Anda di halaman 1dari 2

Cara-Cara Memupuk Amalan Berjimat 

Cermat
Posted on September 20, 2014 by admin
Berjimat cermat merupakan amalan yang baik dan perlu dipertingkatkan dari semasa
ke semasa. Sikap berjimat cermat amat digalakkan oleh kerajaan. Justeru, tidak
hairanlah isu ini sering dibincangkan di surat khabar dan televisyen. Pada pendapat
saya, sikap berjimat cermat dapat mengelakkan sikap boros yang boleh mendatangkan
kerugian kepada diri sendiri. Beberapa cara perlu dilakukan bagi memupuk amalan
berjimat cermat di kalangan rakyat.

Amalan berjimat cermat ini boleh dipupuk melalui peranan ibu bapa. Hal ini kerana
anak-anak banyak menghabiskan masa di rumah bersama ibu bapa. Ibu bapa yang
mengamalkan sikap bersederhana dan berjimat cermat akan menjadi contoh terbaik
kepada anak-anak. Justeru, anak-anak pastinya akan mencontohi sikap jimat cermat
ibu bapa yang mereka lihat setiap hari.

Masyarakat juga boleh berperanan memupuk amalan berjimat cermat. Sesungguhnya


sikap masyarakat yang berjimat cermat akan mempengaruhi sikap generasi muda
dalam masyarakat tersebut. Sebagai contoh, masyarakat boleh mengamalkan sikap
berjimat cermat dengan menanam sayur-sayuran di sekeliling rumah untuk dijadikan
sebagai makanan harian. Pada masa yang sama, masyarakat juga perlu manasihati dan
menegur sikap golongan muda yang suka membazirkan masa lapang mereka dengan
aktiviti kurang berfaedah seperti melepak.

Media massa juga berperanan dalam memupuk amalan berjimat cermat. Hal ini kerana
media massa seperti surat khabar dan televisyen mudah untuk mempengaruhi minda
masyarakat dalam sesuatu perkara termasuklah perkara yang berkaitan sikap berjimat
cermat. Media massa boleh menjalankan kempen-kempen kesedaran tentang kebaikan
amalan berjimat cermat. Jika media massa dapat memainkan peranannya dengan baik,
pasti masyarakat akan menjadikan sikap berjimat cermat sebagai budaya hidup.

Pihak kerajaan juga boleh memainkan peranan dalam memupuk amalan berjimat
cermat di kalangan rakyat. Hal ini kerana pihak kerajaan mempunyai kuasa dan sumber
kewangan untuk melaksanakan Kempen Berjimat Cermat. Contohnya pihak kerajaan
boleh menganjurkan Karnival Membeli-belah sepanjang tahun, yang menawarkan
potongan harga sehingga 70%. Pihak kerajaan boleh juga mengingatkan pengguna
supaya bijak berbelanja dan mengutamakan barangan buatan Malaysia.

Selain itu, pihak sekolah juga boleh memainkan peranan dalam memupuk amalan
berjimat cermat. Hal ini kerana pihak sekolah boleh melaksanakan pelbagai program
yang dapat menerapkan sikap berjimat cermat di kalangan pelajar secara langsung atau
secara tidak langsung. Contohnya, pihak sekolah boleh menjalankan program kitar
semula yang boleh mendatangkan banyak kebaikan kepada diri pelajar dan juga alam
sekitar. Pihak sekolah juga boleh menyemai sikap berjimat cermat dalam kegiatan
kokurikulum yang diadakan.
Sebagai kesimpulan, terdapat banyak pihak yang boleh memainkan peranan untuk
memupuk amalan berjimat cermat. Sikap berjimat cermat adalah satu amalan yang baik
dan ia perlu dipupuk sejak kecil lagi. Pada pendapat saya, pihak yang melakukan
pembaziran patut dikenakan tindakan yang sewajarnya. Dengan kerjasama daripada
semua pihak, saya pasti amalan berjimat cermat boleh menjadi budaya hidup rakyat
Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai