Anda di halaman 1dari 25

Undang-undang Sepak Takraw

1. GELANGGANG
1.1 Luas gelanggang adalah 13.4 m x 6.1 m, bebas dari sebarang rintangan
sehingga 8 m tinggi dari permukaan lantai gelanggang. (Gelanggang pasir atau
rumput tidak dibenarkan)
1.2 Lebar semua garisan gelanggang tidak melebihi 0.04 m di ukur ke dalam dari
penjuru ukuran gelanggang. Garisan sempadan gelanggang hendaklah di ukur 3.0
m dari garisan tepi gelanggang dan bebas dari sebarang rintangan.
1.3 Garisan Tengah
Garisan tengah selebar 0.02 m yang membahagikan gelanggang kepada dua
bahagian yang sama besar.
1.4 Garisan Suku Bulatan
Garisan suku bulatan hendaklah digaris dari garisan tepi ke garisan tengah
berukuran jejari 0.9 m ukuran dari tanda pertemuan garisan tepi dengan garisan
tengah.Garisan selebar 0.04 m ini hendaklah keluar dari tepi suku bulatan itu.
1.5 Bulatan Sepak Mula
Bulatan sepak mula berjejari 0.3 m hendaklah digariskan ditengah-tengah kiri dan
kanan petak gelanggang, yang mana pusatnya adalah 2.45 m dari garisan belakang
gelanggang, 4.25 m dari garisan tengah gelanggang dan 3.05 m dari garisan tepi.
Garisan 0.04 m ini hendaklah diukur dan digaris hala keluar dan jejarinya 0.3 m.

2. TIANG
2.1 Ketinggian tiang ialah 1.55 m (1.45 m untuk wanita) di ukur dari permukaan
gelanggang dan ianya hendaklah teguh dan kukuh untuk regangan jaring. Jejarinya
tidak melebihi 0.04 m.
2.2 Kedudukan tiang-tiang hendaklah didirikan 0.3 m jaraknya dari garisan tepi dan
sebaris dengan garisan tengah gelanggang.

3. JARING
3.1 Jaring hendaklah diperbuat daripada nylon yang halus dan siratnya berukuran
0.06 m hingga 0.08 m.
3.2 Lebar jaring adalah 0.7 m dan panjang jaring tidak kurang dari 6.10 m selari
dengan garisan tengah gelanggang.
3.3 Di kedua-dua hujung jaring dilekatkan pita 0.05 m sebagai sempadan dari atas
ke bawah dan kedudukan sebaris menegak dengan garisan tepi.
3.4 Di bahagian atas dan bawah jaring hendaklah di lapik dengan pita 0.05 m yang
di perkuat dengan benang atau nylon. Pita berfungsi sebagai pengampu tali
regangan di atas paras tiang.
3.5 Ketinggian jaring di bahagian tepi setelah diregang ialah 1.55 m ( 1.45 m untuk
wanita ), manakala di bahagian tengah jaring 1.52 m ( 1.42 m untuk wanita ) dari
permukaan gelanggang.

4. BOLA TAKRAW
4.1 Bola takraw yang dulunya diperbuat daripada rotan hendaklah berbentuk bulat,
ianya diperbuat daripada satu lapis fiber sintetik.
4.2 Bola takraw mestilah mempunyai ciri-ciri berikut:4.2.1 Mempunyai 12 lubang.
4.2.2 Mempunyai 20 pertemuan silang.
4.2.3 Ukuran garis lilitnya mestilah diantara 0.41 m hingga 0.43 m untuk pemain
lelaki dan 0.42 m hingga 0.44 m untuk pemain wanita.
4.2.4 Berat bola sebelum dimainkan di antara 170 g hingga 180 g untuk pemain
lelaki dan 150 g hingga 160 g untuk pemain wanita.
4.3 Bola takraw boleh mempunyai satu warna, pelbagai warna dan warna yang
terang tetapi tidak mempunyai warna yang boleh mengganggu prestasi pemain.
4.4 Bola takraw juga boleh diperbuat daripada getah sintetik atau pun bahan lembut
tahan lama (durable material ) bagi membaluti permukaan bola dan ianya tidak akan
boleh mencederakan pemain. Pengeluar bola takraw ini hendaklah mendapat
kelulusan daripada ISTAF sebelum dimainkan di mana mana kejohanan
antarabangsa.
4.5 Kejohanan antarabangsa yang mendapat restu ISTAF termasuk Sukan Olimpik,
Kejohanan Dunia, Sukan Komanwel, Sukan Asia dan Sukan SEA hendaklah
menggunakan bola takraw yang telah diluluskan oleh pihak ISTAF sahaja.

