Anda di halaman 1dari 6

TAKLIMAT PENYELARASAN DAN TEKNIKAL

KEJOHANAN BOLA BALING


MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH (MSSD)
SABAK BERNAM TAHUN 2022

TARIKH :
MASA :
TEMPAT :

Agenda :

1. Ucapan pengerusi pengelola kejohanan.


2. Ucapan PPD Sabak Bernam.
3. Taklimat kejohanan (setiausaha kejohanan)
4. Taklimat peraturan kejohanan (PTPS)
5. Hal-hal lain
6. Penutup.

PERATURAN AM PERTANDINGAN BOLA BALING


MSSD SABAK BERNAM

1. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN
Pertandingan dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan Bola Baling Antarabangsa
(IHF) yang berkuatkuasa semasa. Peraturan-peraturan Am MSS Selangor dan MSSM.

2. JENIS-JENIS PERTANDINGAN
2.1 Pertandingan berpasukan antara sekolah dalam daerah Sabak Bernam bagi kategori 12
tahun ke bawah dan 18 tahun ke bawah lelaki dan perempuan.
2.2 Tempoh permainan.
2.2.1 Liga
 7 minit untuk setiap separuh masa permainan dan 1 minit pertukaran
gelanggang (7:1:7).
2.2.2 Kalah mati
 10 minit untuk setiap separuh masa permainan dan 1 minit masa
pertukaran gelanggang (10:1:10).
*bergantung kepada keadaan semasa/gelanggang.

3. PENDAFTARAN PEMAIN.
3.1 Had umur peserta-peserta bagi pertandingan MSSD adalah seperti berikut :-
3.1.1 12 tahun dan ke bawah.
3.1.2 18 tahun dan ke bawah.
3.2 Kiraan umur adalah pada 1 Januari tahun pertandingan.
3.3 Semua peserta hendaklah melengkapkan Borang Pendaftaran Individu (RO1/MO1)
beserta dengan salinan sijil kelahiran/kad pengenalan yang disahkan oleh Pengetua/Guru
Besar/Penolong Kanan sekolah masing-masing.
3.4 Setiap pasukan mestilah terdiri tidak lebih daripada 14 orang pemain, iaitu 7 orang
pemain dan 7 orang pemain gentian.
*bergantung kepada keputusan mesyuarat.

4. SISTEM PERTANDINGAN.
4.1 Bergantung kepada penyertaan pasukan.
4.2 Rujuk peraturan Am (5) MSS Selangor.

5. CARA MENENTUKAN KEPUTUSAN.


5.1 Liga :
5.1.1 Cara memberi mata :
MENANG - 2 mata
SERI - 1 mata
KALAH - 0 mata
5.1.2 Jika dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama, pemenang
akan ditentukan mengikut cara seperti berikut :
a. Pasukan yang memperoleh perbezaan gol yang terbanyak dikira
pemenang.
b. Jika masih seri, pasukan yang menjaringkan gol terbanyak dikira
pemenang.
c. Jika masih seri, pasukan yang kurang kena jaringan akan dikira
pemenang.
d. Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira
pemenang.
e. Jika masih seri, undian akan dijalankan dengan cara lambungan duit
syiling sebanyak 3 kali.
5.2 Kalah Mati:
5.2.1 Bagi perlawanan kalah mati, jika kedudukan seri selepas sepenuh masa,
langkah-langkah berikut akan dipatuhi untuk memutuskan pemenangnya.
a. Perlawanan masa tambahan 10 minit akan diadakan (5:1:5)
b. Jika masih seri, balingan 7 meter akan dijalankan.
5.2.2 Sistem balingan 7 meter.
a. Setiap pasukan mengambil 5 balingan dari garisan 7 meter secara
berselang seli oleh 5 orang pemain.
b. Jika seri, balingan 7 meter hendaklah diteruskan oleh 5 orang pemain
secara berselang seli sehingga keputusan diperolehi.
c. Pengadil akan memutuskan gol mana balingan 7 meter dijalankan.
d. Pengadil hendaklah membuat undian dan pasukan yang menang akan
membuat balingan dahulu.
e. Hanya pemain-pemain yang menyertai perlawanan tersebut
dibenarkan.
f. Pemain-pemain yang akan mengambil balingan 7 meter dan penjaga
gol pasukan mestilah berada diluar garisan balingan percuma.
g. Semua pemain lain hendaklah berada di garisan tengah gelanggang.
h. Penjaga gol boleh ditukar pada bila-bila masa semasa balingan 7
meter dijalankan.
6. PAKAIAN.
Sila rujuk undang-undang Perseekutuan Bola Baling Antarabangsa (IHF) dan perkara-perkara
berikut :
6.1 Setiap pemain gelanggang hendaklah berpakaian jersi seragam. Penjaga gol
hendaklah memakai jersi warna berlainan daripada pemain-pemain sepasukan
dan pemain-pemain pasukan lawan.
6.2 Pemain-pemain mestilah memakai nombor pada jersinya. Nombor tersebut ialah
nombor 1 hingga 99. Ukuran tinggi nombor sekurang-kurangnya 20 cm di
belakang dan 10 cm di hadapan.
6.3 Semua pemain mesti memakai kasut sukan dan bersarung kaki.

