Anda di halaman 1dari 25

BAB 1

MENGENALPASTI PERMASALAHAN

1.1 PENGENALAN

Kesihatan diri adalah amat penting bagi setiap individu. Sejak dari bangku
persekolahan lagi kita dididik supaya menjaga kesihatan. Menerusi subjek pendidikan
jasmani dan kesihatan kita mula didedahkan kepada pelbagai jenis penyakit yang bakal
dihadapi jika kira gagal menjaga kesihatan diri.

Namun yang demikian, semakin meningkat dewasa kita semakin lupa akan
tanggungjawab kita dalam menjaga kesihatan sendiri, apatah lagi kesihatan mereka
yang berasa di sekeliling kita seperti ahli keluarga, dan juga rakan-rakan. Bukan sahaja
golongan dewasa, golongan remaja juga semakin kurang kesedaran terhadapa
tanggungjawab menjaga kesihatan diri. Peratusan mereka yang menghidap obesity
kian meningkat dari tahun ke tahun. Masalah sakit jantung, kencing manis, darah tinggi,
Hepatitis B dan lain-lain yang kian menjadi-jadi.

Jesteru itu, pengkaji telah membuat keputusan untuk menjalankan kajian


terhadap rakyat Malaysia tentang tahap kesihatan mereka. Golongan sasaran kami
adalah remaja yang berumur 18 hingga 25 tahun kerana mereka adalah pewaris
bangsa. Pengkaji ingin mengupas punca-punca mengapa tahap kesedaran tentang
kesihatan dalam kalangan remaja pada masa kini kian berkurangan. Sakit jantung,
kecing manis, dan darah tinggi adalah penyakit-penyakit yang kebiasaannya dihadapi
oleh mereka yang berumur 45 tahun dan keatas akan tetapi kebelakangan ini, ramai
remaja yang dimasukkan ke wad-wad hospital kerana menghidap penyakit ini. Punca
berlaku kegagalan menjaga kesihatan diri ini adalah kerana kurang kesedaran terhadap
kepentingan menjaga kesihatan diri sendiri.

Kita sering melihat di pusat-pusat membeli-belah di mana kedai-kedai makanan


segera sering kali menjadi tumpuan ramai golongan muda-mudi. Tanpa mereka sedar
1
ianya merupakan salah satu punca peratusan mereka yang obesiti meningkat. Apabila
bercakap tentang kesihatan, kita buka sahaja bercakap tentang mereka yang obesiti
tetapi mereka yang kurang tahap kesedaran tentanh kebersihan diri juga boleh
memudaratkan diri dan menjerumuskan mereka ke lembah penyakit. Contohnya,
penyakit taun yang disebabkan oleh pemilik gerai makanan yang gagal menjaga
kebersihan makanan dan gerai mereka maka membahayakan kesihatan para
pengunjung sehingga boleh menyebabkan kematian.

Pihak kerajaan telah menjalankan pelbagai kempen untuk menyedarkan rakyat


supaya menjaga kesihatan diri, kempen ini dilancarkan pada seluruh peringkat seperti
sekolah-sekolah, pejabat-pejabat, pusat-pusat membeli belah dan juga booth-booth
yang dibuka di merata tempat. Namun yang demikian, tahap kesedaran rakyat masih
berada diparas membimbangkan kerana setiap hari pasti ada sahaja kes-kes masalah
kesihatan dilaporkan di hospital-hospital dan klinik-klinik di seluruh negara.

Langkah-langkah bagi mengawal masalah kesihatan ini haruslah dipelbagaikan


lagi supaya ianya dapat diikuti oleh setiap masyarakat. Pelbagai aktiviti rekreaksi boleh
dilakukan bersama rakan dan juga ahi keluarga seperti bersenam di waktu petang,
bermain bolah dan pelbagai jenis sukan yang boleh dilakukan bersama.

Jesteru itu, pihak pengkaji akan cuba menyelidiki sejauh manakah masalah ini
dapat diatasi dan apakah langkah-langkah yang perlu diambil bagi menyedarkan
tentang kepentingan masalah kesihatan kepada masyarakat umum.

1.2 PENYATAAN MASALAH

2
Kesihatan adalah suatu perkataan yang sudah jemu kita mendengarnya. Ini
kerana melalui kesihatan masyarakat akan sentiasa berfikiran negatif. Bagi mengetahui
sejauh mana masyarakat kini mementingkan kesihatan mereka, kajian demi kajian perlu
dilakukan agar jawapan yang tepat dan relevan dapat di perolehi. Kajian mengenai
kesihatan sebenarnya telah berulang kali di lakukan oleh golongan-golongan
profesional di peringkat IPTA mahupun IPTS. Namun begitu, setiap dari kajian mereka
mendapatkan hasil yang berbeza-beza.

Ini kerana kajian dilakukan mengikut peringkat umur dan jantina seperti kanak-
kanak, remaja, dan golongan veteran yang mempunyai pendapat yang berbeza. Kajian
mengenai kesihatan hendaklah sentiasa berterusan bagi mendapatkan kualiti jawapan
dan kajian yang muktamad. Selain itu informasi berkaitan kesihatan turut boleh
diperolehi dari sumber-sumber di hospital mahupun klinik. Salah satu daripada
sumbernya adalah Profesor Dr. Stamfer dari Harvard Public Health School telah
membuat kajian tentang masalah sakit jantung dan mendapati bahawa masalah
kesihatan jantung ini terjadi kerana tahap kolesterol yang terlalu tinggi dalam badan
subjek.

