Anda di halaman 1dari 5

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Yang Berhormat Tuan Speaker Dewan, Pegawai-pegawai Persidangan, Yang


Berhormat Pembangkang, Yang Berhormat Kerajaan yang sudah cukup yakin
dengan usul yang dibawa hari ini serta ahli-ahli dewan sekalian. Saya selaku ketua
pembangkang pada hari ini bangkit untuk menyatakan bahawa kami di barisan
pembangkang menolak usul yang dikemukakan oleh pihak kerajaan bahkan kami
ingin menegaskan bahawa pemakanan seimbang asas kepada gaya hidup sihat.

Menurut Kamus Pelajar edisi keempat makanan bermaksud juadah manakala pula
seimbang bermaksud sama berat. Apabila digabungkan kedua-dua perkataan ini
bermaksud makan makanan mingikut keperluan.

Hadirin yang dihormati sekalian.

Sejak kita mentah lagi dan darah hanya setampuk pinang, kita telahpun dididik dan
diingatkan berulang-ulang kali oleh ibu bapa dan guru tentang kepentingan
pemakanan seimbang. Satu senario yang tidak asing kepada seseorang kanak-
kanak adalah apabila ditegur oleh ibu bapa kerana enggan makan sayur-sayuran
dan hanya ingin menjamah makanan ringan.Terdapat sesetengah pihak yang
berpendapat bahawa pemakanan seimbang tidak begitu vital kepada kesihatan
seseorang individu.Menurut persepsi mereka, kehidupan manusia di muka bumi
hanyalah sementara dan harus dinikmati sepenuhnya.Oleh itu, mereka memandang
enteng terhadap kepentingan pemakanan seimbang.Pandangan ini dapat disangkal
dengan mudah kerana impak pemakanan seimbang terhadap kesihatan dan
kebahagiaan seseorang amat ketara dalam kehidupan seharian kita sebagai
manusia.Namun demikian, mengapakah masalah obesiti kian bertambah kritikal
jikalau kebanyakan komuniti sedar tentang kepentingan pemakanan seimbang?
Kajian terkini mendapati bahawa 33% daripada semua penghuni dunia ini
menghadapi masalah obesiti. Statistik ini amat meruncing kerana hal ini bermaksud
terdapat kira-kira 2 bilion orang di seluruh pelosok dunia yang tergolong dalam
kategori obes! Apakah kepentingan pemakanan seimbang yang harus dikupas dan
dibugar secara terperinci hingga ke akar umbi, bagi menyedarkan dan menginsafkan
masyarakat agar lebih peka terhadap diet mereka dan tidak bersikap bena tak bena
terhadap kesihatan dan kebajikan peribadi mereka? Marilah kita mengkaji persoalan 
yang masih menjadi polemik dalam kalangan  masyarakat..
Tuan dipertua dan sidang dewan sekalian.                 

Sebagai pembuka tirai perbahasan ini, salah satu kepentingan atau faedah
pemakanan seimbang yang jelas dan nyata adalah untuk menjadikan tumbesaran
manusia lebih sempurna dari aspek fizikal dan fisiologi. Tubuh badan akan
menerima semua zat yang diperlukan untuk menjalani aktiviti seharian tanpa
menjadi lesu. Oleh itu, seseorang yang menjaga dan mengawal pemakanannya
akan memiliki keadaan fizikal yang jauh lebih baik berbanding seseorang yang
kurang prihatin terhadap diet dan cara pemakanannya. Zat dan mineral seperti
kalsium, magnesium dan fosforus penting dalam proses pembentukan gigi dan
tulang yang kuat. Kanak-kanak khususnya yang harus mengambil zat-zat ini dalam
kuantiti yang optimum supaya dapat membesar sebaik-baiknya.Di samping itu,
mineral seperti zat besi penting untuk memastikan sistem peredaran darah
seseorang itu efisien dan berfungsi secara lancar.Kanak-kanak dan remaja
memerlukan tenaga dan bahan mineral secukupnya untuk membesar, bukan sahaja
dari aspek lahiriah seperti ketinggian dan berat badan, malah juga dari segi
kelancaran fungsi organ dalaman dan kecekapan sistem-sistem badan. Sekiranya
pemakanan mereka tidak seimbang, mereka akan mengalami pertumbuhan yang
terbantut serta tidak sempurna. Hal ini akan memudaratkan kesihatan mereka
secara keseluruhannya dan akan mengakibatkan mereka kurang berkemampuan
untuk menghadapi cabaran dan dugaan hidup. Satu tamsilan yang amat menyayat
hati ialah kanak-kanak yang berada di negara-negara Dunia Ketiga seperti Ethiopia
dan Afrika Selatan yang tidak mempunyai akses kepada makanan berkhasiat.Oleh
sebab tidak berpeluang mengamalkan pemakanan yang seimbang, kanak-kanak ini
tidak dapat membesar dengan sempurna dan kebanyakannya mereka mempunyai
jangka hayat yang amat pendek, seperti 7 hingga 12 tahun sahaja.Ironinya, ramai
individu di negara yang maju berupaya mengamalkan diet yang sihat dan berkhasiat,
namun mereka enggan bertindak sedemikian.

