Anda di halaman 1dari 2

Huraikan pendapat anda tentang kepentingan menjaga amalan pemakanan.

Panjangnya
huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Dalam alaf moden ini, kesihatan badan merupakan salah satu aspek yang amat
penting dan tidak boleh diabaikan oleh setiap manusia. Namun begitu, statistik telah
menunjukkan tahap kesihatan rakyat Malaysia telah menurun dari semasa ke semasa. Antara
punca yang utama ialah kebanyakan rakyat Malaysia begitu sibuk sehingga mereka
mengabaikan amalan pemakanan seharian mereka. Oleh itu, beberapa langkah patut diambil
oleh pihak kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan untuk memberikan kesedaran kepada
masyarakat tentang kepentingan menjaga amalan pemakanan.
Sebenarnya menjaga amalan pemakanan amat penting dan patut dijadikan sebagai
tabiat kehidupan setiap orang kerana kesihatan badan kita akan terjamin dengan
mengamalkan tabiat tersebut. Dalam erti kata yang lain, badan kita akan memperoleh zat-zat
yang secukupnya dengan menjaga amalan pemakanan kita dan seterusnya menjauhkan diri
daripada ancaman penyakit. Contohnya, makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan
banyak mengandungi vitamin yang diperlukan untuk sistem imuniti badan kita, bijirin dan
roti pula banyak mengandungi karbohidrat yang diperlukan untuk menjana tenaga badan kita,
protein boleh berfungsi membaiki sel-sel badan yang cedera dan minuman susu pula
mengandungi mineral kalsium yang berkeupayaan untuk menguatkan tulang dan gigi kita.
Selain itu, menjaga amalan pemakanan juga diperlukan bagi membentuk gaya hidup
yang sihat. Dalam pada itu, amalan tersebut boleh membantu kita mengawal tabiat
pemakanan yang tidak sihat dengan berpandukan piramid makanan dan rujukan doktor atau
pakar pemakanan. Tabiat pemakanan kita yang mengutamakan makanan berminyak,
terutamanya makanan segera dapat diubah dan kesihatan badan dari segi fizikal dapat
dibentuk. Di samping itu, kita juga boleh mengelakkan diri daripada mengambil ubat-ubatan
dan pil-pil seperti pil langsing badan dan seterusnya mengelakkan kesan sampingan daripada
pil
ubatan
tersebut.
Sebenarnya, tumbesaran kanak-kanak juga terpengaruh oleh amalan pemakanan
seharaian mereka. Zat-zat yang diperoleh oleh kanak-kanak melalui amalan pemakanan yang
sihat an seimbang amat diperlukan untuk memastikan kanak-kanak membesar dengan sihat
serta memperkuat sistem imuniti mereka supaya mereka dapat mengelakkan diri daripada
menghidap penyakit yang berbahaya. Badan kanak-kanak yang sihat dan berfikiran cerdas
juga membolehkan mereka mempunyai tumpuan yang secukupnya untuk menelaah bukubuku dan mengulang kaji pelajaran mereka bak kata otak yang cerdas berada pada badan
yang
cergas.
Kesimpulannya, amalan pemakanan yang sihat amat penting kepada semua orang
termasuklah golongan kanak-kanak, muda-mudi dan orang tua. Oleh itu, semua pihak harus
mengambil tindakan positif untuk mengubah amalan pemakanan yang tidak sihat supaya
masyarakat yang sihat sepanjang hayat dapat dilahirkan untuk memajukan bangsa dan negara
yang tercinta.

Anda mungkin juga menyukai