Anda di halaman 1dari 3

PERANAN PENGAKAP DALAM MENGAMALKAN KEHIDUPAN SIHAT DAN

MENGGALAKKAN KESEJAHTERAAN KEPADA SEMUA DALAM SEMUA LAPISAN


UMUR

Dalam meniti arus kemodenan yang berteraskan sains dan teknologi maklumat, faktor
kesihatan masyarakat pada hari ini berada pada tahap yang membimbangkan pihak berkuasa
terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia. Semakin hari, masalah wabak pelbagai
penyakit semakin menjalar dalam kalangan masyarakat tanpa mengira usia tua atau muda.
Jika dahulu masalah darah tinggi dan kencing manis merupakan penyakit yang sering
dihadapi oleh golongan tua tetapi pada hari ini golongan kanak-kanak juga sering dihantui
penyakit berkenaan. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia pada tahun 2011, angka pesakit yang menghadapi masalah kesihatan telah
meningkat sebanyak 200 000 orang pesakit melebihi bilangan pesakit pada tahun
sebelumnya. Sebenarnya masalah kesihatan masyarakat mampu diatasi dengan pelbagai cara
terutamanya dengan kemudahan prasarana berkaitan kesihatan semakin banyak disediakan
oleh pihak kerajaan. Hal ini terdapat beberapa peranan pengakap bagi memastikan kehidupan
sihat dan mengamalkan kesejahteraan kepada dalam semua lapisan umur.

Antara peranan pengakap ialah boleh melakukan aktiviti bersenam dan beriadah
bersama dengan pelajar-pelajar lain. Perbuatan ini bukan sahaja akan menyihatkan badan,
malah hubungan antara orang lain akan menjadi lebih erat. Aktiviti bersenam mampu
mengekalkan gaya hidup sihat kerana peluh-peluh yang keluar sewaktu melakukan senaman
akan keluar bersama-sama toksin badan. Kesannya, seseorang mampu membina tahap
imunisasi yang tinggi terhadap serangan penyakit. Apabila seseorang itu bersenam dan
beriadah, mereka dapat meningkatkan kesihatan diri dari aspek fizikal dan mental bak kata
pepatah, badan cergas otak cerdas. Seseorang yang mengamalkan senaman dan beriadah,
akan lebih sihat dan dapat memberikan tumpuan terhadap pelajaran di kelas semasa guru
sedang mengajar dan semasa mengulang kaji pelajaran. Tegasnya, ahli pengakap perlulah
melakukan aktiviti senaman dan riadah bersama pelajar-pelajar lain supaya amalan gaya
hidup sihat dapat dipupuk bagi melahirkan otak yang cerdas dan badan yang cergas.

Selain itu, peranan pengakap dalam mengamalkan kehidupan sihat adalah dengan
memberi pendedahan tentang kebaikan mengamalkan pemakanan yang seimbang.
Contohnya, mereka sentiasa menghidangkan makanan yang berzat serta bernutrisi. Mereka
perlu merujuk kepada piramid makanan sebagai panduan untuk mendapatkan gizi seimbang.
Mereka juga digalakkan mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan yang lebih kerana baik
untuk kesihatan mata, gusi, kulit serta mengekalkan kecergasan tubuh badan. Jika tabiat yang
baik ditanam dalam diri pelajar-pelajar, sudah pasti mereka akan tahu menjaga pemakanan
mereka apabila dewasa kelak. Ahli pengakap juga menasihatkan pelajar-pelajar perlu
mengurangkan pengambilan minuman berkarbonat dan makanan ringan oleh kerana
minuman sebegini tidak memberikan apa-apa kebaikan dan mengandungi kandungan gula
yang berlebihan. Pelajar-pelajar perlulah diajar untuk minum air kosong atau jus buah-buahan
yang asli.

Di samping itu, peranan pengakap ialah boleh mengadakan Kempen Gaya Hidup
Sihat. Ceramah dan pameran kesihatan boleh juga diadakan dari semasa ke semasa untuk
mendedahkan kepada masyarakat setempat tentang pentingnya mengamalkan gaya hidup
sihat dan menjaga kesihatan. M e r e k a j u g a merencanakan pelbagai aktiviti kesihatan
seperti mengadakan pelbagai karnival dalam mempromosikan kempen" G a y a H i d u p
S i h a t " . M i s a l n y a , K e m p e n C a r a H i d u p S i h a t bertemakan "Sihat Sepanjang
Hayat" yang dijalankan setiap tahun. Tujuan kempen ini adalah untuk memberi
pendedahan kepada masyarakat tentang kepentingan mengamalkan gaya hidup yang sihat

Tambahan pula, Ahli-ahli pengakap boleh mengadakan pemeriksaan kesihatan secara


berkala. Hal ini akan memastikan anggota dalaman tubuh seseorang itu seperti, jantung, hati,
buah pinggang, dan pankreas berfungsi dengan baik. Melalui cara itu juga, penyakit
berbahaya seperti penyakit jantung koronari, diabetis, dan tekanan darah tinggi dapat dapat
dikesan lebih awal melalui peralatan moden dalam bidan perubatan. Dengan cara itu, langkah
pemulihan akan dapat dilakukan dengan segera kerana alat-alat perubatan moden dapat
mengesan sesuatu penyakit lebih awal dan tidaklah sudah terhantuk baru tengadah.
Ringkasnya, seseorang itu akan senantiasa memastikan dirinya sentiasa sihat dengan
mendapatkan pemeriksaan doktor secara berjadual sebelum kudis menjadi tokak.

Selanjutnya, peranan pengakap ialah ahli pengakap perlu mendedahkan pelajar-


pelajar tentang menjauhi gaya hidup yang negatif dan tidak sihat seperti pengambilan alkohol
yang banyak, ketagihan rokok dan juga pengambilan dadah atau pil-pil perangsang. Hal ini
dikatakan demikian kerana amalan gaya hidup yang tidak sihat akan menjejaskan kesihatan
dan mengancam nyawanya atau nyawa orang lain. Pengambilan alkohol dan dadah akan
mendedahkan badan kepada pelbagai penyakit dan masalah kesihatan seperti obesiti, kencing
manis dan kesihatan mental. Selain kita, setiap orang juga perlu menjauhi amalan
mengunjungi rumah pelacuran atau tempat-tempat maksiat bagi mengelakkan diri daripada
jangkitan penyakit kelamin dan HIV Aids. Tahap kesihatan rakyat yang baik dapat menjamin
maruah diri dan meningkatkan produktiviti negara. Pendek kata, seseorang yang
mengimpikan kehidupan yang sihat akan memastikan dirinya tidak terjebak dalam aktiviti-
aktiviti yang tidak bermoral.

Kesimpulannya, pengakap perlulah berganding bahu untuk mengamalkan kehidupan


sihat dan menggalakkan kesejahteraan kepada semua dalam semua lapisan umur. Jika kita
inginkan kesihatan kita sentiasa sihat, kita perlulah melibatkan diri dengan melakukan
aktiviti-aktiviti yang boleh menyihatkan tubuh badan kita seperti pengambilan makanan
seimbang, melakukan aktiviti rekreasi, menyertai aktiviti sukan dan mendapatkan rawatan
kesihatan secara sempurna.Justeru, kesihatan merupakan aset paling penting sebagai
warganegara Malaysia kerana bak kata pepatah, kesihatan itu lebih penting daripada wang
ringgit yang menggunung.

Anda mungkin juga menyukai