Anda di halaman 1dari 7

BOLA BALING

UNDANG – UNDANG PERTANDINGAN

Pertandingan dijalankan mengikut Undang – Undang Persekutuan Bola Baling


Antarabangsa (IHF) edisi Julai 2016 dan Peraturan – Peraturan Am MSSM yang
terkini serta Peraturan Pengelola Pertandingan semasa.

JENIS PERTANDINGAN

1. Pertandingan berpasukan antara MSSD peringkat umur 12 dan 18 tahun ke


bawah, kategori lelaki dan perempuan.

2. Setiap pasukan MSSD dibenarkan mendaftar maksimum 12 orang pemain dan


minimum 5 orang pemain.

3. Setiap pasukan MSSD dibenarkan mendaftar maksimum 4 orang pegawai bagi


setiap perlawanan dan minimum seorang pegawai mesti berada dalam sesuatu
perlawanan.

4. Tempoh permainan adalah :

7 : 0 : 7 (7 minit setiap separuh masa TANPA REHAT) digunakan untuk


peringkat pusingan awal dan separuh akhir semua kategori.

10 : 1 : 10 (10minit setiap separuh masa dengan rehat diberi 1 minit)


digunakan untuk peringkat akhir semua kategori.

5. Masa Rehat Pasukan (Team Time Out) - 1 minit : Tiada Team Time Out

KELAYAKAN PESERTA & DOKUMEN SOKONGAN

Merujuk kepada Perkara 3,4 & 5 dalam Peraturan Am MSSM

1. Had umur peserta-peserta bagi pertandingan permainan MSSWPKL adalah


seperti berikut:

A. 18 tahun dan ke bawah


B. 12 tahun dan ke bawah

2. Kiraan umur adalah pada 1 Januari tahun semasa pertandingan (Lahir pada 1
Januari 2004 atau selepas)

3. Semua peserta kecuali peringkat umur 12 tahun dan ke bawah hendaklah


bersedia menunjukkan kad pengenalan asal kepada pengelola. Seseorang
peserta yang hilang kad pengenalan mesti mempunyai dokumen pendaftaran
KPPK 1/9 atau KPPK 1/11 dari Jabatan Pendaftaran Negara.

4. Semua peserta peringkat umur 12 tahun dan ke bawah hendaklah bersedia


menunjukkan salinan sijil kelahiran / MyKid yang disahkan oleh Pengetua /
Guru Besar / Penolong Kanan sekolah peserta berkenaan.

5. Semua peserta hendaklah melengkapkan Borang Pendaftaran Individu


(Borang R01 / M01) secara individu berserta gambar ukuran pasport dengan
menyertakan salinan kad pengenalan / sijil kelahiran yang disahkan oleh
Pengetua / Guru Besar / Penolong Kanan Sekolah peserta berkenaan dengan
pengesahan terakhir oleh Pengurus Pasukan serta Pengetua / Guru Besar /
Penolong Kanan masing-masing.

6. Setiap pasukan dikehendaki melengkapkan Borang Pendaftaran Pasukan


(Borang M02/R02) dan disahkan benar oleh Pengetua/ Guru Besar/ Penolong
Kanan Sekolah

SISTEM PERTANDINGAN

1. Merujuk kepada Perkara 10 dalam Peraturan Am MSSM

CARA MENENTUKAN KEPUTUSAN KUMPULAN

Pemberian mata dalam permainan secara Liga :

Menang - 2 mata
Seri - 1 mata
Kalah - 0 mata

Jika dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama maka pemenang akan
ditentukan seperti berikut :

• Pasukan yang memperolehi perbezaan gol yang terbanyak akan dikira


menang.

• Jika masih seri, pasukan yang menjaringkan gol terbanyak dikira menang

• Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira menang.

