Anda di halaman 1dari 3

IHYA' RAMADHAN 4 1435H

Loceng Yang Senyap

Sabda RasuluLlah SAW:



Maksudnya: Berpuasalah, maka kamu akan sihat.

Keterangan

Kewajipan berpuasa telah ditetapkan ke atas umat terdahulu sebelum


kedatangan Rasulullah SAW. Walaubagaimanapun, puasa Ramadhan disyariatkan
istimewa ke atas umat Nabi Muhammad SAW sebagaimana firman Allah SWT
dalam Surah Al-Baqarah ayat 183:
Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana
diwajibkan atas orang yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa
Puasa merupakan satu daripada rukun Islam. Maka, orang yang mengingkari
kewajipannya jatuh kafir. Maka hukumnya sebagaimana orang yang murtad.
Adapun orang yang meninggalkannya tanpa sebarang keuzuran tetapi tidak
mengingkari kewajipannya. Contohnya ia berkata bahawa puasa itu wajib keatasku
tetapi ia tidak berpuasa, maka ia dihukum sebagai fasiq dan wajib ke atas
pemerintah menahannya daripada makan dan minum pada waktu siang.

Hikmah Puasa, Rahsia Serta Faedahnya

Hendaklah setiap muslim melaksanakan ibadah puasa kerana menyahut perintah


Allah SWT serta melaksanakan hak seorang hamba terhadap Penciptanya.
Sekiranya ia melaksanakan kewajipan tersebut, maka tiada salah ke atasnya untuk
mengkaji rahsia, hikmah serta faedah yang terkandung disebalik kewajipan tersebut.
Sesuatu yang tidak diragukan ialah segala kewajipan yang ditentukan Allah ke atas
hambaNya pasti mengandungi hikmah, faedah serta rahsia bagi hambanya tetapi
tidaklah disyaratkan ke atas seseorang hamba mengetahui hikmah-hikmah tersebut.
Hikmah dan faedah yang dapat kita perolehi daripada kewajipan puasa adalah
seperti berikut:

1
1. Puasa dapat membangkitkan hati seorang mukmin untuk mendekati Allah
SWT. Ini kerana ketika mana seorang mukmin menahan dirinya daripada
berkehendak kepada makanan dan minuman serta pada masa yang sama ia
mengatakan pada dirinya bahawa ia sedang berpuasa dan ia menahan
daripada memenuhi keinginan tersebut kerana menyahut seruan Allah SWT,
maka akan lahirlah daripada situasi tersebut satu perasaan mengagungkan
kebesaran Allah SWT serta mendekatiNya dengan cara melaksanakan
perintahNya.

2. Berterusan dalam keadaan kenyang perut adalah satu situasi yang tidak baik
bagi seorang Muslim. Ini kerana keadaan tersebut akan melahirkan hati yang
keras serta membangkitkan sifat-sifat yang suka melampaui batasan.

3. Bulan puasa mendekatkan kita dengan nasib faqir miskin yang sentiasa
berada dalam keadaan lapar. Keadaan ini akan membangkitkan rasa belas
kasihan serta menghilangkan rasa kedekut dalam usaha membantu nasib
mereka.

4. Dr. Ratib An-Nabilusi di dalam kitabnya Mausuah Al-Ijaaz Al-Ilmi Fi Al-Quran


Wa-Sunnah menyebut beberapa faedah dari sudut kesihatan, antaranya:
punca kepada penyakit kebanyakannya datang daripada sistem
penghadaman sebagaimana sabda RasuluLlah SAW:


Maksudnya: Sistem penghadaman adalah punca datang penyakit dan berpantang
adalah ibu kepada segala ubat

Sebagai seorang muslim, kita digalakkan makan sekadar 1/3. Tetapi


bagaimana kita dapat mengukur jumlah 1/3 yang diperlukan oleh tubuh badan
kita? Maka jawapannya, di dalam tubuh badan manusia, Allah SWT telah
mencipta satu sistem yang dinamakan sebagai loceng yang senyap.
Loceng tersebut memberitahu kita bilakah kita perlu berhenti makan dengan
cara menghadirkan rasa kenyang. Akan tetapi masalah yang selalu berlaku
adalah: kita sering mengabaikan sistem tadi dan terus menyuapkan makanan
ke dalam mulut walaupun kita sudah berasa kenyang. Sekiranya 1/3 yang

2
diperlukan bagi perut kita adalah 1 pinggan nasi, maka apabila kita terus
melayan nafsu makan dan terus menyuapkan makanan ke dalam mulut
walaupun setelah kenyang, maka jumlah makanan untuk memenuhi rasa
kenyang tersebut akan meningkat tanpa kita sedari kerana sistem loceng
yang senyap tadi mula mengalami masalah. Akhirnya 1/3 yang sebelumnya
satu pinggan nasi akan meningkat menjadi satu setengah pinggan, dua
pinggan dan begitulah seterusnya. Apabila kita mengambil makanan lebih
dari yang sepatutnya, maka kita sudah mendera sistem penghadaman yang
ada dalam badan kita untuk bekerja lebih dari apa yang patut. Dari sinilah
punca segala penyakit bermula. Umpama seseorang kakitangan yang
seharusnya bekerja 8 jam sehari dan 1 jam rehat, tetapi dipaksa bekerja 12
jam sehari, tentu sahaja kualiti kerjanya tidak sama! Sudah pasti berlaku
masalah pada mutu atau kualiti kerjanya. Begitu jugalah masalah yang
berlaku pada sistem penghadaman dalam badan kita hingga akhirnya
datanglah pelbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan
sebagainya disebabkan gagal mengawal nafsu makan.

Maka pada bulan Ramadhan yang mulia ini, antara kelebihannya


adalah saat yang sangat baik untuk kita overhaul semula sistem tadi melalui
proses berlapar hinggakan apabila kita menjalani ibadah puasa dengan
adab yang dianjurkan oleh rasuluLlah SAW, maka setelah berlalu bulan
Ramadhan, sistem loceng yang senyap yang tadinya terganggu dengan
sebab tabiat makan yang buruk akan mula kembali pulih serta membantu kita
menjaga kesihatan1. Maka benarlah apa yang telah disabdakan oleh
RasuluLlah SAW:


Maksudnya: Berpuasalah, maka kamu akan sihat.

Wallahu Alam Bissowab


-Disediakan oleh: syafiie@kkr.gov.my
UNIT INTEGRITI, KKR

1
An-Nabilusi, Muhammad Ratib. Mausuah Al-Ijaaz Al-Ilmi Fi Al-Quran Wa-Sunnah,Dimaysk: Darul
Maktabi, Cetakan kedua, m.s 139-142.

Anda mungkin juga menyukai