Dalam New England Journal of Medicine keluaran Februari 1995 pula, Dr. Jacob
Selhub, Ph.D., melaporkan bahawa paras homosistein dalam darah yang tinggi akan
meningkatkan risiko penyempitan dua arteri yang membekalkan darah ke otak (yang
akan menyebabkan strok). Malah Dr. Selhub juga melaporkan bahawa pesakit yang
mempunyai paras homosistein yang tinggi juga mempunyai paras asid folik, vitamin
B12 dan vitamin B6 yang rendah dalam tubuh mereka.

Berdasarkan daripada kenyataan di atas, kita dapat mengetahui bahawa pakar-


pakar dari seluruh dunia juga dalam usaha untuk menambahkan kesedaran tentang
kepentingan menjaga kesihatan kepada masyarakat. Penyelesaian perlu bermula dari
diri individu seterusnya masyarakat dan negara. Penyelesaian melalui individu kanak-
kanak mahupun pra-remaja boleh dilakukan melalui pendidikan kesihatan. Melalui
3
pendidikan kesihatan yang boleh diperolehi di sekolah menerusi matapelajaran ilmu
Kesihatan dan Pendidikan Jasmani. Bagi anggota masyarakat pula, Kementerian
Kesihatan boleh melancarkan program-program kesedaran melalui kempen-kempen
atau seminar kesihatan.

Manakala peringkat negara, boleh menerusi penyebaran maklumat melalui arus


media massa. Pendedahan seperti ini dapat memupuk masyarakat membina amalan
hidup yang sihat bagi melahirkan generasi yang sihat. Kita kini sedia maklum
masyarakat kini lebih mementingkan urusan seharian mereka berbanding masalah
kesihatan mereka. Masyarakat mengutamakan urusan mereka seperti tugasan kuliah,
kerja-kerja di pejabat mahupun urusan di rumah. Sikap seperti ini sering mengundang
masalah kesihatan pada diri seseorang individu tersebut.

Selain itu mereka lebih mementingkan pencarian wang untuk saraan kehidupan
mereka dalam kehidupan seharian. Bagi mereka wang adalah segalanya tanpa
memikirkan keadaan kesihatan diri mereka. Masalah inilah yang menjadi punca
peningkatan kadar pesakit di Putrajaya. Malah masyarakat menganggap isu kesihatan
sebagai suatu perkara yang remeh-temeh kerana keseronokan lebih di utamakan
berbanding hal-hal kesihatan.

Misalnya pengambilan dadah yang hanya untuk keseronokkan tetapi mereka


tidak memikirkan masalah yang buruk atau negatif yang akan berlaku pada diri mereka
kelak.

Oleh demikian, kita sebagai manusia yang telah dicipta dengan sebaik-baik
kejadian. Seperti firmah Allah di dalam Surah At-Tiin ayat satu hingga lima.

Demi Buah Tin dan Buah Zaitun, dan demi Bukit Sinai, dan demi Kota (Mekah)
ini yang aman, sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk

4
yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-
rendahnya (Neraka).

Surah At-Tin 1-5

Harapan dari pihak pengkaji mengharapkan agar kajian yang dilakukan ini dapat
menyedarkan para remaja yang semakin meningkat usia untuk mengambil berat
tentang keburukan dari sikap tidak ambil tahu mengenai sebarang permasalahan yang
berkaitan dengan kesihatan mereka serta kesan-kesan susulan dari permasalahan
kesihatan yang di abaikan.

1.3 TUJUAN KAJIAN

Kajian ini dilakukan untuk mengkaji mengapa golongan muda masa kini kurang
kesedaran diri terhadap kesihatan diri mereka malah memandang mudah terhadap
perkara ini.

5
Pihak kerajaan pihak kerajaan telah melakukan banyak kempen-kempen
kesihatan diri untuk melahirkan rasa tanggungjawab dalam diri golongan muda
mengenai kepentingan kesihatan diri. Namun begitu, kempen-kempen tersebut
dipandang enteng oleh golongan ini. Malahan pula, kebanyakkan daripada golongan
muda kini tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat dan lebih banyak menghabiskan
masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah.

Selain itu, bagi golongan muda, makanan merupakan satu perkara yang sangat
diperlukan serta menjadi tarikan paling utama dalam kehidupan harian mereka,
khususnya makanan segera. Oelh yang demikian, mereka lebih cenderung untuk
menghabiskan masa bersama-sama rakan di kawasan restoran segera daripada
melakukan aktiviti-aktiviti yang lebih sihat

Kajian ini juga bertujuan untuk menyelidik cara permakanan golongan muda
dalam kehidupan harian mereka. Selain itu, pengkaji juga akan menemuramah pakar-
pakar kesihatan bagi mendapatkan maklumat-maklumat penting juga nasihat yang
dapat memberikan pendedahan kepada para golongan muda ini.

1.4 OBJEKTIF

1.4.1 Mengenalpasti punca yang menyebabkan golongan muda mengabaikan


kesihatan.

6
1.4.2 Mengenalpasti kesan masalah kesihatan kepada pembangunan sosio
ekonomi dan negara.

1.4.3 Mengenalpasti persepsi golongan muda terhadap isu-isu atau kempen-


kempen kesihatan.

1.4.4 Mengenalpasti langkah-langkah yang perlu diambil untuk menangani


masalah ini.

1.4.5 Mengenalpasti aktiviti rekreasi yang golongan muda lakukan.

1.5 PERSOALAN KAJIAN

1.5.1 Apakah punca yang menyebabkan golongan muda mengabaikan


kesihatan?

7
1.5.2 Apakah kesan masalah kesihatan kepada pembangunan sosio ekonomi
dan negara?

