Anda di halaman 1dari 2

KARANGAN FAKTA / PENDAPAT / PERBINCANGAN

Amalan berjimat cermat amat penting untuk diterapkan dalam kalangan generasi
muda kerana mereka cenderung mempunyai sikap boros ketika berbelanja. Pada pendapat
anda, apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan bagi meningkatkan kesedaran berbelanja
secara berhemah dalam kalangan masyarakat?
JAWAPAN :
“Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit”. Ungkapan yang menarik ini menunjukkan
kepentingan tentang amalan berbelanja secara berhemah dalam kehidupan kita. Namun
begitu, masyarakat kini terutamanya generasi muda kurang mengamalkan amalan berjimat
cermat. Persoalannya, apakah langkah-langkah untuk memupuk amalan berbelanja secara
berhemah dalam kalangan masyarakat?
Perenggan 2 (Isi 1):
APA Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak
mereka untuk mengamalka amalan berbelanja secara berhemah.
MENGAPA Ibu bapa bertanggungjawab untuk memastikan anak-anak mereka
menerapkan amalan berjimat cermat sejak kecil lagi.
CONTOH Ibu bapa harus menjadi suri teladan kepada anak-anak mereka dengan
membuat perancangan membeli -belah.
PENYIMPU Ibu bapa wajarlah mengajar anak-anak untuk berjimat cermat ketika
L berbelanja sejak kecil lagi kerana ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’.

Perenggan 3 (Isi 2)
APA Pihak sekolah berperanan untuk mengajar murid-murid untuk berjimat
cermat melalui sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
BAGAIMANA Pihak sekolah bertanggungjawab untuk memberikan ilmu pengetahuan
tentang perancangan kewangan kepada murid-murid.
CONTOH Guru-guru harus mengajar murid-murid untuk mengamalkan nilai
kesederhanaan ketika berbelanja melalui mata pelajaran Pendidikan Moral.
PENYIMPUL Murid-murid akan merancang kewangan dengan baik, bak kata peribahasa
‘ingat sebelum kena, jimat sebelum habis’

Perenggan 4 (Isi 3)
APA Pihak kerajaan juga harus meningkatkan kesedaran tentang amalan
berbelanja secara berhemah dalam kalangan masyarakat,
MENGAPA Masyarakat dapat merancang kewangan untuk persaraan supaya tidak
menghadapi masalah kewangan kelak.
CONTOH Pihak kerajaan wajar mengadakan ceramah tentang kepentingan menabung
kepada masyarakat.
PENYIMPUL Masyarakat akan bersikap rasional dan menyimpan wang untuk kegunaan
pada masa hadapan.
Perenggan 5 (Isi 4)
APA Media massa juga bertanggungjawab untuk menyemai amalan berbelanja
secara berhemah dalam kalangan masyarakat.
MENGAPA Media massa dapat mempengaruhi minda masyarkat dalam melakukan
sesuatu perkara yang baik.
CONTOH Media massa seperti televisyen dan radio boleh memaparkan iklan atau
poster untuk menggalakan masyarakat supaya berjimat cermat ketika
berbelanja.
PENYIMPUL Media massa harus memainkan peranan yang baik agar masyarakat dapat
menjadikan amalan tersebut sebagai budaya hidup.

Kesimpulannya, amalan berbelanja secara berhemah banyak membawa manfaat


kepada masyarkat. Sesungguhnya, semua pihak harus bekerjasama seperti aur dengan tebing
untuk menggalakan setiap individu supaya mengamalkan amalan berbelanja secara berhemah
dalam kehidupan. Oleh itu, masyarkat yang bijak dalam merancang kewangan dapat
dilahirkan.
(___ patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai