Anda di halaman 1dari 2

Assalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua hadirin terutamanya golongan belia dan

beliawanis dalam program gaya hidup sihat ini. Program ini diadakan bertujuan untuk memberikan penerangan
tentang pengurusan berat badan yang ideal. Kesihatan merupakan perkara yang paling penting dalam menjalani
kehidupan seharian dengan sempurna. Berdasarkan kajian 15 peratus kanak-kanak di Malaysia menghidap masalah
obesiti dan jumlahnya meningkat setiap tahun. Oleh itu, usaha pasti akan membuahkan hasil jika pelbagai langkah
yang efektif dilakukan segera untuk mengatasi masalah ini.

Langkah utama yang perlu dilakukan ialah seseorang itu perlu mengamalkan konsep kesimbangan tenaga
dalam kehidupan seharian. Hal ini dapat dilaksanakan apabila kita mengamalkan pengambilan makanan mengikut
piramid makanan yang seimbang. Pada masa yang sama, kita juga digalakkan aktiviti fizikal seperti berbasikal,
berjoging dan bersenam untuk mengeluarkan peluh dan toksik daripada badan. Tegasnya, amalan gaya hidup sihat
dari segi pemakanan dan bersukan membantu mengurangkan berat badan seseorang.

Seterusnya,

Penanda wacana __________________ Isi 1 ____________________ . Penanda wacana


__________________________ Huraian ___________________ . Penanda wacana
__________________ contoh _____________________ . Penanda wacana ___________________
kesimpulan __________________________ .
Isi – IHCK – (I) Isi + (H) Huraian + (C) Contoh + + (K) Kesimpulan
Penanda wacana __________________ Isi 2 ____________________ . Penanda wacana
__________________________ Huraian ___________________ . Penanda wacana
__________________ contoh _____________________ . Penanda wacana ___________________
kesimpulan __________________________ .
Isi – IHCK – (I) Isi + (H) Huraian + (C) Contoh + + (K) Kesimpulan
Penutup - USHA – (U)Ulasan + (S) Syor + Ha (Harapan)
Penanda wacana __________________ ulasan____________________ . Penanda wacana
_______________syor/cadangan___________________________ . Penanda wacana
_________________________ harapan__________________________________.

            Banyak cara untuk mengurangkan berat badan antaranya termasuklah minum air dengan kuantiti yang banyak
. Sebelum makan digalakkan meminum air segelas agar mudah kenyang sekali gus mengurangkan pengambilan
makanan yang berlebihan. Kajian juga telah dilakukan dan mendapati bahawa kopi dan teh mampu meningkatkan
tindakan metabolisme badan iaitu kadar pembakaran kalori . Sehubungan dengan itu , meminum lapan gelas air atau
dua liter dapat membantu dalam mengurangkan berat badan. Dalam kes ini pada waktu pagi digalakkan meminum
segelas air manakala tengahari tiga gelas air , petang dua gelas air dan malam dua gelas air. Justeru air penting untuk
mengekalkan tubuh badan yang sihat.
         Pada waktu yang sama , melakukan senaman di gym juga dapat mengurangkan berat badan. Sehubungan
dengan itu , untuk mendapat berat badan yang idel seseorang itu perlulah melakukan senaman di gym sekurang-
kurangnya 3 kali seminggu selama 40 minit atau sejam . Cara ini boleh dilakukan bersama-sama ahli keluarga dan
rakan-rakan. Aktiviti gym sesuai dilakukan pada waktu pagi atau petang kerana waktu itu bagus untuk melakukan
aktiviti . Banyak alatan yang disediakan di gym misalnya bag penumbuk , dumbell , mesin treadmill dan tikar yoga
yang sesuai untuk mengurangkan berat badan. Tegasnya , kita harus melakukan senaman untuk mengurangkan berat
badan khususnya bagi mereka yang mempunyai masalah kegemukan.

         Selain daripada itu ialah berjalan kaki atau joging kerana mempercepatkan proses pembakaran kalori dalam
badan. Salah satu teknik yang boleh digunakan ialah dengan meletakkan kenderaan jauh daripada tempat yang dituju
menyebabkan seseorang itu perlulah berjalan kaki. Dalam konteks ini seseorang boleh berjalan kaki atau berjoging di
taman , padang , jalan serta tempat riadah . Menurut kajian berjoging selama 45 minit sudah cukup untuk
mengurangkan berat badan. Pakaian yang betul ketika berjoging hendaklah merangkumi baju sukan, seluar trek dan
kasut joging juga digalakkan untuk membawa jam bagi menentukan masa tamat berjoging. Oleh itu, joging atau
berjalan kaki bukan sahaja dapat mengurangkan masalah berat badan malah mengelakkan penyakit berbahaya yang
berkait dengan jantung.

         Tambahan pula ialah , pemakanan yang seimbang untuk menjadi lebih sihat. Dalam pada itu , seseorang perlu
mempunyai jadual pemakanan yang merangkumi sarapan pagi , makan tengahari dan makan malam. Jadual makan
perlulah seimbang dengan mengandungi semua tujuh kelas makanan. Bagi mereka yang mempunyai masalah berat
badan diwajibkan untuk makan makanan yang kaya dengan serat dan kurangkan pengambilan makanan berminyak
dan masin. Serat membantu dalam proses pencernaan makanan contohnya anggur,epal,rambutan,mangga,nenas
serta tembikai. Jelaslah bahawa memakan makanan yang kaya dengan serat serta jadual pemakanan seimbang dapat
mengurangkan berat badan.

        Kesimpulannya , pemakanan ialah punca segala penyakit pada era ini . Oleh itu , kita wajar mengamalkan gaya
hidup sihat agar dapat melakukan aktivit harian dengan sempurna .Hal ini kerana, kesihatan adalah aspek paling
penting dalam hidup. Masyarakat serta ibu bapa haruslah prihatin tentang kesihatan mereka dan orang lain selaras
dengan wawasan 2020 untuk mencapai status negara yang sihat sejahtera . Semua orang harus berganding
bahu berat sama dipikul ringan sama dijinjing
untuk mencipta sebuah masyarakat yang harmoni dan sihat.

Anda mungkin juga menyukai