Anda di halaman 1dari 5

Cara-cara untuk memupuk amalan gaya hidup sihat

dalam kalangan masyarakat


Gaya hidup sihat boleh ditakrifkan sebagai amalan mulia
yang harus diamalkan oleh masyarakat di negara kita.
Sejak akhir-akhir ini, amalan ini semakin kurang
dijalankan dalam kalangan masyarakat. Statistik
menunjukkan bahawa bilangan orang yang jatuh sakit
semakin meningkat dari semasa ke semasa. Walaupun
pelbagai langkah positif diambil oleh pihak kerajaan
untuk menangani masalah ini, usaha ini tidak akan
terhasil jika tiada sokongan yang padu daripada
masyarakat. Masyarakat di negara kita harus sedar
bahawa amalan gaya hidup sihat ini boleh membawa
pelbagai nikmat kepada mereka jika diamalkan pada
setiap masa.
Aspek pemakanan yang seimbang menjadi penentu
dalam menjalani gaya hidup yang sihat. Pengambilan
makanan yang seimbang haruslah berdasarkan piramid
makanan yang telah disyorkan oleh pihak
kerajaan.Mengikut piramid makanan, makanan-makanan
yang mengandungi karbohidrat harus diambil dalam
kuantiti yang paling banyak kerana karbohidrat
membekalkan tenaga kepada kita untuk menjalankan
aktiviti seharian dengan sempurna.Makanan-makanan
yang mengandungi lemak harus dikurangkan
pemakannya kerana boleh menjejaskan kesihatan
kita.Dari perspektif yang lain, ibu bapa harus memainkan
peranan mereka dengan menyediakan bekalan makanan
untuk dibawa oleh anak-anak mereka ke sekolah. Hal ini

dapat memastikan anak-anak sentiasa makan makanan


yang berkualiti.Tuntasnya,amalan pemakanan yang
seimbang penting bagi menjamin kesihatan kita.
Selain itu, bersukan juga merupakan salah satu aktiviti
yang boleh dikategorikan sebagai amalan gaya hidup
sihat. Hal ini kerana aktiviti senaman yang berkala
mampu menjadikan kehidupan yang dijalani oleh
seseorang itu lebih sihat dan menceriakan. Kita boleh
menjalankan pelbagai aktiviti sukan seperti permainan
bola sepak dan badminton.Aktiviti-aktiviti sukan sebegini
penting kerana dapat membakar lemak-lemak yang
berlebihan dalam badan kita serta melancarkan
pengaliran darah ke otak.Apabila badan kita sihat ,kita
boleh memberi lebih tumpuan semasa berada di sekolah
mahupun di tempat kerja.Murid-murid seharusnya
melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum yang
dijalankan di sekolah.Dengan ini, murid-murid tidak
sahaja dapat menyihatkan badan mereka tetapi juga
dapat mengeratkan hubungan silaturahim dengan rakanrakan yang lain.
Sementelahan itu, kita juga mestilah mendapatkan
tidur dan rehat yang secukupnya. Badan kita
sekurang-kurangnya memerlukan antara 8 hingga 9 jam
tidur setiap hari. Hal ini dapat memastikan kita kembali
bertenaga pada hari yang seterusnya untuk menjalankan
kerja kita terutamanya dalam pembelajaran.Jika kita tidak
mendapat tidur yang cukup,kita akan menghadapi
pelbagai masalah dari segi kesihatan.Antaranya ialah
sistem imun badan kita akan menjadi lemah dan kita juga

akan mudah menjadi murung.Ibu bapa seharusnya


mendisiplinkan anak-anak mereka dengan menetapkan
waktu tidur yang spesifik agar anak-anak tidak berjaga
sehingga lewat malam.Seterusnya, kita juga harus
minum air yang secukupnya pada setiap hari.Hal ini
kerana air dapat melancarkan sistem pencernaan dalam
tubuh badan kita.Konklusinya,kita mestilah mendapatkan
tidur dan rehat yang secukupnya serta minum banyak air
sebagai cara efektif untuk menjalani amalan gaya hidup
sihat.

Di samping itu, pemeriksaan kesihatan amat wajar


dilakukan untuk memastikan kesihatan kita berada dalam
keadaan baik. Mengikut saranan pakar perubatan,
seseorang perlu melakukan pemeriksaan kesihatan
sekurang-kurangnya dua kali setahun atau enam bulan
sekali. Pemeriksaan ini meliputi tekanan darah, paras
gula dalam darah, tahap kolesterol dan lain-lain lagi.
Tujuan pemeriksaan dibuat untuk memastikan tahap
kesihatan kita berada dalam keadaan sihat dan dapat
mengesan penyakit kronik dengan lebih awal seperti
penyakit darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Hal
ini boleh dikaitkan dengan peribahasa, Mencegah lebih
baik daripada mengubatinya. Bagi pesakit yang telah
diserang penyakit ini, keadaannya boleh dikawal sebelum
menjadi serius jika pemeriksaaan kesihatan awal
dilakukan.Oleh itu, kesihatan seseorang akan berada
dalam keadaan baik jika kita secara berdisiplin menjalani

pemeriksaan kesihatan diri di hospital-hospital secara


berjadual.
Seterusnya,aspek kebersihan diri dan kebersihan
sekeliling juga merupakan salah satu cara bagi
menjalani satu kehidupan yang sihat.Keperluan asas
seperti menggosok gigi, mandi, berpakaian bersih, waktu
tidur dan rehat yang cukup perlu dijadikan amalan hidup
seharian. Bagi mengelakkan jangkitan kuman atau
penyakit, kita juga perlulah mengamalkan budaya
mendisiplinkan diri dengan asas-asas kebersihan seperti
mencuci tangan dengan bersih sebelum makan, menutup
makanan dengan baik agar tidak dihinggapi lalat
mahupun memilih gerai atau tempat makan yang bersih
semasa menjamu selera.Bukan sahaja itu, kita juga harus
memastikan persekitaran rumah kita bersih.Sebagai
contoh,kita harus mengelakkan pembiakan nyamuk
aedes yang membawa penyakit denggi dengan
memastikan tiada takungan air yang dibiarkan seperti di
dalam pasu-pasu bungga.Segelintir masyarakat sangat
sambalewa dalam menitik beratkan aspek berkenaan
yang mungkin boleh membawa padah. Oleh itu, amalan
sebegini harus diutamakan dalam kalangan masyarakat
agar dapat membentuk gaya hidup yang
sihat.Tuntasnya,aspek kebersihan diri dan kebersihan
sekeliling harus dititikberatkan dalam kehidupan seharian
kita.
Secara kesimpulannya, semua pihak harus berganding
bak kata pepatah berat sama dipikul,ringan sama dijinjing
dalam usaha memastikan rakyat Malaysia mengamalkan

amalan gaya hidup sihat pada setiap masa.Dengan ini,


modal insan yang sihat dan berkualiti dapat dilahirkan
untuk meningkatkan produktiviti negara.Rakyat sihat,
negara maju.

Anda mungkin juga menyukai