Anda di halaman 1dari 15

KHEMAH IBADAH DALAM SEKOLAH <KIDS>

Anjuran

KERTAS LAPORAN PROGRAM PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SK TAMAN BUKIT SUBANG

TARIKH

28 HINGGA 29 APRIL 2012 SABTU & AHAD


TEMPAT

SK Taman Bukit Subang Seksyen U16, Shah Alam Selangor

Panitia Pendidikan Islam SK Taman Bukit Subang 2012

1|Kertas Laporan<KIDS>

< ISI KANDUNGAN >

ISI KANDUNGAN Muka Surat - 02 KERTAS KERJA - MUQADDIMAH Muka Surat - 03 KERTAS KERJA PESERTA Muka Surat - 04 PROSES PELAKSANAAN Muka Surat 05 09 REFLEKSI Muka Surat 10 - 11 ANALISA KEHADIRAN Muka Surat 12 13 PENUTUP Muka Surat 14 LAMPIRAN Muka Surat 15

2|Kertas Laporan<KIDS>

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUKIT SUBANG LAPORAN KHEMAH IBADAH DALAM SEKOLAH <KIDS> TAHUN 2012
Tarikh Aktiviti Masa Aktiviti Tempat Aktiviti : 28 & 29 April 2012 ( Sabtu & Ahad ) : 7.00 pagi 12.00 tgh malam ( Sabtu ) 5.00 pagi 3.00 petang ( Ahad ) : Sekolah Kebangsaan, Taman Bukit Subang

1.

MUQADDIMAH
Firman Allah SWT : Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah dibuatnya untuk hari esok (Akhirat) dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. Surah Al-Hasyr (59);18 Kefahaman terhadap definisi ibadah sering terhad pada ibadah khusus sahaja. Walhal makan dan minum juga adalah salah satu ibadah. Kefahaman ini perlu jelas terutama sekali pada golongan muda remaja seperti pelajar-pelajar. Kefahaman ini seterusnya akan membentuk peribadi golongan ini ke arah identiti pemuda atau pemudi Islam yang mempunyai tahap keyakinan yang tinggi terhadap Islam.

2. 1. 2. 3. 4.

OBJEKTIF
Menginsafi dan membina motivasi serta kekuatan dalaman diri golongan remaja. Meningkatkan komitmen terhadap Allah SWT, diri sendiri, ibubapa, keluarga dan masyarakat. Menerapkan serta membina tahap keyakinan diri segala amalan yang dilakukan ke arah ibadah dan keredhaan Allah SWT. Memberi kefahaman kepada golongan remaja tentang tanggungjawab sebenar mereka terhadap Pencipta Yang Maha Esa dan tanggungjawab sesama manusia.

3.

ANJURAN
Panitia Pendidikan Islam, SK Taman Bukit Subang dengan kerjasama Zydney

Resources.
4.

TEMPAT PELAKSANAAN
Perkarangan kawasan sekolah; 1. Dewan Terbuka. 2. Musolla / Surau. 3. Dataran Sekolah. 4. Padang Bola Tampar. 5. Dewan Tertutup.

3|Kertas Laporan<KIDS>

5.

6. Padang Sekolah.

PESERTA
Semua murid Tahun 6 yang beragama Islam.

6.

JAWATAN KUASA PELAKSANA


Rujuk lampiran I.

7.

KEPERLUAN PESERTA
Rujuk lampiran II.

8.

FASILITI PESERTA
1. 2. 3. 4. 5. Bahan Program. Sijil Penyertaan. Persahabatan. Kesedaran & Keinsafan. Pengalaman.

9.

TENTATIF PROGRAM
Rujuk lampiran III.

10.