1.5.3 Apakah persepsi golongan muda terhadap isu-isu atau kempen-kempen


kesihatan?

1.5.4 Apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah


ini?

1.5.5 Apakah aktiviti rekreasi yang golongan muda lakukan?

1.6 SKOP KAJIAN

Kajian yang akan dilakukan adalah mengenai isu masalah kesihatan di kalangan
remaja sekitar Putrajaya yang pada masa kini semakin memandang enteng mengenai
permasalahan ini. Responden yang telah dipilih bagi mengkaji isu ini adalah dari
golongan muda dan remaja dalam lingkungan umur 18 sehingga 25 tahun. Remaja
8
lebih cenderung untuk terlibat dalam permasalahan ini, kerana kurang kesedaran
tentang pentingnya menjaga kesihatan selain itu golongan ini kebiasaannya menjadi
pilihan dalam pelbagai kajian dan golongan muda ini juga adalah pewaris kepada
pembentukkan Negara jadi bagi membangunkan sosio ekonomi dan Negara yang maju,
golongan belia perlulah di berikan perhatian dan dikaji terlebih dahulu.

Kawasan yang di pilih bagi menjalankan kajian adalah di pusat membeli belah,
kawasan perumahan dan juga tempat-tempat awam khususnya di sekitar kawasan
Putrajaya. Kerana di kawasan ini golongan yang disasarkan mudah untuk ditemui.
Pengkaji juga akan menjalankan temubual kepada doktor serta pakar kesihatan bagi
mendapatkan maklumat dan fakta-fakta penting mengenai isu yang dikaji serta
mendapatkan pandangan serta nasihat yang berguna untuk di jadikan panduan untuk
menjaga kesihatan dengan baik.

Secara ringkasnya, kajian yang akan dijalankan ini bertujuan untuk mengkaji
sejauh mana kesan masalah kesihatan di kalangan golongan muda ini mampu memberi
impak yang besar terhadap masyarakat sekeliling.

1.7 DEFINISI KONSEP

Konsep yang dikaji merujuk kepada permasalahan kesihatan golongan remaja.


Untuk memperjelaskan lagi tentang konsep kajian terdapat beberapa definisi yang
takrifkan oleh tokoh-tokoh dan juga dari Kamus Dewan Bahasa akan menghuraikan
serba sedikit mengenai konsep yang digunakan dalam kajian ini.
9
KESIHATAN

Awalnya bermaksud seseorang itu tidak berpenyakit. Dalam erti kata lain, jika
seseorang itu tidak mengalami sebarang penyakit, maka dianggap sebagai sihat.
Namun pada tahun 1947, dalam satu persidangan kesihatan antarabangsa, Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO) telah mendefinisikan kesihatan sebagai “keadaan fizikal,
mental dan sosial seseorang yang menyeluruh, bukan hanya tidak berpenyakit atau
tidak berdaya” (World Health Organization, 1947).

Dalam definisi ini, terdapat tiga komponen utama yang perlu kita lihat bagi
memahami dengan lebih mendalam maksud kesihatan. Komponen-komponen tersebut
ialah kesihatan fizikal, kesihatan mental dan kesihatan sosial. Kesihatan fizikal
merangkumi ketiadaan penyakit dan ketidakupayaan, serta bertenaga untuk melakukan
kerja seharian dan aktiviti tanpa berasa lesu. Kesihatan mental pula bermaksud kita
tidak mempunyai masalah mental dan berupaya untuk berhadapan dengan cabaran
harian serta berinteraksi dengan masyarakat tanpa sebarang masalah mental, emosi
atau tingkah laku.

Menurut (Nieman,1999), kesihatan sosial dihuraikan sebagai keupayaan kita


untuk berinteraksi dengan orang lain dan persekitaran sosial secara berkesan serta
menikmati kepuasan hubungan peribadi.

Bagi mencapai kesihatan seperti yang ditakrifkan oleh WHO ini, kita perlu
mengambil langkah-langkah untuk mengubah tingkah laku kesihatan serta gaya hidup
bagi memperbaiki keadaan diri kita. Oleh hal yang demikian, promosi kesihatan dapat
memainkan peranan yang penting dalam mencapai kesihatan diri yang optimum.

REMAJA

Definisi tentang remaja masih belum mencapai kata sepakat daripada ahli
psikologi perkembangan Barat. Di Malaysia, golongan berpendidikan tinggi lebih

10
cenderung membuat sedikit perbandingan di antara remaja dan belia. Walaupun
perbezaannya masih belum jelas tetapi ia dapat memberi gambaran perbandingan di
antara dua istilah itu. Kebiasaannya, remaja adalah mereka yang berada dalam
lingkungan umur belasan tahun. Secara amnya, golongan remaja berumur antara 11
hingga 19 tahun.

Terdapat beberapa istilah yang sering dikaitkan dengan remaja. Antaranya


seperti, awal belia, anak muda dan orang muda. Istilah lain yang berkaitan pula
digunakan bagi menerangkan sifat umum yang ada pada diri remaja itu sendiri, seperti
baligh dan matang. Perkataan juvenil juga sering disebut kerana ia berkait dengan
remaja.

Di dalam Kamus Dewan (2000:1121) menjelaskan bahawa, remaja bermaksud


mulai dewasa, sudah akil baligh dan sudah cukup umur berkahwin. Ada banyak
pengertian yang dapat dihuraikan apabila perkataan remaja dibincangkan. Walau
bagaimanapun, banyak pihak bersetuju, tahap remaja adalah tahap umur berkembang
dan melibatkan sesetengah perubahan. Antara orang yang mula menghuraikan
perkembangan ini adalah G. Stanley Haal (1846-1924).

