Anda di halaman 1dari 2

Karangan Fakta/ Pendapat/ Perbincangan

Amalan berjimat cermat amat penting untuk diterapkan dalam kalangan


generasi muda kerana mereka cenderung (tend) mempunyai sikap boros ketika
berbelanja. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan
bagi meningkatkan kesedaran berbelanja secara berhemat dalam kalangan
masyarakat?

Kehendak Soalan
 Tema: berbelanja secara berhemat – isu positif
 Fokus/kata kunci: Langkah-langkah – bagi meningkatkan kesedaran
berbelanja secara berhemat dalam kalangan masyarakat.
 Sasaran: masyarakat (1. ibu bapa, 2. Pihak sekolah, 3. pihak kerajaan, 4.
media massa)
 Format: karangan pendapat (tidak berformat)

1. Perenggan Pendahuluan

2. Perenggan Isi 1 hingga 4


Isi Penting
Ibu bapa:
 A: ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak
mereka untuk mengamalkan amalan berbelanja secara berhemat.
 M: ibu bapa bertanggungjawab untuk memastikan anak-anak mereka
menerapkan amalan berjimat cermat sejak kecil lagi.
 C: ibu bapa harus menjadi suri teladan kepada anak-anak mereka dengan
membuat perancangan membeli-belah.
 P: ibu bapa wajarlah mengajar anak-anak untuk berjimat cermat ketika
berbelanja sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari
rebungnya.
Pihak Sekolah:
 A: pihak sekolah berperanan untuk mengajar murid-murid untuk berjimat
cermat melalui sesi pengajaran di sekolah.
 M: pihak sekolah bertanggungjawab untuk memberikan ilmu
pengetahuan tentang perancangan kewangan kepada murid-murid.
 C: guru-guru harus mengajar murid-murid untuk mengamalkan nilai
kesederhanaan ketika berbelanja melalui mata pelajaran Pendidikan
Moral.
 P: murid-murid akan merancang kewangan dengan baik, bak kata
peribahasa, ingat sebelum kena jimat sebelum habis.
Pihak Kerajaan
 A: pihak kerajaan harus meningkatkan kesedaran terhadap amalan
berbelanja secara berhemat dalam kalangan masyarakat.
 M: masyarakat dapat merancang kewangan untuk persaraan supaya tidak
menghadapi masalah kewangan kelak.
 C: pihak kerajaan wajar mengadakan ceramah tentang kepentingan
menabung kepada masyarakat.
 P: masyarakat akan bersikap rasional dan menyimpan wang untuk
kegunaan pada masa hadapan kerana kita perlu menyediakan payung
sebelum hujan.
Media Massa
 A: media masa bertanggungjawab untuk menyemai amalan berbelanja
secara berhemat dalam kalangan masyarakat.
 M: media masa dapat mempengaruhi minda masyarakat dalam
melakukan sesuatu perkara yang baik.
 C: media massa seperti televisyen dan radio boleh memaparkan iklan atau
poster untuk menggalakkan masyarakat supaya berjimat cermat ketika
berbelanja.
 P: media massa harus memainkan peranan yang baik dengan tidak
bersikap hangat-hangat tahi ayam agar masyarakat dapat menjadikan
amalan tersebut sebagai budaya hidup.

3. Perenggan Penutup
Kesimpulannya,...

Anda mungkin juga menyukai