5. PEMAIN-PEMAIN
5.1 Setiap perlawanan dimainkan oleh 2 regu yang mana setiap regu mempunyai 3
orang pemain.
5.2 Salah seorang daripada pemain hendaklah berada di belakang yang dinamakan
Tekong (server).
5.3 Dua orang lagi pemain hendaklah berada di hadapan, seorang di sebelah kiri
dan seorang lagi di sebelah kanan. Pemain di sebelah kiri dinamakan Apit Kiri
manakala yang berada di sebelah kanan dinamakan Apit Kanan .Kedua-dua
pemain dinamakan Apit.
5.4 Kejohanan Berpasukan
5.4.1 Pasukan hendaklah mempunyai tiga (3) Regu di mana bilangan pemain
minimum sembilan (9) orang pemain dan maksimum duabelas (12)orang.
Setiap nama pemain hendaklah didaftarkan untuk bermain di dalam
perlawanan.
Maksimum tiga (3) pemain didaftarkan sebagai permain simpanan.
Seorang pemain cuma boleh bermain untuk satu Regu sahaja.
5.4.2 9 orang pemain mestilah berada di gelanggang semasa diperkenalkan.
5.4.3 Mana-mana pasukan yang pemainnya kurang daripada 9 orang, tidak
dibenarkan bermain di kejohanan tersebut dan dianggap kalah.
5.5 Kejohanan Antara Regu
5.5.1 Setiap regu hendaklah mempunyai minimum 3 orang pemain dan maksimum 5
orang pemain (1 regu mempunyai 3 orang pemain dan 2 orang pemain simpanan )
yang kesemua mesti didaftarkan.
5.5.2 3 orang pemain mestilah berada di gelanggang semasa diperkenalkan.
5.5.3 Mana-mana regu yang pemainnya kurang daripada 3 orang, tidak dibenarkan
bermain di kejohanan tersebut dan dianggap kalah.

6. PERALATAN / PAKAIAN PEMAIN


6.1 Semua pakaian pemain hendaklah bersesuaian dan menepati ciri-ciri kejohanan
sepaktakraw. Mana-mana peralatan yang boleh menolong melajukan bola atau
mempercepatkan pergerakan pemain dan membahayakan pemain adalah dilarang
sama sekali.
6.2 Bagi mengelakkan kekeliruan, pasukan yang bertanding hendaklah memakai
warna jersi yang berlainan.
6.3 Setiap pasukan hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya dua set Jersi/T-shirt,
yang berwarna cerah dan berwarna gelap. Jika kedua-dua pasukan yang bertanding
memakai warna jersi yang sama maka jersi pasukan tuan rumah hendaklah ditukar.
Jika dari pasukan yang berlainan negara maka mana-mana negara yang dinamakan
dahulu dalam pendaftaran hendaklah menukar jersi.
6.4 Pemain hendaklah memakai Jersi / T-Shirt, seluar pendek, stoking, dan kasut
sukan bertapak getah dan tidak bertumit tinggi. Pakaian adalah merupakan
sebahagian daripada anggota badan.Jersi / T-Shirt hendaklah dimasukkan ke dalam
seluar.Sekiranya cuaca sejuk, pemain dibenarkan memakai track-suits .
6.5 Semua pakaian pemain hendaklah bernombor dibahagian depan dan
belakang. Setiap pemain hendaklah memakai nombor jersi ( dari 1 hingga 36 )
yang sama untuk keseluruhan kejohanan.
Nombor hendaklah berukuran 19 cm tinggi di bahagian belakang dan
berukuran tidak kurang 10 cm di bahagian depan ( bahagian tengah dada ).
Nama pemain hendaklah berada di belakang bahagian atas nombor pakaian di
mana bersesuaian saiz dan nampak jelas semasa siaran untuk tatapan
televisyen .
Pakaian pemain boleh mempunyai logo penaja dibahagian hadapan pakaian
pemain dimana haruslah mengikut peraturan pertandingan.
Logo atau lambang melainkan logo pengeluar pakaian tidak boleh diletakkan.
6.6 Ketua regu hendaklah memakai Arm Band di lengan kiri.