Beliau menyatakan, tahap remaja adalah tahap ‘ribut dan tekanan’ yang sering
melanda para remaja, kesan daripada faktor biologi dan psikologi yang berubah
mengikut peredaran masa. Beliau mendapati pada tahap ini, remaja mengalami rasa
kecewa, emosinya tidak stabil dan tidak dapat menyesuaikan emosinya.

Beliau juga menganggap proses berkembang yang berlaku pada individu remaja
tidak dipengaruhi oleh aspek luaran mahupun persekitaran. Buktinya, ibu bapa sering
bermasalah apabila berdepan dengan remaja. Perkara ini cuma satu pandangan
daripada banyak pandangan ataupun teori yang dikemukakan oleh pakar psikologi.

Robert Havighurst juga turut menghuraikan maksud remaja. Pandangan yang


diberikannya bersifat elektif iaitu pandangan campuran yang meliputi biologi, sosiologi
dan psikologi. Pandangan dan teori ini dikenali sebagai teori ‘tugas perkembangan’
(Developmental Task, 1972). Beliau menyatakan tahap remaja adalah tempoh individu
menjalani beberapa tugas perkembangan.
11
MENGABAIKAN

(Donald, 1997) pula menyatakan maksud bagi mengabaikan ialah tidak ataupun
memberikan sedikit perhatian kepada seseorang mahupun sesuatu. Dengan erti kata
lain, tidak mengendahkan, mencuaikan, melalaikan. Sesuatu perkara itu tidak
dipandang sebagai suatu perkara yang penting. Ia juga bermaksud tidak menggunakan
sesuatu kesempatan itu. Bagi definisi ini dapat di kaitkan seperti seseorang itu
mengabaikan kesihatannya. Kesihatan yang sememangnya suatu perkara penting
namun tidak diberikan perhatian malah bersikap lalai dan cuai dalam menguruskannya.

SOSIAL

Sosial bermaksud segala yang berkaitan dengan masyarakat mahupun perihal


masyarakat juga kemasyarakatan. Kamus Dewan Edisi Ke-3 menyatakan sosial juga
boleh di definisikan sebagai segala yang berkaitan dengan persahabatan, atau
pergaulan mahupun aktiviti pada masa lapang. Sosial juga di sifatkan sebagai perasaan
yang suka bergaul dan bermesra, malah sosial ini di ertikan sebagai suatu yang bukan
hal-hal kemasyarakatan.

FIZIKAL

Di dalam Kamus Dewan Bahasa Edisi ke-3, fizikal di definisikan sebahagian


yang bukan badan tetapi jasmani. Fizikal bukan suatu kebendaan atau berada di dalam
keadaan alam semulajadi.

MENTAL

Mental adalah hal yang berkaitan dengan kualiti kebolehan akal. Mental
digunakan untuk berfikir antara sesuatu yang baik ataupun yang buruk. Di dalam
12
Kamus Dewan Bahasa Edisi ke-3, mental yang sihat akan mendorong kepada
pemikiran yang cergas, cerdas, dan sentiasa berfikiran positif.

EMOSI

Kamus Dewan Bahasa Edisi ke-3 mendefinasikan emosi adalah suatu perasaan
jiwa yang kuat. Emosi boleh mempengaruhi peribadi seseorang sekiranya perassan itu
tidak dapat dikawal. Misalnya, emosi dari perasaan sedih, gembira, marah atau takut.
Perasaan inilah yang sering wujud dalam diri seseorang individu.

GAYA HIDUP

Di dalam Kamus Dewan Bahasa Edisi ke-3 gaya hidup di bahagikan kepada dua
pecahan. Gaya di takrifkan sebagai sikap, kesukaan, ketaksuban dan cara berkelakuan
yang menjadi ciri-ciri dalam diri seseorang. Ia juga kombinasi kesajakan, keanggunan
serta keterampilan yang menarik perhatian. Hidup pula adalah suatu yang terus
bernyawa serta tumbuh dan membesar juga tidak mati. Ia juga bererti berada dalam
keadaan tertentu dan masih bergerak atau berjalan.

TINGKAH LAKU

Dua suku kata ini turut di bahagikan kepada dua pecahan. Definisi bagi tingkah
adalah perbuatan yang ganjil taupun tidak patut, canda dan ragam. Laku pula bererti
gaya iaitu cara membuat sesuatu atau perbuatan mahupun tabiat. Selain itu, laku juga
bermaksud sesuatu yang boleh digunakan seperti wang yang sah untuk dibelanjakan.

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah)
kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang

13
baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang
bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya".

(Aali Imran 3:104)

Diharapkan definisi-definisi ini akan membantu para remaja untuk lebih


memahami erti sebenarnya dalam setiap ungkapan yang digunakan dalam kehidupan
seharian mereka supaya tidak tersalah erti tentang istilah-istilah ini.

BAB 2

TINJAUAN KAJIAN LEPAS

2.1 KAJIAN LEPAS

Seperti yang kita ketahui bahawa kesihatan melambangkan kesejahteraan hidup.


Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kesihatan membawa konsep bahawa
seseorang itu berada dalam keadaan yang sempurna dari segi jasmani, mental, emosi,
sosial dan rohani dan bukan hanya tidak berpenyakit. Walau bagaimanapun sekiranya

14
masalah kesihatan dari aspek fizikal, mental dan sosial tidak diberi perhatian, maka
keadaan kesempurnaan dan kesejahteraan tadi mungkin tidak dapat dicapai oleh
individu dan akhirnya memberi kesan kepada tahap kesihatan masyarakat secara
amnya.
Sehubungan dengan itu ia akan mengganggu rancangan pembangunan
sosioekonomi sesebuah masyarakat. Menurut Donald (1997), perkataan kesihatan
(health) lahir daripada perkataan ‘hale’ dan ‘whole’. Badan (fizikal), minda (mental),
perasaan dan jiwa adalah merupakan aspek-aspek yang terdapat dalam ‘whole’’ tadi.
Kenyataan itu bermakna bahawa konsep kesihatan adalah satu konsep yang
menyeluruh yang terdiri dari beberapa aspek. Aspek-aspek ini pula adalah saling
berkait rapat bagi menghasilkan konsep kesihatan keseluruhan atau kesihatan umum.

Terdapat banyak definisi kesihatan yang diberikan untuk menjelaskan tentang


konsep kesihatan menyeluruh tersebut. Definisi oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO) yang paling terkenal yang dibuat pada tahun 1947 menyatakan kesihatan
adalah merupakan satu keadaan kesempurnaan fizikal, mental serta kesejahteraan
sosial dan bukan hanya ketiadaan penyakit.
Jelaslah bahawa definisi-definisi tersebut memberi gambaran bahawa kesihatan
merangkumi pelbagai dimensi dan komponen yang berbeza. Komponen-komponen
dalam kesihatan tersebut adalah aspek fizikal, aspek sosial, aspek mental, aspek
emosi, aspek persekitaran dan aspek kerohanian.

Dalam aspek fizikal, komponen ini berkait dengan keadaan badan seseorang,
bentuk badan serta kebolehan individu melaksanakan tugasan tertentu. Kesihatan
sosial pula merujuk kepada hubungan dengan orang lain, kebolehan mengadaptasi
pelbagai situasi sosial dan tingkah laku harian serta kebolehan memberi kepuasan
terhadap hubungan interpersonal. Kesihatan mental pula merujuk kepada kebolehan
berfikir yang baik iaitu pemikiran yang rasional serta kebolehan intelektual dalam
menangani masalah.
Satu lagi komponen adalah kesihatan persekitaran yang merujuk kepada
keadaan menghargai persekitaran dan berperanan dalam memelihara, mengawal dan

15
memperbaiki keadaan alam sekitar manakala kesihatan rohani pula merujuk kepada
kepercayaan terhadap pencipta alam yang maha berkuasa serta kebolehan
mengaitkannya dengan matlamat hidup yang paling asas.

Setiap aspek kesihatan amat bergantung kepada aspek yang lain bagi
menghasilkan keadaan kesempurnaan kesihatan (Donald,1997). Sebagai contoh,
beliau menyatakan bahawa emosi dan kesihatan fizikal mempunyai kaitan yang rapat.
Emosi negatif serta pengalaman negatif akan memberi kesan terhadap kesihatan
secara keseluruhannya. Beliau juga menyatakan bahawa sikap juga memainkan
peranan dalam pembentukan kesihatan. Sebagai contoh, walaupun sikap positif dan
kesihatan mental yang baik tidak dapat mempengaruhi fizikal tetapi kedua-duanya
dapat mempengaruhi kualiti hidup seseorang.

Malah kajian di Malaysia mendapati ramai orang dewasa yang tidak aktif dan
cergas. Banyak masa diluangkan untuk menonton televisyen dan kerja harian yang
dilakukan tidak banyak menggunakan tenaga seperti kerja pejabat, komputer serta
kegunaan kereta untuk perjalanan.  Oleh yang demikian, keperluan tenaga seseorang
itu adalah rendah tetapi pada masa yang sama memakan makanan yang lebih daripada
yang diperlukan.  Apabila pengambilan tenaga adalah lebih tinggi daripada yang
diperlukan, tubuh akan menyimpan tenaga yang berlebihan itu sebagai lemak dan berat
badan akan meningkat.

Selain itu, ada beberapa sebab mengapa wanita selepas melahirkan anak
menjadi gemuk. Hal ini akan mengakibatkan terjejasnya tahap kesihatan pada diri
seseorang individu itu. Kebanyakkan wanita semasa hamil akan meningkat berat badan
secara semula jadi.  Ini adalah kerana semasa hamil terjadinya perubahan hormon
yang menyebabkan badan mengumpul lemak dan air. Lemak yang dikumpulkan ini
akan digunakan untuk membuat susu ibu selepas melahirkan anak.  Salah satu sebab
mengapa wanita menjadi gemuk selepas melahirkan anak ialah kerana tidak
menyusukan anak dengan susu ibu.

16
Jika wanita tidak menyusu, lemak yang disimpan semasa hamil tidak akan
digunakan untuk membuat susu dan akan terus terkumpul di dalam badan.  Sebab
kedua ialah mungkin wanita selepas melahirkan anak tidak mengamalkan pemakanan
yang seimbang dan tidak meningkatkan aktiviti fizikalnya. Pemakanan yang seimbang
akan membantu kaum wanita dalam menjaga diet pemakanan supaya tidak melebihi
tahap yang dibenarkan.

Brian (1990) menyatakan bahawa aktiviti fizikal dan sukan boleh menurunkan
risiko penyakit kardiovaskular serta aktiviti fizikal juga dikenal pasti mempunyai kaitan
dengan kesihatan yang baik. Manakala menurut Rice (1987) menyatakan bahawa gaya
hidup yang tidak begitu baik akan menghasilkan tekanan darah tinggi, ‘atherosclerosis’,
menurunkan tahap kecergasan kardiovaskular, penyakit jantung, penyakit diabetes,
kelesuan dan juga merendahkan keupayaan melawan penyakit.Oleh itu kesihatan yang
buruk dikatakan banyak disebabkan oleh satu keadaan stres yang dihadapi oleh
seseorang.

