Anda di halaman 1dari 3

PERATURAN PERTANDINGAN

BOLA JARING SK SG BULOH 2019


1. PENGELOLA
Kejohanan ini dikelolakan oleh Persatuan Bola Jaring SK Sg Buloh, Selangau.

2. TARIKH DAN TEMPAT PERTANDINGAN


Tarikh dan tempat pertandingan akan diberitahu kemudian oleh Jawatankuasa
Pengelola Karnival Sukan 2019.

3. PERATURAN PERTANDINGAN
3.1 Masa permainan adalah 16 minit (7 minit setiap separuh masa dan 2
minit rehat)

3.2 Pasukan yang akan bertanding hendaklah berada di gelanggang lima (5)
minit sebelum perlawanan dimulakan. Sekiranya mana-mana pasukan gagal berada
di gelanggang selepas satu (1) minit dari masa sesuatu perlawanan sepatutnya
dimulakan, maka kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan
dengan 15 – 0.

3.3 Pasukan/Penukaran Pemain


3.3.1 Bilangan pemain yang bermain adalah 7 orang bagi setiap pasukan. Setiap
pasukan mesti mempunyai sekurang-kurangnya 5 orang pemain sebelum satu-satu
pertandingan dimulakan. Jika kurang daripada ini pasukan tersebut dikira menerima
kekalahan.
3.3.2 Sekiranya seorang pemain mendapat cedera atau sakit dan tidak dapat
menyambung permainannya, permainan bolehlah diberhentikan selama satu (1)
minit untuk menentukan samada pemain itu boleh menyambung permainannya.
Keputusan akan dibuat oleh pegawai-pegawai pasukan itu. Hanya seorang pegawai
yang dibenarkan untuk ke gelanggang pada masa itu.
3.3.3 Pemain yang sakit atau cedera boleh diganti dan boleh bermain semula
selepas waktu rehat separuh masa.
3.3.4 Pemain yang lewat sampai tidak dibenarkan mengambil tempat seorang
pemain yang telah mengambil kedudukan lewat itu.
3.3.5 Pemain hanya boleh diganti selepas permainan diberhentikan kerana
kecederaan atau kesakitan dan pertukaran pemain boleh dibuat selepas waktu rehat
separuh masa.
3.3.6 Selain daripada peraturan-peraturan pertandingan yang dinyatakan,
pertandingan ini akan tertakluk dengan Undang-Undang Persekutuan Bola
Jaring Antarabangsa (IFNA).
3.3.7 Sekiranya terdapat percanggahan antara terjemahan undang-undang
permainan dengan undang-undang IFNA, maka undang-undang IFNA perlu
dipatuhi.
3.3.8 Sekiranya timbul perkara yang tidak dikuasai oleh kedua-dua undang-undang
permainan, maka keputusan akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pengelola dari
aspek teknikal.
3.3.9 Jawatankuasa Pengelola berhak meminda atau menambah mana-mana
peraturan jika difikirkan perlu.
4. PENENTUAN KEMENANGAN
Setiap kemenangan akan diberi tiga (3) mata, seri satu (1) mata dan kekalahan
kosong (0) mata. Jika berlaku lebih dari satu pasukan
mendapat mata yang sama, maka kaedah di bawah digunakan untuk
mencari pemenang:
a. Pasukan yang mendapat perbezaan gol terbanyak dikira pemenang.
b. Sekiranya masih seri, pasukan yang menjaringkan gol terbanyak
dikira pemenang.
c. Sekiranya masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya di
d. peringkat awal dikira pemenang.

5 PAKAIAN
a. Pemain hendaklah mengenakan bib yang tertera posisi pemain sepanjang
permainan berlangsung.
b. Ketika permainan berlangsung, warna bib pemain hendaklah berbeza dengan
warna pasukan lawan.
c. Pemain hendaklah memakai baju dan seluar ‘track/tight’ yang bersesuaian
ketika di padang.
d. Permain hendaklah memakai kasut bersesuaian sepanjang permainan
dilangsungkan
e. Pemain dilarang memakai sebarang hiasan tambahan seperti jam tangan,
gelang dan rantai sepanjang perlawanan.

6 PENGADILAN
a. Jawatankuasa pengelola akan menyediakan pengadil-pengadil yang
bertauliah di sepanjang pertandingan.
b. Setiap rumah sukan hendaklah menghantar sekurang-kurangnya seorang
wakil untuk menjadi referee sepanjang pertandingan berlangsung.
c. Segala keputusan pengadil berkaitan undang-undang permainan adalah
MUKTAMAD.

7 BANTAHAN DAN RAYUAN


a. Sebarang bantahan atau rayuan tidak akan dilayan.
SK SG BULOH/ BOLA JARING/2019

Anda mungkin juga menyukai