7. GELANGGANG PERMAINAN.
Sila rujuk undang-undang Persekutuan Bola Baling Antarabangsa (IHF) dan sila rujuk
Peraturan Am (7) MSSS.

8. BOLA.
8.1 Setiap pasukan bertandingan diminta menyediakan sebiji bola untuk setiap kali
perlawanan yang melibatkan pasukan masing-masing.
Peringkat Umur Lilitan Berat Saiz Bola Jenis
12 perempuan 50 – 52 cm 290 – 330 gm Saiz 1 Molten
12 lelaki
18 perempuan 54 – 56 cm 325 – 375 gm Saiz 2 Molten
18 lelaki 58 – 60 cm 425 – 475 gm Saiz 3 Molten

9. KELEWATAN.
Hanya 10 minit akan diberikan kepada sesebuah pasukan yang lewat. Selepas itu, pihak
lawannya akan diberikan kemenangan dengan 2 mata jaringan gol 3-0.
10. MENARIK DIRI SEMASA PERTANDINGAN.
10.1 Pasukan yang telah mengesahkan persetujuan mengambil bahagian dalam sesuatu
kejohanan tidak dibenarkan menarik diri. (hukuman bergantung kepada
keputusan mesyuarat)
10.1 Sekirannya ada pasukan menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja
daripada pertandingan, semua keputusan pertandingan yang dimainkan oleh
pasukan tersebut akan dibatalkan.

11. GANTUNG 2 MINIT, BATAL DAN SINGKIR.


11.1 Jika seorang pegawai digantung 2 minit, dia tetap boleh meneruskan tugasnya
tetapi seorang pemain gelanggang akan dikeluarkan selama 2 minit.
11.2 Jika seseorang pemain menerima gantungan selama 2 minit bagi kali ketiga
dalam sesuatu perlawanan, GANTUNGAN tersebut akan diikuti dengan layangan
kad merah. Pemain tersebut akan digantung dalam perlawanan itu sahaja.
11.1 Jika seseorang pemain atau pegawai pasukan menerima satu kad merah atau
dibatal dalam satu-satu perlawanan, ia akan digantung satu perlawanan
berikutnya.
11.4 Jika seseorang pemain atau pegawai pasukan disingkir, ia tidak dibenarkan
bermain atau berada di gelanggang di mana pasukannya bermain dalam mana-
mana perlawanan sepanjang kejohanan tersebut.

12. BANTAHAN.
12.1 Bantahan bertulis yang ditandatangani oleh seorang pegawai pasukan hendaklah
diserahkan kepada setiausaha pengelola/wakil tidak lewat dari 30 minit selepas
tamat perlawanan yang terbabit dengan bayaran sebanyak RM 200.00. wang
tersebut tidak akan dikembalikan jika didapati bantahan tersebut tidak berjaya.

13. JURI RAYUAN.


13.1 Juri rayuan adalah terdiri daripada 5 hingga 7 orang ahli. Mereka terdiri daripada:
a. Pengerusi jawatankuasa teknik MSSD/wakil
b. Setiausaha pengelola/wakil
c. Tiga orang wakil pengurus pasukan berkecuali.
14. PENGADIL KEJOHANAN.
14.1 Pihak pengelola akan berusaha mendapatkan pengadil bertauliah atau
berpenggalaman dalam daerah.
14.2 Sekirannya pengadil bertugas gagal tiba untuk sesuatu perlawanan, maka pihak
pengelola akan melantik mana-mana pengadil berkelayakan dengan persetujuan
oleh kedua-dua pengurus pasukan.

15. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN.


Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh jawatankuasa
pengelola kejohanan dan keputusan adalah muktamad.
Sila rujuk peraturan Am (19).
Disediakan oleh,

Jawatankuasa Teknikal Bola Baling


Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Sabak Bernam.

Anda mungkin juga menyukai