Penyakit jantung atau koronari (Coronary heart disease atau CHD) bukan sahaja
merupakan penyebab utama mortaliti dan morbiditi di negara maju bahkan telah
menjadi masalah kesihatan yang penting di kebanyakan negara membangun. Beberapa
kajian epidemiologi telah melaporkan bahawa beberapa negara Eropah dan Amerika
Syarikat mengalami tren yang serupa dalam kadar mortaliti disebabkan oleh penyakit
CHD yang meningkat hingga tahun 1970an dan diikuti dengan penurunan hingga
sekarang (Sverre, 1993).
Pada tahun 1990, daripada jumlah kematian sebanyak 10.9 juta, penyakit
kardiovaskular telah menyebabkan kematian sebanyak 5.3 juta di negara maju.
Malahan, CHD telah mencatatkan 2.7 juta kematian daripada jumlah kes penyakit
kardiovaskular (Lopez, 1993).

Jabatan Perubatan Nuklear, Radioterapi dan Onkologi Universiti Sains Malaysia,


kampus Kubang Kerian telah bermula servis radioterapi yang pertama di kawasan
Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Bahagian Radioterapi dan Onkologi ditambah
kepada Jabatan Perubatan Nuklear pada bulan Disember 1995. Servis Radioterapi dan
17
Onkologi telah pertama dijalankan dengan bimbingan Profesor Mustafa Embong (dekan
sekolah perubatan pada masa itu) dengan kerjasama Profesor Madya Ahmad Zakaria
(Fizik Perubatan).
Kementerian Kesihatan telah menghantar seorang Pakar Onkologi Klinikal, Dr
Jayendran Dharmaratnam, dan dua juru radiografi terapi, Cik Elisha Shaari dan Encik
Khorlid Hassan, ke Kementerian Pendidikan bagi tujuan ini. Pada tahun 1999,
perkhidmatan brakiterapi dos kadar tinggi mula beroperasi dengan kerjasama IAEA dan
sekarang jabatan ini merupakan salah satu jabatan yang memberi perkhidmatan
Brakiterapi HDR di Malaysia. Kemudiannya teknik radioterapi terbaru seperti radioterapi
conformal 3 dimensi dan perkhidmatan radiosurgeri X-pisau telah ditambahkan pada
2001.

Menurut (Norkumala binti Awang, 2007) masyarakat negara kita sering terdedah
dengan pelbagai masalah kesihatan yang kronik dan akhirnya mengundang kepada
kematian. Ia adalah kesan daripada amalan gaya hidup yang tidak sihat dan
ketidakseimbangan kesihatan rohani dan jasmani dalam kitaran hidup seharian.
Kementerian Kesihatan kerap kali mengadakan kempen kesihatan untuk memberi
kesedaran kepada awam tentang penjagaan kesihatan yang perlu dipupuk dalam
budaya hidup kita malah perlu disemai sejak awal lagi agar kita tidak tergolong dalam
kalangan yang mempunyai masalah kesihatan.

Namun, adakah kempen gaya hidup sihat, "Tak Nak Merokok", makanan
berkhasiat dan kempen kecerdasan mampu mengubah pandangan masyarakat kita
tentang peri pentingnya menjaga kesihatan sekaligus mengamalkan gaya hidup yang
sihat? Mungkin ada sesetengah golongan menyedari akan hakikat ini dan ada juga
segelintirnya yang menganggap kesihatan hanya perlu dijaga apabila sudah berusia
ataupun ada sesetengah golongan merasakan usia muda menjadi tiket untuk mereka
terus kekal sihat.
Bagi golongan ini, apakah jaminan mereka? Usahkan menunggu sehingga umur
tua, sedangkan yang masih kecil lagipun sudah mengidap pelbagai penyakit. Usia
bukan jaminan untuk kita terus kekal sihat, tetapi usia boleh dijadikan satu pemangkin

18
untuk kita menjaga kesihatan agar boleh menjalani hidup yang bermakna pada masa
hadapan.

Kesihatan merupakan suatu kekayaan. Walau sehebat manapun seseorang


individu, sihat masih lagi menjadi agenda utama yang perlu dikekalkan. Secara
umumnya, umur 40 tahun adalah tempoh yang paling ketara pelbagai penyakit dikesan
tetapi jika kita menyedari akan kepentingan penjagaan kesihatan sejak dari awal lagi,
pelbagai langkah pencegahan boleh diambil dan merupakan satu cara yang terbaik
daripada kita mengubatinya. Peningkatan utama masalah kesihatan masyarakat di
negara kita adalah kerana gaya hidup yang tidak sihat dan seimbang termasuklah
kurangnya kesedaran dalam menjaga keseimbangan dan kesederhanaan dalam hidup.

Gaya hidup yang berlebihan ini akan mengakibatkan tekanan dan akhirnya
memberi kesan timbulnya pelbagai penyakit. Ruang lingkup keseimbangan rohani,
jasmani, akli, dan sosial perlu dirangkumkan agar ia dapat diterjemahkan sebagai gaya
hidup yang sihat.

Oleh itu, penjagaan kesihatan secara menyeluruh perlu dilaksanakan bagi setiap
individu agar dapat meneruskan amanah dan tanggungjawab masing- masing secara
harmoni. Kesihatan jasmani boleh dikekalkan melalui pengambilan makanan yang sihat
dan seimbang serta melakukan aktiviti fizikal seperti senaman.