• Jika masih seri, lambungan syiling akan dijalankan dengan keputusan ”best of
three”
Secara Kalah Keluar/ Kalah Mati

• Bagi perlawanan secara kalah keluar, jika kedudukan seri selepas sepenuh
masa, sistem balingan 7 meter akan dijalankan.

• Jika balingan 7 meter tidak dapat dijalankan kerana keadaan-keadaan lain tidak
mengizinkan, maka lambungan syiling akan dijalankan dengan keputusan ’best
of three’

Sistem Balingan 7 meter :

• Tiap-tiap pasukan mengambil 5 balingan dari garisan balingan 7 meter dengan


cara membaling berselang-seli oleh 5 pemain.

• Jika masih seri, maka balingan 7 meter hendaklah diteruskan oleh baki pemain
dalam pasukan secara berselang-seli dengan sistem “sudden death” sehingga
habis baki pemain yang layak

• Jika masih seri, maka lambungan syiling akan dijalankan dengan keputusan
’best of three’.

• Pengadil akan memutuskan kawasan gol mana balingan 7 meter itu dijalankan
dan membuat undian untuk memulakan balingan 7 meter.

• Hanya pemain-pemain yang layak kecuali pemain yang dikenakan kad merah
atau kad biru dibenarkan mengambil balingan 7 meter.

• Pemain-pemain yang akan mengambil balingan 7 meter dan penjaga gol


pasukan mestilah berada diluar garisan balingan percuma.

• Semua pemain lain hendaklah berada di garisan tengah gelanggang.

• Penjaga gol boleh ditukar pada bila-bila masa semasa balingan 7 meter
dijalankan.
SISTEM MATA MENENTUKAN JUARA KESELURUHAN

Sukan Bola Baling MSSWPKL menggunakan Sistem Mata Set 2 (berpasukan)


mengikut ketetapan MSSM.

Kedudukan Mata
Johan 30
Naib Johan 23
Ketiga 18
5 – 8 (Pusingan Awal) 10
Tiada Penyertaan 0

Syarat menentukan pemenang juara keseluruhan :

• MSSD yang mendapat markah tertinggi menjadi johan keseluruhan dan


seterusnya.

• Jika markah pungutan adalah sama, maka jumlah pungutan pingat akan
diambil kira.

• Jika masih seri, jumlah pertemuan kedua-dua pasukan akan diambil kira.

• Jika kedudukan masih terikat, maka akan diistiyarkan pemenang bersama.

PAKAIAN / PERALATAN PEMAIN DAN ETIKA PAKAIAN PEGAWAI

• Semua pemain dimestikan memakai kasut dan bersarung kaki sesuai dengan
permainan di permukaan gelanggang.

• Pemain-pemain dilarang berkuku panjang, memakai jam tangan, cincin, rantai,


subang yang boleh mendatangkan kecederaan.

• Pengunaan gam / glue tidak dibenarkan dalam Kejohanan Bola Baling


MSSWPKL.

• Setiap pasukan dikehendaki membawa sekurang-kurangnya 2 set jersi yang


berlainan warna bagi setiap peringkat umur. Pemain memakai jersi yang
bernombor di bahagian belakang dan di bahagian hadapan. Pemakaian
nombor pemain hendaklah dikekalkan sehingga tamat kejohanan.

• Pengurus-pengurus pasukan dikehendaki mengisytiharkan warna jersi masing-


masing semasa mesyuarat pengurus-pengurus pasukan.

• Pegawai-pegawai pasukan yang berada di bangku simpanan tidak dibenarkan


memakai seluar jeans, seluar pendek dan selipar/ sandal.
• Pertukaran warna jersi, jika berlaku, pemakaian jersi yang sama warna
sebelum pertandingan oleh kedua-dua pasukan, pasukan yang namanya
tercatat dahulu dalam jadual perlawanan dikehendaki menukar jersi.

GELANGGANG PERMAINAN

• Merujuk kepada Perkara 1 dalam buku “ Rule of The Game” IHF.