PERUNTUKAN PERBELANJAAN
KUANTITI RM RM RM RM RM JUMLAH 4,000.00 1,000.00 3,000.00 1,500.00 9,500.00 JUMLAH

PERKARA PENERIMAAN 1. Duit Aktiviti Pendidikan Islam 2. Sumbangan Lembaga Zakat Selangor 3. Sumbangan Ibu-bapa 4. Sumbangan PIBG PERKARA PERBELANJAAN 1. Konsultasi & fasilitator 2. Makanan & Minuman peserta 3. Makan & Minuman AJK 4. Cenderahati & sijil penghargaan 5. Runcit 6. Penceramah Jemputan

JUMLAH KUANTITI RM20 x 200 orang RM16 x 200 orang RM20 x 40 orang RM2 x 250 orang RM RM 250 x 1 orang JUMLAH

RM 4,000.00 RM 3,200.00 RM 800.00 RM 500.00 RM 250.00

Resit pembelian Rujuk lampiran IV.

4|Kertas Laporan<KIDS>

11.

PROSES PELAKSANAAN
Tarikh Aktiviti Masa Aktiviti Tempat Aktiviti AJK Pelaksana : 28 & 29 April 2012 ( Sabtu & Ahad ) : 7.00 pagi 12.00 tgh malam ( Sabtu ) 5.00 pagi 2.30 petang ( Ahad ) : Sekolah Kebangsaan, Taman Bukit Subang. : Fasilitator Zydney Resources & Guru-Guru SK TBS.

Hari Pertama 28 April 2012 ( Sabtu )

07.00 pagi 08.00 pagi 09.00 pagi 10.30 pagi 11.00 pagi 12.30 t/hari 02.00 ptg 03.30 ptg 04.30 ptg 05.30 ptg 06.45 ptg 07.30 mlm 08.30 mlm 09.00 mlm 10.30 mlm 11.30 mlm

Pendaftaran Pelajar Taklimat & Mind Setting Slot 1: Ice Breaking/ Visi & Misi Minum Pagi Slot 2: Ceramah : INDAHNYA BERIBADAH Makan Tengah Hari / Solat Zohor Slot 3 AUDIT SOLAT I Slot 4: AUDIT SOLAT II Minum Petang / Solat Asar Slot 5: Riadah : HIGHWAY PUZZLE Makan Malam / Solat Maghrib Slot 6: Kuliah Maghrib : HEBATNYA ORANG BERIBADAH Solat Isya Slot 7: KENALI DIRI INSAFI DIRI Slot 8: KEMBARA ALAM Minum Malam / Tidur

Program Khemah Ibadah Dalam Sekolah (KIDS) anjuran Panita Pendidikan Islam ini adalah merupakan program tahunan yang dijalankan kepada murid-murid Tahun 6. Program ini telah diadakan pada 28 & 29 April 2012M bersamaan 6 & 7 Jamadil Akhir 1433H. Majlis ini melibatkan penyertaan kepada semua murid Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini. Program KIDS yang mendapat kerjasama daripada Zydney Resources ini bermula dengan majlis pendaftaran peserta pada jam 7.30 pagi bertempat di Ruang Hadapan, SK Taman Bukit Subang. Program ini mendapat kerjasama dan sambutan daripada para pelajar tahun 6. Majlis pendaftaran ditutup dengan jumlah kehadiran seramai 168 orang pelajar daripada 206 orang pelajar Muslim keseluruhnya.

5|Kertas Laporan<KIDS>

Program KIDS dimulakan dengan ucapan aluan dan bacaan doa oleh Penyelaras program iaitu Ustaz Ahmad Rifaei bin Salleh dan diikuti dengan taklimat dan peraturan ringkas yang disampaikan oleh Ustaz Khairul Azhar bin Mat Piah selaku Ketua Keselamatan, Kebajikan & Disiplin. Taklimat lebih menitik beratkan soal keselamatan dan peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua peserta. Seterusnya, semua peserta dibahagikan kepada 6 kumpulan kecil ( 3 kumpulan lelaki dan 3 kumpulan perempuan ) mengikut bilik penginapan masing-masing. Setelah selesai pembahagian kumpulan, setiap daripada mereka bergerak terus ke Surau untuk mengikuti Slot 1 iaitu Ice Breaking/ Visi & Misi yang akan dikendalikan oleh jurulatih Zydney Resources. Slot ini telah bermula pada jam 9.00 pagi dan disampaikan oleh Ustaz Muhammad Sulaiman bin Ishak. Program berhenti rehat seketika memberi peluang kepada para peserta minum pagi pada jam 10.50 pagi. Tepat jam 11.00 pagi, program diteruskan dengan Slot 2 dengan menjemput penceramah yang diundang khas daripada SAFC Consultant & Training iaitu Al-Fadhil Ustaz Kamil bin Hj. Sidek. Tajuk yang diberikan kepada penceramah adalah Indahnya

Beribadah sebagai tajuk permulaan kepada pemahaman mengenai konsep beribadah


secara umum. Ceramah yang dikupas oleh tuan penceramah dilihat begitu baik dan berjaya menarik perhatian para peserta dengan gaya penyampaian dan persembahan yang begitu santai dan mudah difahami. Ceramah berakhir pada jam 12.30 tengah hari dan majlis diakhiri dengan majlis penyampaian cenderahati kepada Al-Fadhil Ustaz Kamil bin Hj Sidek sebagai tanda kenangan daripada pihak penganjur. Pada jam 12.30 sehingga 2.00 petang, para peserta diperuntukkan masa untuk makan tengah hari dan persiapan kendiri untuk solat Zuhur secara berjemaah di Surau. Selesai solat Zuhur, Program KIDS diteruskan lagi dengan Slot 3 & 4 yang telah dikendalikan oleh Jurulatih Utama Zydney Resources iaitu Al-Fadhil Ustaz Ashraf bin Suarin Al-Muqri. Tajuk yang disampaikan kepada para peserta berkaitan dengan kepentingan bersolat dan dan azab meninggalkan solat. Slot ini dilihat mampu memberikan kesan yang cukup mendalam kepada para peserta betapa peri pentingnya menjaga kewajipan solat dan azab meninggalkannya. Penceramah banyak menyentuh hati dan jiwa anak-anak peserta dengan meminta peserta melihat segala dosa meninggalkan kewajipan solat sehinggakan sebahagian besar daripada para peserta mengalirkan air mata tanda keinsafan yang timbul di dalam sanubari masing-masing.

6|Kertas Laporan<KIDS>

Pada jam 4.30 petang, program memberi ruang rehat untuk minum petang dan Solat Asar berjemaah sementara menunggu slot seterusnya slot riadah iaitu Highway

Puzzle. Slot riadah yang berbentuk permainan teng-teng puzzle ini berjaya membentuk
semangat kerjasama berpasukan dan tidak mementingkan diri sendiri. Tepat jam 6.45 petang, permainan Highway Puzzle berhenti untuk memberi masa untuk para peserta makan malam dan mandi sebagai persediaan untuk Solat Maghrib secara berjemaah. Solat Maghrib diimamkan sendiri oleh Al-Fadhil Ustaz Ashraf bin Suarin Al-Muqri. Sementara menunggu waktu solat Isyak, program diteruskan dengan Kuliah Maghrib dengan tajuk yang di bawa Hebatnya Hidup Beribadah. Selesai menunaikan solat Isyak, peserta diminta untuk duduk di dalam kumpulan masing-masing dengan lampu surau ditutup untuk memenuhi slot yang seterusnya iaitu Kenali Diri Insafi Diri. Slot ini lebih kepada mengenali diri dan menginsafi atas kesilapan dan dosa sama ada kepada diri sendiri, keluarga dan kepada Allah SWT. Program dimulakan dengan bacaan zikir dan memuji kebesaran Illahi. Kemudian para peserta diminta untuk keluar dari surau mengikut kumpulan masing-masing menuju ke arah dewan tertutup untuk mengikuti slot Kembara

Alam. Slot ini mengajak kepada para peserta membayangkan saat kematian kelak,
apakah bekalan yang akan di bawa oleh kita untuk pergi menghadap Allah Rabbul Jalil. Program berakhir pada jam 10.30 malam dan diikuti dengan minum malam di kantin sekolah. Peserta diminta untuk tidur tepat pada jam 11.00 malam dan diminta untuk bangun seawal jam 5.00 pagi untuk slot Qiyammullail dan Solat Subuh Berjemaah. Hari Kedua 29 April 2012 ( Ahad )

