Anda di halaman 1dari 1

Tajuk Buku : Memilih Makanan Yang Berkhasiat

Pengarang : Safinah Saufi

Penerbit : Content Plus Sdn Bhd

Sinopsis

Buku ini menerangkan tentang peri pentingnya kita memilih makanan yang berkhasiat. Pemakanan yang
betul dapat memastikan kita sihat dan dan dapat melakukan pelbagai aktiviti fizikal dengan baik.
Makanan yang berkhasiat juga penting untuk minda yang cerdas.

Buku ini juga menyentuh tentang bahayanya makanan ringan. Makanan ringan boleh menyebabkan
ketagihan kepada kita. Banyak kesan buruk yang boleh terjadi akibat pengambilan makanan ringan.
Antaranya ialah badan menjadi letih, kemurungan, gangguan penghadaman, ketidakstabilan tahap gula
dalam darah, membahayakan jantung, risiko penyakit buah pinggan dan juga menghalang diet yang
seimbang.

Faktor pemakanan telah dikenalpasti sebagai penyebab kepada obesiti. Cara pemakanan yang betul
dapat mengawal seseorang daripada mengalami obesiti. Untuk mengelakkan obesity, kita perlu
mengamalkan pemakanan yang seimbang. Kita perlu mengamalkan konsep pemakanan suku-suku
separuh seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Elakkan makanan yang tinggi
kandungan kalori seperti makanan yang banyak lemak dan gula. Kita perlu mengetahui cara pemakanan
yang betul. Makan makanan mengikut kesesuaian badan dan juga mengikut pyramid makanan.

Selain itu, amalan gaya hidup sihat juga perlu diterapkan di dalam diri seseorang. Menjadi peranan dan
tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan anak-anak mendapat makanan yang seimbang. Ibu bapa
perlu menggalakkan anak-anak untuk bersukan dan bersenam bagi memastikan mereka sentiasa kekal
sihat dan aktif.

Pihak industri juga memainkan peranan bagi memastikan orang ramai mendapat makanan yang
berkhasiat. Inovasi produk-produk yang lebih menyihatkan perlu dilakukan dengan lebih giat lagi. Usaha
pemasaran produk sihat perlu dilakukan secara besar-besaran dan bersungguh-sungguh.

Anda mungkin juga menyukai