6.7 Mana mana pakaian yang tidak mempunyai spesifikasi yang dinyatakan di
dalam Undang Undang Permainan ini, hendaklah mendapat kelulusan daripada
pihak Teknikal ISTAF terlebih dahulu.

7. GANTIAN PEMAIN
7.1 Mana-mana pemain yang telah bermain atau disenaraikan sebagai pemain
simpanan dalam mana-mana regu, tidak dibenarkan bermain dalam regu yang lain
di dalam pertandingan yang sama.
7.2 Gantian pemain boleh dibenarkan pada bila-bila masa dengan permintaan
Pengurus Pasukan / Jurulatih Rasmi kepada Pengadil semasa bola tidak di dalam
permainan.
7.3 Dalam acara Regu, setiap regu boleh menamakan maksimum dua (2) orang
pemain simpanan bagi setiap perlawanan di samping 3 pemain yang sedia
ada. Setiap Regu dibenarkan membuat maksimum dua (2) kali pertukaran bagi
setiap set.
Dalam acara Berpasukan , setiap regu boleh menamakan maksimum (1)
seorang pemain simpanan bagi setiap perlawanan di samping 3 pemain yang
sedia ada . Setiap Regu dibenarkan membuat maksimum dua (2) kali
pertukaran bagi setiap set.
Semua pertukaran pemain hendaklah mendapat kebenaran daripada Pengadil
Rasmi dan pertukaran hendaklah dilakukan di tepi gelanggang di mana
Pengadil bertugas nampak semasa pertukaran pemain dilakukan. Pertukaran
pemain boleh dilakukan apabila antara kiraan mata telah dijalankan atau
semasa permulaan set.
Satu (1) atau lebih pertukaran pemain boleh dilakukan dalam masa yang sama
(bagi acara regu sahaja )
Jika Regu memulakan set dengan pemain yang berbeza dari set yang
sebelumnya; maka dianggap pertukaran telah dilakukan untuk set yang baru.
7.4 Setiap regu dibenarkan membuat pertukaran pemain atas sebab
kecederaan. Sekiranya kedua-dua pertukaran pemain belum dilakukan di
dalam set tersebut. Jika kedua-dua pertukaran pemain telah dilakukan, maka
perlawanan dihentikan dan regu ini dianggap kalah.

7.5 Mana-mana regu yang mempunyai kurang daripada 3 orang pemain tidak
dibenarkan meneruskan perlawanan dan dianggap kalah.
7.6 Jika pemain diperintah keluar gelanggang (dikenakan kad merah) maka
regu tersebut dibenarkan membuat pertukaran pemain sekiranya kedua-dua
pertukaran masih belum dilakukan di dalam set tersebut. Jika kedua-dua
pertukaran telah dilakukan dalam set tersebut, maka perlawanan akan
ditamatkan dan regu pemain yang dikenakan kad merah dianggap kalah.

8. UNDIAN DAN WARM-UP


8.1 Sebelum permainan dimulakan, Pengadil akan membuat undian dengan
kehadiran kedua-dua ketua regu. Ketua regu yang memenangi undian akan
memilih sama ada (i) Sepak Mula atau (ii) Petak gelanggang. Regu yang kalah
undian hendaklah memilih baki pilihan Regu yang menang undian.Kedua-dua
Regu hendaklah mematuhi keputusan Pengadil.
8.2 Regu yang memenangi undian akan memulakan Warm-Up selama 2 minit dan
diikuti oleh regu yang satu lagi. Hanya 5 orang sahaja yang dibenarkan bergerak
bebas di dalam gelanggang dengan menggunakan bola rasmi.

9. KEDUDUKAN PEMAIN SEMASA SEPAK MULA


9.1 Apabila permainan hendak dimulakan, semua pemain mestilah berada dalam
petak gelanggang masing-masing dalam keadaan bersedia.
9.2 Sebelah kaki Tekong hendaklah berada di dalam bulatan sepak mula. Sebelah
lagi kakinya mestilah berada di luar bulatan sepak mula untuk menyepak bola.
9.3 Kedua-dua apit bagi regu yang membuat sepak mula mestilah berada di dalam
suku bulatan masing-masing.
9.4 Pemain regu lawan bebas berada di mana-mana kawasan didalam petak
gelanggangnya.

