Anda di halaman 1dari 1

Menu

Jordan 23/7 Shoes, by Jordan Lil Drip Boot, by


Nike Nike

RM159 RM209

SHOP NOW SHOP NOW

Karangan

Kepentingan Dan Faedah Amalan


Berjimat Cermat
 Share  Facebook  Twitter  LinkedIn  Pinterest

 karangan faedah amalan berjimat cermat

Ipendidikan » Karangan » Kepentingan Dan Faedah Amalan Berjimat Cermat

Selain isu berkaitan kesihatan dan perpaduan, isu berkaitan ekonomi diri atau negara kerap menjadi
soalan dalam penulisan karangan. Isu yang boleh dikaitkan dengan golongan muda wajar menjadi soalan
agar pelajar dapat mengambil iktibar daripada penulisan mereka. Berikut adalah contoh isi dan karangan
berkaitan dengan faedah-faedah amalan berjimat cermat dalam kehidupan generasi muda kini.

Seperti contoh dibawah, pelajar-pelajar boleh merujuk isi-isi berkaitan dan menghuraikan mengikut
kemampuan dan daya kreatif masing-masing. Ianya terdiri daripada pendahuluan, empat isi penting dan
penutup. Penulisan karangan yang baik hendaklah mempunyai pendahuluan, isi-isi penting dan penutup
yang seimbang. Di samping itu, pengurangan kesalahan tatabahasa dan ejaan dapat membantu pelajar
mendapat markah yang lebih baik dalam penulisan karangan Bahasa Melayu.

Isi Kandungan [Tutup]

1. Kepentingan Dan Faedah Amalan Berjimat Cermat Dalam Kehidupan Generasi Muda Kini
2. Contoh Karangan Faedah-Faedah Amalan Berjimat Cermat Dalam Kehidupan Generasi Muda Kini

Kepentingan Dan Faedah Amalan Berjimat Cermat Dalam


Kehidupan Generasi Muda Kini

Isi-isi penting
pengurusan kewangan yang baik
mengelakkan terjebak dalam belenggu hutang
mempunyai simpanan untuk masa hadapan
memupuk sikap berdikari
melahirkan pengguna yang bijak
persediaan untuk alam persaraan

Baca juga: Cara Kira Bilangan Patah Perkataan Dalam Karangan Bahasa Melayu

Contoh Karangan Faedah-Faedah Amalan Berjimat Cermat Dalam


Kehidupan Generasi Muda Kini
Pendahuluan
Dasawarsa ini, peningkatan kos sara hidup dalam negara kita semakin merunsingkan pemikiran
masyarakat. Keupayaan untuk pengguna untuk membeli yang berkurang atas tekanan ekonomi adalah
realiti yang kurang baik untuk ekonomi negara. Jadi bagi mengekalkan simbiosis antara pembekal dan
pembeli, keupayaan membeli boleh dijalankan dengan mempraktikkan amalan berjimat cermat. Pelbagai
manfaat yang akan diperoleh terutamanya kepada golongan generasi muda kini jika mengamalkan jimat
cermat dalam berbelanja.

Isi 1

Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa golongan muda hari ini berbelanja lebih kerap
atau dalam kuantiti yang banyak berbanding generasi dahulu. Jelas sekali dari segi gajet-gajet yang
semakin memenuhi pasaran dan diperlukan oleh generasi muda dalam memudahkan urusan harian
mereka. Tetapi mereka hendaklah berbelanja dalam kemampuan mereka dan berjimat cermat dengan
memilih produk yang berkualiti dan sesuai digunakan dengan kehidupan harian masing-masing. Bak kata
peribahasa Melayu, ukur baju dibadan sendiri yang bermaksud kita hendaklah mengetahui kemampuan
diri kita sendiri. Langkah ini membantu mereka dalam pengurusan kewangan kerana ia adalah mustahak
dalam memasuki alam dewasa.

