian wang untuk mendapatkan pendapatan pasif. Pengguna yang bijak
juga akan memiliki sebuah nota kewangan peribadi bagi memantau pergerakan keluar masuk duit
dengan mencatat segala perbelanjaan bulanan. Tamsilnya, sebahagian wang pendapatan
diperuntukkan untuk membayar bil, melunaskan sewaan kereta atau rumah dan membeli barangan
keperluan. Wang selebihnya akan disimpan di dalam bank dan dapat digunakan ketika kecemasan
ataupun digunakan untuk menunaikan ibadah haji bagi masyarakat Islam. Sedikit-sedikit, lama-lama
menjadi bukit. Itulah peribahasa yang sering diungkapkan oleh guru ketika masih di sekolah untuk
menjadikan kita anak-anak yang berdisiplin., pengurusan wang yang bijak dapat menjamin
kesejahteraan hidup kita pada masa hadapan Tuntasnya.

Secara holistiknya, ciri-ciri pengguna yang bijak ini dapat memberi impak yang positif ke
arah melahirkan generasi muda yang bijak menguruskan kewangan. Diharapkan dengan perubahan
yang dilakukan, masalah muflis dan gelandangan yang sering menimpa golongan muda ini dapat
diselesaikan seterusnya generasi pewaris negara ini dapat menginjakkan lagi ekonomi negara ke
peringkat yang lebih tinggi. Benarlah kata-kata duit bukanlah segalanya tetapi segalanya
memerlukan duit. Usaha yang proaktif dan pragmatik berbekalkan ilmu pengetahuan adalah perlu
dalam menjalani kehidupan metropolitan dalam zaman yang serba mencabar ini. Justeru, perubahan
haruslah dilakukan bermula daripada diri kita sendiri. Cantik di dalam, cantik di luar. Malaysia boleh!
Amalan berjimat cermat merupakan sikap yang mulia dan seharusnya dipraktikkan sepenuhnya oleh
masyarakat Malaysia apatah lagi dengan keadaan harga barangan yang semakin meningkat kesan
daripada kenaikan harga bahan bakar di pasaran dunia. Sikap boros ketika berbelanja haruslah
ditangani agar tidak menyusahkan diri dan keluarga. Oleh itu, langkah-langkah yang sewajarnya
perlu diambil untuk menanamkan sikap berjimat cermat dalam kalangan masyarakat.

............Antara langkah efektif yang telah diambil oleh kerajaan untuk mengalakkan rakyat Malaysia
mengamalkan sikap mulia ini adalah dengan menanmkan sikap rajin menabung. Kerajaan telah
mengambil inisiatif bagi memupuk semangat menabung dalam kalangan pengguna. Pengenalan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ialah contoh kesungguhan kerajaan untuk menyedarkan
masyarakat akan pentingnya perancangan masa depan kerana kita perlu menyediakan payung
sebelum hujan.

............Ibu bapa juga seharusnya memupuk sikap suka menabung kepada anak-anak sejak dari kecil
lagi. Anak-anak harus dididik mempunyai tabungan sendiri di rumah iaitu menabung wang lebihan
perbelanjaan sekolah mereka dan menggunakan simpanan mereka apabila ingin membeli barangan
keperluan sendiri. Ibu bapa juga boleh membuka akaun simpanan anak-anak di bank-bank tempatan
seperti Bank Simpanan Nasional , bank Rakyat dan sebagainya kerana melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Institusi perbankan hendaklah dimanfaatkan sebagai tempat menyimpan wang yang
selamat dan hasil daripada tabungan ini dapat digunakan untuk keperluan masa depan yang lebih
gemilang.

............Masyarakat juga hendaklah prihatin akan peranan skim-skim saham amanah. Kementerian
Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna telah menjayakan Minggu Saham Amanah bagi memupuk
kesedaran melabur dalam kalangan pengguna. Oleh itu, masyarakat hendaklah sedar akan peluang
yang terbuka luas untuk melabur dan seterusnya mendapat dividen yang diagihkan pada setiap
tahun. Hal ini pasti akan mendatangkan kebahagiaan kepada masyarakat kerana masyarakat yang
bahagia mempunyai masa depan yang terjamin.

...........Sebelum membeli barangan, perancangan yang teliti hendaklah dilakukan terlebih dahulu.
Barang-barang yang mahu dibeli perlu disenaraikan. Perbelanjaan berhemat ini wajar dipraktikkan
bagi mengelakkan sebarang pembaziran dan masyarakat hendaklah membeli barangan mengikut
keperluan, bukan mengikut nafsu. Ketika berbelanja, penggunaan kad kredit juga patut dielakkan
kerana akan menambah beban tanggungan hutang dan lama kelamaan pengguna akan mengalami
masalah kewangan. Justeru, mayarakat wajar berpegang pada peribahasa berjimat sebelum
terlambat, beringat sebelum terkena.

............Kesimpulannya, amalan berjimat cermat sudah pasti akan melahirkan masyarakat yang bijak
dan progresif kerana mempunyai sumber kewangan yang mencukupi dan sudah tentu untuk jaminan
masa hadapan yang lebih cerah, seperti kata tokoh Mahatma Gandhi, berfikirlah untuk hari esok,
namun bertindaklah hari ini. Oleh yang demikian, pelbagai pihak wajar memainkan peranan agar
amalan berjimat cermat menjadi budaya masyarakat kita setiap masa tanpa mengira peringkat
umur.

Anda mungkin juga menyukai