Anda di halaman 1dari 3

َ‫ص َحابِ ِه أَجْ َم ِع ْين‬

ْ َ ‫علَى آ ِل ِه َوأ‬
c َ ‫علَى‬
َ ‫سيِ ِدنَا ُم َح َّم ٍد َو‬ َ ‫سالَ ُم‬ َّ ‫ب العَلَ ِم ْينَ َوالعَا ِقبَة ِل ْل ُمت َّ ِق ْينَ َوال‬
َّ ‫صالَة َُوال‬ ِ ‫ا َ ْل َح ْم ُد هللِ َر‬

ُ‫َيا هللاُ يَا َك ِري ُم َيا َودُود‬


Segala puji hanya untuk-MU ya Allah, selawat dan salam ke atas
junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. ya Allah, kami merafa’kan
kesyukuran atas keizinan-MU untuk kami berkumpul di sini, di Majlis Hi-
Tea Kelab Guru dan Kakitangan SK Pengkalan Pegoh pada petang yang
permai ini, menadah tangan dengan penuh pengharapan dan rendah
diri agar kami dikurniakan limpah kurnia, inayah dan riayah, taufik dan
hidayah, agar kami dikurniakan kesihatan dan kekuatan, tekad dan
azam yang tinggi untuk Berjaya serta menjalankan tugas dengan penuh
amanah dan tanggung jawab.

Ya Allah Yang Maha Mengetahui, Sepanjang 5 bulan yang telah berjalan


bagi tahun 2014 ini, kami telah sedaya upaya melaksanakan tugas,
mendidik anak bangsa sesuai dengan Falsafah pendidikan Negara,
menyampaikan ilmu berdasarkan sukatan pelajaran, berusaha
membantu anak murid kami, memahami konsep ilmu yang tersirat
disebalik yang tersurat, bagi melahirkan hamba-hamba yang taat
kepada agama MU. Jesteru itu ya Allah, kami memohon agar Engkau
ampunkan dosa kami, sekiranya kami tersilap dalam member makna,
tersalah dalam menghurai fakta, terlanggar batas tutur kata dan adab
bicara, tersasar dari landasan kebenaran, tersalah anggap terhadap
anak didik kami dan kurang memahami kehendak mereka. Serta tidak
berupaya menarik minat mereka supaya cintakan ilmu, yang menjadi
tugas utama profesion kami.

Ya Allah ya Tuhan Kami, Sekiranya usaha kami pada tahun ini, tidak
setimpal dengan apa yang sepatutnya kami curahkan, maka Engkau
ampunkanlah dosa kami, berkatilah rezeki kami, halalkanlah
pendapatan kami, dan sekiranya masih berkurangan, maka engkau
tampungkanlah ia dengan ibadat-ibadat sunat dan kebajikan yang kami
kerjakan. Kami juga memohon kepada MU Ya Rahim, Engkau
tunjukkanlah kami jalan yang benar, tetapkanlah iman kami,
tambahkanlah kecintaan kami kepada Agama MU, hidupkanlah kami
dengan perasaan kasih uhkwah islamiah, satukanlah hati kami,
kukuhkanlah perpaduan antara kami, jadikanlah kami para guru yang
mampu berbincang tanpa berbalah, berbeza pendapat tanpa sengketa,
mempunyai jalinan kerja yang utuh, dan jauhkanlah kami ya Allah, dari
sifat mazmumah, dengki-mendengki terhadap pencapaiaan sesame
sendiri, bermusuh-musuhan dan berpaling muka, serta tindas-
menindas demi kepentingan diri sendiri, sebaliknya, Engkau
campakkanlah kedalam hati-hati kami, perasaan ingin membantu agar
yang berat sama dipikul dan yang ringan dijinjing sama, demi
kecemerlangan SK Pengkalan Pegoh.
Ya Allah ya Tuhan kami, jadikanlah perhimpunan ini sebagai
perhimpunan yang Engkau rahmati, dan perpisahan kami selepas majlis
ini sebagai perpisahan yang terpelihara daripada bala bencana dan
kemaksiatan. Ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa
guru-guru kami dan dosa mukminin dan mukminat sama ada yang
masih hidup atau yang telah meninggal dunia.

ِ َّ‫اخ ُرهُ َو َخي َْر أ َ ْع َما ِلنَا َخ َواتِ ُمهُ َو َخي َْر أي‬
‫امنَا يَ ْو َم أ ْلقَاكَ فِ ْي ِه‬ ِ ‫اللَّ ُه َّم اجْ عَ ْل َخي َْر أ َ ْع َم ِارنَا َء‬

ٌ ‫ان َوالَ تَجْ َع ْل فِ ْي قـُلُ ْو ِبنَا ِغالا ِللَّ ِذ ْينَ َءا َمنُ ْوا َربَّنَاإنَّكَ َر ُء ْو‬
‫ف‬ َ َ‫اللَّ ُه َّم ا ْغ ِف ْرلَنَا ذُنُ ْوبَنَا َو ِإل ْخ َوانِنَا الَّ ِذ ْين‬
ِ ‫سبَقُ ْونَا ِب‬
ِ ‫اإل ْي َم‬
‫َر ِح ْي ٌم‬

َ َ‫عذ‬
ِ ‫اب النَّار‬ َ ‫سنَة ًَوقِنَا‬ َ ‫َربَّنَا َءاتِنَا فِي ال ُّد ْنيَا َح‬
ِ ‫سنَة ً َوفِي‬
َ ‫األخ َر ِة َح‬
ِ ‫ َوا ْل َح ْم ُد ِ َّّلِلِ َر‬، ‫سلَّ َم‬
َ‫ب العَلَ ِم ْين‬ َ ‫علَى آ ِل ِه َوصَحْ بِ ِه َو‬ َ ‫علَى‬
َ ‫سيِ ِدنَا ُم َح َّم ٍد َو‬ َ ُ‫صلَّى هللا‬
َ ‫َو‬

Anda mungkin juga menyukai