 Sidang dewan yang saya hormati sekalian.                

Bertitik tolak daripada huraian sebelum ini, manfaat lain yang diperoleh daripada
pemakanan seimbang ialah menjamin perkembangan mental seseorang yang lebih
cekap dan berkesan. Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan
mental seseorang itu tidak cukup cerdas atau mudah letih apabila
cubamenyelesaikan sesuatu perkara yang dialami semasa meneroka liku-liku
kehidupan. Situasi ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan
masalahnya dengan lebih efektif dan rasional berbanding dengan individu yang
seimbang aspek pemakanannya. Dr Andrew McCulloch dari Mental Health
Foundation telah menjalankan penyelidikan yang mendapati bahawa pelbagai
penyakit mental seperti depresi ( kemurungan ), schizofrenia, penyakit Alzheimer
dan ADHD ( Attention Deficit Hyperactivity Disorder ) dapat dihindari sekiranya
mengambil makanan dan minuman yang seimbang dan berkhasiat. Menurut beliau,
otak manusia sebagai pusat kawalan seluruh sistem badan juga dipengaruh oleh
nutrien-nutrien yang terdapat dalam diet kita. Kajian saintifik terkini juga
mengeluarkan laporan bahawa mineral seperti kalsium dan sodium terlibat dalam
proses penghantaran impuls dalam sistem saraf badan kita. Dr McCulloch telah
mengutarakan evidens bahawa pemakanan seimbang dapat mengurangkan tekanan
emosi serta meningkatkan keupayaan seseorang individu untuk menangani dan
mengatasi sesuatu masalah atau pancaroba dengan minda yang tenang dan waras.

Sidang dewan sekalian.                 

Pemakanan seimbang telah terbukti dapat mengurangkan risiko untuk menghidapi


pelbagai penyakit yang berbahaya. Malnutrisi didefinisikan sebagai mempunyai diet
yang tidak seimbang, seperti mengambil nutrien-nutrien dalam kadar yang terlalu
banyak ataupun terlalu sedikit. Makanan ringan yang digemari ramai mempunyai
kandungan kolesterol, garam, gula dan lemak yang terlalu tinggi. Sekiranya kita
terlalu kerap makan makanan ringan, kita akan mempunyai risiko tinggi untuk
menghidapi penyakit obesiti, diabetes, hipertensi dan juga strok. Sebaliknya
sekiranya kita kekurangan kalsium, fosforus dan vitamin D dalam diet harian, kita
akan menghidapi penyakit osteoporosis dan osteomalacia, iaitu tulang dan gigi
menjadi lemah dan mudah retak. Seperti yang berlaku kepada kanak-kanak di
negara-negara daif, kekurangan protein akan menyebabkan penyakit kwashiorkor
dan marasmus. Penyakit  kanser juga terbukti dapat dielakkan dengan
mengamalkan pemakanan yang seimbang, terutamanya kanser payu dara, kanser
buah pinggang dan kanser hati. Oleh itu, memang tidak dapat dinafikan bahawa
jikalau kita mengambil semua nutrien, bahan mineral dan zat yang diperlukan oleh
tubuh badan dalam kuantiti yang tepat, kita akan mengurangkan risiko diri untuk
dijangkiti berbagai-bagai penyakit yang bukan sahaja menderitakan malah juga
berpotensi membawa maut. Janganlah sampai nasi menjadi bubur, barulah kita
bertindak dan  mengambil berat  kepentingan pemakanan seimbang kerana sesal
dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

