Anda di halaman 1dari 10

IPG KAMPUS RAJA MELEWAR TUGASAN/KERJA KURSUS PENDEK KURSUS PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) GERKO

BOLA TAMPAR

NAMA AHLI KUMPULAN

TAN LU YAN KONG JING XIA NG PEI FEN NG WAI HUNG

NOMBOR KAD PENGENALAN

911225-02-5178 910403-13-5640 910311-01-5406 911221-08-5499

UNIT SEMESTER TAJUK TARIKH EDARAN TARIKH HANTAR

BC/PJ/PM PISMP SEM 1 AMBILAN JAN 2011 : UNDANG-UNDANG BOLA TAMPAR 21/6/2011 12/7/2011

NAMA PENSYARAH PEMBIMBING ENCIK MOHD ARSHAD BIN MOHD ALI

Isi Kandungan
Bil 1 2 3 4 5 Isi Kandungan 1.0 Pendahuluan 2.0 Undang-undang Pertandingan Bola Tampar 3.0 Peraturan-peraturan Bola Tampar Pantai 4.0 Kesimpulan 5.0 Rujukan 8 Muka Surat 1 2-6 7

1.0 Pendahuluan Undang-undang permainan bola tampar telah dicetak sekitar tahun 1897 dalam buku The North American YMCA League dan undang-undang ini telah diubahsuai beransur-ansur sejak tahun 1900. Setelah itu, peraturan rasmi yang pertama telah diperkenalkan pada tahun 1916 oleh YMCA (Young Men's Christian Association) di Amerika Syarikat. Pada tahun 1947, Federation Internasionale de Volleyball (FIVB), persatuan rasmi bola tampar dunia telah ditubuhkan. Dengan penubuhan FIVB, maka undang-undang permainan bola tampar Amerika Syarikat telah dikemaskinikan dan diselaraskan. Di Malaysia, permainan bola tampar dikawal oleh Kesatuan Bola Tampar Amatur Malaysia (MAVA Malaysian Amateur Volleyball Association) yang ditubuhkan pada tahun 1959. Pertandingan bola tampar di Malaysia dilaksanakan mengikut Undang-undang Persatuan Bola Tampar Amatur Malaysia dan peraturan-peraturan am Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM).

2.0 Undang-undang Pertandingan Bola Tampar 2.1 Peralatan Bola Tampar 2.1.1 Gelanggang Permukaan gelanggang bola tampar perlu rata dan diperbuat daripada simen atau sebarang permukaan sintetik yang sesuai dan selamat. Gelanggang bola tampar juga boleh dibuat di atas padang berumput dan permukaan tanah liat. Gelanggang permainan adalah sebuah segi empat tepat bersimetri berukuran 18 X 9m, dikelilingi oleh satu zon bebas sekurang-kurangnya 3m lebar dan dengan satu ruang bebas dari sebarang gangguan yang tingginya sekurang-sekurangnya 7m dari permukaan permainan. Semua garisan gelanggang adalah 5cm lebar. Garisan mestilah berwarna cerah dan berlainan warnanya daripada lantai dan garisan-garisan lain. Terdapat tiga bahagian garisan yang digunakan dalam permainan bola tampar. Bahagian pertama ialah Garisan-Garisan Sempadan Gelanggang iaitu permainan ditanda oleh dua garisan tepi dan dua garisan belakang. Kedua-dua garisan tepi dan garisan belakang ini adalah termasuk di dalam ukuran gelanggang permainan. Yang kedua ialah Garisan Tengah Paksi. Garisan tengah ini pula membahagikan gelanggang permainan kepada dua buah gelanggang yang sama ukuran 9m x 9m. Garisan ini terletak tepat di bawah jaring dan memanjang dari garisan tepi ke garisan tepi yang satu lagi. Garisan ketiga ialah Garisan Serang. Pada setiap gelanggang, satu garisan serang di mana dilukis 3m dari paksi garisan tengah menandakan zon depan. Dalam Pertandingan Rasmi dan Dunia FIVB, garisan serang dipanjangkan dengan

menambahkan garisan putus-putus dari garisan tepi yang berukuran15 cm lebar dan dilukis 20 cm di antara satu sama lain sepanjang 1.75 m.

