Anda di halaman 1dari 5

Soalan Latihan Sajak Di Bawah Langit Yang Sama:

1.         Terangkan maksud rangkai kata ‘lebur kebencian kuburkan sejarah hitam’.

2.         Pada pendapat anda, apakah manfaat yang akan diperoleh jika semua orang sedar bahawa mereka setaraf
antara satu sama lain?

3.         Mengapakah penyajak menyatakan bahawa kita hidup di bawah langit yang sama?

4.         Terangkan maksud rangkai kata ‘tiupan harapan senada’.

5.         Apakah program-program yang dapat dilakukan untuk membentuk persahabatan dalam kalangan
masyarakat dunia?

6.         Apakah harapan penyajak berdasarkan sajak tersebut?

7.         Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mengamalkan hidup berbaik-baik dengan bangsa lain di
dunia?

8.         Nyatakan tiga kesan buruk jika dunia tidak aman.

9.         Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menjadi penghalang keamanan dunia?

Contoh Jawapan:

1.         -           buangkan perasaan benci dan lupakan kisah pahit.

2.         -           manusia akan saling menghormati hak masing-masing;


            -           manusia tidak akan bermusuhan;
            -           manusia akan saling membantu;
            -           dunia akan aman dan damai.

3.         -           kita menghirup udara yang sama;


            -           pokok-pokok di London dan Washington adalah sama;
            -           mereka yang tinggal di Australia juga seolah-olah tinggal di Afrika;
            -           manusia sejagat berkongsi siang dan malam.

4.         -           memperjuangkan sesuatu hasrat secara bersama-sama dan bermuafakat.

5.         -           pertandingan sukan seperti Piala Dunia dan Sukan Olimpik;
            -         program pertukaran pelajar antara negara;
            -         misi bantuan bencana alam kepada negara yang terbabit;
-       persidangan dunia bagi membincangkan isu-isu dunia seperti proses damai, kerjasama antara
negara dan sebagainya.

6.      -     manusia hanya dipisahkan oleh sempadan tetapi sempadan wajar sentiasa   terbuka;
            -         manusia perlu berusaha untuk bersatu;
            -         kita perlu membuang perasaan benci untuk mengelakkan perbalahan.

7.         -    kita memerlukan kedatangan mereka untuk memajukan industri pelancongan negara;
-    rakyat Malaysia akan melanjutkan pelajaran di luar negara; kita dapat mempelajari teknologi
moden, mendapatkan sumber makanan serta barang keperluan lain daripada mereka.

8.         -           manusia akan hidup dalam ketakutan;


            -           ekonomi negara akan lumpuh;
            -           menyukarkan rakyat untuk pergi ke sesuatu negara atas urusan penting;
            -           berlaku krisis kenaikan harga minyak.

9.        -         sikap tamak pemimpin yang ingin meluaskan pengaruh dan penguasaan  ekonomi;
            -           pertubuhan dunia gagal mencegah berlakunya peperangan;
            -           kuasa-kuasa besar lebih mementingkan diri sendiri.
Kepentingan Makanan Berkhasiat

Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa
sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat
untuk memastikan kesihatan yang baik. Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit
jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat serta
kurang bersenam. Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada
mengatakan, “ Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan  ” dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan.

Malaysia dikatakan mempunyai masalah obesiti yang serius.

“ Empat daripada sepuluh orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun di negara ini sama ada mengalami
kegemukan atau terlebih berat badan (obesiti). ”sumber dari berita harian

Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan
makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut mempopularkan pemakanan
seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud
pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini.

1.  Pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal.


Tubuh badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk membina tubuh badan yang kuat daripada
keperluan fizikal manusia. Keupayaan fizikal yang ketara ini menjadikan seseorang manusia itu boleh menjalankan
tugasnya dengan begitu baik dan sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang menjadikan fizikal manusia itu lebih baik
berbanding manusia lain yang kurang menjaga aspek pemakanannya.

2.  Memberikan vitamin yang cukup kepada badan.


Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan
penyakit atau tidak mudah untuk jatuh sakit. Kesihatan manusia dikatakan perkara yang paling penting dalam
kehidupan seseorang itu. Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan pemakanan seimbang akan mempunyai kesihatan
yang sihat sejahtera sahaja.

3.  Mampu mengawal kadar obesiti.


Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang
kecil tetapi cukup khasiat yang diperlukan oleh badan. Pengawalan pemakanan sebegi menjadikan tubuh seseorang itu
tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang
mampu menyihatkan badan pula. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan
seimbang dalam hidupnya.

4.  Perkembangan mental seseorang itu tidak terganggu.


Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu tidak cukup cerdas atau mudah letih
apabila cuba menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami dalam kehidupan seseorang itu. Keadaan ini menjadikan
seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif berbanding dengan individu yang
seimbang aspek pemakanannya. Jadi, pemakanan seimbang menjadikan aspek mental manusia lebih stabil dan berdaya
tahan.

