Anda di halaman 1dari 2

Baca: Karangan Laporan – Program Kem Kepimpinan Cybersouth, Dengkil

Karangan Pendek: Usaha Menangani Kenaikan Harga Barang

Mutakhir ini, perbelanjaan rakyat malaysia semakin bertambah kerana kenaikan harga
barang. Usaha perdana untuk menangani kenaikan harga barang ialah masyarakat
harus mengamalkan amalan berjimat cermat dengan berbelanja mengikut kemampuan
sendiri. Sementara itu, kerajaan hendaklah menganjurkan kempen kesedaran
kepenggunaan dengan menyiarkan kepentingan berjimat cermat di media masa.

Selain itu, pihak berwajib juga perlu menjalankan pemantauan dan tindakan tegas
dengan mengadakan lawatan secara mengejut dan membuat pemeriksaan. Seterusnya,
ibu bapa patut merancang perbelanjaan keluarga, iaitu perbelanjaan yang mengikut
pendapatan. Sebagai impaknya, masalah berhutang dapat dielakan dengan membuat
perbelanjaan yang terancang.

Walhasil, masyarakat harus menguruskan perbelanjaan dengan bijak agar dapat


menangani masalah kenaikan harga barang.

Baca: Malaysia – Assalamualaikum dan Salam Jumaat

Karangan Pendek: Kebaikan Makan Bersama Keluarga

Mutakhir ini, budaya makan bersama-sama keluarga semakin kurang diamalkan.


Antara kebaikan makan bersama keluarga ialah kita dapat menunjukkan tabiat
pemakanan yang baik dengan menjadikan budaya kepada anak-anak apabila mereka
besar nanti.

Seterusnya, ibu bapa dapat berinteraksi dengan anak-anak. Sebagai kesannya, anak-
anak akan berasa dirinya disayangi oleh ibu bapa. Selain itu, hubungan antara anggota
keluarga akan terjalin dengan tiada persengketaan dan perbalahan keluarga.

Di samping itu, amalan ini merupakan masa yang terbaik untuk memuji anak-anak.
Impaknya , anak-anak akan lebih bermotivasi untuk menjalani kehidupan. Usaha untuk
menggalakkan budaya ini ialah mengadakan kempen makan bersma-sama keluarga
dengan menguar-uarkan kebaikan amalan ini di media massa.

Kesimpulannya, ibu bapa haruslah membudayakan supaya dapat membentuk keluarga


bahagia.

 180 Farewell Message to Colleagues, Friend, Bos, Employee


 160 Farewell Wishes to Friend, Coworker, Bos, Staff (With Images)
 5 Resignation Letter Example Malaysia – Email, Template
 5 Email Example – Job Application, Inquiry, Internship, Send Resume
 5 Short Cover Letter Examples: Customer Services, Technician, Intenship

Anda mungkin juga menyukai