2.1.2 Jaring, Tiang dan Antena Jaring bola tampar adalah 1m lebar dan 9.50m panjang yang diletakkan di atas paksi garisan tengah. Dua jalur putih, 5cm lebar dan 1m panjang dilekatkan tegak pada jaring dan diletakkan di atas setiap garisan tepi. Ia dikira sebagai sebahagian daripada jaring dan mengehadkan ruang lintasan. Ketinggian jaring adalah 2.43m bagi lelaki dan 2.24m bagi wanita. Ia diukur dari tengah gelanggang bermain dengan sebatang pengukur. Ketinggian rasmi untuk pertandingan peringkat MSSM ialah Lelaki Bawah 18 adalah 2.35m, Lelaki Bawah 15 ialah 2.25m, Perempuan Bawah 18 ialah 2.20m, Perempuan Bawah 15 ialah 2.15 m dan Lelaki dan perempuan Bawah 12 ialah 2.00m. Kedua-dua hujung jaring (di atas garisan tepi) mesti sama tinggi daripada permukaan bermain dan tidak melebihi 2cm daripada ketinggian rasmi. Tiang-tiang yang menyangga jaring mestilah bulat dan licin, dengan tingginya 2.55m, seelok-eloknya yang dapat dilaraskan. Ia mesti dipasang pada tanah pada jarak antara 0.50-1.00m daripada setiap garisan tepi. Sepasang antena diletakkan di kedua-dua hujung jaring serenjang dengan garisan tepi gelanggang. Antena diwarnakan putih berbelang merah. 2.1.3 Bola Bola tampar hendaklah berbentuk sfera dan diperbuat daripada lapisan kulit fleksibel dengan satu pundi getah atau bahan sintetik yang ringan dan lembut. Bahan ini penting untuk menyerap hentakan pada tangan ketika bola disentuh. Kesesuaian tekanan angin dapat ditentukan dengan menjatuhkan bola dari ketinggian aras kepala. Bola akan melantun semula pada ketinggian aras pinggang. Berat bola antara 260-280 gram. Ukur lilit dalam lingkungan 65-67cm manakala warnanya seragam dan cerah.

2.2 Pendaftaran Setiap pasukan perlu terdiri daripada sekurang-kurangnya 6 orang pemain dan tidak melebihi 12 orang pemain yang berdaftar. Pendaftaran pemain hendaklah disampaikan kepada Jawatankuasa Pengelola sebelum pertandingan dijalankan. Hanya pemain-pemain yang berdaftar dalam borang pendaftaran sahaja dibenarkan bermain dalam pertandingan. Setiap pasukan dibenarkan mempunyai Libero semasa pertandingan dijalankan.

2.3 Peraturan Kemahiran Asas Pertandingan Servis hanya boleh dilakukan selepas pengadil pertama meniup wisel. Selain itu, servis perlu dilakukan oleh setiap pemain mengikut giliran yang sah. Pemain yang melakukan servis tidak dibenarkan memijak garisan belakang. Setiap pemain hanya boleh menyentuh bola sekali sahaja. Pemain boleh menyentuh bola dengan manamana bahagian badan. Setiap pasukan hanya boleh menyentuh atau memainkan bola dengan tiga sentuhan sebelum menghantar ke gelanggang pihak lawan. Pengiraan ini tidak termasuk sentuhan bagi mengadang. Mengadang hanya boleh dilakukan oleh pemain barisan hadapan. Pemain barisan belakang boleh melakukan rejaman tetapi dari luar kawasan serangan. Pemain dilarang menyentuh mana-mana bahagian jaring atau memasuki kawasan pihak lawan. Setiap pasukan boleh meminta dua kali time-out dalam satu set permainan dengan kebenaran pengadil pertandingan. Setiap pasukan boleh melakukan 6 pertukaran dalam setiap set permainan bila-bila masa dengan kebenaran pengadil. Pemain yang ditukar perlu diganti dengan pemain yang sama apabila pertukaran dibuat semula.