Kepentingan pemakanan seimbang yang terakhir namun tidak kurang signifikannya


berbanding kepentingan yang dihuraikan sebelum ini ialah pemakanan seimbang
dapat menjimatkan kos dan perbelanjaan perubatan seseorang, khususnya
golongan yang kurang berkemampuan. Suatu soal selidik yang dijalankan iaitu
Consumer Expenditure Survey 2009 telah menganggarkan bahawa setiap individu
membelanjakan kira-kira 6.37% daripada pendapatan bulanan mereka untuk
membiayai perbelanjaan perubatan. Secara amnya, seseorang itu akan
membelanjakan sebanyak US$3,126 (RM9,975) setiap tahun semata-mata untuk
menjelaskan kos perubatan. Pada tahun 2009, kerajaan Malaysia telah
memperuntukkan perbelanjaan sebanyak RM13.8 bilion untuk menampuang segala
keperluan dan kemudahan perubatan rakyat Malaysia.Senario ini tidak harus
berlaku, kerana kita sewajarnya berusaha menjaga kesihatan diri dan tidak
bergantung kepada kerajaan untuk menyelesaikan masalah-masalah kita. Jikalau
kita mengamalkan pemakanan yang seimbang, kita mampu menjimatkan
perbelanjaan perubatan sebanyak beribu-ribu ringgit dan wang tersebut dapat
disimpan untuk masa kecemasan yang lain. Dari aspek ekonomi negara pula,
berbilion-bilion ringgit dapat difokuskan bagi menjana pembangunan dan
perkembangan dalam industri lain seperti industri pelancongan dan penyelidikan.
Sesetengah pihak akan mengemukakan hujah bahawa pemakanan seimbang tidak
begitu penting, kerana sains dan teknologi moden dalam bidang perubatan
menjelang era pascaglobalisasi ini mampu mengubati hampir setiap penyakit.
Memang benar, bidang perubatan kini semakin canggih hasil daripada daya intelek
golongan saintis dan pakar perubatan.Namun demikian, persis madah pujangga
Melayu ada berbunyi, mencegah lebih baik daripada mengubati.Dalam konteks ini,
peribahasa ini menegaskan bahawa lebih baik kita menghindari diri daripada
menghidapi sesuatu penyakit daripada mengubati penyakit tersebut selepas
dijangkiti. Hal ini juga dapat menjimatkan kos dan perbelanjaan kita. Membeli
makanan berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran jauh lebih murah
daripada membeli ubat-ubatan daripada farmasi.

                 
Tuan dipertua dan sidang dewan sekalian.

Tuntasnya, kepentingan pemakanan seimbang amat jelas dan ketara dalam


kehidupan seharian setiap manusia di permukaan bumi ini. Sebelum mengakhiri
perbahasan, seruan saya selaku ketua pembangkang ialah kita mestilah sedar
bahawa tabiat pemakanan kita bukan sahaja mendatangkan kesan terhadap
kesihatan fizikal kita, malah akan meninggalkan implikasi terhadap kesihatan kita
secara holistik. Pepatah ada mengatakan, Diri Anda ialah Apa yang Anda Makan
dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan. Kita perlulah membina jadual
pemakanan yang terancang berdasarkan Piramid Makanan serta mematuhi arahan
doktor. Andai kata semua warganegara Malaysia berganding bahu dan bersama-
sama mempraktikkan diet dan pemakanan yang seimbang, bukan sahaja individu
malah masyarakat dan negara yang akan menerima kesan positif daripada usaha
kolaboratif ini. Akhir kata, kami barisan pembangkang menyeru supaya pihak
kerajaan mewajibkan pemakanan seimbang supaya negara dan juga dunia kita ini
akan lebih sihat dan cergas, sekali gus melahirkan masyarakat yang cemerlang dan
berakal tajam, kerana badan sihat, otak cerdas.

Anda mungkin juga menyukai