Kesimpulannya

Kita perlu mengambil makanan yang seimbang kerana semua kepentingannya sudah dinyatakan tadi. Bukan sahaja
individu tetapi masyarakat dan seterusnya negara akan menerima kesan positif daripada pemakanan yang baik ini.
Jika masyarakat masih ingkar dan tidak mahu berubah sudah pasti jumlah pesakit penyakit kronik di negara ini akan
bertambah pula. Ketika itu mungkin sudah terlewat untuk kita semua mengambil langkah pencegahannya. “Tepuk dada
tanya selera”.
 Makanan Seimbang Kurangkan Risiko Penyakit Berbahaya
Pengambilan makanan berkhasiat, berzat dan seimbang sering disarankan untuk memastikan anda sentiasa sihat dan
bebas daripada pelbagai penyakit berbahaya. Ini kerana pengambilan makanan seimbang dalam diet seharian dapat
membantu mengurangkan risiko beberapa penyakit, termasuk kanser, serangan jantung dan angin ahmar, tekanan
darah tinggi, lebihan kolesterol, osteoporosis dan spina bifida. Sejauh manakah makanan dapat membantu anda
menjauhkan diri daripada penyakit berbahaya?

1.  Kanser (Barah)

Makan buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membantu mengurangkan risiko kanser kolon, perut, paru-paru dan
esofagus. Bagaimanapun, bukti yang menunjukkan pengurangan risiko itu tidak sekuat sebagaimana kanser payu dara
dan prostat.
Diet tinggi lemak sering dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser prostat, kolon, rektum dan endometrium.
Bagaimanapun diet tinggi lemak sukar dikaitkan dengan kanser payu dara tetapi ada bukti menunjukkan bahawa
lemak tepu memainkan peranan penting dalam meningkatkan risiko kanser.

2.  Serangan jantung dan angin ahmar (Strok)

Satu kajian mendapati mereka yang mengikuti garis panduan pemakanan disarankan Jabatan Pertanian Amerika
Syarikat (USDA) mengalami 28% dan 14% pengurangan risiko terhadap serangan jantung dan strok berbanding
mereka yang tidak mengikuti garis panduan itu.

3.  Lebihan kolesterol

Kurangkan pengambilan lemak, terutama lemak tepu akan merendahkan risiko mengalami lebihan kolesterol di dalam
darah, sekaligus risiko terhadap penyakit jantung koronari.

4.  Tekanan darah Tinggi

Mengambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran (8 hingga 10 hidangan) diikuti diet rendah lemak dan mengambil
produk tenusu (3 hidangan sehari) boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan merendahkan tekanan darah,
sekaligus mengurangkan risiko terhadap penyakit jantung koronari.

5.  Osteoporosis

Mendapat kalsium secukupnya akan melindungi anda daripada osteoporosis. Kalsium dijumpai dalam produk tenusu,
sayuran hijau dan banyak lagi produk yang diperkaya dengan kalsium.

6.  Spina Bifida

Mengambil makanan yang mengandungi asid folik seperti sayur-sayuran hijau atau asid folik yang diperkaya dengan
bijirin sebelum dan ketika hamil dapat membantu melindungi bayi daripada mengalami spina bifida.
Tips Diet Seimbang
Antara beberapa tips diet seimbang yang boleh diamalkan.

1. Banyakkan makan makanan yang berbuah.

Kalau nak kira memang banyak sebenarnya buah yang sedap lagi berkhasiat. Diantaranya ialah buah apple, nenas,
pisang, bawang putih, gandum, kentang, dan buah betik. Semua jenis buah yang disebut ini sebenarnya banyak
khasiat tersendiri.

2. Banyakkan juga memakan kekacang.

Kacang pea, kekacang dan lentil adalah kaya dengan protein, karbohidrat, gentian dan beberapa vitamin
(terutamanya vitamin B). Kacang soya yang sangat kaya dengan protein tumbuhan – boleh didapati dalam pelbagai
bentuk seperti susu kacang soya, tauhu, tempe, protein sayuran bertekstur dan taugeh.

3. Banyakkan minum air.

Air adalah sangat penting untuk fungsi-fungsi tubuh anda, termasuk penghadaman, penyerapan dan pengangkutan
zat, perkumuhan, pengawalan suhu badan dan bertindak sebagai pelincir bahagian tubuh yang bergerak. Tubuh kita
akan kehilangan lebih kurang 11/2 hingga 21/2 liter air dalam satu hari melalui air kencing, tinja, peluh dan wap
daripada paru-paru. Jangan tunggu sehingga sudah berasa dahaga, untuk menggantikan cecair yang telah hilang dari
badan. Minum sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air setiap hari. Cecair juga boleh didapati daripada minuman lain,
buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan lain.

4. Kurangkan kandungan lemak dalam makanan.

Sebenarnya lemak itu penting, tetapi dalam diet harus menyumbangkan 20% hingga 30% sahaja dalam jumlah
keperluan tenaga harian.Jadi, oleh itu kita harus elakkan pengambilan lemak berlebihan dengan:
 Memilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol.
 Menggunakan minyak masak dalam kuantiti yang sedikit sahaja.
 Mengurangkan penggunaan santan atau minyak kelapa dalam masakan.
 Memilih daging tanpa lemak, serta membuangkan kulit jika boleh (contoh: kulit ayam).
 Menghadkan penggunaan lemak yang boleh dilihat (seperti marjerin, mentega, minyak salad, krim dan
mayonis).
 Mengamalkan kaedah masakan alternatif (seperti membakar, menggunakan ketuhar gelombang mikro atau
mengukus) daripada menggoreng.

5. Kurangkan gula.

Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan
sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat.Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat
dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh.Memakan gula yang berlebihan bermakna anda
menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing
manis, serangan jantung dan sebagainya.

6. Kurangkan garam

Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram seperti kentang goreng,
mengandungi terlalu banyak garam. Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang
akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok.Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu
banyak air di bawah kulit (edema).

Anda mungkin juga menyukai