2.4 Format Pertandingan Pasukan-pasukan yang bertanding dibahagikan kepada dua, Kumpulan A & B dan dijalankan secara liga. Kedudukan pasukan dalam sesuatu kumpulan akan ditentukan dengan cara undian bagi menentukan kumpulan masing-masing.

Perlawanan pusingan awal dalam sesuatu kumpulan akan dijalankan secara liga untuk menentukan Johan dan Naib Johan setiap kumpulan (Best of 3 Sets).

Pusingan Separuh Akhir dan Akhir Johan dan Naib Johan kumpulan A akan bertemu secara menyilang dengan Johan dan Naib Johan kumpulan B dalam perlawanan separuh akhir bagi menentukan pasukan mana yang akan bertanding dalam perlawanan akhir. Perlawanan separuh akhir dijalankan secara kalah mati (Best of 5 Sets).

2.5 Pemberian Mata dan Penentuan Kemenangan Sesuatu set (kecuali set penentuan set ketiga atau set kelima) akan dimenangi oleh pasukan yang mendapat 25 mata terdahulu dengan kelebihan minima 2 mata. Jika berlaku seri 24-24, permainan diteruskan sehingga kelebihan dua mata diperolehi (26 24, 27 - 25 ). Sekiranya berlakunya seri 1-1 atau 2-2, set penentuan (set ketiga dan kelima) akan dimainkan sehingga mata ke 15 sahaja dengan kelebihan 2 mata tercapai. Undang-undang lain adalah mengikut Undang-undang Persatuan Bola Tampar Amatur Malaysia (MAVA). Keputusan pengadil pertandingan adalah muktamad. Setiap kemenangan akan diberikan 2 mata dan kekalahan 0 mata. Jika berlaku lebih dari pasukan mendapat mata yang sama dan layak untuk ke pusingan seterusnya maka kaedah di bawah hendaklah digunakan untuk menentukan pemenang: Jumlah set menang Kaedah 1 : Nisbah set terbesar = Jumlah set kalah

Kaedah 2 : Nisbah mata terbesar = Jumlah mata set menang Jumlah mata set kalah Jika masih tiada pemenang, pengundian akan diadakan.

2.6 Pakaian Setiap pemain hendaklah memakai jersi dan seluar seragam. Pakaian seragam mengikut peraturan FIVB. Pakaian yang digunakan oleh pasukan bertanding hendaklah mempunyai nombor di sebelah belakang dan hadapan. Pakaian tersebut hendaklah dipakai setiap kali bermain sepanjang perlawanan. Pertukaran nombor pemain tidak dibenarkan. Pemain Libero hendaklah menggunakan jersi yang berlainan warna

daripada warna jersi pasukannya.

Jersi hendaklah bernombor saiz tidak kurang

daripada 15cm tingginya di depan dan 20cm di belakang. Nombor yang digunakan adalah dari 1 hingga 18 sahaja. Garis nombor hendaklah tidak kurang daripada 2cm tebal. Pasukan yang gagal memakai jersi mengikut peraturan di atas akan dilarang bermain dan pasukannya boleh dibatalkan perlawanan. Pegawai pasukan hendaklah memakai pakaian yang seragam.

2.7 Pengadil Pertandingan bola tampar diadili oleh dua orang pengadil, iaitu pengadil pertama dan pengadil kedua. Keputusan pengadil berkaitan dengan undang-undang permainan adalah muktamad.

2.8 Kelewatan Hanya 15 minit sahaja akan diberi kepada sesuatu pasukan yang lewat dan selepas itu lawannya akan diberi kemenangan percuma dengan kiraan 25-0, 25-0.