10. PERMULAAN PERMAINAN DAN SEPAK MULA.


10.1 Perlawanan ikendalikan oleh seorang Pengadil ( berada di salah satu
hujung Jaring ), seorang Pembantu Pengadil ( berada bertentangan dengan
Pengadil ), seorang Pengadil Rasmi ( berada di belakang Pengadil ), seorang
Pengadil Garisan dipenjuru belakang garisan gelanggang sebelah kanan
Pengadil dan seorang lagi Pengadil Garisan di penjuru belakang garisan
gelanggang sebelah kanan Pembantu Pengadil.
Pengadil akan dibantu oleh Pengadil Rasmi bagi memantau keadaan diluar
gelanggang.
Regu melakukan sepak mula ( servis ) akan melakukan tiga (3) kali sepakan
berturut-turut dan disambung oleh pihak lawan tiga (3) sepakan berturut-turut.
Pertukaran sepak bergilir-gilir selepas tiga (3) mata, tanpa mengira mana pihak
yang mendapat mata.
Pada mata dius ( bila kedua-dua regu pada mata 14-14 ) servi s akan bertukar
pada setiap mata.
Regu yang menerima servis akan melakukan servis pada set seterusnya.
Tukar petak sebelum memulakan setiap set.
10.2 Campakan hendaklah dilakukan oleh apit setelah Pengadil mengumumkan
mata. Sekiranya apit membuat campakan sebelum Pengadil mengumumkan mata,
maka campakan semula hendaklah di lakukan oleh apit dan amaran lisan akan
diberi olek Pengadil kepada pemain tersebut. Jika pemain masih melakukan
kesalahan yang sama maka campakan itu dianggap batal.
10.3 Sebaik sahaja tekong melakukan sepak mula, semua pemain bebas bergerak
di dalam gelanggang masing-masing.
10.4 Sepak mula diakui sah jika bola melepasi atas jaring sama ada menyentuh
jaring atau pun tidak, melalui antara dua pita sempadan dan jatuh di dalam
gelanggang pasukan lawan.
10.5 Dalam pertandingan sistem kalah mati, regu ketiga tidak perlu bermain jika
keputusan telah diperolehi.

10.6 Dalam pertandingan sistem liga, ketiga tiga regu dalam pasukan
hendaklah bermain.

11. PERKARA-PERKARA BATAL


11.1 Pihak Sepak Mula
11.1.1 Apit yang membuat campakan, memain mainkan bola (menghempas,
mencampak dan lain lain cara) selepas pengadil mengumumkan mata.
11.1.2 Mana mana Apit mengangkat kaki atau memijak garisan tengah atau
melintasi atau menyentuh jaring semasa membuat campakan untuk servis.
11.1.3 Tekong (server) melompat semasa melakukan sepak mula atau kaki memijak
garisan bulatan sepak mula sebelum atau semasa melakukan sepak mula.
11.1.4 Tekong (server) tidak menyepak bola yang dicampak kepadanya.
11.1.5 Bola menyentuh pemain regunya terlebih dahulu sebelum melepasi ke
gelanggang lawan.
11.1.6 Bola melintasi jaring tetapi jatuh di luar gelanggang.
11.1.7 Bola tidak melepasi gelanggang lawan.
11.1.8 Pemain menggunakan tangan atau lain lain bahagian tangan semasa
melakukan sepakan walaupun tangan tidak menyentuh bola tetapi menyentuh lain
objek bagi membantu melakukannya.
11.1.9 Apit yang membuat campakan, mencampakkan bola sebelum Pengadil
mengumumkan mata buat kali kedua.
11.2 Pihak Sepak Mula Dan Penerima Sepak Mula.
11.2.1 Melakukan tingkah-laku yang boleh menganggu, membuat bising atau
menengking pihak lawan.
11.3 Kedua-dua Pihak Semasa Permainan.
11.3.1 Mana-mana pemain menyentuh bola di kawasan pihak lawan
11.3.2 Mana-mana bahagian anggota pemain memasuki kawasan gelanggang
lawan sama ada di atas atau di bawah jaring kecuali semasa follow through .
11.3.3 Memainkan bola melebihi tiga kali berturutan.

11.3.4 Bola menyentuh tangan.


11.3.5 Memberhentikan atau mengepit bola di bawah tangan / lengan antara kedua
dua paha / kaki atau badan.
11.3.6 Sebarang anggota atau peralatan pemain seperti kasut, jersi, pelilit kepala
dan lain-lain menyentuh jaring, tiang, kerusi pengadil atau jatuh ke kawasan
gelanggang lawan.
11.3.7 Bola terkena siling, bumbung, dinding atau lain-lain benda.
11.3.8 Mana mana pemain memegang atau menyentuh objek bagi membantu
melakukan sepakan.