05.00 pagi 06.10 pagi 06.30 pagi 07.00 pagi 08.00 pagi 09.00 pagi 10.30 pagi 11.00 pagi 02.30 ptg

Qiyamullail / NUR KEINSAFAN Solat Subuh / Zikir Munajat Slot 9: Kuliah Subuh : ERTI HIDUP ERTI MATI Slot 10 : Riadah : GERAK-GERAK KHAS Khidmat Diri / Sarapan Slot 11: BERANI BERUBAH Minum Pagi Slot 12: RESTU bersama ibu-bapa dan guru-guru. Bersurai

Hari Kedua Program KIDS dimulakan seawal jam 5.00 pagi dengan para peserta bangun daripada tidur untuk persediaan Qiyammullail di surau. Para peserta dilihat mempunyai keazaman dan disiplin yang baik dengan sama-sama mengejutkan rakan-rakan yang masih di ulit mimpi. Kesemua peserta berada di dalam surau terlebih dahulu

7|Kertas Laporan<KIDS>

sementara menunggu jurulatih bagi memimpin Qiyammullail tersebut. Murid-murid juga memulakan bacaan zikir beramai-ramai sebelum memulakan Qiyammullail tersebut. Pada jam 5.25 pagi program Qiyammullail dimulakan dengan Solat Sunat Tahajjud, Solat Hajat

dan Solat Taubat yang dipimpin oleh Ustaz Muhammad Sulaiman bin Ishak. Seterusnya
murid-murid diarahkan untuk keluar beratur di luar surau untuk menikmati keindahan alam ciptaan Allah SWT dan menunaikan solat fardhu Subuh secara berjemaah di atas jalan tar berhadapan sekolah. Ini dilihat sebagai suatu pengalaman baru bagi para peserta bagi menunjukkan bahawasanya bumi Allah SWT itu luas dan suci untuk sebarang ibadah khususnya solat selagi diyakini jelas kebersihannya. Program seterusnya ialah Kuliah Subuh yang menceritakan tentang tajuk Erti Hidup Erti Mati. Tajuk ini dilihat sebagai satu kesinambungan kepada program pada malam sebelumnya yang memfokuskan kepada matlamat kehidupan di atas muka bumi hanyalah semata-mata ingin mendapatkan redha Allah SWT. Apabila kehidupan bermatlamat barulah kehidupan membawa erti dan membawa saat kematian yang sempurna di sisi Allah SWT. Pada jam 7.00 pagi, program diteruskan dengan slot radah iaitu slot Gerak-Gerak

Khas yang dipimpin oleh En. Mursyidul Jumaan bin Sabran. Riadhah ini lebih
menumpukan kepada pergerakan setempat serta memusatkan kepada kepentingan ciptaan panca indera yang diberikan oleh Allah itu adalah merupakan satu anugerah yang tidak terhingga yang selayaknya digunakan dengan sebaiknya sesuai dengan secantik ciptaannya. Pada jam 8.00 pagi, para peserta dibenarkan ke kantin untuk menikmati sarapan pagi dan seterusnya diberikan masa untuk mandi serta khidmat diri untuk slot yang seterusnya. Slot yang seterusnya adalah slot Berani Berubah. Slot ini memberi motivasi kepada para peserta untuk berani berubah kepada kesempurnaan hidup yang lebih sejahtera berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah dan juga mencapai kejayaan dalam peperiksaan UPSR yang bakal tiba tidak lama lagi. Slot yang bermula jam 9.00 pagi ini berakhir pada jam 10.15 pagi. Slot ini terpaksa dipendekkan untuk memberi peluang kepada para peserta untuk mengemaskan bilik penginapan serta barangan dan menyusun kerusi meja di dalam kelas seperti sedia kala. Selepas selesai mengemas bilik penginapan para peserta diberikan minum pagi sementara menunggu kehadiran ibu bapa / penjaga kepada para peserta untuk sama-sama mengikuti slot yang terakhir iaitu slot Restu yang disifatkan sebagai slot kemuncak dan mencapai objektif pelaksanaan Program KIDS ini.