Kita juga perlu menjauhkan diri daripada tabiat merokok yang boleh merosakkan
kesihatan. Kesihatan jasmani yang baik juga akan memberi kesan kepada kesihatan
rohani yang mantap. Makanan yang halal dan baik mampu melahirkan insan yang
berkualiti dari aspek rohani dan jasmani. Kesihatan mental yang baik pula
mempamerkan bahawa seseorang itu mampu mengawal tekanan hidup yang dihadapi
secara bijaksana dan bebas daripada gangguan mental yang boleh mengubah
keupayaan seseorang individu.

Manakala kesihatan sosial ialah, individu mampu menambah atau mengekalkan


jaringan hubungan antara masyarakat yang akhirnya dapat mengekalkan kesihatan diri
sendiri mahupun masyarakat umumnya.
19
Gabungjalin antara kesemua unsur itu perlu diamalkan bagi setiap individu
dalam suasana hari ini agar tidak mengundang pelbagai penyakit moden yang kini kian
menular dalam masyarakat kita. Hasil kajian yang dijalankan oleh Kementerian
Kesihatan tahun 2006 mendapati bahawa amalan gaya hidup masyarakat di negara ini
menyebabkan banyak masalah kesihatan yang kronik. Apabila masyarakat terdedah
dengan faktor risiko yang lebih menjurus kepada amalan gaya hidup akan mengundang
kepada penyakit berbahaya seperti jantung, kencing manis, angin ahmar, kanser, darah
tinggi, kegagalan buah pinggang, kerosakan paru-paru dan penyakit tulang.

Antara ciri yang boleh mendatangkan risiko penyakit berbahaya yang tidak
berjangkit adalah gaya pemakanan yang tidak sihat di mana didapati seramai 8.7 juta
(7.8 peratus) daripada masyarakat kita tidak memakan sayur-sayuran dan buah-
buahan. Manakala sebanyak 7.2 juta (60.1 peratus) rakyat tidak menjalankan aktiviti
fizikal yang sepatutnya.

Dan juga ciri gaya hidup yang lain seperti merokok, minum arak, kegemukan,
buncit juga mendatangkan risiko kesihatan. Jika diteliti hasil kajian ini, menunjukkan
bahawa pemakanan secara seimbang dan aktiviti fizikal tidak dititikberatkan dalam gaya
hidup masyarakat Malaysia. Sebab itulah pesakit kanser, jantung, diabetes dan darah
tinggi adalah antara golongan yang paling banyak menerima rawatan di hospital
kerajaan sepanjang tahun 2006 (Kementerian Kesihatan) di mana penyakit tersebut
adalah penyakit yang disebabkan oleh faktor pemakanan dan gaya hidup yang tidak
sihat.

Oleh itu, kita seharusnya melihat bahawa arus penyakit pada hari ini lebih
menjurus kepada unsur pemakanan dan gaya hidup walaupun mungkin terdapat juga
faktor persekitaran dan lahiriah yang menyumbang kepada masalah penyakit tersebut.
Sepatutnya, kita perlu ada kesedaran di dalam diri untuk menggiatkan lagi penjagaan
kesihatan walaupun di usia muda kerana pengabaian kesihatan menyebabkan kita
seolah-olah menyimpan bom yang akan meletup bila- bila masa sahaja apabila sampai
kepada tahap kronik.

20
Seharusnya kita berwaspada kerana masalah kesihatan di dunia kini mengalami
revolusi di mana jika dahulu kebanyakan masyarakat mengalami masalah kekurangan
zat galian dan vitamin tetapi hakikat hari ini telah berubah di mana masyarakat
mengalami masalah kesihatan disebabkan terlebih makan dan seterusnya berlanjutan
kepada masalah lebihan kolesterol, lebihan gula dan kegemukan. Penyakit yang wujud
dalam masyarakat sekarang adalah kerana manusia tidak mengikut peraturan yang
telah disusun oleh Allah SWT dan mengikut Sunnah yang telah diajarkan oleh
Rasulullah SAW.

Ia berlaku akibat kelalaian dan kealpaan manusia itu sendiri kerana tidak
menjaga keseimbangan dalam hidup. Keseimbangan adalah penting untuk kita
mengekalkan kesihatan yang optimum. Namun, disebabkan kegagalan inilah
menyebabkan mereka mendapat pelbagai penyakit.

Sepertimana yang termaktub dalam surah Ar-Ruum ayat 41:

“Allah mengingatkan kita bahawa kerosakan di muka bumi ini adalah akibat
daripada perbuatan manusia itu sendiri dan mereka perlu bertanggungjawab dan
merasakan akibat daripada perbuatan tersebut.”

Nyata hari ini, masyarakat kurang menyayangi diri mereka dengan tidak
mengamalkan pemakanan halal dan sihat, gaya hidup yang tidak sihat, terdedah
kepada tekanan yang juga menjadi akar umbi kepada masalah kesihatan dan juga tidak
menitikberatkan soal kesihatan rohani.
Agama Islam melarang manusia mementingkan diri sendiri tetapi kita
bertanggungjawab untuk menjaga diri dan seharusnya ia dijadikan penggerak untuk
memperbaiki mutu kesihatan diri kita. Sudah sampai masanya masyarakat muhasabah
kembali kesilapan dan memperbetulkannya serta perlu menjadikan kesihatan sebagai
satu amalan penting dalam hidup tidak kira semua lapisan umur. Gaya hidup yang sihat
memerlukan kita menjaga keseimbangan antara rohani dan jasmani bagi mengelakkan

21
pelbagai serangan penyakit moden kini dan seterusnya kita boleh meneruskan
kehidupan ini dengan kekal sihat dan teratur.

