Anda di halaman 1dari 1

Pada pandangan saya, kepentingan pemilihan makanan betul

adalah membekalkan zat dan nutrien yang berkhasiat untuk


tumbesaran tubuh badan manusia. Hal ini dikatakan demikian
kerana makanan yang betul dapat menghasilkan tenaga,
pembuangan sisa toksik dalam badan dan pelbagai lagi fungsi
lain. Contohnya, pengambilan diet yang mengandungi produk
tenusu seperti susu dan keju dapat menguatkan tulang dan gigi
manusia. Kesannya, makanan yang seimbang melahirkan
individu yang sihat dan segi rohani dan jasmani. Seterusnya,
kita juga dapat terhindar daripada perjakit yang disebabkan
oleh kkekurangan zat. Bak kata pepatah mencegah lebih baik
daripada mengubatinya. Tegasnya, makanan yang betul
memang dapat membekalkan zat dan nutrien kepada kita.

Cara seterusnya adalah dengan pihak boleh mengadakan


kempen yang sewajibnya. Dalam konteks ini, kempen -kempen
boleh dijalankan secara terancang dan berkesan dengan
kerjasama pihak media cetak dan media elektronik. Usaha ini
akan mewujudkan kesedaran kepada orang ramai supaya
menghindari makanan yang mempunyai kandungan lemak dan
gula yang tinggi. Contohnya, kita harus makan makanan yang
tinggi kandungan seratnya seperti buah-buahan dan sayur-
sayuran. Hasilnya, metabolism kita akan meningkat dan dapat
membakar lemak dalam badan. Kata slogan yang sering
digunakan dalam kempen-kempen kesihatan, kurangkan manis
dalam minuman, lebihkan manis dalam senyuman hendaklah
menjadi pegangan kepada kita. Tegasnya, kempen-kempen
memang dapat memberi kesedaran kepada orang ramai akan
pentingnya pemilihan makanan yang betul.

Anda mungkin juga menyukai