Anda di halaman 1dari 4

Undang-Undang Dan Peraturan Pertandingan FUTSAL 1.

NAMA PERTANDINGAN Pertandingan ini dinamakan Kejohanan Futsal Guru Pendidikan Islam PPD Petaling Perdana 2. UNDANG-UNDANG PERMAINAN 2.1 Selain daripada peraturan yang terkandung, pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang permainan bola sepak futsal sebagaimana yang telah ditetapkan oleh peraturan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 3. PENYERTAAN/PENDAFTARAN 3.1 Penyertaan hanya terbuka kepada semua guru Pendidikan Islam yang mengajar di sekolah-sekolah PPD Petaling Perdana 3.2 Tiap-tiap pasukan hendaklah mendaftar 8 orang pemain sahaja. Seorang Pengurus dan seorang Jurulatih. Hanya individu yang berdaftar dalam borang pendaftaran sahaja yang boleh mengambil bahagian dalam pertandingan. 4. SISTEM PERTANDINGAN 4.1 Pertandingan dijalankan secara liga dalam 2 kumpulan. 4.2 Johan setiap kumpulan akan mara ke separuh akhir dan seterusnya. 4.3 Masa bagi setiap permainan ialah 7 minit pada setiap separuh masa dan rehat 1 minit. 4.4 Bagi pusingan separuh akhir dan akhir jika kedudukan seri setelah masa tamat, maka tambahan masa akan dijalankan selama 3 minit setiap separuh masa tanpa rehat. 4.5 Sekiranya masih seri, maka tendangan penalti akan dijalankan dengan 3 tendangan secara bergilir-gilir. Sekiranya masih seri lagi, tendangan secara sudden-death akan dijalankan. Sekiranya masih seri lagi pemenang akan ditentukan melalui lambungan syiling 4.6 Pemain gantian boleh dilakukan tanpa had. 4.7 Semua pemain mengikut undang-undang dan pertauran futsal FIFA kecuali diadakan peraturan khas oleh penganjur.

Undang-Undang Dan Peraturan Pertandingan FUTSAL

5. JADUAL PERTANDINGAN 5.1 Jadual pertandingan akan ditentukan melalui undian dalam mesyuarat Pengurusa Pasukan. Walau bagaimanapun pihak pengelola berhak untuk menjalankan undian tanpa memanggil mesyuarat Pengurus pasukan. 5.2 Jawatankuasa Pengelola berhak meminda mana-mana bahagian jadual pertandingan sekiranya perlu. 6. PENANGGUHAN PERLAWANAN 6.1 Jika keadaan yang tidak mengizinkan dan perlawanan terpaksa dihentikan, maka perlawanan akan dimainkan pada tarikh, masa dan tempat yang ditentukan oleh jawatankuasa Pengelola. 6.2 Sekiranya pengadil menghentikan perlawanan kerana sikap penonton, pegawai atau pemain sesuatu pasukan yang tidak memuaskan atau mendatangkan ancaman, maka pengadil akan membuat laporan bertulis kepada Jawatankuasa Pengelola untuk membuat keputusan. Jika sesuatu pasukan itu didapati bersalah, maka kemenangan akan diberikan kepada pasukan lawan dengan 3 mata dan 3 jaringan gol berbalas kosong (0) atau jaringan semasa perlawanan dihentikan jika lebih. 7. PENGADIL 7.1 Pengadil akan disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola. 7.2 Jawatankuasa Pengelola berhak melantik mana-mana pengadil yang berkelayakan atau melantik pengadil tempatan untuk mengadili pertandingan. 8. PENGGANTUNGAN 8.1 Pemain yang menerima kad merah atau diperintahkan keluar padang oleh pengadil dengan automatik digantung 1 perlawanan. 8.2 Pemain yang menerima 2 kad kuning dalam perlawanan yang berlainan dengan sendirinya digantung 1 perlawanan. 8.3 Jika terdapat pergaduhan yang melibatkan lebih dari 3 orang pemain pada satu-satu perlawanan, maka pemain atau pasukan tersebut akan digantung terus daripada pertandingan merujuk keputusan Jawatankuasa rayuan dan displin.

Undang-Undang Dan Peraturan Pertandingan FUTSAL

9. KELEWATAN 9.1 Setiap pasukan hendaklah bersedia sebelum perlawanan dimulakan dan walk-over dengan 3-0 kepada pasaukan yang gagal menurunkan pasukan selepas masa kelewatan 5 minit diberikan. 10. TARIK DIRI 10.1 Jika terdapat pasukan yang menarik diri, maka semua perlawanan yang melibatkan pasukan tersebut dibatalkan. 11. BILANGAN MINIMUM PEMAIN 11.1 Bilangan mininum pemain sesebuah pasukan yang mesti ada di atas padang semasa perlawanan ialah 4 orang. 12. PAKAIAN/JERSI 12.1 Setiap pasukan hendaklah membawa dua (2) set jersi yang berlainan warna. Mesyuarat hendaklah menentukan warna jersi yang akan dipakai oleh setiap pasukan bagi setiap perlawanan. 12.2 Jersi pemain diuruskan oleh pengurus pasukan masing-masing. 12.3 Sekiranya terdapat warna jersi sama, maka pasukan tuan rumah (disebut dahulu hendaklah menukar jersi. 12.4 Semua pemaian hendaklah memakai jersi yang bernombor seperti yang didaftarkan dan menggunakan nombor yang sama sepanjang kejohanan. 12.5 Sebarang pengiklanan pada jersi yang melibatkan jenama rokok, minuman keras dan parti politik TIDAK dibenarkan. 12.6 Kasut bola (indoor) yang mengikut peraturan yang ditetapkan wajib kepada semua pemaian. 12.7 Ketua pasukan hendaklah memakai lilitan lengan semasa perlawanan.

Undang-Undang Dan Peraturan Pertandingan FUTSAL 13. BANTAHAN/ RAYUAN 13.1 Hanya pengurusa atau membuat bantahan. ketua pasukan sahaja dibenarkan

13.2 Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis kepada Jawatankuasa Pengelola seperti berikut : 13.2.1 13.2.2 Lima belas (15) diumumkan bagi acara pusingan awal. minit setelah setelah keputusan keputusan rasmi rasmi

Tiga puluh (30) minit diumumkan bagi acara peringkat akhir.

13.3 Bantahan bertulis yang ditandatangani pengurus pasukan hendaklah berserta wang taruhan RM 100.00. Wang ini tidak akan dikembalikan jika bantahan tidak berjaya. 13.4 Jika masalah berkaitan dengan kelayakan (status) seseorang peserta tidak dapat diselesaikan, maka peserta/pasukan tersebut boleh bermain di bawah bantahan (under protest) dan perkara tersebut hendaklah diselesaikan 1 jam selepas menerima bantahan rasmi. 13.5 Jawatankuasa Juri Rayuan terdiri daripada : 13.5.1 13.5.2 13.5.3 Pengerusi Jawatankuasa Pengelola / Wakilnya Pengerusi Teknik Permainan 3 orang Pengurus pasukan yang tidak terlibat dengan bantahan/kes tersebut. 14. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN 14.1 Semua perkara-perkara berbangkit yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan ditentukan keputusannya oleh Jawatankuasa Pengelola. Keputusan Jawatankuasa Pengelola adalah MUKTAMAD.

Anda mungkin juga menyukai