2.9 Perlawanan yang Ditunda atau Diberhentikan Sekiranya pengadil berpendapat gelanggang tidak sesuai permainan disebabkan oleh keadaan cuaca atau kerana hal-hal yang tidak dijangkakan, permainan itu tidak dapat dimainkan atau sekiranya sesuatu perlawanan diberhentikan akibat hal-hal di luar kawalan kedua-dua pasukan, sekiranya tidak melebihi 4 jam keputusan berikut diikuti semula. Sekiranya bermain semula di gelanggang yang sama set yang tergendala akan disambung semula dengan mata, pemain dan kedudukan pemain yang sama. Set yang telah dimainkan dahulu dikekalkan keputusannya. Sekiranya perlawanan dimainkan digelanggang lain, set yang sedang dimainkan dikira batal dan dimainkan semula dengan pemain-pemain yang sama. Sekiranya gangguan perlawanan melebihi 4 jam, keseluruhan perlawanan dimainkan semula.

3.0 Peraturan-peraturan Bola Tampar Pantai Setiap perlawanan terdiri daripada 2 pemain dan 1 pemain simpanan. Saiz gelanggang ialah 16m x 8m (ada yang menggunakan saiz asal iaitu18m x 9m). Menolak bola dengan menggunakan open-hand dink atau dump plays apabila pemain menggunakan hujung jari untuk mengalihkan bola masuk ke gelangang pihak lawan termasuklah hard spike. Dink perlu dilakukan dengan keadaan jari tangan yang tertutup. Peraturan yang tegas perlu bagi kesalahan double contact semasa hand setting. Menolak pada sentuhan pertama juga merupakan open-hand contact. Masa maksimum untuk melakukan servis adalah 5 saat. Hanya sekali Sand time out selama 20 saat setiap set bagi setiap pasukan. Hanya sekali pertukaran pemain dibenarkan setiap set. (Pemain yang bertukar keluar boleh bertukar masuk).

4.0 Kesimpulan Sebagai kesimpulan, aktiviti kokurikulum mampu memberi nilai tambah kepada para pelajar sebagai persediaan untuk bergraduasi kelak. Maka, usaha memupuk nilai kemahiran insaniah wajarlah diteruskan sebagai usaha melahirkan graduan yang mapan dan berdaya saing. Dalam perlawanan bola tampar terdapat etika dan protokol yang harus dipatuhi. Selain itu, nilai-nilai yang perlu ada dalam diri setiap pelajar perlulah ditekankan contohnya ketepatan dan penyusunan masa. Jika masa dapat diatur dengan sebaik mungkin ini dapat membantu kita mencapai kejayaan. Mejar Jasmy pernah mengatakan bahawa untuk menjadi seorang atlit yang cemerlang kita bukan sahaja memerlukan kemahiran tetapi ketepatan masa dan juga disiplin yang tinggi.

5.0 Rujukan 1) Bola Tampar- Edisi Kedua, Wee Eng Hoe, Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, 2006. 2) Bola Tampar- Edisi Kedua, Junaidah Salehudin, Maxima Color Separation Sdn.Bhd,Puchong, Selangor Darul Ehsan, 2009. 3) Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan- Edisi Kedua, Wee Eng Hoe, Karisma Publications Sdn.Bhd, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan,2009. 4) Dril Bola Tampar, Mohd Sofian Omar Fauzee, Rahimi Razali, Norhayati Man, Mohd Yuslan, Mohd Yusoft, Karisma Publications Sdn.Bhd, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan,2008. 5) Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 3- Aris Fazil Bin Haji Ujang, Mohd. Khairi Bin Zawi, Salleh Bin Mohamed Sheh, The Lah Hoong, DBP & KPM, 2010. 6) http://www.scribd.com/doc/10895007/Sejarah-Bola-Tampar 7) http://www.scribd.com/doc/44751950/Bola-Tampar-1-28) http://www.scribd.com/doc/19508255/Bola-Tampar 9) http://msskelantan.kelantan.gov.my/bolatampar.pdf

Anda mungkin juga menyukai