8|Kertas Laporan<KIDS>

Ustaz Ashraf bin Suarin Al-Muqri mengambil tempat untuk slot yang terakhir ini dalam memberikan sentuhan jiwa dan motivasi kepada para peserta dan juga guru-guru serta ibu bapa. Al-Fadhil penceramah banyak menekankan peranan ibu bapa dan juga guru-guru dalam membentuk peribadi anak-anak peserta ke arah yang lebih baik dan mengharapkan ibu bapa mengambil berat soal kewajipan solat anak-anak. Juga ditekankan tentang tanggung jawab seorang anak terhadap kedua ibu bapanya yang telah banyak berjasa dan bersusah payah membesarkan anak-anak. Keseluruhan anak-anak peserta boleh dikatakan menangis dan tersentuh dengan tayangan video keperitaan dan kesusahan seorang ibu melahirkan dan membesarkan seorang anak. Dan yang terakhirnya, Al-Fadhil penceramah meminta kepada ibu dan bapa ke hadapan ke pentas utama untuk memberi peluang kepada anak-anak peserta memohon maaf serta keampunan di atas segala kesalahan yang telah dilakukan serta disusuli dengan majlis restu dengan menjemput kepada guru-guru ke pentas utama untuk tujuan ibu bapa memohon restu daripada guru-guru semoga segala ilmu yang dicurahkan sepanjang di sekolah ini dihalalkan kepada seluruh anak-anak mereka. Program restu inilah yang cukup bermakna dalam menilai hubungan antara pihak sekolah dan juga ibu bapa adalah amat penting dalam bersama-sama mencapai kecemerlangan. Majlis restu ini ditutup dengan bacaan doa daripada Al-Fadhil penceramah dan diaminkan oleh semua hadirin. Majlis restu ini melabuhkan tirainya tepat jam 2.00 petang dan secara keseluruhannya semua hadirin mengucapkan syukur dan terima kasih kepada penceramah atas sentuhan kalbu yang diberikan, mudah-mudahan setiap ttisan air mata yang jatuh itu akan mennggakan kesan yang mendalam dalam kehidupan pada masa akan datang. InsyaALLAH. Setelah itu, majlis penutupan ringkas diadakan yang dipengerusikan oleh Ustaz Mohd Sholehhe bin Ali bagi memberi peluang kepada pihak sekolah melalui Puan Guru Besar, Puan Radziah binti Talhah mengucapkan kata penghargaan dan terima kasih serta bertukar-tukar hadiah sebagai tanda kenang-kenangan sempena dengan program KIDS pada tahun ini. Pada jam 2.30 petang murid-murid dibenarkan pulang setelah selesai majlis penyampaian hadiah dan bergambar diadakan, dan setiap peserta dibekalkan dengan sebungkus nasi dan air untuk di bawa pulang ke rumah sementara para tetamu dan semua jurulatih Zydney Recources dijemput untuk makan tengah hari di kantin. Semoga program sebegini dapat diadakan pada tiap tahun untuk memberikan pengalaman dan ilmu yang berharga kepada murid-murid yang akan datang.

9|Kertas Laporan<KIDS>

12.

REFLEKSI

KEKUATAN

Modul yang disediakan dapat dijalankan dengan baik dalam LDK Aktiviti program dapat dijalankan dengan lancar seperti yang dirancang. Sokongan daripada guru-guru , ibu bapa dan sekolah Terdiri daripada fasilitator yang berpengalaman dan terlatih Kemudahan tempat dan peralatan yang selesa dan mencukupi. Kerjasama antara AJK pelajar dan penduduk dengan pentadbir Sokongan padu daripada seluruh warga SMKSU dan penduduk di sekitarnya AJK yang sanggup berkorban tenaga dan masa bagi menjayakan program ini AJK yang berkebolehan dan amat komited terhadap segala aktiviti yang dirancang