Isi 2
Sejak kebelakangan ini, berita mengenai golongan muda diisytiharkan muflis semakin menjadi polemik
masyarakat kita. Penggunaan kad kredit dalam perbelanjaan tanpa hemah dan tiada komitmen dalam
menyelesaikan hutangnya mengakibatkan ramai golongan muda dikategorikan muflis. Rekod peribadi kita
juga akan terjejas sekiranya kita terlibat dengan hutang yang banyak di mana urusan pembelian aset
seperti rumah atau kereta boleh disekat akibat rekod pembayaran yang tidak konsisten. Justeru, amalan
berjimat cermat dapat menglakkan kita dari terjerumus ke dalam lembah hutang. Pelbagai alternatif yang
boleh dimanfaatkan golongan muda dalam berjimat cermat seperti mencari baucer, promosi dan diskaun
yang berbaloi untuk kita melaburkan wang kita ke atas apa yang dihajati.

Isi 3
Di samping itu, amalan berjimat cermat memberikan faedah yang tersurat kepada kita iaitu menambah
kepada simpanan wang kita untuk masa hadapan. Sebagai contoh, berlaku kemalangan dalam kalangan
keluarga kita, kita hendaklah bersedia membantu terutamanya dalam bentuk kewangan. Dengan
penjimatan yang kita amalkan ketika berbelanja.dapat membantu kita menabung lebihan pendapatan kita
untuk situasi kecemasan atau masa hadapan. Kita merancang, tuhan yang menentukan, segala perkara
yang kita ada hari ini mungkin boleh hilang dalam sekelip mata. Oleh itu, kita seharusnya bersyukur
dengan keberadaan kita serta bersedia sebaiknya dalam menghadapi sebarang kemungkinan pada
masa hadapan.

Isi 4
Selain itu, amalan berjimat cermat mampu memupuk sikap berdikari dalam golongan muda hari ini. Hal ini
kerana, jika mereka berdisiplin mempraktikkan amalan ini maka simpanan mereka sudah pasti cukup
untuk menampung diri sendiri. Golongan muda seperti ini tidak perlu bergantung pada ibu bapa yang juga
perlu menyelesaikan komitmen lain seperti rumah dan kereta. Mereka akan menjadi lebih
bertanggungjawab dalam memastikan masa hadapan mereka mampu hadapi dengan kewangan yang
kukuh. Maka, kerajaan sewajarnya membantu mengurangkan kos sara hidup dan tekanan ekonomi hari
ini agar golongan muda ini mampu berdikari daripada tanggungan ibu bapa dan di bayar gaji yang selaras
dengan mutu kerja seseorang .

Penutup
Akhir kalam, amalan berjimat cermat dapat membantu dalam menguruskan kewangan golongan muda
terutamnya dalam menghadapi tekanan ekonomi yang serba tidak menentu pada hari ini. Golongan muda
hendaklah memulakan langkah ini bagi mendapat manfaat pada waktu kelak. Seperti peribahasa Melayu
berkata, sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit yang bermaksud jika kita amalkan sesuatu perkara itu
sedikiit demi sedikit nanti hasilnya akan banyak seperti bukit. Semoga golongan muda sedar akan
kepentingan mengurus kewangan mereka dengan amalan berjimat cermat agar melahirkan masyarakat
yang bijak dan progesif di samping membantu merancakkan ekonomi negara ke arah yang lebih baik.

 Share  Facebook  Twitter  LinkedIn  Pinterest

INFORMASI BERKAITAN

Cara Memupuk Semangat Peranan Belia Dalam Faktor-Faktor Berlakunya Krisis


Patriotisme Dalam Kalangan Pembangunan Negara Makanan Global
Masyarakat

Kepentingan Mempelajari Mata Cadangan Dan Langkah Cara-Cara Mengekalkan Keceriaan


Pelajaran Sejarah Di Sekolah Memperbaiki Pengangkutan Sekolah
Awam

TERKINI

Langkah Mengatasi Masalah Pengabaian Warga Tua

Semakan UPU 2023 & Panggilan Temuduga, Tawaran, Rayuan Ke UA/ IPTA

Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa : Sinopsis, Tema, Persoalan

INFO BERKAITAN

Cara-Cara Mengatasi Amalan Rasuah Di Malaysia

Langkah Mengatasi Masalah Pengabaian Warga Tua

Kejayaan Negara Dalam Perindustrian Tren Laju Harapan Masa Depan

TRENDING

Masalah Lari Dari Rumah Di Kalangan Remaja

Login SPdPR KPM & Panduan Pendaftaran Kelas PdPR

Peranan Unit Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah (Karangan)

Ipendidikan.MY Copyright 2024 | Hakcipta Terpelihara.

Anda mungkin juga menyukai