12. SISTEM KIRAAN MATA


12.1 Apabila perkara batal dilakukan oleh pihak sepak mula atau penerima
sepak mula, satu mata akan diberi kepada pihak lawan.
12.2 Setiap set dimenangi oleh regu yang mendapat mata lima belas (15)
dengan kelebihan minimum dua (2) mata.
Bila regu terikat mata 14-14, set tersebut dimenangi apabila mana-mana regu
mendapat kelebihan dua (2) mata atau mana-mana regu mencapai mata
tujuhbelas (17) (yang mana dahulu).
Apabila regu terikat mata 14-14, maka pengadil akan membuat pengumuman
lanjutan mata 17
12.3 Setiap perlawanan ( Regu dan Double ) dijalankan dalam 5 set ( best of 5set ) dua minit rehat antaranya dan di mana regu yang memenangi 3 set
terdahulu daripada 5 set dikira memenangi perlawanan. Set akan dikenali
dengan set pertama, kedua ketiga, keempat dan kelima.
Dalam perlawanan Berpasukan ia akan dijalankan dalam 3 set ( best of 3-set )
dengan 2 minit rehat antaranya dan di mana pasukan yang memenangi 2 set
terdahulu daripada 3 set dikira memenangi perlawanan. Set akan dikenali
dengan set pertama, kedua dan ketiga.
12.4 Dalam set kelima (acara Regu dan Double) dan set ketiga (acara
Berpasukan), tukar petak gelanggang akan dilakukan apabila satu regu
mendapat mata 8.

13. REHAT (TIME-OUT)


13.1 Setiap Regu berhak meminta satu minit rehat ( time out ) sekali untuk
setiap set.
Rehat boleh diminta oleh Pengurus pasukan atau Jurulatih semasa bola tidak
berada dalam permainan.
Cuma 4 orang pemain sahaja bagi setiap regu dibenarkan berada di belakang
garisan gelanggang semasa satu minit rehat untuk acara Double, 5 orang
pemain untuk acara Regu dan 6 orang pemain untuk acara berpasukan.
Tidak ada lagi rehat yang di berikan secara automatik
13.2 5 orang iaitu 3 pemain dan dua yang lain berpakaian kemas serta berlainan
daripada pemain.

14.

PERMAINAN TERGENDALA

14.1 Pengadil boleh memberhentikan permainan jika berlaku halangan, gangguan


atau pemain tercedera dan memerlukan rawatan segera tidak melebihi 5 minit untuk
setiap regu.
14.2 Pemain yang tercedera dibenarkan berehat dan menerima

rawatan

sehingga 5 minit. Jika selepas 5 minit, pemain tidak berupaya bermain, maka
gantian

pemain mestilah dibuat. Jika regu ini telah membuat kedua-dua

pertukaran

pemain seperti di peraturan No. 7, maka regu lawan akan dikira

sebagai pemenang.
14.3 Cuma

Pengadil Rasmi sahaja boleh memberhentikan

perlawanan

apabila berlaku gangguan atau halangan dengan kebenaran Jawatankuasa


Pertandingan.
14.4 Semasa tempoh

permainan diberhentikan, semua

pemain tidak

dibenarkan keluar dari gelanggang untuk minum atau mendapat tunjuk ajar.

15.

TATATERTIB ( DISIPLIN)

15.1 Semua pemain mestilah mematuhi Undang -Undang Permainan.


15.2 Hanya

Ketua Regu

sahaja dibenarkan

berjumpa

Pengadil jika

ada sebarang pertanyaan atau inginkan kepastian mengenai keputusan


yang dibuat dan Pengadil hendaklah memberi penerangan terhadap keputusan
yang telah dibuatnya.
15.3 Pengurus / Jurulatih Rasmi

dan Pegawai dilarang membantah

keputusan Pengadil semasa pertandingan sedang berjalan. Ini boleh menjejaskan


kelancaran pertandingan.Tindakan disiplin boleh di ambil terhadap pegawai
berkenaan.

16.

HUKUMAN

16.1 KAD KUNING


Kesalahan yang boleh dikenakan Kad Kuning adalah seperti berikut:16.1.1 Tidak menunjukkan

semangat

kesukanan

perkara yang bertentangan dengan etika sukan yang

dan melakukan perkaraboleh menjejaskan

keseluruhan pertandingan.
16.1.2 Memaki atau mengeluarkan kata kata kesat.
16.1.3 Berulang kali melakukan melanggar

Undang-Undang

Permainan

dan

Peraturan pertandingan.
16.1.4 Melambat-lambatkan permainan setelah diberi amaran lisan oleh Pengadil.
16.1.5 Masuk keluar

gelanggang tanpa kebenaran Pengadil.