Kajian-kajian awal yang telah dilakukan tentang isu ini membincangkan tentang
betapa pentingnya menjaga kesihatan di kalangan remaja seperti yang dikaji oleh
Morbiditi Kebangsaan ketiga (HNHMS III) yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan
pada 2006 mendapati bahawa masalah obesiti di kalangan kanak-kanak paling ketara
dalam lingkungan usia pra-sekolah dan sekolah rendah. Keadaan tersebut berlaku
disebabkan beberapa faktor penyumbang termasuk kegagalan ibu bapa memahami
keperluan pemakanan sebenar kanak-kanak ketika tempoh tumbesarannya.

Sebagai contoh kecenderungan ibu bapa membiarkan anak-anak terlalu


bergantung makanan segera ataupun “junk food” yang sememangnya diketahui tidak
mengandungi khasiat-khasiat yang diperlukan untuk tubuh. Begitu juga amalan
mengunjungi rangkaian restoran makanan segera yang kian menjadi satu budaya di
kalangan keluarga di bandar-bandar besar ketika ini.

Isu berat badan ini bukan sekadar melibatkan kesihatan fizikal badan seseorang
namun turut memberikan impak pada psikologi juga kesihatan mental. Kesihatan
mental yang disebutkan bukanlah mengaitkan obesiti dengan penyakit ‘gila’ atau
masalah otak tetapi lebih kepada kesan kepada emosi individu yang mempunyai berat
badan berlebihan mahupun obses hasil dari interaksi sosial.

Jelas dapat dinyatakan bahawa isu masalah kesihatan ini meluas dan telah
banyak kajian dijalankan bagi mengenalpasti dan juga menangani permasalahan ini.
Kajian yang akan penyelidik jalankan ini diharap dapat mendedah serta membuka
minda juga persepsi masyarakat terutama golongan remaja untuk serius dalam soal
kesihatan dan mengambil langkah-langkah terbaik bagi mengatasi permasalahan ini.

22
BAB 3

PEMILIHAN KAJIAN (METODOLOGI)

3.1 KAEDAH KAJIAN

Bagi mengkaji isu seperti ini, kajian akan dilakukan menggunakan kaedah
metodologi berbentuk kuanlitatif. Kuanlitatif merupakan satu bentuk yang merujuk
kepada soal selidik untuk orang ramai, ia bertujuan untuk meninjau sejauh manakah
penerimaan masyarakat terhadap sesebuah isu. (Schlenker dan Leary 1982)

Kaedah kajian kualitatif adalah kaedah dimana teknik soal jawab akan
digunakan. Pengkaji akan bertanyakan soalan-soalan yang dirasakan sesuai kepada
beberapa orang responden. Dan kemudiannya memilih pakar kesihatan serta beberapa
orang awam bagi mendapatkan maklumat dari mereka berdasarkan kepada soalan-
soalan yang telah disediakan.

23
Kaedah ini menitikberatkan usaha untuk mencari serta memberi keterangan dan
pemerhatian bukan numerical biarpun keterangan yang merujuk kepada statistik.
Kebanyakkan kajian memberikan keterangan, interpretasi muhupun makna dalam
sesuatu prose komunikasi. Kaedah ini juga lebih kepada usaha untuk beri keterangan
mengenai sifat dan keadaan dengan menggunakan pandangan umum tentang
sebarang tindakan sosial. Kaedah ini berusaha memperoleh maklumat berkualiti
dengan memberi tumpuan pada sampel yang kecil.

Kaedah metodologi ini diperkembangkan oleh ahli antropologi untuk mengkaji


masyarakat manusia dan memerlukan pengkaji memilih suatu kumpulan etnik dan
hidup di kalangan mereka untuk suatu jangka masa seperti kajian mengenai masalah
kesihatan di kalangan golongan remaja ini. (Azizah Hamzah)

Ciri-ciri bagi penyelidikan kaedah kualitatif seperti penyelidik adalah instrumen


data dan analisis yang akan dibuat. Penyelidikan cara kualitatif melibatkan kerja
lapangan dan penyelidikan kualitatif juga bersifat deskriptif tentang peristiwa, manusia
dan proses dan ia juga bersifat induktif.

Penyelidik haruslah jelas tentang lokasi dan persekitaran di mana pemerhatian


akan dibuat serta responden atau siapa yang akan diperhatikan dan ditemubual. Selain
itu, penyelidik juga perlu mengenalpasti tentang peristiwa mengenai apa yang akan
diperhatikan ke atas responden dan juga pada proses iaitu keadaan muhupun peristiwa
yang melibatkan responden.

Penyelidikan mengikut kaedah kualitatif ini perlu merangkumi empat kaedah


utama pengumpulan data iaitu pemerhatian, temubual, dokumen dan juga imej ataupun
sebarang statistik mahupun carta yang berkaitan dengan kajian yang dilakukan oleh
penyelidik tentang sesuatu isu.

Pendekatan kualitatif ialah proses penyelidikan yang menghasilkan data


gambaran yang boleh diamati (Lexy, 2007) mahupun tradisi tertentu dalam ilmu
pengetahuan social yang secara fundamental bergantung kepada pengamatan manusia
dalam pengawasannya sendiri dan berkait dengan orang-orang tersebut dalam bahasa
dan peristilahannya (Kirk & Miller, 1986).
24
Diharap dengan kaedah kajian ini, pengkaji dapat mengenalpasti sejauh
manakah masalah ini berlaku dalam kalangan belia Negara ini.

25

Anda mungkin juga menyukai