• Tiap-tiap gelanggang permainan hendaklah disediakan satu kawasan


keselamatan di luar gelanggang permainan dengan ukuran sekurang-
kurangnya 1 meter dari garisan tepi dan sekurang-kurangnya 2 meter dari
garisan gol.

ALATAN (BOLA)

PERINGKAT SAIZ
LILITAN BERAT
UMUR BOLA
50 – 52 cm 290 – 330 gm Saiz 1
12 TKB (L & P)

18 TKB (P) 54 – 56 cm 325 – 375 gm Saiz 2

18 TKB (L) 58 – 60 cm 425 – 475 gm Saiz 3

MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH

Merujuk kepada Perkara 11 dalam Peraturan Am MSSM

KELEWATAN

• Hanya 3 minit akan diberi kepada sesuatu pasukan yang lewat. Selepas itu,
pihak lawannya akan diberikan kemenangan dengan 2 mata dan dengan
jaringan 3 – 0.

BATAL (KAD MERAH / KAD BIRU)

• Jika seseorang pemain atau pegawai pasukan menerima satu kad merah
(tanpa laporan bertulis), pemain atau pegawai berkenaan tidak boleh
bermain dalam 1 perlawanan berikutnya.
• Jika seorang pemain atau pegawai pasukan menerima satu kad biru (dengan
laporan bertulis) pemain berkenaan akan digantung mengikut keputusan
jawatankuasa teknikal.

• Pemain yang dikenakan tindakan 2 minit selama 3 kali berturut-turut dalam


sesuatu perlawanan dan diikuti dengan satu kad merah, pemain tersebut
dibenarkan bermain untuk perlawanan seterusnya.

PENANGGUHAN PERLAWANAN

Jika berlaku penangguhan perlawanan atas sebab-sebab keselamatan atau


bencana alam maka perkara berikut diguna pakai :

• Perlawanan disambung semula jika penangguhan perlawanan tidak melebihi


12 jam dan perlawanan TELAH mencapai 60% masa perlawanan.

• Perlawanan ulangan jika penangguhan perlawanan melebihi 12 jam dan


perlawanan BELUM mencapai 60% masa perlawanan.

BANTAHAN

Merujuk kepada Perkara 12 dalam Peraturan Am MSSM

LEMBAGA JURI RAYUAN

Merujuk kepada Perkara 13 dalam Peraturan Am MSSM

LEMBAGA TATATERTIB

Merujuk kepada Perkara 14 dalam Peraturan Am MSSM

PERKARA – PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

• Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan
oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan yang berkenaan dan keputusan
adalah muktamad.

1. Kemenangan percuma (3-0) akan diberikan kepada pihak lawan jika pasukan
hadir di gelanggang tanpa pengurus pasukan yang didaftarkan dalam tempoh
3 minit
2. Perkara berkaitan keselamatan
3. Disiplin – (pemain, pengurus, jurulatih,penyokong, ibu bapa, ahli keluarga,
warga sekolah berkenaan dan jurulatih luar)
4. Perkara berkaitan tiada semangat kesukanan
5. Tidak meninggalkan Kawasan Kawasan pertandingan sekiranya tidak pasti
keputusan pertandingan
6. Atlit mesti berpesonaliti murid sekolah dan tertakluk kepada peraturan disiplin
murid
7. Jurulatih luar – Perlu berdaftar dengan JPWPKL, tidak dibenarkan berada
dalam di dalam kawasan pertandingan. Tindakan melanggar peraturan boleh
menyebabkan pendaftaran pasukan di batalkan
8. Pasukan yang TIDAK melengkapkan borang pendaftaran M01, M02
(Menengah), R01, R02 (Rendah), Salinan Kad Pengenalan (Menengah),
Salinan Sijil Kelahiran (Rendah) TIDAK DIBENARKAN BERTANDING.
9. Perkara-perkara lain yang tidak diputuskan

Anda mungkin juga menyukai