16.1.6 Dengan sengaja meninggalkan gelanggang kerana bantah keputusan


Pengadil.
16.2

KAD MERAH

Kesalahan-kesalahan

yang perlu dihukum,

pemain

boleh diberi kad

merah jika melakukan kesalahan berikut:16.2.1 Masih

berdegil dan berkelakuan buruk

setelah diberi amaran oleh pengadi


16.2.2 Berkelakuan

ganas dengan

niat untuk mencederakan pihak lawan.

16.2.3 Meludah kepada pihak lawan, pegawai atau penonton.


16.2.4 Memaki dan mengeluarkan kata-kata kesat.
16.2.5 Menerima Kad kuning yang kedua dalam perlawanan yang sama.
16.3

Mana

- mana

pemain

yang melakukan

kesalahan sama ada di

dalam atau di luar gelanggang terhadap pihak lawan, pemain, Pengadil, Pembantu
Pengadil atau mana-mana orang dimana Kad Kuning telah dikeluarkan
adalah merupakan tindakan disiplin yang perlu diterima oleh semua pihak:

16.3.1

Kesalahan:

Kad Kuning Pertama

Hukuman: Amaran Biasa


16.3.2

Kesalahan:

Kad Kuning Kedua diterima oleh pemain di perlawanan

yang lain tetapi didalam kejohanan yang sama.


Hukuman: Digantung satu perlawanan
16.3.3

Kesalahan:

Kad Kuning Ketiga diterima setelah digantung satu

perlawanan di kejohanan yang sama.


Hukuman: (i) Digantung 2 perlawanan.
(ii) Denda US $100 ( dibayar oleh Persatuan / Kelab yang terlibat )
16.3.4 Kesalahan:

Kad Kuning Keempat diterima setelah digantung dua

perlawanan di kejohanan yang sama.


Hukuman: Digantung

serta-merta dari bermain perlawanan

seterusnya

sehingga lembaga disiplin membuat keputusan.


16.3.5 Kesalahan:

Pemain menerima 2 Kad Kuning dalam perlawanan yang

sama.
Hukuman: (i) Digantung dua perlawanan.
(ii) Denda US $100 ( dibayar oleh Persatuan/kelab yang terlibat )
(iii) Diberi Kad Merah di atas kesalahan disiplin ketiga dalam mana-mana
perlawanan di kejohanan yang sama.
16.4

Mana mana pemain

Pengadil sama

yang diperintah keluar gelanggang oleh

ada Kesalahan didalam atau diluar gelanggang, terhadap

pihak lawan, rakan sepasukan, Pengadil, Pembantu Pengadil, Pengadil


Garisan atau mana-mana

pegawai: Kad Merah akan diberi diatas tindakan disiplin

berikut akan di ambil:16.4.1 Kesalahan:

Menerima Kad Merah

Hukuman: Di gantung

serta merta daripada bermain

dalam mana mana

perlawanan sehingga Lembaga Disiplin membuat keputusan.

17.

KELAKUAN BURUK OLEH PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN

17.1

Tindakan perlu diambil terhadap Pegawai Pegawai Pasukan yang

berkelakuan buruk atau menimbulkan kekacauan semasa kejohanan dijalankan


sama ada di dalam atau di luar gelanggang.
17.2

Mana-mana pegawai

yang berkelakuan buruk dan

menganggu

kelancaran pertandingan akan diiringi keluar oleh Pegawai Pertandingan


dari

gelanggang perlawanan.

Pengadil akan memberhentikan

pertandingan serta merta sehingga


Pegawai Pertandingan

atau Lembaga

memberi isyarat meneruskan pertandingan.

Disiplin Persatuan Sepaktakraw

18.

UMUM

18.1 Jika berlaku pertelingkahan terhadap mana-mana perkara yang tidak


termasuk di dalam Undang-Undang Permainan ini, keputusan Pengadil
Rasmi adalah muktamad.
PINDAAN DILULUSKAN
Pindaan Undang-undang Permainan ini telah diluluskan semasa Kongres ISTAF
pada 17 hb Januari 2011 di Bangkok, Thailand.

Anda mungkin juga menyukai