KELEMAHAN

Masih kurang peruntukan kewangan Kehadiran peserta kurang memuaskan Tiada penggunaan ICT dalam pelaksanaan Kem AJK yang mempunyai banyak bebanan tugas lain Penyertaan kurang memuaskan penduduk di sekitarnya kerana kekangan masa Penyertaan pelajar sesi pagi kurang memuaskan. Pelajar yang kurang berminat dengan aktiviti-aktiviti keagamaan

10 | K e r t a s L a p o r a n < K I D S >

CADANGAN/PENAMBAHBAIKAN : Tarikh pelaksanaan program perlu lebih awal Peruntukan kewangan diturukan lebih awal Penggunaan ICT supaya lebih menarik dan efisyen Perlu sambutan dan diadakan di peringkat sekolah Perlu ditambah dengan aktiviti permainan agar lebih menarik

Persediaan program perlu dirancang dengan lebih teliti bagi memastikan kelancaran dan keberkesanan program. Melibatkan pelajar Islam dan persatuan yang berkaitan bagi melatih semangat bekerjasama dalam menjayakan program sekolah. Menyediakan hadiah yang lebih menarik bagi melibatkan lebih ramai penyertaan daripada pelajar.

11 | K e r t a s L a p o r a n < K I D S >

13.

KEHADIRAN ANALISA KEHADIRAN PESERTA KHEMAH IBADAH DALAM SEKOLAH <KIDS>

TIDAK HADIR

KELAS

BILANGAN KESELURUHAN MURID

HADIR BERSEBAB TIADA BERSEBAB

KELAS 6 AMANAH

10

KELAS 6 BIJAK

24

22

KELAS 6 CERDIK

23

21

KELAS 6 DEDIKASI

37

35

KELAS 6 EHSAN

37

31

KELAS 6 FASIH

37

25

KELAS 6 GIGIH

38

31

JUMLAH MURID
206

206

168

20

18

12 | K e r t a s L a p o r a n < K I D S >

ANALISA KEHADIRAN IBU BAPA SLOT RESTU HARI : AHAD | JAM : 11.00 PAGI 2.30 PETANG KHEMAH IBADAH DALAM SEKOLAH <KIDS>

BILANGAN KELAS KESELURUHAN MURID HADIR TIDAK HADIR

KELAS 6 AMANAH

10

KELAS 6 BIJAK

24

16

KELAS 6 CERDIK

23

14

KELAS 6 DEDIKASI

37

23

14

KELAS 6 EHSAN

37

22

15

KELAS 6 FASIH

37

16

21

KELAS 6 GIGIH

38

23

15

JUMLAH MURID
206

206

117

89

13 | K e r t a s L a p o r a n < K I D S >

14.

PENUTUP

Alhamdulillah, segala puja dan puji selayaknya bagi Allah SWT di mana dengan rahmatNya Program Khemah Ibadah Dalam Sekolah (KIDS) berjalan dengan lancar dengan jayanya. Ucapan terima kasih kepada pihak sekolah, para guru, ibu bapa, pelajar dan para jemputan yang memberikan kerjasama yang amat baik dalam mejayakan program ini. Juga tidak dilupakan ucapan penghargaan kepada para penyumbang seperti Lembaga Zakat Selangor, ibu bapa dan pihak PIBG yang telah bermurah hati menghulurkan sumbangan bermakna bagi melaksanakan program ini. Semoga program kali ini dapat menjadi rujukan kepada program yang akan datang. BAARAKALLAHU FIKUM JAMIIAN -

Disediakan oleh,

rifaei
(EN. AHMAD RIFAEI BIN SALLEH) Jawatan Kuasa Dokumentasi, Khemah Ibadah Dalam Sekolah (KIDS).

14 | K e r t a s L a p o r a n < K I D S >

LAMPIRAN

PENYATA PERBELANJAAN SURAT MENYURAT RESIT & BIL SUMBANGAN & BAYARAN GAMBAR PROGRAM CD PROGRAM NAK JUAL BUKU PROGRAM

15 | K e r t a s L a p o r a n < K I D S >

Anda mungkin juga menyukai